Disclaimer

Disclaimer (Penafian Blog)
ellymatin.net dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Elly Matin. Pemilik blog tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga tanpa keizinan. 

Penggunaan Malklumat
Pembaca bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari laman web ini atas tanggungjawab sendiri. Risiko jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari blog ini adalah atas tanggungan anda. Pemilik Elly Matin sentiasa cuba menyampaikan maklumat pada tahap yang sebaiknya, namum sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian tidak dapat dielakan dan bukan disengajakan. Pihak tidak bertanggungjawab untuk penerbitan semula kandungan yang terdapat di blog ini di laman sesawang lain atau pun media tanpa kebenaran.

Penulisan Komen
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukan kepada blog tanpa notis termasuk:
  1. Komen yang disifatkan sebagai spam
  2. Komen tidak senonoh
  3. Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
  4. Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
  5. Komen yang berbaur perkauman
  6. Komen yang tidak ditulis dengan ejaan yang betul
  7. Komen yang tidak difahami

Hak cipta Artikel, Maklumat, Bahan di blog The Vocket


Semua hasil penulisan di blog ini adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya. Anda perlu mendapat kebenaran daripada pemilik laman web Elly Matin sekiranya anda ingin menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari ellymatin.net dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat.
Pihak ellymatin.net sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. 
Polisi penafian dan kerahsiaan ini ditulis dan sah pada 29 Feb 2020, ianya mungkin diubahsuai dari masa ke semasa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis. Pihak anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya terdapat ubahsuaian yang dibuat.

Jualan RM 10k Tanpa Sedar

Sebenarnya sebelum melabuhkan tirai 2019, aku ada bincang dengan laki mengenai kerjaya aku sebagai seorang surirumah yang berkerja dari rumah. Kerjaya ini nampak senang tapi yang lalui saja faham. 

Aku seorang Working At Home Mom. Urus rumah aku, urus bisnes aku dan aku juga membantu sedikit dalam urusan company laki dan company family aku. Bisnes aku itu bisnes Shaklee yang aku sudah buat since aku berhenti kerja. 


Urusan company family pula aku di lantik semula menjadi salah seorang director dalam company tu tahun lepas (sebelum ini dilucutkan. Haha. Ada kisahnya. But insyaAllah in good way. That the way Allah beri pada kami). Laki aku pula ada company sendiri dimana aku kena urus juga beberapa purpose yang luar bidang beliau.

Kadang disebabkan urusan-urusan seperti itu aku terabai diri sendiri dan orang lain especially anak aku dan perasaan aku sendiri. Padahal aku ini asalnya resign dari seorang Safety Officer sebab mau fokus pada anak.

So tahun ini aku kiranya mau drop urusan bisnes aku. Sebab laki aku cakap ala setakat sekian-sekian baik fokus pada company. Tapi aku memang sayang bisnes Shaklee aku. Aku sayang leader dan team aku. Aku bina origanisasi ini atas sebab aku sayang dan ingin bantu wife-wife yang tidak berkerja dan mencari pendapatan lebih.

Memang betul income aku dapat di Shaklee, aku boleh dapat lebih dari company. Tapi dalam Shaklee banyak mengajar aku urusan dunia dan akhirat. Sebenarnya inilah cara Allah datangkan hidayah untuk mencari redhanya. Tapi aku tidak mau menjadi seorang yang taksub sampai lupa akan tanggungjawap paling utama iaitu amanah Allah 2 orang ini.

So aku decide untuk slow it down! bukan 100% ya. Pertama kali dalam hidup aku selama 4 tahun hidup dalam keadaan yang tidak struggle membuat content jualan. Haha. Media social bersawang dan aku memang tidak engage langsung dengan new customer.

Aku cuma merancang untuk urus sepenuhnya anak kandung aku dan anak bisnes aku sedia ada. Aku ada lebih 100 anak bisnes dan ada 15 orang bisnes builder yang aktif. So aku fokus sama orang itu saja. Tidak fokus mencari new customer atau new bisnes team! Tapi kalau customer tu serah diri aku layanlah bah.

Lepas tu aku cuma terima order online. Aku bersyukur jugalah sebab Shaklee adalah sistem dropship. Cuma perlu key in order dan diorang yang akan pos out. Urusan COD pula aku cuma akan COD 1 minggu 1 kali sahaja. So masa aku banyak sangat untuk anak-anak dan kerja hakiki iaitu surirumah.

Dulu aku pernah ajar bisnes leader aku untuk hidup dalam struggle buat Shaklee. Sebab bagi aku dengan letak iklan 10 kali sehari saja mampu menarik pelanggan. Dengan broadcast setiap hari saja boleh menarik pelanggan. Tapi semua tu auta! Mitos! 

Sebenarnya hanya percaya pada Allah untuk dapat berapa banyak pun pelanggan. Doa! Minta dengan Allah. Jujurnya aku memang minta Allah bukakan hati aku untuk buat bisnes lain yang lebih senang. Tapi aku akui Shaklee ini senang.

So since dari tu aku percaya bahawa Allah mesti akan ketuk pintu hati orang-orang yang perlukan Shaklee untuk datang dengan aku. Aku bukan tidak mau usaha! Aku usaha! Tapi aku tidak mau usaha dalam keadaan terdesak! 

And its come with naturally. Allah tu baik! Baik sangka sama Allah! 

Cuma bila dapat rezeki bertubi-tubi, tanya pula pada diri. Adakah ini ujian aku? Itu sebab sekarang aku nasihatkan bisnes builder aku. Dapat untung runcit biar RM 1! Wajib zakat 2.5%.

Jujurnya sejak Jan 2020 aku tidak pernah cek Bisnes Performance aku. Maksudnya ada sale aku terus beli dan aku tidak pernah ambil tau berapa bonus aku dapat setiap bulan. 

Macam bulan lepas, aku sedar ada bonus lepas 3 4 hari bonus masuk dan aku terkejut juga dapat banyak macam tu sedangkan aku tidak buat kerja yang macam selalu aku buat.

Petang semalam, aku mencari nombor ID seorang downline aku. Tanpa sengaja aku ternampak jualan sudah cecah RM 10000. Padahal sebelum ini aku tengok hari-hari susah sangat mau capai RM 10000 untuk sehari.

Itu pula rahmat Allah beri dalam bisnes baru yang aku minta. Aku memang minta bisnes baru dengan Allah. Bisnes yang aku senang buat dan Allah redhai. Tapi kalau ini adalah ujian sedarkan aku ya Allah. Kalau ini adalah rahmat MU, bimbing aku agar tidak lalai!

Effortless sale! Alhamdullilah Ya Rabbi.
Lepas tu sebelum ini ramai sangat yang mau join Shaklee tapi disebabkan yuran RM65 ramai yang batalkan niat. Walaupun ada yang cakap 'ala RM 65 saja'. Tapi bukan semua ada RM 65 di dunia ini. Alhamdullilah juga Shaklee turunkan keahlian ke RM 35. So at least ibu-ibu di luar sana yang memang sungguh-sungguh mau bisnes, bolehlah start bisnes mereka dengan bermodalkan RM 35.

Hugs,
Elly Matin













Orang Ada OCD Elak Perkara Rumit

Siapa yang selalu singgah di blog aku, mungkin kamu rasa sedikit lain. Hehe. Aku baru saja tukar template blog aku sebab mau masukkan header cantik ini dari Kella. Alhamdullilah, terima kasih Kella sayang sebab buatkan Kak Elly header yang sangat cantik ini. Naaa.. Kamurang yang mau ada header blog yang simple dan cantik, bolehlah PM Kella di Facebook dia. 
Okey macam yang kamu tau aku paling tidak suka benda yang rumit sebab bila keadaan rumit, OCD akan trigger. Bila OCD trigger, secara automatic Anxiety pun akan datang. Huh, pada orang yang di luar sana bangga sangat ada OCD aku cannot brain. Sebab bagi aku kan. OCD ini memenatkan dan buang masa. See, sedar tapi tetap buat.

Sebenarnya aku tidak tahu aku mau tulis tajuk apa. Macam tidak sesuai saja. Sebab aku mau cerita dengan kamu pasal aku tukar template blog aku ini. Aku mau cerita betapa aku suka sangat hasil kerja Kella ini. Tapi dalam masa yang sama aku mau cerita benda lain. So aku tukar 4 5 kali tajuk entri aku kali ini.

Lepas dapat email dari Kella, aku terus buka laptop sebab mau tukar header. Padahal esok baru waktu masuk office. Tapi memandangkan anak aku kedua tidak sekolah hari ini. Why not aku terus buat.

Lepas aku masukkan header ini, header ini nampak kecil di template blog aku. Bukan header ini yang kecil tapi template blog aku yang memang macam tu. So aku pun dengan berani-beraninya tukar template baru. Lepas tu tiba-tiba website yang aku selalu ambil templete tu kena bayar pulak!

So bermulalah try and error aku pasang dan edit template blog sesatu. Dapat template cantik tapi button dan fungsi tidak berapa mesra alam, dapat template simple tapi tidak cantik, dapat template cantik tapi rumit sangat. Masa tu baru menyesal sangat tukar template blog aku. Tapi aku keep on searching lah konon sambil mencari the perfect one dimataku! Terus kena nyanyi lagu Sufian. Haha. Yang paham tu pahamlah.

Aku start on laptop jam 2 pm dan aku siap set up blog aku jam 6 pm. Sambil aku menangis bucu laptop dan aku memang lupa phone aku di mana. Bila aku tengok phone ada beratus chat dan beberapa call. Kan baru gaji so ramai customer buat payment.

Okey selepas 4 jam depan laptop aku pun dapatlah blog yang simple dan kemas dimataku. Even template ini simple tapi sebagai orang yang berjinak-jinak dengan IT dan coding ini memang agak payah tau. Dari dulu sampai sekarang, asal mau set up blog aku ambil masa yang lama. Tapi Alhamdullilah kali ini 4 jam saja! Aku pernah set up blog 22 jam tidak tidur. Aku bangun jam 2 am, lepas solat subuh aku terus set up blog sampai solat subuh esoknya. Eh. Lebih 24 jam. Haha.

Biarpun kamu Nampak blog sekarang ini simple gila! Tapi ketahuilah bahawa lebih 10 kali aku tukar dan padam template ini untuk dapat sebiji blog yang mata aku mau dan aku pastikan benda ini simple sesimple simplenya dan kemas sekemas kemasnya. Haha.

Tapi ada cerita disebalik aku set up blog ini. Jujurnya aku menangis tau masa set up blog ini. Sebab aku buntu sudah macam mana mau dapat 1 blog yang perfect dimata aku. Aku mau berhenti pun teringat-ingat pula. So at the end aku menangis sajalah bucu laptop sambil set up blog. Anak aku pun hairan. Kenapa Umi nangis, sebab kami tidak dengar cakapkah? Aku pun tidak tau mau jawap apa sebab diorang tengah mewarna atas lantai masa tu.

Tapi macam yang kita selalu dengar. Macam manalah kita berusaha kalau Allah tidak bagi, benda tu tidak jadi. Template sekarang ini memang lebih 10 kali aku masukkan dalam blog. Tapi ada saja benda yang tidak boleh setting. Sambil aku menangis dan pasang laungan istigafar dalam youtube dan keep on saying Ya Allah Ya Allah. Last cubaan aku begitu smooth. Allah mau kau tenang untuk buat sesuatu perkara Elly.

Ingat!

Sebaik mana pun perancangan kita tapi Allah adalah perancang terbaik!

Masa set up blog ini, banyak mengajar aku untuk tidak berubah fikiran dalam sekelip mata. Allah bagi tunjuk tu agar ada pendirian yang tetap. Sebab orang tiada penderian tetap adalah orang yang rugi.

Ya Allah berikan kami nikmat istiqomah dan taqwa ke atas MU.

Selama ini aku selalu doa pasal eczema aku, pasal anak, pasal kengkawan, pasal family, pasal kerjaya, pasal kesihatan badan, taqwa, istiqomah tap lupa pasal kesihatan mental.

Ya Allah, buanglah sifat OCD ada dalam diri aku. Agar aku ada hubungan lebih baik dengan MU ya Allah.

Amen!







