Tadika Terbaik Di Malaysia

''Bang kita masukkan anak-anak kita di Tadika yang ada belajar mengaji ya. Sebab Umi ini tidak pandai mengaji''

Husband pun ikut saja cakap bini dia. Haha. Walaupun sebenarnya masa tu, Mama dan Mamy membantah untuk kami masukkan anak ke sekolah berbayar.

Mamy : Janganlah kasi sekolah mahal-mahal kalau baru tadika, nanti masa di U lagi banyak kos perbelanjaan. Masuk saja sekolah biasa.

Mama : Apa juga sekolah mahal-mahal, tengok si Nisa tu. Sekolah Tabika, jadi juga cikgu. Pandai juga.

Tapi kami masukkan juga Yayang di sekolah berbayar, sebab main concern kami ialah sekolah tu mengajar mengaji dan antara sekolah agama yang murah.

Sebelum tu sini saya mau terangkan, buka sebab sekolah tu tidak bagus. Ya semua kekurangan tu dari kami sebagai ibubapa kepada Yayang. Cuma selepas 1 tahun  6 bulan bersekolah sana, kami suami isteri sepakat untuk berhentikan Yayang sekolah sana.

So awal tahun  2019, saya awal-awal ambil borang masuk Tabika KEMAS! Ambil terus untuk Yadik dan Yayang. Memandangkan diorang ini memang gab setahun lebih saja. Alhamdullilah, dapat kekosongan di KEMAS!

Sebenarnya sebelum ambil borang tu, saya dah tanya adik ipar saya dan adik saya sendiri yang bergelar cikgu dan respond diorang terhadap KEMAS lebih baik dari sekolah lain. 

Salah satu respond mereka mengenai KEMAS ialah cikgu yang terlatih. So saya memang nekad masukkan anak ke sekolah KEMAS!

Saya memang habis round sekolah KEMAS di kawasan rumah saya tu. Hahaha. Saya memang siap interview cikgu-cikgu. 


Sudah masuk KEMAS, ternampak pula viral Tadika terbaik di Malaysia. 
No 1 ialah Tadika KEMAS

Saya pun bekas Tadika KEMAS. Masa anak-anak dapat masuk KEMAS, both my in law dan parents happy. Haha. Suami pun happy sebab bayaran manalah banyak macam sekolah lain.

Cara Daftar KEMAS
1. Cari Tabika KEMAS terdekat dengan rumah
2. Minta borang dengan cikgu Tabika.
3. Hantar borang secepat mungkin. Sebab Tabika KEMAS adalah Tabika yang paling sikit ambil anak murid. Orang yang masuk KEMAS ini special gila u know. Sebab 1 kelas cuma ada 25 and maximum 28 orang pelajar. Bestkan?
4. Tunggu respond cikgu. Walaupun sebenarnya kalau kita sudah hantar borang tu sudah di terima, tapi kena follow up juga cikgu. Hehe. Manatau ada tikus ambil borang uolls.

Selepas hantar borang tu. Nanti dekat-dekat hujung tahun cikgu akan maklum bila mau daftar. Zaman sekarang ni bestlah, sebab ada medium WhatsApps yang cikgu guna untuk hebahkan maklumat. Alhamdullilah.

Ini adalah bayaran penuh untuk masuk Tabika KEMAS

1. Baju sukan Tabika KEMAS RM 36 sepasang. Baju ini kalau mau beli 2 pasang, kena tempah awal. Sebab pihak Tabika akan buat cukup-cukup saja. Haha, ini ada perasaan menyesal ini sebab beli sepasang saja hari tu. Hehe.

2. Yuran tahunan dan insuran sekolah RM 20 seorang

3. Yuranan atau sumbangan bulanan. Di sekolah anak-anak saya, atas persetujuan ramai kami collect RM 15 sebulan. Dulu zaman saya RM 5 tu pun tahun 1996. Hahaha.

Itu saja mau bayar.

Anak dijaga dengan baik, diberi makan makanan seimbang dan paling best anak memang excited ke sekolah setiap hari. Alhamdullilah.

Alhamdullilah setakat ini, anak-anak saya excited pergi sekolah. Nextime lah saya share macam mana 1st day school diorang ya.

EH




Ulasan

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan Popular