Hobi Baru yang Aku Mau Cuba


Manusia ini macam pokok. Kalau tidak disiram boleh kering dan akhirnya mati.

Pokok cili aku ini mula-mula memang sangat subur dan banyak sangat buah. Tapi setelah beberapa bulan aku yang jaga, pokok makin kering dan kering sehingga pokok yang paling besar tu kering dan memang sudah mati.

Husband aku pada asalnya mau bawa pokok ini di kedai dia. Sebab dia cakap di rumah ini pun aku tidak mampu jaga. Tapi dia pun selalu lupa bawa. Memang pokok ini kering giler dah.

Tapi tidak sangka juga tahun ini lepas aku siram hari-hari walaupun aku tidak tau pun pokok tu boleh hidup atau tidak. Kamu tau, lepas cuti CNY tu bercambah 1 ranting kecil di pokok yang hampir mati tu.

Siram dan terus siram, lepas tu aku bersihkan pokok tu. Pokok yang kering dan sudah mati tu aku potong. Alhamdullilah, sekarang pokok cili ini berbuah sudah walaupun tidaklah subur macam mula-mula aku ambil dulu.



Sebenarnya begitulah juga manusia. Kita boleh mati sebelum mati sekiranya tidak siram jiwa kita dengan ayat-ayat suci Allah. Kita boleh mati sebelum mati sekiranya kita tidak amal perintah Allah. Itu sebab kita wajib siram jiwa kita ini dengan perkara-perkara yang membawa kebaikkan. Contohnya zikir, baca tafsir, dengar ceramah agama, baca quraan. 

Okey. Sebenarnya aku mau sangat cuba hobi baru. What i want to do is....... Jeng jeng jeng..

Aku lama sangat sudah mau bercucuk tanam, tapi memandangkan di KK aku tinggal di Apartment so mau bercucuk tanam tu memang agak susah. Tapi since aku join group berkebun dari pasu, kebun bandar dan bermacam jenis group kebun aku join. Aku pun ter-racun. Tapi sebenarnya itu bukan kick start aku. Itu cuma hobi semata-mata.

Actually aku serius sangat mau berkebun bila aku nampak hasil kebun mom aku tu membuatkan diorang tidak perlu beli cili, serai dan ada beberapa sayur yang mom aku tanam.

Tapi aku tunggu sampai tahun ini untuk start. Haha. Last year aku ada ambil 1 pokok cili mom aku. Yang pokok atas tu. Tapi memandangkan tahun lepas aku banyakkkk sangat travel dan stay out, cili aku tu hampir mati.

Last year start bulan Jan sampai Dec aku punya jadual sangat penuh di luar rumah. Kelas sana kelas sini, meeting sana meeting sini dan jalan sana jalan sini. Haha. i enjoy my time as housewife. Walaupun ramai tidak percaya aku ini housewife.

But yeah! this 2020, aku akan berusaha untuk lebih banyak masa di rumah untuk mengurus family kecil aku ini. InsyaAllah. Aku akan lebih banyak menulis kot!

So tadaaaa.. Ini adalah kebun kecil aku. Ermmm.. Atau aku perlu cakap ini adalah kebun bandar aku. Haha. Entah apa-apalah.
Aku ada 3 pokok terung dan 2 pokok cili putih

Memandangkan aku tinggal Apartment tapi di ground floor dan rumah aku bahagian corner so aku minta kebenaran dengan pemaju perumahan ini untuk letak 1 meja untuk aku letak pasu aku. 

Yay! Cili puith favorita orang Sabah

Kebenaran tu aku dapat tahun lepas dengan syarat tidak mengganggu orang lain dan tidak kotor serta kemas. Of kos lah aku buat benda tu kemas! Kalau ada sampah, memang bukan dari aku. Sebab aku tidaklah bodoh buang sampah merata tempat. 


So tahun ini selepas CNY punya cuti aku beli a lot of pokok sayur dari tepi jalan Simpang 3 KM, Kudat dan KK. Aku beli tanah sampai 10kg dan pasu RM 2.30 di kedai Uplus.
My kesum. Maybe next aku mau beli daun kari

Aku sudah petik pun kesum tu. Sudah masak sup ikan. Haha

Inilah bah konon hobi yang aku mau cuba sejak sekian lama tapi terbantut sebab tiada kawasan tanah. Tapi itulah syukur tinggal ground floor, dapat juga aku bercucuk tanam dalam pasu.


Ini sayur sawi ini. Aku sengaja guna bekas air macam ini, sebab lepas sawi di tuai boleh buang kontenar tu. Kahkah
Tahun ini ada rezeki mau juga tinggal di rumah yang ada kawasan tanah besar. Hehe. InsyaAllah. Doakan ya. Tapi aku tetap bersyukur dengan rumah kami sekarang sebab ground floor, kawasan yang bersih, selesa dan paling best ini rumah sendiri.









Hobi Baru yang Aku Mau Cuba Hobi Baru yang Aku Mau Cuba Reviewed by Elly Matin on Februari 04, 2020 Rating: 5

4 ulasan:

  1. insyallah berbakti pada tanah akan ada hasilnya nanti =)

    BalasPadam
  2. semoga subur elok semua tanaman, boleh jimat duit dapur barang seringgit dua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. Cili tu ada masanya RM 2 pun beberapa biji jak.

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.