Ada OCD Banyak Buang Masa

Siapa ada OCD sini? Aku tidak tau aku ini sampai katogeri OCD atau just Perfectionist. Tapi kadang-kadang perasaan ini kalau sudah trigger memang menyusahkan aku. Aku pernah tidak tidur beberapa malam sebab mau susun jadual sharing aku di Facebook dulu. Begitu juga dengan posting aku di blog. Tu sebab aku tukar nama blog aku ke Lifestyle Blog sebab aku tidak mau terikat dengan tajuk-tajuk sharing yang aku mau share. 


Masa cari gambar tengkuk aku rasa tebal tiba-tiba nampak gambar macam ini.
Secara terus terang aku memang sudah ada 100 tajuk sharing dalam blog ini dan content tu aku buat lebih dari seminggu tanpa ada rehat yang cukup. Lepas tu aku kemurungan sebab tidak dapat siapkan entri dan content yang perlu aku tulis setiap hari. Haha. Jadi aku ambil short cut untuk tukar blog aku ke Lifestyle Blog. Aku akan share benda yang follow the flow. What happen yesterday.

For your information, sebelum ini aku ada blog yang ada banyak content. Tapi sebab perfectionist aku tu trigger. Aku delete blog tu permanently dan sekarang aku menyesal. Blog aku yang sekarang ini sebenarnya dari wordpress aku transfer ke blogspot sebab aku selesa di blogspot. Blog ini sebenarnya aku ikut pertandingan menulis blog. Alhamdullilah aku menang. Blog ini baru berumur 5 bulan kot. Harap tiadalah perkara yang boleh menyebabkan aku padam blog ini macam blog lama aku. Haha. 

Okey tadi pagi entah macam mana waktu subuh aku boleh terfikir untuk restructure blog aku ini. Maksudnya aku mau menulis selang sehari. Jadi aku punya entri yang sudah tulis sedia tu aku expend p selang sehari. Tadi jam 7.30 am aku start ubah tarikh dari Jan to Feb. Tapi entri aku ini banyak gila. Ada 56 entri dalam masa 2 bulan. 

Lepas ubah tarikh entri aku sekarang sudah sampai bulan April. Jadi bila masa aku mau share cerita March. Hahaha dan akhirnya aku ubah lagi buat everyday. Buang masa!

Sudah buat semua tu selama 1 jam baru aku sedar aku tengah buang masa dan aku kena akur yang aku ini memang kena menulis setiap hari, sebab aku memang suka menulis dan 1 sebab lagi aku memang tidak menulis di mana-mana media social sudah since menulis di blog.

Dan aku kena akur yang aku ini memang ada OCD yang tinggi. Sebelum ini aku boleh atasi beberapa perkara, tapi ada perkara yang aku suka buat aku tidak mampu atasi. Allah mampu InsyaAllah. Selain tu aku rasa aku perlu ke Klinik Kesihatan untuk mendapat nasihat dari doktor sebab tadi ada buat test OCD memang agak tinggi jugalah! Boleh buat sini kalau mau try OCD Test

Keputusan OCD aku lebih tinggi dari normal. Kamu pernahkah ada perasaan kalau rumah semak, kamu mau marah dan rasa malas lepas tu tidak mau buat apa-apa. Atau perasaan lebih kurang macam ini. Kalau mau menyapu rumah, mau sapu berulang kali. Walaupun kita sendiri tau yang sapu berulang kali pun sama saja.

Kawan-kawan kalau ada perasaan di atas, marilah sama-sama minta dengan Allah agar perasaan insecure ini lalu saja tapi tidak menganggu aktiviti harian kita sebagai hambanya. Sebab aku pernah dalam keadaan aku terskip salah satu solat, aku tunggu sampai esok baru solat semula. Alhamdullilah itu aku sudah atasi, cuma ada beberapa perkara aku masih di belenggu. Sama-samalah kita doa ya. 

OCD bukanlah satu perkara yang perlu dibanggakan. Sebak

10 Step Facial Dari Rumah Guna Drugstore Skincare

Semalam aku kononnya mencarilah tempat mau facial. Memandangkan ada kawan blog yang share pasal dia facial minggu lepas. So aku PM satu persatu spa di KK yang dekat dengan rumah aku. Ada yang available tapi tidak boleh bawa anak, ada yang boleh bawa anak tapi tiada kosong. Ngam-ngam pula weekend ini laki aku balik kampung hantar barang dady aku. So tiadalah jaga anak-anak.

Tiba-tiba terdetik dalam hati ‘ala ko facial saja sendiri bah. Ko pandai jugakan’. Sebenarnya aku pernah ikut kursus mobile spa tahun 2018. Dulu aku pernah buat mobile spa gais. Tapi rezeki aku lebih kepada jaga anak, so aku akur untuk tinggalkan job itu. Walaupun lumayan. Hehe. Allah tau yang terbaik untuk kita.

So aku pun ceklah barang-barang facial aku. Lengkap sebenarnya tapi kali ini aku mau facial guna drugstore skincare. Hehe. Tiba-tiba semangat mau bejalan sebab mau ke Watson. Aku masuk watson 1 pm dan aku keluar 2.15 pm. Haha. Padahal sebelum ini endak pernah aku begitu lama di Watson sebab aku jenis beli barang 1 set punya. Contoh skincare semua 1 set, mandian 1 set dan sebagainya. Jimat masa. Cuma tahun ini aku mau hidup dalam kepelbagaian atau hidup membuang masa ini Elly. Grrrr..

Inilah aku dapat selama 1 jam 15 minit dalam Watson dan spent RM 167. Semua ini 'racun' youtuber Noel Faizal tu lah. Haha. Aku pun mau juga beli. Tapi atas kerelaan hati aku yang gatal mau juga try benda orang share. Aku hanyalah wanita biasa. Kahkahkah.
Naaaa. Siap aku sign up as member Watson lagi. Siapa yang malas mau sign up member tu bolehlah guna member aku. Sebab mau sign up member RM 15 o. Haha. Dulu RM 10 saja kot. Aku pernah jadi member waktu study dulu.

