Time Freedom dengan Bisnes Shaklee

Saya telah di mindset bahawa kerja dalam sektor swasta akan dapat gaji yang tinggi. Itu sebab sejak tahu apa itu dunia pekerjaan (umur 16 tahun), saya memang sudah tanam niat akan bekerja dalam bidang oil and gas.

Kenapa oil and gas? Sebab saya dibesarkan dengan hasil kerja daddy saya yang bekerja dalam bidang oil and gas. Pekerjaan terakhir daddy saya ialah Safety Manager Petronas Samur Project. Saya nampak role model saya ada gaji yang besar dalam bidang itu.

Saya nampak uncle, aunty saya kerja dalam bidang oil and gas dan saya tau kehidupan mereka sangat selesa. Sebab saya pun selesa dengan life yang daddy saya sediakan. Bila saya sendiri masuk bidang tersebut. Saya faham 1 perkara. 

Iaitu, duit tidak mampu beli masa.

Masa umur Yayang 9 bulan, dia tidak kenal pun abah dia. Masa tu kami tengah bercuti dan 1 kali pun abah dia tidak boleh pegang. Takut sebab jarang jumpa. 

Sekarang ini, bila ingat balik. Saya rindu Yayang waktu kecil. Saya tidak nampak dia dengan kerap waktu umur baby. Rindu sangat. Sedih sangat bila hari ahad kena kerja.

Alhamdullilah! Selepas berjaya pujuk diri sendiri. Saya resign tanpa sebarang pendapatan kedua. Haha. Beranikan?
Tapi masa tu husband memang susah ‘racun’ suru berhenti kerja.

“Kita boleh makan ni dengan pendapatan abang, Umi boleh buat Shaklee”

Yalah. Why not buat Shaklee kan?

So i cuba, kayu step by step.

Gagal sekali, cuba banyak kaedah!

Masa saya buat Shaklee, saya boleh pantau anak. Anak main depan mata. Anak berak saya cuci. Anak mau makan, saya bagi makan. Anak p sekolah saya hantar. 

Paling best bila anak bangun, saya orang pertama diorang akan peluk dan waktu tidur, saya orang terakhir diorang peluk.

Kalau Shaklee tidak beri pendapatan, mesti selepas anak sudah besar ini. Saya kerja semula. Tapi Alhamdullilah! Terima kasih Shaklee atas peluang bisnes ini sampai saya dapat time freedom dengan anak-anak serta keluarga.

Ohya. Saya ingat lagi semasa mau resign. Uncle saya cakap saya antara orang paling bodoh sebab lepaskan kerja yang saya ada, sedangkan  orang di luar sana berebut-rebut mau kerja tu.

Tapi, waktu adik saya tidak sihat dan terpaksa berada di hospital dalam tempoh yang agak lama. Saya sedar 1 perkara. 

Allah tulis takdir saya kawin awal, ada anak awal, resign kerja dan buat bisnes di rumah. Supaya saya boleh bantu bila-bila masa family saya mau. 

Masa adik saya di hospital, saya ada 2 orang adik di Kudat yang masih study. Alhamdullilah. Masa tu saya tidak kerja, saya boleh balik anytime di Kudat untuk jaga mereka.

Syukur tidak terhingga! Walaupun waktu tu saya di Kudat, tapi bisnes saya masih jalan. Sebab bisnes Shaklee ialah bisnes online. Boleh berjualan walau saya di mana saja. As long as i have internet and phone.

Yadik pernah masuk hospital waktu raya puasa tahun ini. 3 malam kami di Hospital Likas sebab dia saspek dengi.


Masa tu saya terfikir
“Kalau aku kerja, siapa yang akan jaga Yadik”

Sambil pandang anak berumur 3 tahun 8 bulan yang tengah di tambah air. Hati sayu tiba-tiba. Syukur berganda-ganda bila sendiri dapat jaga anak waktu sakit. 

Sebelum Yadik warded, husband pun sudah demam selama 3 hari. Dapat bayangkan betapa susah mau bergerak bila saya berkerja waktu tu dan semestinya saya tidak akan dapat cuti sebab baru sahaja bercuti raya. Syukur sangat saya berkerja tanpa punch card yang perlu di kejar, saya cuti tiada yang akan marah saya.
sehari sebelum Yadik warded


Mungkin ada yang baca entri ini bukanlah time freedom bagi anda. Tapi bagi saya, this is my time freedom. Saya boleh buat apa saya mau, saya boleh pergi mana saya mau dan saya sentiasa ada bila orang tersayang perlukan saya.

Thank You Shaklee sebab menjadi sebahagian dari hidup saya.
Time Freedom dengan Bisnes Shaklee Time Freedom dengan Bisnes Shaklee Reviewed by Elly Matin on October 01, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. Absutelly true...saya sangat setuju tentang ini, sebab saya juga pernah bekerja dan meninggalkan anak dalam jagaan orang and i lost my time with my children. Tetapi sekarang saya sentiasa berada depan anak2 yang sedang membesar, walau pun hanya berniaga online dan menjadi dropship saya sangat puas hati kerana saya boleh menjaga keluarga saya bila2 masa.����

    FB: Lily kimberly

    ReplyDelete

Powered by Blogger.