Declutter Atasi Emosi Tidak Stabil

by - Februari 22, 2020

Sejak dua menjak ini, aku trigger sangat mau marah. Selalu tidak sihat lagi tu. Something going wrong ini kalau sering kali bad mood tidak tentu pasal. Satu benda lagi aku perasaan aku selalu di belenggu dengan sifat malas. Malas yang teramat u know.

Kalau sudah ada perasaan macam di atas tu, memang kena cepat-cepat koreksi diri. Apa sebenarnya yang berlaku sampai tahap kesabaran tipis dan selalu tidak sedap badan. Macam cikgu aku cakap, ada dosa yang kita tidak sedar kita buat. Allah mau cuci dosa tu dengan cara kita sakit dan kita akan di beri azab seperti marah untuk uji kesabaran kita.

Aku kalau boleh mau maintain saja tahap ketenangan dan kesabaran aku. Sebab bila marah-marah ini akan effect ke anak, ke suami. Kesian diorang. Alhamdullilah suami dan anak-anak faham. Ya Allah terasa lagi berdosa bila fikir balik.

Sebenanrya aku sudahlah tidak sihat, lepas tu rumah aku macam bukan rumah aku tengok. Mau mengemas tapi malas pula. So aku jadi stress melampau-lampau. Lepas tu, PMS datang dengan cepat. Sepatutnya aku period dalam 29hb atau 30hb. Tapi baru 22hb emosi tidak betul.

Bila fikir balik, what I really do back 2 or 3 month ago. Aku memang ada bad lifestyle. Sebab lifestyle ini sangat bagi impact yang besar pada keadaan emosi dan jasad kita.

Selalunya aku akan tanya soalan ini pada diri aku.
  • Ada Detox setiap bulan? Jujurnya lama sudah aku tidak Detox.
  • Makan serat yang cukup? Tidak. Sebab sejak cuti hujung tahun aku travel ke sana ke mari dengan adik-adik aku. So begitulah.
  • Air cukup? Kadang tidak cukup.
  • Makan manis? Sangat banyak
  • Caffeine? Yas! A lot!
  • Sleep? Tidak cukup!
  • Vitamin? Culas
  • Declutter? Ada tapi jarang dan bukan untuk semua rumah.
Sebenarnya kalau perkara di atas tu kita tidak jaga, hubungan dengan Allah pun automatic kita akan culas. Sebab aku pernah depression dan aku ubah perkara-perkara di atas tu. Memang berhasil.

Memandangkan semalam hari Sabtu, so aku terus bangkit untuk declutter besar-besaran bilik tempat aku dan anak-anak aku buat kerja. Sebab sinilah tempat kami solat, aku menulis blog, pakai baju, anak-anak aku buat kerja sekolah dan tempat tidur juga kadang-kadang.

Aku pernah declutter bilik ini masa aku habis join Metamorphosis tahun lepas.
So kira setelah 7 bulan kemudian baru aku declutter. Selama ini aku buat juga declutter tu tapi dalam almari saja, atas almari dan lain-lain aku tidak buat pun. 

Aku start asingkan mainan anak-anak yang rosak. Sebelum ini aku kemas tapi aku tidak buang pun, sebab aku rasa sayang. Tapi kali ini aku tekad buang semua mainan yang tidak cukup korum. So dari 3 bakul jadi 1 bakul. Haha. Sebelum ini dari 6 bakul jadi 3 bakul.

