Success Story Jom Detox Jutawan - Migrain Hilang Terus Selepas Detox

Masa Program Coach The Coaches 1.0 Feb 2019, saya jumpa Kak Ruby ini. Semua panggil akak. Saya segan mau panggil akak. Sebab dia muda sangat. Lagipun saya ada trauma sikit panggil orang kakak, sebab dulu muka saya macam makcik-makcik. So saya memang tidak berani panggil orang lain kakak. Tapi bila tau kak Ruby ini sebenarnya sudah 40-an jadi serba salah juga tidak panggil kakak dan saya memang tidak sangka kak Ruby umur 40-an.
Meh baca kisah kak Ruby.



Nama saya Rubaiyah Asan. Boleh panggil Ruby atau K.Ruby. Umur saya 43 tahun.

Pertama kali saya join detox ni November 2018. Masa ni baru pertama kali buat dengan meal plan yang baru ni. 

Masa tu saya memang sedang mencari-cari cara yang cepat untuk turun berat dan untuk sihat. Masa ni berat saya dah mencecah ke 75kg.

Memang masa ni saya ada buat diet protein tapi berat tak turun banyak. sebulan nak turun 1 kg pun susah.

Saya sebelum Detox
Bila ada peluang untuk buat detox ni, saya pun join sekali. Masa mula buat detox tu berat saya 73kg. 


Saya pun buat detox, lepas 3 hari, berat saya turun 3kg dan ukur lilit pinggang saya turun 3cm. Saya macam tidak percaya masa tu.

Saya teruskan dengan detox sehingga hari yang ke 7. Lepas 7 hari berat saya turun 5.5kg dan ukur lilit pinggang turun 4cm.


Bukan itu saja, saya lebih teruja bila lepas detox ni, bangun pagi tumit kaki saya dah tak sakit lagi. Bangun pagi rasa segar, bukan letih lesu macam sebelum detox.

Sakit kepala yang dulu selalu menyerang saya dah tak rasa lagi. Stamina saya semakin baik, naik tangga kini tak jadi masalah lagi untuk saya. Kaki saya rasa ringan jer bila naik tangga lepas detox.


Bersin waktu pagi dah tak ada  lepas detox.

Pertama kali Detox turun 5.5kg


Teruja dengan kesan yang saya dapat lepas detox, saya ulang, ulang detox. Lepas 3 kali detox, saya berjaya turunkan berat 16kg.

Selepas 3 kali Detox berjaya turunkan berat 16 kg

Paling best bagi saya, lepas detox ni bacaan tekanan darah saya yang sebelum ni tidak menentu kembali normal, migrain saya terus hilang, resdung saya semakin pulih dan hilang. Kulit muka yang kusam, kembali bersih.

Alhamdulillah.....nikmat sihat ni memang tidak terkata. Bila sihat, nak buat apa pun penuh nikmat. Nak jogging, nak buat kerja rumah, nak solat....semua penuh nikmat.

Kalau masa tu saya tak join detox, masih diet dengan cara saya, hingga saat ini saya rasa berat saya masih sama atau mungkin bertambah. 
Pergerakan saya juga terhad. Saya kelihatan lebih tua dari usia saya.

Bila badan semakin membesar, susah untuk menggayakan pakaian yang cantik. Kulit muka yang kusam akan menyebabkan muka nampak gelap dan tak berseri, terpaksa guna make up tebal. Keyakinan diri juga terganggu dengan penampilan sebegini.

Dan yang amat menakutkan adalah penyakit yang semakin menghampiri. Kalau saya tak join detox sebelum ini, kemungkinan saya terpaksa makan ubat darah tinggi seumur hidup disebabkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak betul.


Kegemukan adalah satu perkara yang amat saya takut. Sebab dari situ macam-macam penyakit boleh datang kepada kita.

Tahniah Kak Ruby

Sebenarnya umur bukanlah alasan untuk anda sakit. Bagi saya umur hanyalah nombor sebab semua orang boleh jaga kesihatan dan bila sihat, senang kita menjalankan kerja-kerja harian.


Success Story Jom Detox Jutawan - Migrain Hilang Terus Selepas Detox Success Story Jom Detox Jutawan - Migrain Hilang Terus Selepas Detox Reviewed by Elly Matin on September 04, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.