Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal?

Sejak kecil saya memang suka berniaga. Waktu di kampung dulu, mamy saya ada kedai runcit dan saya suka jaga kedai tu.

Masa tinggal asrama pula saya seorang peniaga top up. Hehe. Selepas keluar asrama saya berjinak-jinak jual pakaian pula tapi tidaklah serius sangat.

Sampailah saya masuk Politeknik. Disebabkan saya tidak layak dapat pinjamam PTPTN, tapi saya pun mau shopping macam kawan-kawan lain. Saya kena kerja atau berniaga.

Lagipun rasanya bisnes ni macam 1 darah yang mengalir, kalau tak jual sesuatu mesti badan rasa berhama semacam. Haha.

Ohya lupa pula share. Masa sekolah Teknik saya ambil Buisness Managment course. Hehe. Bila cikgu cakap tulis taip dan print cita-cita depan katil. Saya memang tulis “Buisness Women”.

Okey. Sambung cerita Poli. Masa di Politeknik, saya sambung juga bisnes reload masa tu dan buat printing. Hehe. Keluar asrama barulah saya serius buat bisnes sampai ada kedai online.

Saya ada 1 kedai online yang jual bermacam jenis. Pakaian, contact lens dan banyak sangat. Alhamdullilah, walaupun saya tiada pinjaman. Saya masih boleh hidup macam student yang ada pinjaman. Bezanya kewangan saya sustainable. Hehe.

Zaman saya study, bersaing-saing anak-anak muda berniaga. Macam zaman sekarang juga. Sampai tua saya suka berniaga.

Orang muda zaman sekarang kena start berniaga awal. Sebab kehidupan akan datang lebih cerah dengan tindakan anda hari ini. 

Ada yang cakap “tidak pandailah buat ayat bisnes macam ko”. Pendapat saya, halangan sebesar gajah pun kalau ada target, setakat tidak pandai buat ayat bisnes tu bukanlah penghalang. Hehe. Kalau masih ada alasan, maksudnya impian anda belum cukup besar.

Okey. Sini saya share 6 perkara kenapa orang muda kena mulakan bisnes dari awal!

1. Pengalaman
Dulu saya pernah mau apply kerja as Site Supervisor di salah satu company terkenal di Labuan. 

Masa interview
Company : Saya tengok dalam resume kamu, kamu tiada pengalaman kerja.

Saya : Betul, saya baru graduate.

Company : Maaf, kami hanya ambil pekerja yang ada pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun bekerja dalam bidang ini.

Sampai bila mau ada pengalaman kalau semua company mau pengalaman kerja baru ambil kerja. 

Nampakkan betapa susah untuk masuk dalam sektor pekerjaan zaman sekarang. Bukan semua company offer pekerja fresh graduate. 

So penting bagi semua anak-anak muda zaman sekarang start berniaga lebih awal. 

Dalam Shaklee, anda boleh mula berniaga seawal 18 tahun. Masuk saja birthday yang ke-18, cepat-cepat sign up Shaklee dan start bisnes.

Sementara tunggu keputusan SPM, dari buang masa di rumah. Mulakan dengan berniaga. 

Dapat tawaran sekolah, adalah juga simpanan untuk start ur life in IPTA/S. Kena-kena zaman sekarang, semua mau ikut trend.

Start building results not resume.

2. Kewangan
Percayalah, anda berniaga lebih awal dan kewangan anda lebih stabil dari orang lain.

Cuba bayangkan, anda masuk U tanpa buat pinjaman sebab ada duit poket sendiri. Bestkan? Masa keluar U, tidak terbeban untuk bayar hutang.

Saya pun habis study, saya tidak terbeban langsung dengan hutang study. Alhamdullilah. 

Paling best, anda ada duit lebih dari orang lain. 

Contohnya dalam Shaklee. Kami ada fast cash dan cash bonus. Cuba bayangkan 1 botol Vita C ada untung runcit RM 19. Sehari jual 5 botol. Anda ada RM 95 sehari! Itu fast cash anda. Bonus bulanan lain lagi tau.

So best choice lepas saja habis SPM terus sign up Shaklee.

3. Masih Bertenaga
Di usia muda ni, gunalah tenaga anda sebaik mungkin. Waktu tua nanti, bolehlah retire awal dan nikmati semua usaha selama ini.

Orang muda zaman dahulu, mereka bercucuk tanam, menjadi nelayan muda. Zaman sekarang, adakah lagi yang mau bercucuk tanam. Ada juga tapi tidak seramai dahulu.

Apa kata, waktu muda ini. Habiskan tenaga kita untuk berniaga. Sebab kita masih bertenaga. Otak masih boleh berfikir dengan pantas. Ini adalah 1 potensi hebat yang kita ada.

Berapa pun umur anda sekadang, berniagalah start saat ini.

4. Banyak masa
Berniaga waktu muda, anda banyak masa dan tidak terikat dengan mana-mana. Contoh kalau masih muda, anda belum ada anak ada suami atau isteri. 

So anda boleh spent masa anda untuk stabilkan perniagaan waktu tu. Sebab bila sudah dalam alam perkahwinan, anda ada tanggungjawap lain lagi yang perlu diberi perhatian.

Tapi berapa pun umur anda, jangan ada perkataan terlambat. Mula sekarang. 

5. Kos Bisnes yang Murah
Zaman dulu, mau berniaga kena ada tapak perniagaan. Kena ada kedai dan pekerja. Kedai pula kalau tidak strategik memang susah dapat pelanggan.

Zaman sekarang, semua di hujung jari. Tekan phone dari katil pun masih boleh berniaga. Macam saya, sampai saya jadikan baju kelawar itu uniform paling agung saya. Haha.

Sangat mudah berniaga sekarang. Facebook, Instagram, blog.

6. Awal Gagal, Awal Sedar
Betul rezeki milik Allah. Tapi setiap orang ada kesilapan juga. Macam saya, dulu saya memang banyak untung bisnes.

Tapi saya tidak tahu bagaimana manage duit. Dapat habis dan dapat habis. Begitu saja. Padahal kalau pandai manage duit, memang dah jutawan ini. Hahah.

Alhamdullilah. Pengalaman mendewasakan. Gagal awal, sedar awal. Sekarang ini belum terlambat untuk manage duit bisnes.

Alhamdullilah!
Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal? Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal? Reviewed by Elly Matin on September 21, 2019 Rating: 5

4 comments:

  1. Sampai bila nak mengharapkn duit dri suami kita kan ...nak shopping pun rsa berat hati nak menggunakn duit itu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kita tau, suami banyak tanggungjawap. Tidak salah kita mencari pendapatan lain dengan izin Allah.

      Delete
  2. Pentingnya mulakn bisnes..biar lah secara kecil kecilan ..bila sudah ada kewangan dpt membantu meringankan beban suami kita .. betul tak ?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.