Jualan RM 10k Tanpa Sedar

by - Februari 28, 2020

Sebenarnya sebelum melabuhkan tirai 2019, aku ada bincang dengan laki mengenai kerjaya aku sebagai seorang surirumah yang berkerja dari rumah. Kerjaya ini nampak senang tapi yang lalui saja faham. 

Aku seorang Working At Home Mom. Urus rumah aku, urus bisnes aku dan aku juga membantu sedikit dalam urusan company laki dan company family aku. Bisnes aku itu bisnes Shaklee yang aku sudah buat since aku berhenti kerja. 


Urusan company family pula aku di lantik semula menjadi salah seorang director dalam company tu tahun lepas (sebelum ini dilucutkan. Haha. Ada kisahnya. But insyaAllah in good way. That the way Allah beri pada kami). Laki aku pula ada company sendiri dimana aku kena urus juga beberapa purpose yang luar bidang beliau.

Kadang disebabkan urusan-urusan seperti itu aku terabai diri sendiri dan orang lain especially anak aku dan perasaan aku sendiri. Padahal aku ini asalnya resign dari seorang Safety Officer sebab mau fokus pada anak.

So tahun ini aku kiranya mau drop urusan bisnes aku. Sebab laki aku cakap ala setakat sekian-sekian baik fokus pada company. Tapi aku memang sayang bisnes Shaklee aku. Aku sayang leader dan team aku. Aku bina origanisasi ini atas sebab aku sayang dan ingin bantu wife-wife yang tidak berkerja dan mencari pendapatan lebih.

Memang betul income aku dapat di Shaklee, aku boleh dapat lebih dari company. Tapi dalam Shaklee banyak mengajar aku urusan dunia dan akhirat. Sebenarnya inilah cara Allah datangkan hidayah untuk mencari redhanya. Tapi aku tidak mau menjadi seorang yang taksub sampai lupa akan tanggungjawap paling utama iaitu amanah Allah 2 orang ini.

So aku decide untuk slow it down! bukan 100% ya. Pertama kali dalam hidup aku selama 4 tahun hidup dalam keadaan yang tidak struggle membuat content jualan. Haha. Media social bersawang dan aku memang tidak engage langsung dengan new customer.

Aku cuma merancang untuk urus sepenuhnya anak kandung aku dan anak bisnes aku sedia ada. Aku ada lebih 100 anak bisnes dan ada 15 orang bisnes builder yang aktif. So aku fokus sama orang itu saja. Tidak fokus mencari new customer atau new bisnes team! Tapi kalau customer tu serah diri aku layanlah bah.

Lepas tu aku cuma terima order online. Aku bersyukur jugalah sebab Shaklee adalah sistem dropship. Cuma perlu key in order dan diorang yang akan pos out. Urusan COD pula aku cuma akan COD 1 minggu 1 kali sahaja. So masa aku banyak sangat untuk anak-anak dan kerja hakiki iaitu surirumah.

Dulu aku pernah ajar bisnes leader aku untuk hidup dalam struggle buat Shaklee. Sebab bagi aku dengan letak iklan 10 kali sehari saja mampu menarik pelanggan. Dengan broadcast setiap hari saja boleh menarik pelanggan. Tapi semua tu auta! Mitos! 

Sebenarnya hanya percaya pada Allah untuk dapat berapa banyak pun pelanggan. Doa! Minta dengan Allah. Jujurnya aku memang minta Allah bukakan hati aku untuk buat bisnes lain yang lebih senang. Tapi aku akui Shaklee ini senang.

So since dari tu aku percaya bahawa Allah mesti akan ketuk pintu hati orang-orang yang perlukan Shaklee untuk datang dengan aku. Aku bukan tidak mau usaha! Aku usaha! Tapi aku tidak mau usaha dalam keadaan terdesak! 

And its come with naturally. Allah tu baik! Baik sangka sama Allah! 

Cuma bila dapat rezeki bertubi-tubi, tanya pula pada diri. Adakah ini ujian aku? Itu sebab sekarang aku nasihatkan bisnes builder aku. Dapat untung runcit biar RM 1! Wajib zakat 2.5%.

Jujurnya sejak Jan 2020 aku tidak pernah cek Bisnes Performance aku. Maksudnya ada sale aku terus beli dan aku tidak pernah ambil tau berapa bonus aku dapat setiap bulan. 

Macam bulan lepas, aku sedar ada bonus lepas 3 4 hari bonus masuk dan aku terkejut juga dapat banyak macam tu sedangkan aku tidak buat kerja yang macam selalu aku buat.

Petang semalam, aku mencari nombor ID seorang downline aku. Tanpa sengaja aku ternampak jualan sudah cecah RM 10000. Padahal sebelum ini aku tengok hari-hari susah sangat mau capai RM 10000 untuk sehari.

Itu pula rahmat Allah beri dalam bisnes baru yang aku minta. Aku memang minta bisnes baru dengan Allah. Bisnes yang aku senang buat dan Allah redhai. Tapi kalau ini adalah ujian sedarkan aku ya Allah. Kalau ini adalah rahmat MU, bimbing aku agar tidak lalai!

Effortless sale! Alhamdullilah Ya Rabbi.
Lepas tu sebelum ini ramai sangat yang mau join Shaklee tapi disebabkan yuran RM65 ramai yang batalkan niat. Walaupun ada yang cakap 'ala RM 65 saja'. Tapi bukan semua ada RM 65 di dunia ini. Alhamdullilah juga Shaklee turunkan keahlian ke RM 35. So at least ibu-ibu di luar sana yang memang sungguh-sungguh mau bisnes, bolehlah start bisnes mereka dengan bermodalkan RM 35.

Hugs,
Elly Matin













You May Also Like

4 ulasan

  1. Tahniah. Semoga istiqamah buat.

    BalasPadam
  2. Semoga terus berjaya dlm business dan urusan keluarga ya elly.. 👍👍

    BalasPadam