Bulan Kegemaran Aku

Sebanyak-banyak barang, apa barang yang buruk tapi boleh pening kalau hilang? Mungkin lain orang lain jawapan. Haha. Kalau aku, aku jawap IC.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1aB1_c2DSupskuYIpQeeDjkQ3I0O061gk

Walaupun rupa ic ku buruk, masa dia hilang. Sesak nafas pun boleh jadi. Hahah.

Berbeza kali ini kehilangan barang dari hari-hari yang lain. Selalunya kalau aku hilang barang, aku memang dalam keadaan stress melampau. Rasa mau marah dan mengamuk. Mencari tidak tentu pasal. Mencarut saja tidak. Haha. 

Tapi kali ini aku try apply ilmu quantum yang aku belajar tahun lepas. Masa hilang IC tu aku percaya Allah bantu untuk temukan dan permudahkan aku mencari IC. 1 lagi aku percaya kehilangan IC tu sebab kelalaian aku terhadap diri sendiri. Sebenarnya ada sebab semua tu.

Aku sebenarnya lama sudah mau pindah kedudukan TV dan almari dari kiri ke kanan dan aku memang rasa sofa aku ni terlalu sarat sudah mainan anak-anak bawah tu. Sebab almost 10 hari aku tidak mengemas akibat bercuti. Haha. Salahku! 

So masa mau mencari tu aku terus keep on selawat. Selawat dan beristigafar. Semoga aku sabar dan berjaya jumpa IC tu. Padahal sebenarnya aku mau sudah p JPN, tapi kawan aku cakap hilang IC RM 100. Aku berfikir jugalah, dari aku buang RM 100. Baik aku kemas rumah tu, manatau ada tersisip bawah sofa.

So aku balik, terus menarik nafas dalam-dalam dan start pindahkan dan lap almari TV, TV dan prabot kecil yang lain. Pun tak jumpa. Akhir sekali aku alihkan pula sofa andddd tadaaaaaaa. Jumpa IC. Alhamdullilah! Meletak 100% kepercayaan kepada Allah itu lebih lapang dada dari kudarat sendiri yang kalau Allah tak gerakkan hati kita buat. Kita tidak mampu buat pun.

So jumpalah IC ku. Dapatlah aku setelkan kerja company yang perlukan IC aku. Hehe.

Okey. Back to the story! Bulan kegemaran aku!


Yay! Bulan kegemaran aku of kos lah setiap bulan. Tapi January ini special sikit. Sebab January ini bulan pertama dalam setiap tahun dan ini adalah bulan kelahiran aku.

Sempat mengaji selama seminggu sebelum BFF aku ini busy. Ya Allah beri rahmat pada sahabatku ini.

Aku addicted gila dengan ice latte costa ini. Sebulan mungkin dalam 10 kali juga aku ke sana unutk beli kopinya saja.
Tapi memandangkan tahun lepas sampai 16 jan ada promo ice latte Mc Cafe RM 1.99 saja. Aku curang kijap pada yang murah. Hahah. Tapi ini pun not bad bah. Sedap. Cuma bezanya dengan Costa tu, Costa mesin yang buat. Mc Cafe ini manusia yang tuang susunya. Kahkahkah.

1st time masak sambal ikan masin dengan kentang. Not bad! Sedap!
Yadik dah school.Tapi itulah, buat kerja sikit dia cakap penat. Endak apalah anak, Yayang pun macam itu dulu. Tapi sekarng dia rajin giler kot.

Bulan Jan ini banyak kali kami balik Kudat. Birthday dady, masa cuti CNY. Alhamdullilah.
Masa cuti CNY anak-anak sempat juga masuk dalam hutan. Explore sangat nau.

Ada CNY dinner dengan family

Orang selalu cakap cina dengan kami adik beradik. Walhal kami ini memang original suku kaum Rungus. Haha. Ada jugalah related family yang memang cina, cuma kalau ori dari mamy dan daddy aku memang Rungus. But yeah! Why not kan buat saja CNY dinner. Kitakan 1 Malaysia.

1st Heavy makeup on 2020. Aku punya kulit ini makin getting better. Makeup pun makin senang. Maybe after this i should buy makeup again. hahah. But yeah! Thank you to Vita C organic yang banyak membantu dalam proses pemulihan kulit ku yang teruk dengan eczema.

Lassttttt day on Jan 2020. Orang kecoh di fb pasal budak study ke Mekdi. hahah. Ni haa, budak tadik study ke stabak kot. Done hastag riak. isitgafar. Bukan selalu pun ke stabak ini. Pegi pun sebab tunggu HG balik dari Japan. Tak kosah i tunggu di Mekdi yang terlalu ramai orang. At least stabak ini tidaklah ramai orang. Aku sempat menulis 1 entri sini.


Selain itu, Jan 2020 juga aku merancang untuk pregnant. Tapi Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kami. Ada lagi bah bulan lain. Hehehe. Thank you for reading my blog and always support me. Even aku ini bukanlah membantu sangat dalam every sharing aku. Maaf.



















Bulan Kegemaran Aku Bulan Kegemaran Aku Reviewed by Elly Matin on Januari 31, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.