Hidup Tanpa Anak

Assalamualaikum

Sebenarnya saya terpaksa tinggalkan anak-anak dengan parents saya di kampung untuk program 2 hari. Pada asalnya hantar 27/12/2019 dan ambil pada 29/12/2019 tapi husband cakap biarlah anak-anak di kampung dulu and my mom pun cakap, nanti hantar sama-sama waktu hantar adik ke KK.

Sebenarnya mama-mama ini, kalau anak ada. Bukan main garang mengalahkan singa. Tapi bila anak tiada, motivasi diri untuk masak, kemas rumah dan sebagainya terpadam begitu saja. Selama 4 malam tidur tanpa anak, memang rasa sangat kosong walaupun ada bestnya juga. Tapi still rasa kosong. Hahaha.

Masa tu juga tiba-tiba terfikir dan terjawap kenapa Allah bagi rezeki anak seawal yang kami tidak sangka. Saya disahkan hamil selepas sebulan nikah dengan suami. Memang mental tidak sediah 100%, sebab masa tu mood memang mood bujang dan saya masih berkerja di salah sebuah project besar di Sabah.
Antara asbab Allah hantar untuk saya lebih kenal Islam. Thank you so much Yayang. Umi love u kerana Allah.

Kalaulah sampai sekarang saya tiada anak, adakah saya seperti sekarang? Menerima Islam sepenuh hati demi anak. Ini kena baca next story kisah Tahun Akhir Mualaf. Sebab kalau tak baca takut jadi fitnah. 

Saya menerima Islam sedikit demi sedikit selepas disahkan hamil. Sebab fikiran logik saya, saya tidak mahu anak saya Islam hanya pada IC. Allah hantar anak untuk saya belajar mengenai Islam.

Mungkin kalau saya tiada anak, saya masih dengan kehidupan lama saya. Hidup dalam tekanan, hidup dalam kehitaman dan sebagainya.

Saya amat bersyukur, sebab Allah bagi jawapan dan tunjuk jalan untuk saya. Terima kasih Allah for everything.

Thank you so much mom, tolong jaga anak-anak. Terima kasih juga sebab masih menerima saya dalam family kita.

My 2nd daughter. Ini juga asbab saya berhenti kerja dan mencari redha Allah.

Ya Allah syukur sangat-sangat. Jadiklah saya seorang ibu, isteri, anak, sahabat, dan insan yang penyabar serta mencintai jalan yang Engkau sediakan ya Allah. 

Terima kasih atas segala cabaran dan kemanisan yang Engkau sediakan untuk saya dan keluarga. 

Sampai bertemu lagi ya kawan-kawan. Semoga sedikit sebanyak penulisan saya ini, memberi semangat untuk kita semua menjadi lebih baik.. InsyaAllah.

EH Squad

Ulasan

Catatan Popular