Bulan Kegemaran Aku

Sebanyak-banyak barang, apa barang yang buruk tapi boleh pening kalau hilang? Mungkin lain orang lain jawapan. Haha. Kalau aku, aku jawap IC.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1aB1_c2DSupskuYIpQeeDjkQ3I0O061gk

Walaupun rupa ic ku buruk, masa dia hilang. Sesak nafas pun boleh jadi. Hahah.

Berbeza kali ini kehilangan barang dari hari-hari yang lain. Selalunya kalau aku hilang barang, aku memang dalam keadaan stress melampau. Rasa mau marah dan mengamuk. Mencari tidak tentu pasal. Mencarut saja tidak. Haha. 

Tapi kali ini aku try apply ilmu quantum yang aku belajar tahun lepas. Masa hilang IC tu aku percaya Allah bantu untuk temukan dan permudahkan aku mencari IC. 1 lagi aku percaya kehilangan IC tu sebab kelalaian aku terhadap diri sendiri. Sebenarnya ada sebab semua tu.

Aku sebenarnya lama sudah mau pindah kedudukan TV dan almari dari kiri ke kanan dan aku memang rasa sofa aku ni terlalu sarat sudah mainan anak-anak bawah tu. Sebab almost 10 hari aku tidak mengemas akibat bercuti. Haha. Salahku! 

So masa mau mencari tu aku terus keep on selawat. Selawat dan beristigafar. Semoga aku sabar dan berjaya jumpa IC tu. Padahal sebenarnya aku mau sudah p JPN, tapi kawan aku cakap hilang IC RM 100. Aku berfikir jugalah, dari aku buang RM 100. Baik aku kemas rumah tu, manatau ada tersisip bawah sofa.

So aku balik, terus menarik nafas dalam-dalam dan start pindahkan dan lap almari TV, TV dan prabot kecil yang lain. Pun tak jumpa. Akhir sekali aku alihkan pula sofa andddd tadaaaaaaa. Jumpa IC. Alhamdullilah! Meletak 100% kepercayaan kepada Allah itu lebih lapang dada dari kudarat sendiri yang kalau Allah tak gerakkan hati kita buat. Kita tidak mampu buat pun.

So jumpalah IC ku. Dapatlah aku setelkan kerja company yang perlukan IC aku. Hehe.

Okey. Back to the story! Bulan kegemaran aku!


Yay! Bulan kegemaran aku of kos lah setiap bulan. Tapi January ini special sikit. Sebab January ini bulan pertama dalam setiap tahun dan ini adalah bulan kelahiran aku.

Sempat mengaji selama seminggu sebelum BFF aku ini busy. Ya Allah beri rahmat pada sahabatku ini.

Aku addicted gila dengan ice latte costa ini. Sebulan mungkin dalam 10 kali juga aku ke sana unutk beli kopinya saja.
Tapi memandangkan tahun lepas sampai 16 jan ada promo ice latte Mc Cafe RM 1.99 saja. Aku curang kijap pada yang murah. Hahah. Tapi ini pun not bad bah. Sedap. Cuma bezanya dengan Costa tu, Costa mesin yang buat. Mc Cafe ini manusia yang tuang susunya. Kahkahkah.

1st time masak sambal ikan masin dengan kentang. Not bad! Sedap!
Yadik dah school.Tapi itulah, buat kerja sikit dia cakap penat. Endak apalah anak, Yayang pun macam itu dulu. Tapi sekarng dia rajin giler kot.

Bulan Jan ini banyak kali kami balik Kudat. Birthday dady, masa cuti CNY. Alhamdullilah.
Masa cuti CNY anak-anak sempat juga masuk dalam hutan. Explore sangat nau.

Ada CNY dinner dengan family

Orang selalu cakap cina dengan kami adik beradik. Walhal kami ini memang original suku kaum Rungus. Haha. Ada jugalah related family yang memang cina, cuma kalau ori dari mamy dan daddy aku memang Rungus. But yeah! Why not kan buat saja CNY dinner. Kitakan 1 Malaysia.

1st Heavy makeup on 2020. Aku punya kulit ini makin getting better. Makeup pun makin senang. Maybe after this i should buy makeup again. hahah. But yeah! Thank you to Vita C organic yang banyak membantu dalam proses pemulihan kulit ku yang teruk dengan eczema.

Lassttttt day on Jan 2020. Orang kecoh di fb pasal budak study ke Mekdi. hahah. Ni haa, budak tadik study ke stabak kot. Done hastag riak. isitgafar. Bukan selalu pun ke stabak ini. Pegi pun sebab tunggu HG balik dari Japan. Tak kosah i tunggu di Mekdi yang terlalu ramai orang. At least stabak ini tidaklah ramai orang. Aku sempat menulis 1 entri sini.


Selain itu, Jan 2020 juga aku merancang untuk pregnant. Tapi Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kami. Ada lagi bah bulan lain. Hehehe. Thank you for reading my blog and always support me. Even aku ini bukanlah membantu sangat dalam every sharing aku. Maaf.



















Betulkah Dettol Bahaya?

Antara kegemberiaan seorang perempuan bila datang haid tepat pada waktunya, atau aku saja yang happy ini? But ya! Alhamdullilah, since last year aku start ber-detox. Memang aku punya period on time! 

Aku perasaan sejak bulan 9 2019, haid aku awal sehari. Macam bulan ini juga, bulan lepas aku period 31 Dec 2019. Hari ini 30 Jan 2020 aku period sudah. Alhamdullilah period on time. Nikmat Allah bagi ini bukan semua boleh dapat. 