Jangan guna plastik sebaiknya. Aku sumbat saja semua dalam beg aku. Kurangkan penggunaan beg plastik. Tapi sebenarnya di rumah aku masih guna plastik untuk lapis tong sampah aku. So kadang aku ambil saja plastik kalau plastik tu besar. Kalau kecil aku endak mau sebab tidak boleh jadikan lapik tong sampah.
Okey. Lets start 

Step 1 : Kena selfie dulu. Haha. Sebab boleh kita tau projek tu berhasil atau tidak. So inilah muka yang Allah cipta untuk aku. Alhamdullilah. Terima kasih Allah atas kesempurnaan ciptaan MU ini. Ramai orang di luar sana, inginkan hidung, mata, mulut dan sebagainya tapi mereka tidak miliki. Ini kulit aku yang besisik. Kena baca di bawah kalau mau tau kenapa kulit jadi macam tu.


Step 2 : Sediakan bahan facial. Aku pada asalnya mau guna drugstore produk? Tapi lupa Nuvit tu produk farmasi, eh farmasi tu bukankah drugstore? Entahlah tapi Nuvit tu aku beli di Farmasi. Lepas tu tiba-tiba pula ada produk Sephora situ. 

Bahan-bahan Facial Di Rumah

1 besen bersih isi dengan air suam

1 helai tisu boleh basuh (aku beli di kedai eNovel RM 15 100 helai)

1 Double Cleansing Water (boleh juga guna 2 kali pencuci muka kalau tiada benda ini)

1 Cleanser 

1 Device untuk mencuci muka. Kalau tiada, guna beauty finger saja. 

1 Toner 

1 Scrub 

1 Mask

1 Serum atau essence. 

1 Moisturizer



Step 3 : Kena cuci dulu muka guna Cleansing Water atau Oil. Aku prefer water. Sebab bagi aku oil ini tidak bersih dan boleh tutup pori-pori wajah. Aku guna Cleansing Water dari Sephora. Aku memang love sangat benda ini. 
Tengok bah kotoran tu. Walaupun aku sebenarnya sudah cuci muka guna pencuci muka waktu ambil wuduk tapi masih ada daki-daki yang tidak tanggal. FYI itu bukan bedak or foundation ya. Itu memang daki muka iolls yang lama tidak dijaga dengan baik!

Step 4 : Barulah kita cuci muka guna cleanser. Kena pastikan cleanser kamu sesuai dengan kulit. Salah 1 sebab aku jarang juga facial dengan mobile spa lain, sebab ada yang tidak alert dengan skin type customer. Dia main letak saja di muka. Itu sebab lepas facial kulit still tidak selesa. Mau mobile spa yang best, boleh contact kawan aku. Dia sebelum datang rumah dia akan tanya kita punya skin type. Aku suka orang yang pentingkan pelanggan dari duit. Sebab pelanggan itu duit sebenar kita sebagai seller. Bawah sekali baru aku attach number dia ya. Ini bukan posting berbayar okey!
Lepas aku urut-urut bahagian dahi. Bolehnya device ini habis charge. Haha. So aku sambung urut guna jari jemari ku.
Lepas cuci muka mestilah kena bersihkan guna air. Itu besan kena sedia di atas tu bukan untuk minum air. Haha. Untuk cuci muka. Tapi kalau mau p cuci di sinki pun no hal.

Step 5 : Barulah pakai skrub. Skrub ini sebaiknya buat dalam 1-2 minit dengan cara zig zag kan jari. Bukan bulat-bulat ya. Zig Zag. Pastikan skrub uolls sesuai dengan skin. Contoh St.Ives ada meter berapa besar diorang punya skrub. So untuk dry skin bolehlah guna paling smooth.

 Produk yang baik ialah produk yang ada seal macam ini. Okey! At least company tu ada effort untuk pastikan produk dia bersih dan selamat sebelum jatuh ke tangan pembeli. Gitew.

First impression aku produk ini wow gilak. Tapi sayangnya tidak sesuai langsung dengan kulit aku yang dry skin ini. Sebab ia berbentuk form dan bahan utama ialah alkohol. So dari 1 minit mau buat skrub jadi 5 saat aku terus cuci muka. Pedih!


Step 6 : Buang blackhead atau whitehead. Step ini boleh skip kalau tiada steamer atau boleh ambil air panas dan rendam tuala baru tekap muka. Hati-hati kalau ada anak kecil. Lepas 1 minit, mulakan projek keluarkan whitehead atau blackhead anda. Tapi ramai beauty consultant yang cakap whitehead atau blackhead ini tidak perlu buang. Hurmm. 
Buat macam ini. heheh
Whitehead aku di bahagian hidung. Aku ada jenis jerawat komodo.

Step 7 : Pakai toner. Toner ini ramai yang tidak suka, tapi penting sangat untuk wipe kulit mati dan bagi kulit kita kekal hidrasi. 

Step 8 : Guna mask. Tapi mask ini aku tidak rekomen ya untuk dry skin. Aku guna tidak sampai 10 saat pedih gila. Walaupun mask ini untuk hydrating skin tapi kandungan alkohol dan fragrance top 5. Hehe. 



Step 9 : Guna serum atau essences. Bah inilah masanya kita mau dap-dap muka guna jari kita. Kira macam tepuk-tepuk muka kita dengan lembut. Supaya circulation darah tu jalan. 



Step 10 : Pakai moisturizer. Baru susuli dengan SPF. SPF tiada dalam gambar sebab mulanya aku mau pakai moisturizer saja. Tapi excited sangat mau try suncreen baru. So aku pun pakai juga. Haha. Not bad lah. Tapi bagi yang pernah try skin betul-betul organik. Memang akan rasa jauh beza dari segi texture dan bau skincare.

Hasilnya.. Tadaaaaa. Mestilah tidak jadi Neelofa. Haha. Tapi lepas facial tu, aku rasa kulit aku lebih ringan dan lebih dapat menerima angin yang bertiup di kulit muka. Kalau sebelum ini, angin pun tidak terasa bah di kulit sebab tebal daki. So jangan ingat selama ini cuci muka setiap hari kulit bersih ya. Aku tau benda tu tidak baik untuk kulit, tapi malas aku tu ar susah di bendung. Itu juga kebaikkannya kalau ada kawan-kawan yang boleh support.



Sebenarnya kulit aku megelupas dan kering start 13 Feb lepas aku puasa. Lepas tu aku solat di Petronas sebab jam 6 pm tu aku ambil adik aku di airport. So diagnosis kendiri aku. Haha. Aku punya muka flare sebab terkena habuk sejadah dalam surau tu dan kurang minum air.

So start dari itulah sebenarnya kulit aku start mengelupas dan kering sangat. Lepas tu disusuli pula dengan demam. Tapi selasa minggu lepas aku puasa lagi. Masa tu lepas saja puasa aku memang demam panas. Kulit aku pun panas sangat. Demam begitu, memang aku malas sangat buat skincare routine. Tapi selalunya aku tidak buat step-step pun aku masih pakai skincare setiap kali keluar ambil anak. Ini ambil anak jam 12 pm dan 4 pm pun aku keluar dengan bare face. Itu yang kulit aku naik ruam, berkupas, dan gatal. Tapi Alhamdullilah kerajinan aku tu datang sudah semula. Alhamdullilah. Pagi ini pun aku sempat buat skincare routine pagi-pagi sebelum keluar rumah.

Sebelum ku mengundur diri aku sebenarnya tidak sangka dalam tempoh 55 hari tahun 2020 ini aku sudah tulis 36 entri. Semoga penulisan aku ini beri manfaat pada orang lain. Aku menulis ini pun sebab aku mau jadikan simpanan aku untuk naikkan semangat aku. Itu sebab aku share lifestyle in good way. Kalau tidak good toksah dijadikan kenangan, cukup jadikan pengajaran saja.

Ohya. For those yang mau facial di kawasan Kudat boleh contact Peth. Ini bukan posting berbayar ya. Aku review based on experience aku.

Declutter Atasi Emosi Tidak Stabil

Sejak dua menjak ini, aku trigger sangat mau marah. Selalu tidak sihat lagi tu. Something going wrong ini kalau sering kali bad mood tidak tentu pasal. Satu benda lagi aku perasaan aku selalu di belenggu dengan sifat malas. Malas yang teramat u know.

Kalau sudah ada perasaan macam di atas tu, memang kena cepat-cepat koreksi diri. Apa sebenarnya yang berlaku sampai tahap kesabaran tipis dan selalu tidak sedap badan. Macam cikgu aku cakap, ada dosa yang kita tidak sedar kita buat. Allah mau cuci dosa tu dengan cara kita sakit dan kita akan di beri azab seperti marah untuk uji kesabaran kita.

Aku kalau boleh mau maintain saja tahap ketenangan dan kesabaran aku. Sebab bila marah-marah ini akan effect ke anak, ke suami. Kesian diorang. Alhamdullilah suami dan anak-anak faham. Ya Allah terasa lagi berdosa bila fikir balik.

Sebenanrya aku sudahlah tidak sihat, lepas tu rumah aku macam bukan rumah aku tengok. Mau mengemas tapi malas pula. So aku jadi stress melampau-lampau. Lepas tu, PMS datang dengan cepat. Sepatutnya aku period dalam 29hb atau 30hb. Tapi baru 22hb emosi tidak betul.

Bila fikir balik, what I really do back 2 or 3 month ago. Aku memang ada bad lifestyle. Sebab lifestyle ini sangat bagi impact yang besar pada keadaan emosi dan jasad kita.

Selalunya aku akan tanya soalan ini pada diri aku.
  • Ada Detox setiap bulan? Jujurnya lama sudah aku tidak Detox.
  • Makan serat yang cukup? Tidak. Sebab sejak cuti hujung tahun aku travel ke sana ke mari dengan adik-adik aku. So begitulah.
  • Air cukup? Kadang tidak cukup.
  • Makan manis? Sangat banyak
  • Caffeine? Yas! A lot!
  • Sleep? Tidak cukup!
  • Vitamin? Culas
  • Declutter? Ada tapi jarang dan bukan untuk semua rumah.
Sebenarnya kalau perkara di atas tu kita tidak jaga, hubungan dengan Allah pun automatic kita akan culas. Sebab aku pernah depression dan aku ubah perkara-perkara di atas tu. Memang berhasil.

Memandangkan semalam hari Sabtu, so aku terus bangkit untuk declutter besar-besaran bilik tempat aku dan anak-anak aku buat kerja. Sebab sinilah tempat kami solat, aku menulis blog, pakai baju, anak-anak aku buat kerja sekolah dan tempat tidur juga kadang-kadang.

Aku pernah declutter bilik ini masa aku habis join Metamorphosis tahun lepas.
So kira setelah 7 bulan kemudian baru aku declutter. Selama ini aku buat juga declutter tu tapi dalam almari saja, atas almari dan lain-lain aku tidak buat pun. 

Aku start asingkan mainan anak-anak yang rosak. Sebelum ini aku kemas tapi aku tidak buang pun, sebab aku rasa sayang. Tapi kali ini aku tekad buang semua mainan yang tidak cukup korum. So dari 3 bakul jadi 1 bakul. Haha. Sebelum ini dari 6 bakul jadi 3 bakul.

Lepas tu aku ambil 2 kontenar yang ada soft toys. Soft toys diorang ini mostly gift dari kawan-kawan aku. Aku sayang, tapi kalau disimpan saja lagi sayang. Makan ruang dan juga akan rosak. So aku masukkan semua dalam beg besar. InsyaAllah berguna sama orang lain. Aku bukan tidak hargai, tapi aku rasa benda tu lagi berguna kalau bagi dengan orang lain.
Sekarang kalau mau beli barang, kena fikir banyak kali.
Lepas tu aku ambil 1 bakul besar tempat beg aku dan anak-anak. Dalam bakul tu ada lebih 10 beg. Huh, aku simpan 3 beg saja. Selebihnya aku masuk dalam bakul untuk bagi orang lain. Aku sayang sebenarnya, tapi hari tu masa aku declutter aku pernah buang beg kesayangan aku sebab hancur. Beg lather ini kalau tertutup dan ada habuk memang senang rosak.
Yang 3 tu, tidak termasuk woven bag yang masih baru. Aku dapat banyak sangat beg Shaklee ini. InsyaAllah boleh agihkan ke downline yang perform.
Aku sempat merajuk dengan laki aku sebab almari aku dengan dia pakaian dia lagi banyak dari aku. Lepas tu dia salahkan aku lagi. So aku cakaplah aku mau beli almari baru, dia cakap jangan nanti tambah semak bilik tu. So aku reply yang biarlah pakaian aku dalam bagasi saja. Hahaha.
Baju aku hanger kuning. Hahah. Tu yang aku sampai merajuk tu. Padahal almari ini aku baru kemas 2 bulan lepas. Lepas laki aku balik dari Jepun makin banyak pula baju dia.
Dulu aku susah mau bagi orang pakaian aku, pakaian anak aku, aku sayang. Tapi aku berpegang pada kata-kata ini ‘’Baju banyak-banyak kalau tidak pakai buat apa simpan. Nanti akan dihisab. So mau simpan baju yang banyak, pastikan ko pakai baju tu untuk solat’’

Merajuk! Aku keluarkan pakaian aku, lepas tu lipat masuk dalam almari laci. Pakaian anak aku pun jadi sikit bila sudah declutter, so aku gunalah almari diorang.
Tapi fikir secara logik, aku di rumah pakai baju kelawar. So aku memang decide bagi orang baju yang aku yang singkat. Sebab dulu-dulu aku memang suka baju jenis style crop top. So banyak juga yang masih baru dan belum pakai. Bila aku tekad untuk pakai tudung labuh dan jubah. Memang baju seluar semua tu aku tidak pakai.

Ohya. Bahaya untuk kita simpan baju kita tidak pakai ini selepas hijrah. Sebab kita akan ada 1 perasaan ‘’ala.. aku pakailah’’. Last week aku hampir kecundang tau. Alhamdullilah aku Berjaya tepis godaan tu. So masa declutter semalam, aku packing semua jeans aku, seluar aku dan pakaian aku yang tidak lulus!

Sebelum ini aku ada lebih 200 pasang pakaian, aku declutter pegi 20 pasang saja. Tapi lepas 7 bulan aku ada beberapa helai juga yang aku beli baru. So aku decide delcutter lagi dan aku tinggalkan pakaian yang betul-betul aku sayang dan aku guna.

Baju aku pakai untuk event biasa atau jalan-jalan biasa

Baju dan seluar harian aku. Aku tinggalkan semua lengan panjang. Sebab kadang-kadang kalau ada tetamu tidak bagus juga berbaju kelawar. So aku decide pakai panjang lengan walaupun di rumah.

Baju jalan dan event. Baju Shaklee tinggal 2 saja aku simpan sebab selebihnya lengan pendek so aku bagi orang. Baju Meta tu masa kami AJK Meta di KK. Baju-baju sini bolehlah pakai waktu mau p pasar atau bersukan. Actually aku ada 1 lagi laci untuk masukkan baju event besar-besaran. Kira baju tema ada dalam tu. Tapi aku pilih yang betul-betul apaki pakai saja dan ada 3 jubah masih berjemur masa ini.
Selain itu, sebelum ini inner station kami anak beranak punya banyak gila. 2 laci untuk pakaian dalam dan stoking, anak tudung, hand sock tapi masih perlu tempat lain untuk letak pakaian dalam. So aku keluarkan semua. Semuaaaa.
Stokin tiada pasang aku buang, seluar dalam longgar aku buang, seluar dalam koyak aku buang, seluar dalam sempit aku buang. Even yang aku belum pakai tapi low cut aku buang. Hand sock pun sama. Ada 1 hand sock aku sayang gila, tapi sebab 1 pasang hand sock tu tiada aku buang juga.
Sock baru tau ini. Aku tak buang, tadi pagi nampak sock panjang tu dalam rak kasut. Aku harap aku jumpa sock pendek hitam tu. Aku suka gila kot.
Makeup pun banyak yang aku bagi orang, sebab masa aku mengemas ini aku tengah dengar ceramah dalam youtube. Lepas tu kan, ustaz tu cakap ‘’tempek sana tempek sini sebab mau kelihatan cantik depan orang lain, tapi di rumah macam hantu. Itu maksudya cantik di dunia tapi buruk di akhirat’’. So aku jadi takut. Hehe. Hidayah Allah bagi bah tu kan jangan sia-siakan.

Okey, bahagian laki aku pula. Dia ada lebih 500 helai pakaian sebenarnya sebelum ini. Lepas tu aku asingkan, aku cakaplah ‘’abang ceklah baju tu, mana yang endak pakai bagilah sama orang’’. Tapi sampai aku sumbat balik baju tu dalam almari anak aku. Dia tidak cek pun. So semalam aku keluarkan semula dan aku masuk dalam beg. Pagi tadi cakap juga benda yang sama tapi dapat jawapan sama juga. Yang aku hairan, baju banyak tu. Hari-hari kerja baju yang sama juga kena pakai. Pakaian dia sekarang tu pun banyak sangat sudah bagi aku. Huh.

Aku mau share juga seperkara. Haha. Macam panjang sangat pula entri ini. Terima kasih yang baca sampai sini. The reason I love blog so much. Boleh tulis panjang-panjang.

Selalunya kemas besar-besaran ini aku memang buat waktu aku period saja. Supaya tidak mengganggu aku mengemas. Sebab mau solat and etc, kan kalau mengemas ni behabuk dan berpeluh. Bukan semua selesa solat dalam keadaan itu. So mau solat kena mandi lagi. Begitulah. Itu sebab aku prefer mengemas besar-besaran waktu aku period. Tapi kali ini Allah permudahkan segalanya.

Actually aku start mengemas jam 10.30 am, aku keep on saying ‘Ya Allah beri aku masa yang cukup supaya aku boleh kemas 1 bahagian ke bahagian lain sebelum Zohor’. FYI, aku sempat mop lantai sebelum waktu Zohor. Aku juga sempat mandi sebelum Zohor. So aku tidaklah lewat Zohor.

Lepas Zohor aku sambung lagi mengemas pakaian mau bagi orang, lipat dan susun baik-baik. Sambil tunggu Food Panda datang. Aku memang niat tidak masak sebab mau kemas 1 bilik ini. Lepas makan memang sambung mengemas. 
Dapat 20% dari food panda. Hehe. Aku makan nasi semalam saja. Tapi sambal tu becampur so terpaksa anak aku makan nasi semalam dan aku makan separuh nasi dioarng yang pedas.
Belum Asar aku sudah setelkan kain atas lantai. Alhamdullilah. So lepas Asar aku tinggal kemas almari anak aku. Cukup masa sebelum Maghrib.
Alhamdullilah. Allah tolong lambatkan masa. So hari ini aku mau hantar semua barang yang aku mau bagi tu pada orang.
Lama aku simpan benda ini sebab usb dia hilang so tidak dapat pakai. End up aku buang juga.

Almari anak aku ini, kami beli masa UMS buat pembersihan asrama. Laki aku dapat tender sana untuk angkat barang, Aku suka gila almari ini sebab ada ruang penyimpanan yang banyak. Aku rasa kalau aku budak UMS aku memang happy dapat almari macam ini. Sebelum kemas almari ini banyak gila barang. Even atas tu bermacam barang ada. Tapi lepas Declutter, Alhamdullilah luas terus.
Setelah aku agihkan makeup aku, tinggal saja ini yang ada.



Ruang kerja aku. Tempat aku menulis dan bekerja. Aku decide untuk balas mesej dan ambil order di sini saja. hehe.
Huh. Selesa gila menulis dalam bilik ini hari. Sebab rasa luas bila sudah declutter dan emosi aku lebih stabil. Tiadalah mau mengamuk saja. Haha.

Sebenarnya sementara tunggu maghrib, aku sempat balut hadiah cikgu Yadik.

Sementara tunggu makanan, Yadik buat kerja rumah dulu.

Makan di kedai pak mertua. Sup ikan tu fav aku. Makan luar dengan alasan. Abang umi penat kemass bilik tadi. Endak larat masak. Haha..


Soalan akhir, maukah kalau aku buat segmen tema declutter? Komen down below gais.

Aku Trauma Iron Pakaian


Masa sekolah rendah, aku bersekolah di kampung. Kampung aku ini memang betul-betul kampung uolls. Sebab air dan elektrik memang tiada. Orang banyak tangki ada senang sikitlah, boleh tadah air banyak-banyak waktu hujan. Lepas tu bolehlah buat mandi atau mencuci kain dan peralatan masak.
Tapi ini bukan tangki rumah aku ya. Haha. Ini tangki uncle google.

Tapi masa tu zaman aku di kampung, walaupun ada air di tangki. Kami memang akan mandi di perigi. Sebab air tangki stok untuk mandi waktu pagi dan untuk memasak. Lampu pula masih ramai orang kampung yang pakai minyak tanah.


Rumah aku masa tu ada gen-set kecil untuk menampung beberapa lampu dan TV. So dijadikan cerita, memang mamy aku tidaklah terfikir mau beli sterika. Entah-entah tidak dapat angkat pun sterika tu oleh gen-set. Haha. So aku ke sekolah tanpa iron pakaian pun.

Tahun 2012, dady aku beli rumah di kawasan Bandar pula. Tapi masa ini aku sudah habis UPSR. So masa itulah aku dikenalkan dengan benda panas bernama sterika atau iron. Tapi bukan aku pun yang iron baju aku masa aku sekolah.  Sepanjang aku sekolah, memang banyak pakaian sekolah aku yang terbakar.

Dijadikan cerita aku trauma sangat bila 5 tahun lepas aku ada event besar Shaklee. So aku pun excited gila iron pakaian kau. Belum habis iron, terbakar di bahagian pinggang. Masa tu aku pregnant, so memang baju itu saja muat aku pakai. Haha. Aku pakai juga baju tu tapi tidak selesa jalan sebab aku tutup guna tangan. Haha
Baju inilah terbakar di bahagian pinggang. Tapi aku pakai lagi waktu Dec 2018 masa wedding kazena ku. 
Since dari tu aku memang takut sangat mau iron baju dan aku akan beli pakaian yang tidak perlu iron atau less iron. Even tudung pun aku beli tudung yang tidak perlu iron. Haha.

Tu sebab aku respek sangat dengan adik-adik aku, kawan-kawan aku. Mau ke pasar pun masih ada kekuatan untuk iron baju. Kalau aku memang endaklah. Konfom tak!

Masa aku kerja dulu pun aku pakai pakaian site, jacket dan jeans. So memang tidak iron. Husband aku pun memang ada kedai sendiri dan kedai dia bengkel kereta. So aku memang bernasip baik!!

Aku sebenarnya paling takut waktu raya, sebab raya saja aku kena iron baju husband aku. Aku kena jugalah iron baju aku. Haha. Asal raya, aku akan iron baju seminggu sebelum waktu aku betul-betul tenang.

Tapi tahun ini aku Berjaya atasi ketakutan aku tu. Sebab anak-anak aku keduanya sudah sekolah. Baju sekolah pula baju kurung. Kahkahkah. Aku kena iron 4 pasang baju sekolah dalam masa seminggu.

Selalunya aku iron waktu ahad atau sabtu. Tapi 2 3 minggu ini jadual weekend aku full. So aku kalut jugalah iron baju pagi-pagi. Isnin lepas baru aku perasaan, iron aku ini baik sangat. Sebab tidak pernah lagi melekat di baju.
Iron ini aku beli tahun 2016 kot. Kiranya ini iron kedua aku selepas aku habis study. Iron pertama aku tu aku beli saja tapi orang lain yang pakai. Sebab aku memang tidak iron baju, kena-kena aku study Mechanical Engineering. Kami selalu pakai baju bengkel. Haha. Seingat aku iron pertama aku tu aku bagi aunty aku selepas aku kawin.

Okey iron ini aku beli sebab mau raya. Haha. Iron di rumah laki aku masa tu teruk gila dia punya melekat. So aku beli baru dan sampaii sekarang masih baru. Haha.
Lawakan?
Ohya, aku perasaan lapis iron board aku ini best gila. Aku beli RM 14.+ di Mr.DIY dan sangat-sangatlah best pakai. Aku sebenarnya takut iron tu dalam keadaan duduk, duduk maksud aku iron punya pemanas tu menghadap depan. Aku rasa lebih selamat untuk iron panas tu duduk macam dalam gambar. Sebab aku takut kalau iron tu duduk macam selalunya, anak aku terlanggar iron board tu. Iron tu jatuh then kena anak aku. Memang takut! So aku selalu letak iron aku macam dalam gambar tu.

Tapi aku perasaan, kain cover iron board aku ini best gila. Kalau setakat ko mau terbalikkan baju dan letak iron dalam keadaan macam dalam gambar tu. Masih selamat. Tidak terbakar dan tidak bau hangus. So dalam tempoh mau bagi sejuk iron tu pun aku masih rasa selamat untuk iron duduk macam dalam gambar tu. Tapi dalam pemantauan ya. Jangan pula ada yang test buat macam tu tapi tinggalkan rumah. Aku walaupun buat gitu, aku masih pantau iron tu.

So aku rasa trauma aku untuk iron pakaian, sudah dapat diatasi sikit-sikit. Sebab cover iron board aku ini best gila. U gais should buy lah aku rasa. Hehe.
Cuma kalau size iron board yang biasa tu memang cover ini terlebih besar tau. Aku punya iron board ini size medium tapi masih ada lebihan yang banyakkkk. Tapi boleh saja adjust. Kalau mau gunting atau mau jahit. Ok saja. Cuma aku, aku biarkan begitu. Ahaha.

Cerita iron saja sampai 800 patah perkataan. Haha. Anyway thank you gais, rajin singgah blog aku, rajin komen blog aku dan rajin bagi support. Pada yang aku tidak reply atau tidak tersinggah blog kamu. Jangan kecil hati tau. InsyaAllah aku singgah kalau aku ada masa lebih. Sebab selalunya aku cek reading list aku jam 7.30 am. So siapa menulis awal, memang aku dapatlah baca korang punya perkongsian.








Sahut Cabaran Simpan Duit Kertas RM 5

Minggu lepas aku tengok Sabahan Youtuber Patrick. Dia simpan RM 5 untuk sebulan dapat RM 3++. So aku pun mau juga try. Actually aku mau try simpan not RM 20 tu. Tapi kan, masa aku withdraw duit ahad lepas 9 Feb 2020, duit yang keluar semua RM 20. Haha.



Aku pun start kumpul RM 5 sebab dapat duit RM 20 semua. Haha. Mampu kot, tapi hati cakap tak mampu kumpul duit RM 20 tu. So ikut kemampuan dirilah ya. 


Aku kiranya mau try kumpul RM 5 tu untuk seminggu saja. Alhamdullilah selepas seminggu 16 Feb 2020, aku dapat kumpul RM 40.



Aku sebenarnya endak sangka boleh kumpul RM 40 dalam masa seminggu. Sebab aku jarang sangat ada cash money dalam wallet. Paling banyak pun selalu RM 200, kalau pun aku withdraw RM 200 saja. Sebab aku memang jarang guna duit cash, lebih suka guna kad atau apps. Senang aku trace perbelanjaan. 


Tapi minggu lepas, walaupun 1 kali saja aku withdraw duit. Ramai customer aku bayar sambal guna cash. So dalam masa yang sama, aku banyak kali ke pasar beli sayur dan ikan. Bila ada duit RM 5 aku terus asingkan.


Itupun sebenarnya aku terpakai RM 10 sebab mau bayar tauhu bergedil. Masa orang tu COD, dia tiada duit untuk baki. So aku korbankan RM 5 aku sebanyak 2 keping. Grrr...


So ahad lepas aku kira kan dapat RM 40, mau juga aku guna. Tapi rasa sayang pula. Haha, teruskanlah sampai hujung minggu ini. Mana tau dapat RM 100 kah. Tapi macam minggu ini aku kurang berjalan. Kononlah. Padahal isnin tu seharian aku COD barang. Tapi kurang dapat RM 5.



Kalau tak buat challenge macam susah betul duit tu ada dalam wallet. Tapi bila buat challenge boleh saja kumpul rupanya. Haha.

Alhamdullilah, Allah cukupkan rezeki aku sepanjang minggu ini dan selama ini. Walaupun kadang-kadang bank akaun aku dah kritikal dan wallet aku pun dah kosong, masa tu juga semua barang rumah dan minyak kereta masih full dan sangat dipermudahkan tidak craving macam-macam mau makan apa.

Semua tu atas bantuan Allah tau. Yang bagi aku craving, yang bagi aku teringin macam-macam, yang bagi kita cukup semua itu eshan Allah terhadap kita. Bukan aku yang pandai merancang, tapi Allah baik bantu aku.

Aku sejenis suka merancang dari zaman belajar dulu, makan di luar kena rancang awal-awal mau makan apa, mau minum apa. Kalau mau jimat kena minum air kosong sebab boleh jimat 90% perbelanjaan makan. Tapi aku selalunya tidak cukup duit juga sampai hujung bulan.


Tahun lepas aku belajar pasal Taqwa. Tiada yang mampu selain Allah. Even buka mata pun kalau Allah cakap tidak boleh buka, kita tidak mampu buka. So aku belajar dari itu. Merancanglah macam mana pun kalau Allah tak bagi, kita takkan dapat.

Itu sebab segala perancangan kita biarlah atas izin Allah. Contoh aku pernah mau beli Iphone 11, aku rasa masa tu memang cukup sangat sudah duit untuk beli phone tu. Tapi terdetik dalam hati agar Allah beri petunjuk untuk aku. Sampai di kedai phone, phone aku mau tu habis. Allah campur tangan. Alhamdullilah.

Dan, beberapa hari lepas tu aku kena bayar pula kelas agama yang aku sudah daftar tapi belum setelkan payment. Bayangkan kalau aku beli iphone, mesti terlepaskan kelas tu. Allah baik.


Aku cerita ini bukanlah tujuan mau menunjuk. Tapi, kadang ada orang yang tidak sedar akan perkara macam ini. Semoga menjadi sedikit sebanyak kick start dalam diri. Macam aku, aku sedar Allah wujud selama ini. Tapi aku tidak pernah letak pengharapan 100% pada Allah. Alhamdullilah Allah sedarkan.





Hi Kawan-kawan