Lepas tu aku ambil 2 kontenar yang ada soft toys. Soft toys diorang ini mostly gift dari kawan-kawan aku. Aku sayang, tapi kalau disimpan saja lagi sayang. Makan ruang dan juga akan rosak. So aku masukkan semua dalam beg besar. InsyaAllah berguna sama orang lain. Aku bukan tidak hargai, tapi aku rasa benda tu lagi berguna kalau bagi dengan orang lain.
Sekarang kalau mau beli barang, kena fikir banyak kali.
Lepas tu aku ambil 1 bakul besar tempat beg aku dan anak-anak. Dalam bakul tu ada lebih 10 beg. Huh, aku simpan 3 beg saja. Selebihnya aku masuk dalam bakul untuk bagi orang lain. Aku sayang sebenarnya, tapi hari tu masa aku declutter aku pernah buang beg kesayangan aku sebab hancur. Beg lather ini kalau tertutup dan ada habuk memang senang rosak.
Yang 3 tu, tidak termasuk woven bag yang masih baru. Aku dapat banyak sangat beg Shaklee ini. InsyaAllah boleh agihkan ke downline yang perform.
Aku sempat merajuk dengan laki aku sebab almari aku dengan dia pakaian dia lagi banyak dari aku. Lepas tu dia salahkan aku lagi. So aku cakaplah aku mau beli almari baru, dia cakap jangan nanti tambah semak bilik tu. So aku reply yang biarlah pakaian aku dalam bagasi saja. Hahaha.
Baju aku hanger kuning. Hahah. Tu yang aku sampai merajuk tu. Padahal almari ini aku baru kemas 2 bulan lepas. Lepas laki aku balik dari Jepun makin banyak pula baju dia.
Dulu aku susah mau bagi orang pakaian aku, pakaian anak aku, aku sayang. Tapi aku berpegang pada kata-kata ini ‘’Baju banyak-banyak kalau tidak pakai buat apa simpan. Nanti akan dihisab. So mau simpan baju yang banyak, pastikan ko pakai baju tu untuk solat’’

Merajuk! Aku keluarkan pakaian aku, lepas tu lipat masuk dalam almari laci. Pakaian anak aku pun jadi sikit bila sudah declutter, so aku gunalah almari diorang.
Tapi fikir secara logik, aku di rumah pakai baju kelawar. So aku memang decide bagi orang baju yang aku yang singkat. Sebab dulu-dulu aku memang suka baju jenis style crop top. So banyak juga yang masih baru dan belum pakai. Bila aku tekad untuk pakai tudung labuh dan jubah. Memang baju seluar semua tu aku tidak pakai.

Ohya. Bahaya untuk kita simpan baju kita tidak pakai ini selepas hijrah. Sebab kita akan ada 1 perasaan ‘’ala.. aku pakailah’’. Last week aku hampir kecundang tau. Alhamdullilah aku Berjaya tepis godaan tu. So masa declutter semalam, aku packing semua jeans aku, seluar aku dan pakaian aku yang tidak lulus!

Sebelum ini aku ada lebih 200 pasang pakaian, aku declutter pegi 20 pasang saja. Tapi lepas 7 bulan aku ada beberapa helai juga yang aku beli baru. So aku decide delcutter lagi dan aku tinggalkan pakaian yang betul-betul aku sayang dan aku guna.

Baju aku pakai untuk event biasa atau jalan-jalan biasa

Baju dan seluar harian aku. Aku tinggalkan semua lengan panjang. Sebab kadang-kadang kalau ada tetamu tidak bagus juga berbaju kelawar. So aku decide pakai panjang lengan walaupun di rumah.

Baju jalan dan event. Baju Shaklee tinggal 2 saja aku simpan sebab selebihnya lengan pendek so aku bagi orang. Baju Meta tu masa kami AJK Meta di KK. Baju-baju sini bolehlah pakai waktu mau p pasar atau bersukan. Actually aku ada 1 lagi laci untuk masukkan baju event besar-besaran. Kira baju tema ada dalam tu. Tapi aku pilih yang betul-betul apaki pakai saja dan ada 3 jubah masih berjemur masa ini.
Selain itu, sebelum ini inner station kami anak beranak punya banyak gila. 2 laci untuk pakaian dalam dan stoking, anak tudung, hand sock tapi masih perlu tempat lain untuk letak pakaian dalam. So aku keluarkan semua. Semuaaaa.
Stokin tiada pasang aku buang, seluar dalam longgar aku buang, seluar dalam koyak aku buang, seluar dalam sempit aku buang. Even yang aku belum pakai tapi low cut aku buang. Hand sock pun sama. Ada 1 hand sock aku sayang gila, tapi sebab 1 pasang hand sock tu tiada aku buang juga.
Sock baru tau ini. Aku tak buang, tadi pagi nampak sock panjang tu dalam rak kasut. Aku harap aku jumpa sock pendek hitam tu. Aku suka gila kot.
Makeup pun banyak yang aku bagi orang, sebab masa aku mengemas ini aku tengah dengar ceramah dalam youtube. Lepas tu kan, ustaz tu cakap ‘’tempek sana tempek sini sebab mau kelihatan cantik depan orang lain, tapi di rumah macam hantu. Itu maksudya cantik di dunia tapi buruk di akhirat’’. So aku jadi takut. Hehe. Hidayah Allah bagi bah tu kan jangan sia-siakan.

