KEGEMUKAN PUNCA SAKIT KRONIK

Siapa pernah tengok video ini? Wanita yang menganggap badan beliau adalah penjara, kerana tidak mampu buat apapun akibat kegemukan yang melampau.

my body is prison

Masalah berleihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tahukah kalian, ada kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12-19 tahun mempunyai masalah obese.

Obese ini dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubahan seperti diabetis dan sakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal. SERAM!

KIRA BMI SINI

Overweight ini dikira apabila BMI kita melebihi 25 dan dikira sebagai obese sekiranya melebihi 30. Jika seseorang melebihi 30 BMI, risiko untuk mendapat penyakit kronik akan meningkat.

Antara Penyakit tersebut;

1. Serangan jantung
2. Angin ahmar
3. Tekanan darah tinggi
4. Sakit lutut dan sendi
5. Penyakit gout
6. Kolestrol tinggi
7. Kerosakan hati
8. Kencing manis
Apabila berat bertambah, lemak di dalam badan terkumpul bukan sahaja di bawah kulit namun di bahagian luar organ seperti jantung dan usus yang dikenali sebagai lemak visceral. Lemak visceral menyebabkan risiko serangan jantung. Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan saluran darah ke jantung dan otak tersumbat yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar.

Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan hati (fatty liver) di mana hati dipenuhi dengan lemak dan liver cirrhosis iaitu hati yang keras dan tidak berfungsi. Hati merupakan organ kumuh bagi lemak. Apabila berat semakin bertambah, sendi-sendi utama seperti lutut tidak dapat menampung berat dan mula mengalami sakit lutut. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan tiada senaman menyebabkan hormon endokrin yang tidak stabil.

Selepas makan makanan berkarbohidrat tinggi, paras gula meningkat secara mendadak. Organ pankreas akan mengeluarkan hormon insulin dengan banyak untuk mengawal gula dalam darah. Hormon insulin berfungsi memindahkan gula yang beredar di dalam darah ke dalam sel. Namun demikian, jika paras insulin sentiasa tinggi, badan akan mengalami insulin resistance iaitu suatu keadaan di mana insulin tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menyimpan gula  seterusnya meningkatkan paras gula dalam darah dikenali sebagai diabetes atau penyakit kencing manis.


CARA CEGAH OBESITI
  • Elakkan makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji seperti nasi putih, roti, tepung dan mi. Pilihlah beras basmati, beras perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan seperti epal, oren, jambu batu, limau bali dan beri. Pilih makanan yang mengandungi indeks glisemik rendah.
     
  • Hadkan jumlah makanan di atas pinggan. Hadkan nasi sebesar genggaman bagi setiap hidangan. Hadkan protein sebesar tapak tangan bagi setiap hidangan. Selebihnya, penuhkan pinggan dengan sayur-sayuran. 
     
  • Kurangkan penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan kaedah stim, bakar atau rebus sewaktu memasak. 
     
  • Tukarkanlah gula kepada stevia iaitu sejenis daun yang rasanya manis.
     
  • Bersenamlah selang sehari, lebih kurang 10-30 minit.
     
  • Berpuasa dua kali seminggu membantu mengekalkan berat badan dan merehatkan usus seketika.
     
  • Rehat yang cukup. Ibu yang bekerja perlu mendapatkan rehat dan tidur secukupnya. Tidur yang terganggu juga akan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan obesiti.
  • Jika anda mengalami masalah obesiti, berjumpalah doktor bagi mendapatkan rawatan. Rawatan HCG jika digabungkan dengan pemakanan berkalori rendah dapat 0
Siapa yang boleh menyokong anda untuk mengurangkan berat badan? Kejayaan anda bergantung kepada motivasi dan sokongan daripada :
  • Ibu bapa, ahli keluarga, guru dan rakan-rakan.
  • Doktor, Pakar Pemakanan/Dietitian dan ahli profesional kesihatan yang lain.
  • Saya boleh bantu

Ini antara testimoni peserta JOM DETOX yang berjaya sihat dengan JOM DETOX JUTAWAN











KEGEMUKAN PUNCA SAKIT KRONIK KEGEMUKAN PUNCA SAKIT KRONIK Reviewed by Elly Matin on October 10, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.