Sebenarnya kami merancang untuk ada baby by this year. Tapi aku percaya Allah berikan sesuatu tepat pada waktunya. Sila cuba lagi. Hehe.

Macam ada slow-slow sudahkan cerita wabak H1N1 tu, datang lagi wabak lain iaitu Novel Coronavirus. Semoga kita semua dalam lindungan Allah. 

Sebelum NCorona ini muncul, kan sibuk pasal H1N1. Masa tu habis bah semua jenis pencuci Dettol di kedai. Aku pun ikut beli. Rupanya Dettol ini mahal. Hahah. Aku beli terus yang 1000 ml ada free 100 ml.https://drive.google.com/uc?export=view&id=1NAgFrFE2lmtYT42SqT3xzSAXgAiICylz

Actually selama ini aku memang mau beli Dettol sebab suka bau macam di hospital. Haha. So memandangkan tengah viral, aku pun ikut juga. Okey ini pertama kali aku beli Dettol antiseptic sebenarnya.

Sampai rumah terus bah aku buka. Haha. Aku cuci kain, terus letak 1 penutup Dettol. Wangi bah. Lepas tu masa aku masak, aku baca-baca jugalah Dettol ini antiseptic tu untuk apa.

Sebab selalu nampak Dettol ini untuk cuci luka ada dalam First Aid Kit. Lepas tu ramai jak yang kondem Dettol not good for lungs dan sebagainya. 
1 impressive thing i really like is bila aku rendam kain lap dapur tu. Dari kuning berkunyit kain tu jadi bersih semula. Masa tu aku macam risaulah. Haha. Sebab its something like pelunturkan? Tapi aku suka sebab aku rasa kain lap aku bersih seja. 

Sebelum ini aku cuci juga kain lap aku. Aku rendam pakai sabun. Tapi lepas 1 hari rendam, sama juga licin dan berminyak. Kahkah. Yang pernah buat mesti tau punyalah. So since aku rendam guna Dettol dan kain tu tiada minyak. Aku happy!

Aku pun tuang sebotol di atas lantai kamar mandi dan bilik air. Memang sangt efektif. So aku google juga. Dettol ini bleach kah. Tapi tiada pun kajian menunjukkan Dettol ini bleach. Hehe.
http://www.chm.bris.ac.uk/motm/dettol/dettolc.htm

Aku keep using Dettol as pencuci toilet dan mop lantai. Dettol 1 penutup + Basic H. Memang licin dan berkilat rumah. 1 thing yang aku suka lagi, bau dia tidaklah bau macam clorox!

Ohya. 1 benda aku selalu jumpa bila google dettol ialah, 99.99% boleh membunuh kuman. Lagipun Dettol ini digunakan mencuci alatan pembedahan. So endakkan hospital saja-saja mau ambil sesuatu produk untuk benda yang tidak dijamin kan? Haha. 

Okey. About other concern! Memang pakai dettol ini sakit dada juga kalau banyak sangat. Itu sebab masa aku study SHO, prof aku cakap lebih ramai cleaner dan tukang kebun yang ada hidap kanser paru-paru dari orang lain. Maksudnya lebih tinggi peratusan orang-orang dalam pekerjaan itu dari orang lain.

Sebab benda ini bukan effect 1 hari 2 hari. Tapi effect bertahun. Banyangkan kalau kerja sebagai cleaner. Mereka akan inhale dari pencuci untuk setiap hari. 
Untuk kegunaan di rumah, cadangan aku. Ambil dettol ikut sukatan yang disediakan dan jangan letak dettol sembarangan tempat tau! Macam aku, since aku study pasal dettol ini. Aku memang ambil sukatan yang sedikit. Masa mula-mula beli aku memang excited letak 1 penutup. Tapi bila tau dan rasa kesan pada sistem pernafasan. Aku kurangkan pada 1/4 tutup saja untuk 1 baldi air. 
Tapi percayalah kalau uolls guna Dettol memang rasa rumah lebih bersih. Hehe.
Ini 1st time aku beli. Entah nextime mau repeat ke tidak. Sebab aku lebih selesa dengan Basic H. Basic H pula memang ada clinical study bahawa produk ini memang 100% selamat dan semulajadi. Cuma Basic H ini bukanlah antiseptic atau ada kandungan yang boleh membasmi kuman. Cuma Basic H ini sangat selamat dan efektif untuk bersihkan rumah dengan lebih selamat serta semula jadi.


So ya! That all for today! Thank you for reading. Stay lit in 30 years old!https://drive.google.com/uc?export=view&id=1mzq-yP85i-Z08dOU1q4bxGlO5zxEYVDK
Elly







Hobi Baru yang Aku Mau Cuba


Manusia ini macam pokok. Kalau tidak disiram boleh kering dan akhirnya mati.

Pokok cili aku ini mula-mula memang sangat subur dan banyak sangat buah. Tapi setelah beberapa bulan aku yang jaga, pokok makin kering dan kering sehingga pokok yang paling besar tu kering dan memang sudah mati.

Husband aku pada asalnya mau bawa pokok ini di kedai dia. Sebab dia cakap di rumah ini pun aku tidak mampu jaga. Tapi dia pun selalu lupa bawa. Memang pokok ini kering giler dah.

Tapi tidak sangka juga tahun ini lepas aku siram hari-hari walaupun aku tidak tau pun pokok tu boleh hidup atau tidak. Kamu tau, lepas cuti CNY tu bercambah 1 ranting kecil di pokok yang hampir mati tu.