Okey, bahagian laki aku pula. Dia ada lebih 500 helai pakaian sebenarnya sebelum ini. Lepas tu aku asingkan, aku cakaplah ‘’abang ceklah baju tu, mana yang endak pakai bagilah sama orang’’. Tapi sampai aku sumbat balik baju tu dalam almari anak aku. Dia tidak cek pun. So semalam aku keluarkan semula dan aku masuk dalam beg. Pagi tadi cakap juga benda yang sama tapi dapat jawapan sama juga. Yang aku hairan, baju banyak tu. Hari-hari kerja baju yang sama juga kena pakai. Pakaian dia sekarang tu pun banyak sangat sudah bagi aku. Huh.

Aku mau share juga seperkara. Haha. Macam panjang sangat pula entri ini. Terima kasih yang baca sampai sini. The reason I love blog so much. Boleh tulis panjang-panjang.

Selalunya kemas besar-besaran ini aku memang buat waktu aku period saja. Supaya tidak mengganggu aku mengemas. Sebab mau solat and etc, kan kalau mengemas ni behabuk dan berpeluh. Bukan semua selesa solat dalam keadaan itu. So mau solat kena mandi lagi. Begitulah. Itu sebab aku prefer mengemas besar-besaran waktu aku period. Tapi kali ini Allah permudahkan segalanya.

Actually aku start mengemas jam 10.30 am, aku keep on saying ‘Ya Allah beri aku masa yang cukup supaya aku boleh kemas 1 bahagian ke bahagian lain sebelum Zohor’. FYI, aku sempat mop lantai sebelum waktu Zohor. Aku juga sempat mandi sebelum Zohor. So aku tidaklah lewat Zohor.

Lepas Zohor aku sambung lagi mengemas pakaian mau bagi orang, lipat dan susun baik-baik. Sambil tunggu Food Panda datang. Aku memang niat tidak masak sebab mau kemas 1 bilik ini. Lepas makan memang sambung mengemas. 
Dapat 20% dari food panda. Hehe. Aku makan nasi semalam saja. Tapi sambal tu becampur so terpaksa anak aku makan nasi semalam dan aku makan separuh nasi dioarng yang pedas.
Belum Asar aku sudah setelkan kain atas lantai. Alhamdullilah. So lepas Asar aku tinggal kemas almari anak aku. Cukup masa sebelum Maghrib.
Alhamdullilah. Allah tolong lambatkan masa. So hari ini aku mau hantar semua barang yang aku mau bagi tu pada orang.
Lama aku simpan benda ini sebab usb dia hilang so tidak dapat pakai. End up aku buang juga.

Almari anak aku ini, kami beli masa UMS buat pembersihan asrama. Laki aku dapat tender sana untuk angkat barang, Aku suka gila almari ini sebab ada ruang penyimpanan yang banyak. Aku rasa kalau aku budak UMS aku memang happy dapat almari macam ini. Sebelum kemas almari ini banyak gila barang. Even atas tu bermacam barang ada. Tapi lepas Declutter, Alhamdullilah luas terus.
Setelah aku agihkan makeup aku, tinggal saja ini yang ada.



Ruang kerja aku. Tempat aku menulis dan bekerja. Aku decide untuk balas mesej dan ambil order di sini saja. hehe.
Huh. Selesa gila menulis dalam bilik ini hari. Sebab rasa luas bila sudah declutter dan emosi aku lebih stabil. Tiadalah mau mengamuk saja. Haha.

Sebenarnya sementara tunggu maghrib, aku sempat balut hadiah cikgu Yadik.

Sementara tunggu makanan, Yadik buat kerja rumah dulu.

Makan di kedai pak mertua. Sup ikan tu fav aku. Makan luar dengan alasan. Abang umi penat kemass bilik tadi. Endak larat masak. Haha..


Soalan akhir, maukah kalau aku buat segmen tema declutter? Komen down below gais.

You May Also Like

5 ulasan

  1. Segmen tema declutter?? On saja elly.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman 2012 femes yakmat segmen susun atur. Mana tau dengan cara ini ramai kawan boleh declutterkan.

      Padam
  2. Baguslah kemas besar-besaran.
    Saya pun ada rasa malas. Kena periksa diri ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan rasa malas tu kadang bertandang lama sangat membuatkan diri sendiri down.

      Padam
  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam