Ada OCD Banyak Buang Masa

by - Februari 26, 2020

Siapa ada OCD sini? Aku tidak tau aku ini sampai katogeri OCD atau just Perfectionist. Tapi kadang-kadang perasaan ini kalau sudah trigger memang menyusahkan aku. Aku pernah tidak tidur beberapa malam sebab mau susun jadual sharing aku di Facebook dulu. Begitu juga dengan posting aku di blog. Tu sebab aku tukar nama blog aku ke Lifestyle Blog sebab aku tidak mau terikat dengan tajuk-tajuk sharing yang aku mau share. 


Masa cari gambar tengkuk aku rasa tebal tiba-tiba nampak gambar macam ini.
Secara terus terang aku memang sudah ada 100 tajuk sharing dalam blog ini dan content tu aku buat lebih dari seminggu tanpa ada rehat yang cukup. Lepas tu aku kemurungan sebab tidak dapat siapkan entri dan content yang perlu aku tulis setiap hari. Haha. Jadi aku ambil short cut untuk tukar blog aku ke Lifestyle Blog. Aku akan share benda yang follow the flow. What happen yesterday.

For your information, sebelum ini aku ada blog yang ada banyak content. Tapi sebab perfectionist aku tu trigger. Aku delete blog tu permanently dan sekarang aku menyesal. Blog aku yang sekarang ini sebenarnya dari wordpress aku transfer ke blogspot sebab aku selesa di blogspot. Blog ini sebenarnya aku ikut pertandingan menulis blog. Alhamdullilah aku menang. Blog ini baru berumur 5 bulan kot. Harap tiadalah perkara yang boleh menyebabkan aku padam blog ini macam blog lama aku. Haha. 

Okey tadi pagi entah macam mana waktu subuh aku boleh terfikir untuk restructure blog aku ini. Maksudnya aku mau menulis selang sehari. Jadi aku punya entri yang sudah tulis sedia tu aku expend p selang sehari. Tadi jam 7.30 am aku start ubah tarikh dari Jan to Feb. Tapi entri aku ini banyak gila. Ada 56 entri dalam masa 2 bulan. 

Lepas ubah tarikh entri aku sekarang sudah sampai bulan April. Jadi bila masa aku mau share cerita March. Hahaha dan akhirnya aku ubah lagi buat everyday. Buang masa!

Sudah buat semua tu selama 1 jam baru aku sedar aku tengah buang masa dan aku kena akur yang aku ini memang kena menulis setiap hari, sebab aku memang suka menulis dan 1 sebab lagi aku memang tidak menulis di mana-mana media social sudah since menulis di blog.

Dan aku kena akur yang aku ini memang ada OCD yang tinggi. Sebelum ini aku boleh atasi beberapa perkara, tapi ada perkara yang aku suka buat aku tidak mampu atasi. Allah mampu InsyaAllah. Selain tu aku rasa aku perlu ke Klinik Kesihatan untuk mendapat nasihat dari doktor sebab tadi ada buat test OCD memang agak tinggi jugalah! Boleh buat sini kalau mau try OCD Test

Keputusan OCD aku lebih tinggi dari normal. Kamu pernahkah ada perasaan kalau rumah semak, kamu mau marah dan rasa malas lepas tu tidak mau buat apa-apa. Atau perasaan lebih kurang macam ini. Kalau mau menyapu rumah, mau sapu berulang kali. Walaupun kita sendiri tau yang sapu berulang kali pun sama saja.

Kawan-kawan kalau ada perasaan di atas, marilah sama-sama minta dengan Allah agar perasaan insecure ini lalu saja tapi tidak menganggu aktiviti harian kita sebagai hambanya. Sebab aku pernah dalam keadaan aku terskip salah satu solat, aku tunggu sampai esok baru solat semula. Alhamdullilah itu aku sudah atasi, cuma ada beberapa perkara aku masih di belenggu. Sama-samalah kita doa ya. 

OCD bukanlah satu perkara yang perlu dibanggakan. Sebak

You May Also Like

11 ulasan

  1. Jangan padam blog ye. Blog awak ni banyak maklumat berguna. Orang boleh cari untuk dapat maklumat.
    Moga kesusahan awak dinilai pahala di sisi Allah dan dapat diatasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sayang. Semua yang baik ada di sisi Allah.

      Padam
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan. OCD best sebab dapat bersihkan tempat sendiri tapi bila dah kronik, seem like a pain. Moga disembuhkan sis. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi ada saja ocd yang bersih tempat yang sama. haha

      Padam
  3. hmmmm apa pun moga masalah OCD nya tu akan pulih atau berkurangan, hidup lebih rilex dan santai...
    akak ni kalau takde idea, takde cerita takdelah entry itu je... jenis menulis ikut suka, ikut dan jenis asal boleh gini lah... menulis lebih kepada macam diary yang boleh akak tulis dan bercerita, takde apa-apa target

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah Amin! Suka baca entri orang lain yang menulis ikut suka. Tapi bila buat pada diri sendiri tidak suka. Hahah

      Padam
  4. Pernah terbaca OCD tergolong dalam sejenis penyakit jiwa.
    Mungkin salah satu caranya adalah kena banyak mendekatkan diri pada Allah cth istighfar, selawat 1000 kali sehari etc.
    Mrs. A setuju yag OCD tu banyak membuang masa contoh macam anak Mrs. A si Adik Mrs. A rasakan dia tu macam ada simptom OCD cuma belum kronik kot. Adik ni suka sangat basuh tangan sikit-sikit nak basuh tangan dan susun atur benda kat rumah tu sampai Mrs. A rasakan itu tak perlu dan jadi rimas dan rasakan itu perkara yang membuang masa.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Eya. Tu sebab kalau ada perasaan lebih teruk kena rujuk pada yang pakai. Kan, anak saya seorang pun ada yang suka susun-susun. Tapi mungkin perfection saja.

      Padam
  5. Banyak berehat ya Elly. Semoga dipermudahkan semua urusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin sebab kurang rehat juga penyebabnya..

      Padam
  6. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam