Aku Trauma Iron Pakaian

by - Februari 20, 2020


Masa sekolah rendah, aku bersekolah di kampung. Kampung aku ini memang betul-betul kampung uolls. Sebab air dan elektrik memang tiada. Orang banyak tangki ada senang sikitlah, boleh tadah air banyak-banyak waktu hujan. Lepas tu bolehlah buat mandi atau mencuci kain dan peralatan masak.
Tapi ini bukan tangki rumah aku ya. Haha. Ini tangki uncle google.

Tapi masa tu zaman aku di kampung, walaupun ada air di tangki. Kami memang akan mandi di perigi. Sebab air tangki stok untuk mandi waktu pagi dan untuk memasak. Lampu pula masih ramai orang kampung yang pakai minyak tanah.


Rumah aku masa tu ada gen-set kecil untuk menampung beberapa lampu dan TV. So dijadikan cerita, memang mamy aku tidaklah terfikir mau beli sterika. Entah-entah tidak dapat angkat pun sterika tu oleh gen-set. Haha. So aku ke sekolah tanpa iron pakaian pun.

Tahun 2012, dady aku beli rumah di kawasan Bandar pula. Tapi masa ini aku sudah habis UPSR. So masa itulah aku dikenalkan dengan benda panas bernama sterika atau iron. Tapi bukan aku pun yang iron baju aku masa aku sekolah.  Sepanjang aku sekolah, memang banyak pakaian sekolah aku yang terbakar.

Dijadikan cerita aku trauma sangat bila 5 tahun lepas aku ada event besar Shaklee. So aku pun excited gila iron pakaian kau. Belum habis iron, terbakar di bahagian pinggang. Masa tu aku pregnant, so memang baju itu saja muat aku pakai. Haha. Aku pakai juga baju tu tapi tidak selesa jalan sebab aku tutup guna tangan. Haha
Baju inilah terbakar di bahagian pinggang. Tapi aku pakai lagi waktu Dec 2018 masa wedding kazena ku. 
Since dari tu aku memang takut sangat mau iron baju dan aku akan beli pakaian yang tidak perlu iron atau less iron. Even tudung pun aku beli tudung yang tidak perlu iron. Haha.

Tu sebab aku respek sangat dengan adik-adik aku, kawan-kawan aku. Mau ke pasar pun masih ada kekuatan untuk iron baju. Kalau aku memang endaklah. Konfom tak!

Masa aku kerja dulu pun aku pakai pakaian site, jacket dan jeans. So memang tidak iron. Husband aku pun memang ada kedai sendiri dan kedai dia bengkel kereta. So aku memang bernasip baik!!

Aku sebenarnya paling takut waktu raya, sebab raya saja aku kena iron baju husband aku. Aku kena jugalah iron baju aku. Haha. Asal raya, aku akan iron baju seminggu sebelum waktu aku betul-betul tenang.

Tapi tahun ini aku Berjaya atasi ketakutan aku tu. Sebab anak-anak aku keduanya sudah sekolah. Baju sekolah pula baju kurung. Kahkahkah. Aku kena iron 4 pasang baju sekolah dalam masa seminggu.

Selalunya aku iron waktu ahad atau sabtu. Tapi 2 3 minggu ini jadual weekend aku full. So aku kalut jugalah iron baju pagi-pagi. Isnin lepas baru aku perasaan, iron aku ini baik sangat. Sebab tidak pernah lagi melekat di baju.
Iron ini aku beli tahun 2016 kot. Kiranya ini iron kedua aku selepas aku habis study. Iron pertama aku tu aku beli saja tapi orang lain yang pakai. Sebab aku memang tidak iron baju, kena-kena aku study Mechanical Engineering. Kami selalu pakai baju bengkel. Haha. Seingat aku iron pertama aku tu aku bagi aunty aku selepas aku kawin.

Okey iron ini aku beli sebab mau raya. Haha. Iron di rumah laki aku masa tu teruk gila dia punya melekat. So aku beli baru dan sampaii sekarang masih baru. Haha.
Lawakan?
Ohya, aku perasaan lapis iron board aku ini best gila. Aku beli RM 14.+ di Mr.DIY dan sangat-sangatlah best pakai. Aku sebenarnya takut iron tu dalam keadaan duduk, duduk maksud aku iron punya pemanas tu menghadap depan. Aku rasa lebih selamat untuk iron panas tu duduk macam dalam gambar. Sebab aku takut kalau iron tu duduk macam selalunya, anak aku terlanggar iron board tu. Iron tu jatuh then kena anak aku. Memang takut! So aku selalu letak iron aku macam dalam gambar tu.

Tapi aku perasaan, kain cover iron board aku ini best gila. Kalau setakat ko mau terbalikkan baju dan letak iron dalam keadaan macam dalam gambar tu. Masih selamat. Tidak terbakar dan tidak bau hangus. So dalam tempoh mau bagi sejuk iron tu pun aku masih rasa selamat untuk iron duduk macam dalam gambar tu. Tapi dalam pemantauan ya. Jangan pula ada yang test buat macam tu tapi tinggalkan rumah. Aku walaupun buat gitu, aku masih pantau iron tu.

So aku rasa trauma aku untuk iron pakaian, sudah dapat diatasi sikit-sikit. Sebab cover iron board aku ini best gila. U gais should buy lah aku rasa. Hehe.
Cuma kalau size iron board yang biasa tu memang cover ini terlebih besar tau. Aku punya iron board ini size medium tapi masih ada lebihan yang banyakkkk. Tapi boleh saja adjust. Kalau mau gunting atau mau jahit. Ok saja. Cuma aku, aku biarkan begitu. Ahaha.

Cerita iron saja sampai 800 patah perkataan. Haha. Anyway thank you gais, rajin singgah blog aku, rajin komen blog aku dan rajin bagi support. Pada yang aku tidak reply atau tidak tersinggah blog kamu. Jangan kecil hati tau. InsyaAllah aku singgah kalau aku ada masa lebih. Sebab selalunya aku cek reading list aku jam 7.30 am. So siapa menulis awal, memang aku dapatlah baca korang punya perkongsian.








You May Also Like

10 ulasan

  1. saya pun selalu ada bekas iron skirt skolah anak. terlupa slow kan suhu. iron ni biasa kena sesuaikan temperature dia ikut kain yg kita nak iron tu. takpa sis, lelama tu nanti biasa lah dengan iron ni. btw, saya sgt benci iron baju2 πŸ˜†πŸ˜†

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ikut kain, tapi selalunya asal-asal panas sebab takut tebakar. hahaha. cayok untuk kita..

      Padam
  2. Nasib baik wak tak pernah pegang iron.

    BalasPadam
  3. Iron baju ni memang menakutkan.. lagi² kalau itu baju yang pentingπŸ˜…... so kalau saya, saya iron dulu di kain ironboard tu untuk uji kepanasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu uji di ironboard dengan ironboard sekali rosak. Haha. Tapi cover iron board ini sangatlah selamat.

      Padam
  4. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam
  5. Gunalah steam iron InSyaAllah masalah baju terbakar waktu iron hampir tiada.
    Steam iron phillips dah murah sekarang di Lazada pun ada.
    Mrs.A bukan agen phillips cuma nak share berdasarkan pengalaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang 7k tu ke? haha. Ada juga tengok iron yang steam ni tapi macam tidak berbaloi beli sebab bukan pakai selalu dan tak suka banyak barang di rumah.

      Padam
  6. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam