SAYA BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN SEBANYAK 16.5 KG

PEMINAT TEH TARIK TEGAR HILANG 16.5 KG
Sebenarnya sebelum detoks saya rasa saya ini sihat saja. Tapi saya memang tidak mampu kawal pemakanan. Ada masanya saya berani habiskan 3 cawan milky tea dalam masa sehari sahaja.
Selain itu, saya memang peminum teh tarik yang tegar. Saya boleh minum teh tarik setiap hari, tanpa rasa jemu walau sekelumit. 

Sebelum detoks,  saya ada ekzema kulit yang sangat teruk. Memang amat menakutkan saya. Dalam tempoh sebulan, sekurang kurangnya 2 minggu saya akan terkena ekzema. 

Saya agak sukar untuk solat pagi. Badan rasa malas saja sebab rasa terlalu penat dan letih untuk bangun dan bergerak cergas.

Saya memang ada masalah mudah marah, mudah stress, mudah sentap dan kadang kadang rasa tak ada motivasi untuk berusaha.

Dulu, Visceral Fat saya memang bacaan tinggi iaitu 14. Tengok bacaan macam ni buat saya betul betul risau kerana bila bila masa saya boleh dapat penyakit. 

Saiz baju 52. Nak beli baju pun rasa tak ada semangat. 

Bila kawan ajak saya untuk join program Jom Detox Jutawan, saya terus kata ye. Sebabnya saya nak turunkan berat badan. Tapi saya betul betul tak sangka yang rupanya program inilah yang merubah hidup saya sebenarnya. Saya bukan sekadar dapat turunkan berat badan, tapi juga dapat selesaikan semua masalah kesihatan saya. Alhamdulillah.  

Berat badan saya sebelum detoks 84.5 KG. Dari situ saya berusaha untuk turunkan berat badan dengan cara yang betul. 

Selepas saja detoks, perubahan berat badan saya sangat ketara. Saya hilang 16.5 KG selepas 3 kali sertai program Jom Detox Jutawan, iaitu 36 hari. Saya sangat teruja dengan perkembangan ini. Bukan mudah untuk saya turunkan berat sebelum ni, tapi dengan Jom Detox Jutawan ianya umpama teramat mudah bagi saya.

Sepanjang detoks dan eat clean, makin lama saya makin tinggalkan gula. Saya dah sangat bahagia tanpa gula dalam makanan dan minuman harian saya.
Kesan daripada itulah juga, ekzema saya semakin singkat tempohnya. Dalam sebulan, jarang sangat saya dapat ekzema trigger. 

Kini, nak bangun solat Subuh pagi pagi pun saya rasa semangat. Mudah je nak bangun sebab badan dah ringan. Mana tak nya, saya dah buang 16.5 KG beban yang saya bawa ke mana saja selama ni. 

Sejak selepas detoks, otak saya jadi laju. Saya mudah bersabar dan bertenang di kala dalam keadaan beremosi. Dan yang paling best, hati dan fikiran saya kini sentiasa terarah ke arah perkara positif dan yang menginspirasikan.

Visceral fat saya kini dah 6. Dah berkurang 8 dari asal. Alhamdulillah! Itu menunjukkan keadaan dalam badan saya makin sihat. 

Saiz baju pula dah berubah ke 34. Sekarang ni pantang tengok baju terus rasa yakin yang ada saiz untuk saya.
Begitulah kisah saya. Ia satu pengalaman yang istimewa bila Allah lorongkan saya untuk kenali Jom Detox Jutawan. Sebab ia satu satunya program yang bagi proven result untuk saya turunkan berat badan dalam masa yang singkat. Saya sarankan anda sertai sama.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Ue1OPNjpSNM6wQ6OWnOI4Db7E7sqPYcx
Elly Fhriscka Matin, 29 tahun, Sabah. Bisneswoman
SAYA BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN SEBANYAK 16.5 KG SAYA BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN SEBANYAK 16.5 KG Reviewed by Elly Matin on October 14, 2019 Rating: 5

1 comment:

  1. So inspiring oh 😍😍..suka sangat baca sharing you, dan saya juga suka baca sharing you di fb secara rahsiah... hehehehe

    FB:lily kimberly

    ReplyDelete

Powered by Blogger.