Isnin Penuh Kenangan

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1n5IiK0SaErMzq0AwTYjaYngSFQVOQYmn
Dulu masa zaman kanak-kanak, aku fikir kehilangan ini 1 musibah. Tapi sudah tua macam ini, aku belajar bahawa kehilangan ini 1 hadiah terindah yang Allah beri pada orang-orang tertentu.

Isnin bulan lepas 10.2.2020, seluruh Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang pelawak yang humble iaitu arwah Abam Bocey. Al-Fatihah untuk arwah. Aku baru dalam kehidupan seorang Islam, so aku tidak alert sangat tanda-tanda kematian yang dicemburui. Sampailah pada hari pemergian arwah. Ya Allah, rupanya ini makna pemergian yang dicemburui. Semua orang memberi penghormatan terakhir. Malah kalau tengok komen-komen di Youtube, bukan dari kalangan rakyat Malaysia saja. Tapi negara-negara jiran pun turut terasa dengan pemergian arwah, termasuklah alim ulama. Al-Fatihah Abam.

Terima kasih kerana memberi pengajaran waktu pemergian mu. Jujurnya aku kenal memang kenal arwah tapi tidaklah kenal macam peminat lain. Aku start tengok-tengok video kumpulan arwah pun sebab arwah kawin plus aku memang bukan sejenis ikut perkembangan semasa dunia artis. Tapi selepas pemergian arwah. Aku tiba-tiba tau banyak perkara mengenai arwah. Terima kasih Abam.

Antara iktibar aku dapat ke atas pemergian arwah ialah berbuat baik pada ibu dan keluarga terdekat. The way ibu, adik beradik dan kawan-kawan arwah cerita pasal arwah. Kita boleh tau arwah orang yang sangatlah baik. Aku terfikir akan diri aku. Ya Allah banyak dosa aku pada mamy dady. Izinkan aku ya Allah perbaiki diri aku, tebus dosaku, bahagiakan mamy dady dan perbaiki diri aku.

Belum matahari ditelan kegelapan, dapat berita dari kawan baik aku. Husband dia pun baru saja pergi tepat 6.20 pm hari yang sama. 

Innalillahi wainna ilaihi rojiun

Aku sebenarnya tidak tau mau cakap apa dengan kawan baik aku. Masa tu aku cuma tidak berhenti agar Mam diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran atas hadiah Allah ini. Aku hanya mampu minta pada Allah, kalau ada sedikit kekuatan, ketabahan dan kesabaran ke atas diriku. Berilah pada sahabat baik aku ini. 

Alhamdulillah. Mam seorang isteri yang hebat, isteri yang solehah, isteri yang tabah, ibu yang sabar dan hamba Allah yang beriman. ''Saya redha Elly''. Itulah kata-kata Mam waktu aku jumpa dia. Alhamdullilah ya Allah.

Aku berterima kasih pada arwah Ewan. Thank you Master Ewan. Banyak iktibar yang aku boleh ambil. Terima kasih. 

Arwah pun sama macam arwah Abam. Selepas pemergiannya baru ramai yang sebut-sebut kebaikkannya. Selama kenal arwah, tidak pernah sekalipun aku nampak arwah dengan muka ketat. Senyuman dan gurauan lembut sentiasa ada. Memang sentiasa di senangi tidak kira kami ini anak-anak bisnes dan orang sekeliling.

Seorang sahabat yang sangat supportive. Walau dengan mata kasar, nampak sangat seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anak-anaknya. Begitu juga dengan kawan-kawan and very humble.

Pemergiannya sangat senang, urusan jenazah juga senang dan upacara pengkebumian juga semuanya dipermudahkan Allah. Alhamdullilah. Al-Fatihah untukmu Master Ewan.

Arwah seorang insan yang sangat sayangi dan lembut pada isteri. 

Aku mendapat iktibar dari arwah. Sentiasa melayan pasangan dengan baik walau apapun berlaku. Ini antara cara Allah untuk beri pengajaran pada aku untuk berbakti pada suamiku dan anak-anakku.

Ya Allah
Ampunkan dia
Rahmati dia
Maafkanlah dia
Ampunilah kesalahannya
Mualiakanlah kematiannya
Lapngkanlah kuburnya

Ya Allah
Sampai masanya giliran kami. Berilah kami kekuatan jiwa untuk menjadi tetamu Mu seperti mana orang-orang mendapat nikmat Mu ya Allah.

Kita yang masih hidup ini, marilah sama-sama teruskan perjuangan untuk mendapatkan tempat di sisi Allah.










Ulasan

  1. Aamiin
    Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat

    BalasPadam
  2. benar.. tanda2 sangat dia disayangi
    dan baik. bila kebaikannya disebut2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hugss.. Semoga kita juga jadi seperti yang mendapat nikmat. Amen

      Padam
  3. best penulisan ini...

    apa-apapun ..tiada yang kekal dalam hidup ini.

    suatu hari nanti giliran kita pula menyusuli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdullilah.

      YA, tiada yang kekal. Kita juga tunggu giliran. Semoga semakin tinggi taqwa dan istiqomah dalam kehidupan kita di dunia. Amin

      Padam
  4. Amin.... rasa tersentuh dengan artikel Elly ni.... Teringat dengan amal, pahala dan pertolongan diri ini... pernahkah aku beramal??? Semoga kita sama² dapat kumpul pahala dan bertaqwa sebelum ajal menjemput.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah buka hati kami untuk kejar akhirat MU.

      Padam
  5. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan Popular