Siram dan terus siram, lepas tu aku bersihkan pokok tu. Pokok yang kering dan sudah mati tu aku potong. Alhamdullilah, sekarang pokok cili ini berbuah sudah walaupun tidaklah subur macam mula-mula aku ambil dulu.



Sebenarnya begitulah juga manusia. Kita boleh mati sebelum mati sekiranya tidak siram jiwa kita dengan ayat-ayat suci Allah. Kita boleh mati sebelum mati sekiranya kita tidak amal perintah Allah. Itu sebab kita wajib siram jiwa kita ini dengan perkara-perkara yang membawa kebaikkan. Contohnya zikir, baca tafsir, dengar ceramah agama, baca quraan. 

Okey. Sebenarnya aku mau sangat cuba hobi baru. What i want to do is....... Jeng jeng jeng..

Aku lama sangat sudah mau bercucuk tanam, tapi memandangkan di KK aku tinggal di Apartment so mau bercucuk tanam tu memang agak susah. Tapi since aku join group berkebun dari pasu, kebun bandar dan bermacam jenis group kebun aku join. Aku pun ter-racun. Tapi sebenarnya itu bukan kick start aku. Itu cuma hobi semata-mata.

Actually aku serius sangat mau berkebun bila aku nampak hasil kebun mom aku tu membuatkan diorang tidak perlu beli cili, serai dan ada beberapa sayur yang mom aku tanam.

Tapi aku tunggu sampai tahun ini untuk start. Haha. Last year aku ada ambil 1 pokok cili mom aku. Yang pokok atas tu. Tapi memandangkan tahun lepas aku banyakkkk sangat travel dan stay out, cili aku tu hampir mati.

Last year start bulan Jan sampai Dec aku punya jadual sangat penuh di luar rumah. Kelas sana kelas sini, meeting sana meeting sini dan jalan sana jalan sini. Haha. i enjoy my time as housewife. Walaupun ramai tidak percaya aku ini housewife.

But yeah! this 2020, aku akan berusaha untuk lebih banyak masa di rumah untuk mengurus family kecil aku ini. InsyaAllah. Aku akan lebih banyak menulis kot!

So tadaaaa.. Ini adalah kebun kecil aku. Ermmm.. Atau aku perlu cakap ini adalah kebun bandar aku. Haha. Entah apa-apalah.
Aku ada 3 pokok terung dan 2 pokok cili putih

Memandangkan aku tinggal Apartment tapi di ground floor dan rumah aku bahagian corner so aku minta kebenaran dengan pemaju perumahan ini untuk letak 1 meja untuk aku letak pasu aku. 

Yay! Cili puith favorita orang Sabah

Kebenaran tu aku dapat tahun lepas dengan syarat tidak mengganggu orang lain dan tidak kotor serta kemas. Of kos lah aku buat benda tu kemas! Kalau ada sampah, memang bukan dari aku. Sebab aku tidaklah bodoh buang sampah merata tempat. 


So tahun ini selepas CNY punya cuti aku beli a lot of pokok sayur dari tepi jalan Simpang 3 KM, Kudat dan KK. Aku beli tanah sampai 10kg dan pasu RM 2.30 di kedai Uplus.
My kesum. Maybe next aku mau beli daun kari

Aku sudah petik pun kesum tu. Sudah masak sup ikan. Haha

Inilah bah konon hobi yang aku mau cuba sejak sekian lama tapi terbantut sebab tiada kawasan tanah. Tapi itulah syukur tinggal ground floor, dapat juga aku bercucuk tanam dalam pasu.



Ini sayur sawi ini. Aku sengaja guna bekas air macam ini, sebab lepas sawi di tuai boleh buang kontenar tu. Kahkah
Tahun ini ada rezeki mau juga tinggal di rumah yang ada kawasan tanah besar. Hehe. InsyaAllah. Doakan ya. Tapi aku tetap bersyukur dengan rumah kami sekarang sebab ground floor, kawasan yang bersih, selesa dan paling best ini rumah sendiri.









Cabaran 7 Hari Intermittent Fasting atau IF

Cuti paling bermakna bagi anak-anak kali ini. Masuk hutan dan main sesuka hati tanpa dihalang. Weekend lepas masa di kampung, mamy ajak saya dan anak-anak memancing di tengah kelapa sawit. Jangan kamu tanya ikan saya dapat berapa ya. Haha

entah diorang ni tengah buat apa. haha
Semalam kami baru sampai KK dan entah sebab apa semalam jam 2.30 am baru saya dapat lelapkan mata. Pusing sana pusing sini, memang susah mau lelapkan mata. Selalunya kalau ada laki, bolehlah kacau. Haha. Tapi takkan mau kejutkan anak-anak ajar bercerita.

So memandangkan memang tidak dapat tidur, tiba-tiba terfikir mau buat Intermittent Fasting atau IF sejak sekian lama tidak buat. Tapi pernah ada kawan cakap, rugilah sebagai muslim kalau boleh ber-IF tapi tidak berpuasa sunat terus.

So saya pun niat untuk berpuasa sunat selama 7 hari dan sepatutnya start hari ini. Tapi tidur jam 2.30 am dan saya target bangun jam 3.30 am dan terbangun 2 minit sebelum azan subuh. So masa tu memang haus yakmat sebab tidur bawah aircond, tekak kering gilak. Im sorry my niat.

Saya bangun dan berwuduk, lepas solat subuh saya masih bertahan untuk tidak minum. Tapi dalam jam 6 am macam tu memang rasa perit di tekak. So i decide to drink a cup of plain water. Lega. Alhamdullilah. 

First thing first. Alhamdullilah ya Allah, beri saya peluang untuk perbaiki diri, berkhidmat pada anak, beribadah pada MU disaat ini. Walhal semalam, asyik terfikir pasal mati saja. Jujur, memang saya takut sangat mati. Sebab saya sedar amalan saya menjamin saya ke tempat yang lebih baik.

Ya Allah, berilah saya peluang untuk perbaiki diri dan kuatkanlah hati saya untuk istiqomah dengan apa yang saya perlukan sekarang untuk menuju ke jalan MU. AMEN!

Alhamdullilah!

So i start my challenge esok! Haha. Sebab rasa rugi gila mau IF tanpa puasa! Ermm.. Actually tajuk saya tu memang mau letak Cabaran 7 Hari Puasa Sunat, tapi macam over sangat pula. 

Actually, bukan juga puasa sunat. Saya niatkan setiap puasa saya sekarang ini puasa ganti. Puasa yang saya tinggal waktu mula-mula masuk Islam. Sebab tahun pertama saya masuk Islam, saya cuma berpuasa selama 9 hari sebab ada alahan yang teruk waktu pregnancy, begitu juga dengan tahun seterusnya saya breastfeeding dan pregnant semula. Haha. 

Saya berpuasa betul-betul waktu 2018 selepas Yadik anak kedua saya tu sudah berumur 2 tahun. So tahun ini dan tahun lepas, saya berusaha untuk berpuasa seminggu 3 kali dengan niat puasa ganti bukan puasa sunat.

Dulu pernah ada orang cakap puasa sunat dan puasa ganti boleh dibuat serentak tapi baru-baru ni ada video ustaz (tapi tak ingat siapa), Ustaz tu cakap puasa ganti gantilah, sunat sunatlah. Alhamdullilah start berpuasa isnin, rabu jumaat saya memang niat puasa ganti.

So esok insyaAllah saya akan start berpuasa ganti selama 7 hari non stop. Selama ini selalu berpuasa selang-selang hari sebab mengikut pengalaman waktu ramadan, kulit saya akan flare sekiranya tidak cukup air. Hehe, cuma sekarang ini saya jumpa sudah solution. Hehe. InsyaAllah nextime saya cerita.

Okey, puasa kali ini saya akan buat sekali dengan pantau berat badan saya turun berapa KG. Sebab saya kali ini, ingat mau berbuka dengan nasi dan sayur saja selama seminggu. Simptom malas mau keluar beli bahan mentah lain. 

Haisss. kamu taulahkan sekarang ini ada wabak-wabak yang senang berjangkit dengan sentuhan dan udara. So saya memang prevent untuk keluar. Wahai anak-anakku, mari kita makan sayur dan telur saja ya. Haha. 

Kalau ada orang jaga anak masa pegi pasar boleh juga bah pegi, tapi Yayang sekolah petang dan Yadik pagi. So mau pergi pagi ada Yayang mau pergi petang ada Yadik. Endak apa, makan telur lagi jimat anak-anak. Haha.

Padahal kemarin saya ada turun Suria kejap pergi Sephora. Haha.

Padahal saya beli barang orang dan adalah untuk diri sendiri. Ikutkan nafsu mau beli somethingggggg sana.
Okey! saya baru sign up as white member Sephora. Haha. Kesian. Umur 30 an baru sign up member. Selama ini saya beli barang Sephora guna id my sis Bella. Tapi memandangkan saya meraihkan umur yang ke 30 tahun, saya pun sign up as member.

Mau naik black member Sephora tu kena ada belian RM 900 within 1 year. Nanti saya sampai RM 900 saya share ya. Haha, sebab saya bukanlah jenis membeli makeup sangat. Setiap hari pun saya just pakai pelembap, spf, pencuci muka, eyebrow, highlighter dan blusher. But who knows kan, saya teringin mau beli something sana. Mana tau HG bagi reward ke bini dia ini. Haha. Dalam perkiraan saya, mungkin Dec 2020 baru sampai RM 900. Haha. Ko rasa?



Lepas tu kami ke 1B jumpa daddy. Ingat mau makan sushi, sebab ngam-ngam ada birthday treat. Tapi memandangkan sekarang ini berwabak,seram pula makan makanan mentah. Masa bawa anak jalan, saya memang takut gila. HAha, sikit-sikit mau hand sanitize. InsyaAllah kita semua dalam lindungan Allah.

So itu sajalah, doakan saya ya semoga istiqomah dan berjaya habiskan cabaran puasa ganti selama 7 hari berturut-turut. Kalau ada yang mau join, komenlah sini. Kita boleh buat sama-sama.

#EHSquad
#EM
#Sephora













Dapat Jemputan Khas Dari Shaklee

Alhamdullilah. Ini tahun kali ke-4 dapat jemputan khas dari Shaklee. Tapi tahun ini tidak ada kesempatan untuk sertai event untuk business leader sebab husband masih di Jepun.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1D4W4ObE4JtC4z4WqRmZ_jT3vHBJznTh8

Sebenarnya invitation ini bukan semua distributor dapat. Hanya yang lepas kelayakkan saja boleh di jemput oleh pihak Shaklee.

Best tau join biz Shaklee ini. 

Syarat-syarat menjadi sebahagian leader Shaklee

1. Of kos kena sign up as member Shaklee

2. Makan Shaklee. Feel the difference take Shaklee and non Shaklee product.

3. Share the product u take. Macam saya, saya naik leader dengan jualan Set Detox! Kerana saya berjaya turun lebih dari 20kg selepas Detox dan berjaya bantu ramai kawan yang mau kurus!

4. Para leader dalam team saya, akan ajar macam mana mau start biz Shaklee sekiranya anda berminat. 

5. Jualan at least RM10k sebulan untuk kali pertama naik leader dan jualan hanya RM 7500 saja untuk kekalkan rank bagi mendapat jemputan ke Shaklee.

6. Kena maintain at least 3 bulan jualan RM 7.5k. Alhamdullilah. Saya maintain setiap bulan!

Thank you Shaklee for this special invitation!

Cara Respond Kisah Sedih

Dulu masa study kawan saya pernah cakap ''aku lupa birthday si anu, tu yang dia macam layan tidak layan aku saja tu''. 

Bila fikir logik, betul juga sebab si A dan si B kan kawan baik. Takkan birthday kawan baik sendiri boleh lupa.

So since dari tu, saya pun hide birthday di Facebook. Saya mau tau si A ini bolehkah ingat birthday saya. Haha.

Tapi itu kisah lama. Tahun lepas saya sudah on balik notification birthday di FB. Tapi disebabkan terlalu ramai yang komen, sampai saya tidak ter-reply. Tahun ini saya off semula notification birthday tu.

Begitulah....

Okey.. 1st at all, thank you so much Allah. Masih beri peluang untuk saya nikmati rahmat yang ada di dunia ini. Ya Allah, tingkatkanlah keimanan dan ketaqwan saya terhadap MU sampai nafas saya yang terakhir.

Sama bulan birthday dengan daddy. Happy bless birthday to u daddy

Actually jujurnya, ini kali pertama dalam hidup saya 12.45 pm baru ada orang wish happy birthday. Tiba-tiba rasa how sad my life. Belum mati orang sudah lupa. Tapi cepat-cepat juga istigafar. Semua itu cuma mainan syaitan untuk membuatkan saya sakit hati sendiri. Perkara paling penting ialah Allah yang ingat kita.

Even my husband forget my birthday. Haha. But its okey, sudah dapat advance 16 hari kena wish. Hahaha. 

Anyway thank you pada insan-insan yang ingat birthday saya. 

I lop u daddy





Sebenarnya bila saya ingat balik cara saya respond kawan baik yang lupa birthday saya, memang kesian juga diriku masa tu. Haha. Ada yang bermasam muka sebab orang tidak ingat birthday. Apa ko ingat ko saja mau di ingat di dunia ini?

Syukurlah matang sudah. Haha.. Doa laki saya ''abang doakan umi bertambah matang''

Selalunya birthday saya ni, saya memang shopping sakan. Tapi kali ini, entahlah macam tiada mood mau shopping. Malah saya let go semua baju yang sempit. Sebab mind set saya sekarng, selagi boleh pakai. Jangan beli baru!!

Lepas hantar Yadik sekolah, saya terus breakfast coffee pahit dan mee bungkus. Hehe. Sambil menulis entri. Actually ada saja dalam entri saya pasal birthday. Tapi bukan semua orang suka membaca. Begitulah. Istigafar Chi.

Ohya. Bolehkah saya bahasakan diri dengan panggilan Yeochi. Actually di rumah adik-adik panggil Kakak Yeochi bah dan ramai kawan panggil chi chi chi. Boleh bah kan? Bagi peluang sama orang tua. Hahah

Okey. Mau makan di 1B tapi rupanya ku memakai selipar jepun.


Cari punya cari tempat makan, terus p makan di Seoul Garden. Mahal pula sudahkan? tapi saya suka sup dia, lagipun mama mau makan sana. So iolls makan sana sejalah.

RM 48 per person. 2 adult akan ada free 1 kids.

Mula-mula rasa macam menyampah dengan pekerja lelaki tu. Haha. Tapi kena ingatkan diri, dia pun kerja. Kena faham keadaan dia. Dia penat.
Macam cikgu saya cakap, kalau orang tu not in good mood. Just berselawat dan doa sekiranya ada rahmat dalam selawat ini, semoga Allah berikan pada dia.

Alhamdullilah, selepas 2nd round dia datang meja kami. Dia dah senyum dan cakap baik-baik. See tidak perlu pun mau marahkan. Keep it simple and put trust to Allah.

So kami menghabiskan masa selama 2 jam makan sana. Haha. Tapi tak makan banyak pun sebenarnya. 
Aku tidaklah serakus yang ko sangka.

Ohya sup creamer tu sedap tapi masin sangat. Maybe nextime mau ambil juga sup creamer tu. Paling banyak saya makan ialah segala jenis cendawan.

Sedap gila timun kimci tu

Geng makan

Sebenarnya kalau orang lupa birthday kita, kita jangan sedih dan marah pada orang tu. Sebab setiap orang ada komitmen masing-masing. Bukan mau ingat birthday kita saja. Jangan pula balas bila kena birthday orang tu, ko ingat tapi pura-pura endak ingat. Haha. Jangan gitu. For me, saya terfikir. Kadang orang lupa kita sebab kita belum buat yang terbaik untuk insan tu. Its okey. Allah know the best gais!

Saya juga minta maaf pada kawan-kawan dan keluarga, sebab selalu lupa birthday kamurang. Ohya. Dulu masa bisnes, saya sedih juga bila sudah push dan bagi semangat sama downline bersungguh-sungguh tapi masih lemau. Bila saya sedar, sebenarnya bukan downline tu yang salah. Saya yang tidak cukup effort untuk mereka. 

Itu saja untuk kali ini. Semoga kita semua dalam rahmat dan lindungan Allah.

#EM
#EHsquad








Hastag Till Jannah

Assalamualikum...

Semalam masa balik dari airport, saya berfikir apa mau letak caption gambar ini. Hahah. Kononnya mau letak hastag till jannah, tapi saya memang tidak berapa suka tulis caption pendek. Haha. Yang kenal tu kenallah.

