UBAT KURUS ADA DADAH

Teringat zaman mau kurus dulu, saya memang fikir untuk kurus tidak perlu makan apa-apa. Itu sebab selalu masuk angin, sering kena gastrik sebab saya hanya makan selepas 2 hari tidak makan. Tapi bila makan, memang qada berganda-ganda. Hahaha.

Tapi sejak kenal Shaklee, sebenarnya banyak yang mengubah hidup saya. Alhamdulillah Allah izin untuk kenalkan Shaklee pada saya. Tahun 2016 kira kali pertama saya amalkan diet Eat Clean. Eat Clean ini mampu memperbaiki sistem dalam badan kita.

Bagi saya Eat Clean umpama kita susun atur rumah setiap hari. Perasaankah kalau tidak susun atur rumah. Rumah serbutkan? Begitu juga perut kita. Sekiranya kita tidak susun atur apa yang kita makan setiap hari, sistem penghadaman kita jadi serabut.

Hari ini mau share cara untuk kira portion makanan yang seimbang. Sebab piramid makanan tidak releven lagi sekarang kot. Ini sebab manusia makin bijak. Maaf. Tapi bila cakap pasal piramid makanan, ramai yang fikir dalam sehari boleh makan ikan 2 ekor, ayam 5 ketul, telur 10 biji. Sebab alasannya, dalam piramid makanan sudah di tulis macam itu.


Betulkah makan sayur lebih boleh kuruskan badan? Betul tapi ada caranya

Betulkah perlu elak nasi untuk kurus? Erm.... kurang betul! Ada caranya tau.

Betulkah bread lebih baik dari nasi? Hahahaha. Kalau ko bukan orang asia, betullah kali.

So ini tips pengambilan makanan setiap hari. Tips Eat Clean. Maksud eat clean tu. No sugar, no MSG, less salt.
.
3 hidangan sayur setiap hari
2 hidangan buah setiap hari
2 hidangan protein setiap hari
2 hidangan karbo setiap hari



Boleh fahamkan?

Okey, mau cerita 1 kejadian yang membuatkan suami saya marah sangat. Masa tu baru boyfriend. Hehe. HG tau saya ambil ubat kurus kaki lima, memang teruk juga saya kena marah. Haha.

So tidak berani ambil sudah selepas itu, walaupun berat turun 10kg dalam masa 2-5 hari saja dan waktu telan ubat itu. Saya tidak dapat tidur selama 3 malam. Buat kerja siang malam macam orang gila. Badan melayang-layang.

Tapi masa tu umur 20 tahun, memang noob sangat mengenai pemakanan sihat sebab yang saya mau. Ialah kurus dengan cepat.

Beberapa bulan dari stop ambil ubat tersebut, keluar news pasal ubat tu. Antara tajuknya "meninggal kerana mengambil ubat kaki lima". Product itu di blurkan, tapi saya masih kenal botol tersebut dan ubat itu disahkan mengandungi dadah yang tinggi. Allah. Patutlah selama makan ubat itu, saya tidak dapat tidur.

Selepas kejadian tersebut, berat 2 kali ganda naik. Sampai cecah 80 kg. Muka dan badan persis dugong sudah. Haha.

Kecewa dengan kenaikan badan yang mendadak, sampailah saya kahwin dan pregnant, susukan anak dan pregnant, lepas tu susukan anak. Saya pernah cecah 104kg wakjtu 1st pregnancy.

Tapi 104 kg tu tidak risau pun, sebab masa tu saya ada kerja, ada suami dan ada anak. Rasa bersyukur sudah dengan apa yang ada. Sampailah Allah tarik nikmat kesihatan. Start from that, saya belajar cara pemakanan yang betul.

Allah tarik nikmat, dan bagi nikmat yang lebih besar. Alhamdullilah.

Sebelum pandai jaga makan, saya fikir kalau mau diet. Saya skip nasi dan ganti dengan sepapan biskut. Walhal, biskut itulah punca kegemukkan utama saya. 
Muka belum insaf ini,.. Hahaha.. Makan biskut 1 papan untuk seklai makan.

UBAT KURUS ADA DADAH UBAT KURUS ADA DADAH Reviewed by Elly Matin on October 18, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.