3 PERKARA YANG TAK BEST BILA BADAN GEMUK

3 perkara yang saya rasa tidak best bila badan gemuk. Meh baca, manatau kita ada sebab yang sama! Kan?

1. Pakaian
Saya rasa setiap wanita mempunyai masalah yang sama dengan saya ini. Iaitu susah memilih pakaian yang disukai sebab size badan. Okey, dulu saya pernah cecah size 5XL. Sampaikan seluar saya, saya terpaksa jahit sendiri di kedai jahit sebab tiada size yang saya boleh muat.

Saya pernah hampir gaduh dengan husband sebab tiada size baju masa fitting waktu raya dan saya punya baju sanding, saya terpaksa jahit sendiri sebab tiada baju yang muat di kedai tu. Hahah. Kesiankan?

Ini antara kenangan saya waktu size 2XL keatas.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=12JKsp2-715FI-NMhsWsGDpzNztJTcW3K

Sekarang ini saya boleh sudah pakai size M. Hehe. Alhamdullilah. Itupun selepas istiqomah untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Syukur!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=19TK-gTUR-uhZvkVK6iKWidbBDORrq09F
https://drive.google.com/uc?export=view&id=18JOIbypSqVzY0SsU5BuIb61n7gwXAJOn
Mau highlight pasal baju ini. Sebenarnya love sangat baju ni. Kali ini love bukan sebab dia kuning. Tapi sebab brand baju tu.

Dulu masa bujang, husband saya sampai marah sebab dia cakap saya ini menyusahkan pekerja kedai tu. Saya fitting semua baju brand tu dan memang tidak muat. Ada yang muat size lelaki tshirt.

“Umi tidak perlulah mau try-try, memang umi tidak muat. Takkan umi tidak sedar”

Huh. That why bila saya berjaya beli baju ini dan fitting terus muat. Saya happy sangat. Kiranya ini kali pertama saya beli baju lengan panjang yang fit untuk saya pakai tudung.

Saya ada baju Esprit tapi tshirt dan husband saya benarkan untuk pakai di rumah sahaja.! 

Bayangkan, 9 tahun lepas. Boleh dikatakan setiap pergi Esprit saya mesti akan try baju Esprit dan muat tshirt sahaja. Lepas saya berhijab, saya ada juga try baju Esprit lengan panjang. Tapi memang tidak muat di bahagian bahu.

Kiranya 6 tahun juga mencuba untuk try baju Esprit lengan panjang dan ini kali pertama saya muat baju Esprit.

Kenapa Esprit? Sebab Esprit ini antara baju yang size dia cutting kecil. Contoh kalau brand lain. Size M pada brand X tapi size XL pada brand Esprit. Hehe. Tu sebab husband saya suka Esprit, sebab dia punya size XS. So senang sangat cari size tu sana.

Itu pasal baju! Pakaian! Ohya! Mau juga bagitau. Dulu size jubah saya pernah cecah 50 keatas. Raya tahun ini size baju saya 34. Haha. Jadi malu pula. Before ada anak size 50 keatas. Ada anak 2 jadi size 34. Tapi Alhamdullilah! Syukur!

2. Sakit badan
Sejak pregnancy pertama saya rasa macam Teletubbis pun ada. Hahah
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1aFr5aw0uBbfYBZx68rg9UdSr0rbJxFUn
Kalau sudah baring, mau bangun tu perlu tenaga yang banyak. Haha. Tapi itu masa pregnantlah. Boleh terima lagi. Tapi waktu tidak mengandung pun sama juga.

Paling ketara sakit badan selepas bersalin anak kedua. Bila duduk terlalu lama, sakit badan. Tidur terlalu lama pun sakit badan. Padahal orang tidur ini, recharge energy. Saya tidur, bangun-bangun penat. Haha.

Lepas tu paling tidak best bila berdiri lama. Bayangkan, mau cuci pinggan pun boleh jem pinggang. Sangat tidak bestlah waktu obese. Saya betul-betul tidak suka.

Pernah sebelum Detox, saya sesak nafas waktu mau tidur. Tiba-tiba macam ada something hempap dada saya. Seram! 

Tapi Alhamdullilah. Seleps dah BMI normal ini, jarang sangat sudah sakit badan. Kena-kena sekarang memang aktif bersukan. Alhamdullilah! Thank you coach fitness Detox bagi iolls task setiap hari.

3. Susah Solat
Bagi yang muslim, saya rasa bila badan besar ini. Inilah cabaran paling hebat! Kalau badan gemuk, mau bediri solat pun boleh sesak nafas tau.

Saya pernah tercungap-cungap waktu solat. Bacaan solat perlahan pun tetap rasa penat. Walhal waktu berat normal ini. Ok saja bah bacaan.

Masa gemuk, susah bangun subuh. Serius! Ini saya alami. Macam manalah alarm bunyi. Tetap susah bangun.

And the thing yang semua orang lalui! Tau apa? Sakit kaki bila antara dua sujud. Dulu saya rasa kalau boleh mau skip saja duduk antara 2 sujud tu. Sebab duduk saja mesti macam nampak bintang rasa dia. Sudah tu duduk tidak betul pula sebab badan terlalu berat.

That why kita kena berjihad untuk lebih sihat dan capai berat badan normal. InsyaAllah! Amin Amin.

Cuba share apa cabaran korang waktu gemuk?
3 PERKARA YANG TAK BEST BILA BADAN GEMUK 3 PERKARA YANG TAK BEST BILA BADAN GEMUK Reviewed by Elly Matin on October 08, 2019 Rating: 5

3 comments:

  1. Rasa sedih nya..😥 bila nak buat kerja pun sda trcungap cungap ..sikit penat ..lagi myedihkn baju tidak muat lgi ..nak cri baju lawa tpi size badan tdk mngizinkn huhuhu rsa down di situ ..😥

    ReplyDelete
  2. Bila badan sudah naik gemuk.. Lipatan lemak kelihatn btl trutama perut, lengan , paha dn dagu ..bila mandi nak gosok belakang bdan pun xlarat ..😣

    ReplyDelete
  3. Bila bdn gemuk.. size pun susah nak cari.. kita pn mls nk bergerak..keyakinan pun kurang sbb asyik tgo kwn2 lain kurus je 😓

    ReplyDelete

Powered by Blogger.