Thank you Allah, pinjamkan saya lelaki ini.

So saya mau tulis pula boleh detox sudah! Last-last saya tidak post pun gambr ini. Kahkahkah. So pagi ini baru tulis.


Gambar tahun lepas, ada orang komen kami tidak bahagia. Semoga Allah rahmati hubungan kita ya HG
Actually 2 minggu ini, mood saya tidak berapa baik. Carik gaduh saja dan orang yang saya trigger mau marah-marah ini mesti si HG. Pokoknya saya memang marah-marah sajalah sepanjang minggu lepas dan minggu ini. 

Alhamdullilah sempat koreksi diri pagi semalam. Tiba-tiba terdengar Ustazah Asma punya ceramah pasal perempuan ini suka beribadah tapi masih ramai yang masuk neraka. Kenapa?

Sebab perempuan, ramai yang beramal soleh. Solat sunat, puasa sunat, solat awal waktu, sedekah dan sebagainya. Tapi tidak mampu melawan nafsu untuk derhaka pada suami. Masa dengar tu, terus malu pada diri, rasa serba salah sama HG. Astafirulladzim. 

Syukur Allah masih bagi nafas untuk dengar ceramah ini. So that, saya pun twist mood yang marah-marah tu untuk lebih beringat. Cakap pada diri, jangan biarkan syaitan racuni diri ko Elly sampai tabung akhirat mu bocor macam itu saja.

Terima kasih juga ya Allah, sebab beri peluang untuk kami berjauhan walaupun tidak lama. Terima kasih masih hadirkan kami kasih sayang dan rindu sesama kami. Terima kasih ya Allah.

Husband bermusafir ini bolehlah saya buang 10 kg. Haha. Terasa diri dah besar sangat ini. Bila cakap dengan HG, dia just reply. Yaka?
The squad. Ya Allah, semoga persahabatan ini menjadi asbab mereka menuju ke jalan MU ya Allah.
The pakciks anak-anak

Alhamdullilah, hari ini genap 30 tahun bernafas di dunia. First at all, i wanna thank to my mom and dad. Mereka menjaga amanah Tuhan dengan penuh kasih sayang dan perhatian, walaupun sudah berumur 30 tahun.


Birthday dady and me
To my daddy, saya doakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan diberkati serta dirahmati Allah setiap saat.

Hahah.. Tidak sangka betul bah umur 30 tahun. Jiwa masih remaja. Kahkahkahkah..


Terima kasih Allah, masih beri peluang untuk saya bernafas dan menikmati rahmat-MU di dunia milik MU ya Allah. Terima kasih atas setiap rahmat dan nikmati Allah beri pada saya. Di umur 30 tahun ini, semoga ibadah dan attitude lebih matang dan sentiasa dalam rahmat Allah.  

Okey.. Bab umur pun panjang sangat. Hehe, sebenarnya di hari lahir ini. Saya mau buat contest. Tapi lupa pula share posting contest. 

Jujurnya ini kali pertama selama kenal HG, dia tiada dengan saya waktu saya birthday. Selama kenal 13 tahun, tanpa gagal dia raih birthday. Hehe. Tapi masih bersyukur sebab Allah hadirkan orang-orang yang sayang saya.

Terima kasih Allah

EH Squad
EM turn 30

Cerita Fiksyen : Bella by EM

Sengaja ambil flight lepas mahgrib. Besar betul cabaran dia kalau masa puasa dalam flight. Masa tidak puasa tida terasa pun mau makan. Tapi masa puasa, macam semua dalam menu air asia saya mau makan. Hahaha.

Outstation 7 hari di Labuan. Sebenarnya, belum pun bulan puasa. Tapi puasa lepas saya terlibat dengan kemalangan dan tidak mampu berpuasa. So, tengah struggle mengganti puasa sekarang ini.

Saya sengaja awal datang di tempat berlepas. Sebab mau beli cookies afamos yang sedap itu. Macam saya cakap tadi. Puasa baru rasa mau makan. Kalau tidak puasa, tiada pula nafsu mau makan. Hahahah.

Saya duduk depan kaunter berlepas. Sambil saya cek ipad. Mau cek email. Manatau ada task baru bos bagi. Hahahah. Sambil saya makan cookies saya tadi. Sedapnyaaa. Wanginyaa.


Saya perasaan ada lelaki selang kerus saya. Dia pun ikut makan cookies saya. Oh my Goat. Tapi saya tidak juga berani mau tegur. Saya biarkan sajalah. Sama-samalah kami makan. Tegur pun tidak. Haha.

Dia ambil, saya ambil, dia ambil, saya ambil. Tinggallah cookies paling last. Boleh-boleh dia belah dua cookies baru bagi saya. Saya terus bediri saja. Mau marah tapi. Anggap saja kau bersedekah tadi. Huh. Tapi saya tidak senyum sama tu lelaki. Ngam-ngam juga boleh masuk kapal sudah.

Huh. Tidak gentleman langsung bah. Boleh-boleh ambil makanan perempuan. Huh. Saya hempas saja badan di seat kapal. Ingat terus mau tidur, tapi terlupa off phone, so sebelum tertidur saya terus cari phone dalam beg yang banyak harta karun, lepas tu...........

Guess what?

Oh my goat! Cookies saya ada dalam bag. Jadi yang saya makan tadi tu?? Cookies lelaki tu? Ohmai kambing!!


Adoiii. Serius bah. Macam saya mau lenyapkan diri di kapal saja. Harap-haraplah saya tidak jumpa that guy. Laju-laju saya tutup muka guna lebihan tudung baru tidur.

Malas saya ingat kejadian memalukan.
Adoi. Kenapa?!!!!!
.
.
.
Pesanan penulis:

Actually cerita ini cerita rekaan saya pada tahun April 2018. Masa tu saya depress, so saya kawan depression itu dengan menulis. Bila baca semula, banyak juga saya re-edit penggunaan tatabahasa dan ayat serta ejaan. Siapa mau part 1 boleh komen di bawah. Saya akan share part 1 if ramai yang mau baca cerita ini, Bacaan asal dapat lebih 20k reach di page FB saya.

5 Tips Flawless Sebelum Raya

Tajuk macam mau minta kena kecam sajakan? hahaha. 

Raya ko mau flawless saja? mau kurus saja? Mau cantik saja? Apa maksud raya bagimu. 

Lek kawan-kawan. Orang yang mau Flawless Sebelum Raya pun mestilah mau rayanya terbaik especially dari segi keimanan. Betul endak? 

Karang orang buat tajuk BERIMAN SEBELUM RAYA kena kecam pula. Ok.. Maaf semua, mengarut sudah ini.

Pertama sekali raya tahun ini aku mau ada kulit muka yang flawless, bersih dan semestinya bebas eczema. Tapi untuk apa semua itu? Untuk tunjuk ke orangkah?

Ermmm. Susah mau jawap. Tapi aku jawap pelan-pelan based on jawapan aku. Hahah.

Walaupun ada yang cakap, rupa paras bukanlah penanda aras keimanan seseorang. Tapi pernahkah kamurang baca dalam Quraan insan-insan yang ditulis dalam Quraan itu tidak cantik dan tidak tampan? Even our lovely Nabi Muhammad pun di describe sebagai seorang yang tampan. Kan????? 

Bagi yang ada masalah kulit kering macam aku. Memang terlibat dengan kulit muka yang ada tompok hitam atau lebih dikenali sebagai jeragat. Actually benda ini berlaku sebab kulit kita terlalu kering dan skin barrier kita rosak. So takkanlah orang mau beraya, ko dengan muka yang bertompok hitam. At least kena tempek foundation untuk membantu hide tompok hitam itu.
Raya tahun 2018. Ini happy gila makeup! Tebal gila! Sebab waktu ni period. kikiki

Macam aku, bukanlah mau flawless sebab orang puji atau apa. Tapi aku mau at least aku tidak perlu guna makeup tebal untuk memudahkan aku menjalankan ibadah sepertia biasa biar pun aku busy beraya. Gitew.


Aku tau semua mau macam tu kan? Mau nampak muka fresh dan berseri-seri dipagi raya tanpa makeup yang tebal.

Itu sebab tahun ini, aku mau sangat flawless atau at least tidaklah ada kulit kusam tu. 

So uolls janganlah kecam orang yang ada aim mau kulit flawless sebelum raya. Sebab setiap orang ada sebab tersendiri. Tugas kita, doakan agar sebab itu membawa ke arah kebaikkan ke jalan Allah. tu seja bah.
Tak tebal sangat! Tapi still aku kena pakai compact poweder untuk tutup kulit kering aku tu.

Tahun ini kena Flawless Sebelum Raya Tanpa Makeup. Gitew. Hehe.


Begini sebelum ini, yang aku tau bila kita mau solat kena cuci muka. Kalau guna makeup kena cuci muka dengan cleanser, tapi kalau tidak pakai makeup. Bagi aku bilas pakai air pun cukup. 

Tapi baru-baru ini aku dengar ceramah Ustazah Asma pasal makeup. Kalau kita sudah berwuduk, cuba kesat muka guna tisu. Kalau masih ada kesan walau sedikit pun atas tisu tu, wuduk kita tidak sah. 

So bayangkan kalau raya. Makeup tebal sebab mau tutup celah ada pada skin. Mau solat, p cuci muka saja tanpa buat double cleansing atau remove makeup. Lepas tu cepat-cepat solat sebab family ajak beraya rumah lain. Kau rasahhh? 

So itu sebab aku bermati-matian masuk kelas skincare dan berhabis-habisan buat skincare routine walaupun aku malas! Aku kena buat juga. Supaya at least tahun ini, aku hanya pakai makeup yang simple-simple saja. Makeup no makeup look gitew. 

Dengan itu bolehlah aku beraya dan jaga solat aku waktu raya yang sentiasa gilang gemilang.

Aku dengar lagi ceramah. Kalau waktu puasa kita boleh solat terawaih (macam mana eja?), boleh pakai jubah, boleh bertudung, boleh jaga solat. Tapi waktu raya kita back to normal sebelum puasa. Itu maksudnya kita tidak mendapat keberkataan dalam ramadan kita. Tidak insaf!

Aku endak maulah jadi macam itu. no no no.

So sama-samalah kita ber Flawless Sebelum Raya. InsyaAllah nextime aku share skincare routine muslimah ya.

Selain skincare, sebenarnya pemakanan juga ambil peranan penting untuk perbaiki kulit kita! So gais ini ada beberapa tips aku.

5 Tips Flawless Sebelum Raya

1. Minum air putih yang cukup. Contoh berat badan 70 kg kena minum air sekurang-kurangnya 3.2L sehari. Kalau korang terdedah dengan matahari, berpeluh dan heavy duty. Kena tambah air putih untuk elak dari dehydrated.

2. Jaga makan. Of kos lah menurut pakar nutrisi, kita kena ambil makanan yang tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas. Radikal bebas ini bukan terkesan pada kulit saja tau. Tapi pada kesihatan kita juga.

3. Buat skincare rutin. Jangan ko malas-malas macam aku bah. Skincare rutin paling simple Cleanser>Skrub>Toner>Day cream/Night cream. Okey? Nextime aku share macam mana skincare rutin aku untuk atasi masalah eczema aku tu.

4. Makan supplement. Ini bagi aku penting. Sebab bukan setiap hari aku mampu makan 3 mangkuk sayur, 2 mangkuk buah. So at least ko wajib ambil Vitamin C.

5. Minta Allah campur tangan dalam usaha mu mau flawless sebelum raya. Bagitau Allah kenapa ko mau Flawless sebelum raya.

Okey itu saja untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi.

Stay Lit and Drink Water





Berapa Umur Anak Perlu Sekolah?

Ramai yang PM saya tanya anak dah sekolah? Sekolah mana? Sebab tahun ini, saya tiada post pun first day school anak-anak. Ada yang ingat anak-anak saya tidak sekolah. Ada juga yang berandaian anak saya home schooling. Tidak sekolah tu boleh terima lagi, tapi home schooling tu tak leh. Hahaha. 

Sebab saya bukan sejenis mama yang sabar mengajar anak bab pelajaran ini. Sudah pernah try, memang tidak berhasil.

Mengikut pendapat saya dan kawan-kawan lain. Umur 5 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak start sekolah. Tapi ada saja orang yang sekolahkan anak diorang seawal 4 tahun termasuk saya. Haha.

Dan hasilnya... My Yayang boring go to school waktu umur dia 5 tahun. So betullah orang cakap, hantar anak awal sangat ke sekolah pun tidak best sebab anak akan boring. Tapi for me tengok sekolah juga.

Sebab masa Yayang umur 4 tahun, ada saja hari yang dia boring p sekolah. Ohya, ramai yang tidak tahu sebenarnya Yayang hanya sekolah 6 bulan saja tahun lepas.


Sebenarnya selepas balik dari Seminar Metamorphosis by Afnan terngiang-ngiang kata-kata guru ''ramai yang bebankan fikiran anak waktu anak-anak masih mau bergembira. Dibebani dengan pelajaran, cikgu pula marah kalau kerja tak siap atau buat kerja tak betul. Sudah awal-awal dedahkan anak dengan situasi stress''


Sebenarnya sebelum masuk kelas pun saya perasaan Yayang sangatlah stress dengan sekolah. Tidak tahulah kalau cikgunya marah, tapi saya sendiri termarah dengan dia sekiranya tidak buat kerja sekolah. So bincang punya bincang, saya dan suami setuju berhentikan Yayang sekolah setelah 6 bulan dia bersekolah.

Memang nampak perubahan Yayang selepas berhenti sekolah. Dari baran jadi dengar cakap, dengan itu saya memang beranggapan sekolah awal tidak berapa sesuai untuk anak. Memang diorang akan boring dan akan stress!

Walhal anak ini fitrahnya main saja. So masa dia tidak sekolah tu, saya tiadalah ajar macam mama-mama lain. Saya memang tidak ajar Yayang langsung sepanjang dia tidak sekolah. Tapi saya ajar dia mengaji dan buat kerja rumah, which is kerja rumah tu dia tidak stress langsung untuk buat.

Macam Jepun kan, pendedahan awal diorang untuk anak yang baru masuk sekolah. Diorang akan ajar macam mana buat house cores.

Bukan mau puji anak lebih-lebih, tapi saya gembira bila anak seawal 5 tahun tau sudah kemas rumah.

Ohya, saya juga perasaan bila Yayang berhenti sekolah masa tu. Mood saya pun jadi baik. Alhamdullilah.

Tahun ini kedua anak saya sudah sekolah. Yayang dan Yadik. Tapi Alhamdullilah sudah ready mental dan fizikal untuk tahun ini. Sebenarnya dulu penat, sebab semua perkara kena urus sendiri. Anak kecil lagi, pakai baju dan pungut baju untuk masuk dalam bakul pun kena buat sendiri.

Sekarang ni even 2 orang sekolah, macam Yayang tu dah masuk 6 tahun. Lepas mandi, dia pakai baju sendiri dan isi botol air sendiri. Apa yang saya kena buat, saya just perlu pantau dia mandi, berus gigi, iron pakaiannya dan tengok dia pakai baju. 

Same goes to Yadik jugalah. Walaupun baru 5 tahun, pandai sudah pakai baju sendiri. Dia mau pakai tudung sendiri tapi saya tetap bantu sebab rambut still keluar. Haha. Tapi kasut dan botol air dia akan buat sendiri.

Bila ingat balik, masa Yayang umur 4 tahun. Saya penat sebab kena urus Yayang sekolah dan Yadik sekali. Sebab as u know my kiddos beza 1 tahun 7 bulan saja bah. 

But now, Alhamdullilah. Im happy and banyak masa untuk saya dan anak-anak.

So berapa umur anak perlu ke sekolah?

Bagi saya as long anak tau urus diri sendiri boleh sudah tu hantar. Contoh kalau umur 4 tahun sudah pandai urus diri sendiri, boleh saja. Tapi saya secara personal, untuk next anak kalau ada rezeki. Saya akan hantar waktu umur 5 tahun. Macam Yadik.

Umi minta maaf dengan Yayang sebab hantar Yayang pergi school awal-awal. Maafkan Umi ya nak. Walaupun umi tidak kerja, tapi Umi mau juga Yayang sekolah awal. sorry. 

#EHsquad



Hi Kawan-kawan