5 ORGAN DETOX DAN FUNGSI

Taukah uolls yang badan kita ini boleh Detox sendiri. So meh kita explore satu-satu apa organ detox yang boleh detox badan kita dan fungsinya sekali. Sama-sama belajar tau.


PARU-PARU
Paru-paru berfungsi untuk keluarkan gas karbon dioxida. Sebab bila kita hidu udara, organ pertama akan dapat segala oksigen dan gas-gas yang tidak diperlukan ia akan pergi kepada paru-paru. So paru-paru akan berkerja dengan itu kita kena make sure bahawa sel paru-paru mendapat nutrien yang lengkap untuk membuat sistem pernafasan lebih lancar.

USUS BESAR DAN KECIL
Kolon ini bantu untuk keluarkan najis. Kolon yang sihat sangat penting untuk melacarkan proses pembuangan najis kita supaya tidak ada masalah sembelit dan najis yang di keluarkan itu ialah sihat. 

KULIT
Kulit merupakan organ paling besar dalam badan kita dan toksin juga boleh dikeluarkan melalui peluh dan liang roma. Apabila kita bersenam dan keluarkan peluh, sebenarnya peluh ada toksin. Sebab tu dalam Detox, Coach akan galakkan untuk bersenam. 


HATI
Hati merupakan organ pertama untuk membuat detox. 80% proses Detox dibuat oleh hati. Fungsi hati sebenarnya untuk menapis racun dan bakteria yang terdapat dalam darah.

Disebabkan hati ini besar, ia terpaksa membuat 2 fasa untuk Detox. Fasa pertama dan kedua. Setiap fasa yang berlaku akan memerlukan nutrien yang penting untuk menyokong menyah-toksin.

Toksin yang terdapat dalam lemak akan diproses menjadi bahan buangan larut air. Apabila sudah bertukar untuk diproses menjadi bahan buangan, bahan buangan akan di salurkan pada 2 channel. Pertama pergi pada darah untuk disalurkan kepada kidney untuk menjadi air kencing dan kedua akan pergi ke bahagian sistem pembuangan iaitu menjadi najis.

Hati juga dia bantu untuk mengeluarkan enzyme untuk menukar lemak makanan yang kita makan ini daripada perut tu akan menjadi pecahan lebih kecil untuk digunakan kepada badan. 

Dapat anda bayangkan kalau kita tiada hati atau liver. Sangat banyak toksin yang akan berkumpul sebab majority bahan kimia hati akan bantu untuk jadi lebih simpyfied ke bahagian tertentu untuk dibuang. So kena make sure hati kita ini sihat dan berikan nutrisi yang cukup untuk hati.


BUAH PINGGANG
Fungsi buah pinggan sebenarnya untuk menapis darah daripada badan kita. Toksin dalam darah tu akan dikeluarkan melalui air kencing kita. So sebenarnya kalau kita ambil banyak bahan kimia masuk dalam badan, buah pinggang kita akan berkerja lebih kuat. Itu sebab kita kena kurangkan aktiviti memasukkan bahan kimia dalam badan.

Antara aktiviti tersebut ialah makan fast food, makan proses food dan banyak sebenarnya penyebab bahan kimia masuk dalam darah kita. Itu sebab saya cakap, semua orang kena Detox zaman ini. Sebab dengan Detox, coach akan pantau tau pemakanan kita. No crap food, even pencuci rumah pun coach akan advise untuk buat pilihan terbaik yang boleh kurangkan bahan kimia masuk dala darah kita.


Sebenarnya apabila sistem penyingkiran badan kita atau organ yang terlibat terlalu kuat untuk berkerja. Sistem anda tidak akan mampu untuk menampung toksin yang masuk dalam badan. Bila badan tidak mampu menampung toksin badan akan mudah penat, mudah masuk angin, sakit kepala, stress dan banyak masalah kesihatan lain.
Sumber : Gambar Google

Badan kita umpama tong sampah hijau itu. At first tong sampah ini berfungsi untuk membuang sampah bayangkan badan kita juga berfungsi untuk membuang sampah yang masuk. 

Tapi lama kelamaan sekiranya sampah dalam tong sampah tidak di buang tapi orang keep on buang sampah dalam tu dan tiada orang maintenance, tong sampah jadi penuhkan? Terpaksa buang tepi tong kan? Lalat datangkan? 

Begitu juga toksin dalam badan kita. Bila badan kita terlalu penat berkerja dan terlalu penuh oleh toksin, ia tidak mampu untuk buang toksin secara natural sudah. So itu sebab kalau badan terlalu banyak toksin, badan akan mudah jatuh sakit dan datanglah masalah kronik yang lain. Macam lalat.
5 ORGAN DETOX DAN FUNGSI 5 ORGAN DETOX DAN FUNGSI Reviewed by Elly Matin on October 12, 2019 Rating: 5

1 comment:

  1. Wow!! Rasanya badan saya dah dipenuhi toksin suda...eehh nak Detox juga la 😁

    Fb: lily kimberly

    ReplyDelete

Powered by Blogger.