Kedai Cina Halal Di Kota Kinabalu
![]() |
Haha. Colour block sangat ni |
Lepas hantar sambal aku sempatlah p Imago beli sedikit barang keperluan diri aku lepas tu keluar.
Aku : Umi mau makan nasi ayam bang
Dia : Mana mau cari
Aku : CRS bukan sekadar nasi ayam. Haha
Dia : Masuk mall lagi??
Aku : Bah kita tengok yang di Thien-Thien tu. Tapi tengok
dululah halalkah.
Ok bab ini sebenarnya since dengar ceramah Ustazah Asma bab
halal. Aku memang titik beratkan pemilihan restoran.
Share sikit ya
Di KK ini banyak sangat makanan Serve No Pork, tapi aku
pernah makan tempat yang kedai tu letak wine dalam makanan. So memang Serve No
Pork tapi still ada makanan yang kita sebagai muslim tidak boleh makan. Tapi
baru-baru ini aku dapat ilmu baru. Contoh kenapa kedai Muslim sendiri susah mau
dapat cop Halal? Sebab keadaan kedai tidak penuhi piawaian Jakim iaitu
kebersihan dan sebagainya. So gais, kalau mau cari kedai makan. Pastikan kedai
tu ada cop HALAL!
Mungkin ada yang cakap ala kedai tu tiada cop halal tapi
pekerja muslim dan bersih. Aku bagitau sebagai muslim ko kena cari juga yang
ada Halal. Tapi kalau mau juga makan, terpulanglah kan. Dosa sendiri mau tanggung.
Cumanya kalau ada halal tu, memang Jakim sudah sahkan benda tu halal. Incase ada
benda tidak baik, its depends pada orang yang sahkan halal. Eh sampaika maksud
aku ini?
Biarlah pekerjanya muslim kalau tiada cop halal, better
pilih yang halal. Sebab di KK ini banyak sangat restoran yang guna pekerja
islam. Bak kata laki aku. Mau kerja kedai macam tu wajib pakai tudung walaupun
sebenarnya tidak pakai tudung. Walhualam.
So kami pun pusing di kawasan Restoran Thien-Thien tu.
Alhamdullilah ada cop halal depan pintu. Padahal selama ini (zaman jahil) aku
banyak kali juga datang kedai ini sebab sedap sangat bah makanan sini, Cuma ku
tidak pernah ambil kisah pasal cop halalnya. Tapi alhamdullilah syukur aku jumpa
ceramah Ustazah Asma tu.
So as Muslim, sama-samalah kita beringat ya dan aku rasa
bertanggungjawap untuk share dengan semua bila jumpa kedai yang ada cop halal.
Sebab di akhirat nanti bila di tanya masa ko hidup ko tau makanan halal di
mana, tapi kenapa ko tidak share sama orang islam. Takut! That why, anything
good happen. Aku prefer share walaupun ada saja yang label aku ini show off.
Haha.
Ringan-ringankan mulut tanya ada halalkah kedai ini, wei jihad mu bah tu.
Ada juga restoran kegemaran aku. Sedap sangat mee sup sana. Dulu ada halal, tapi last aku pegi aku tidak jumpa halal dan masa tu aku sudah kenyang baru aku perasaan. So since dari tu aku memang tutup terus tekak aku untuk mau makan makanan sana.
Setakat ini kedai cina yang halal yang aku tau Thien-Thien saja. Boleh klik link atas aku bagi tu. Aku pergi Thien-Thien di Jalan Pantai kawasan Gaya Street.
So inilah aku makan. Hehe.
![]() |
Aku pernah try masak taugeh bilis. Tapi bilis aku tidak rangup amcam kedai ni buat. |
![]() |
Tahun lepas aku ada meeting sini. Kawan aku makan ini, nampak macam sedap. So aku trylah juga kali ini. Sedap memang sedap tapi masin yakmat. |
![]() |
Makan ini saja. |
Makanan sini memang sedap, sejak zaman aku masih kecil hinggalah sekarang memang sedap. Tidak tahu dulu masin macam sekarang atau sekarang ini aku memang jarang sangat sudah makan masin. So bagi aku makanan sedap tapi masin sangat jadi aku tidak dapat nikmati rasa food tu. Haha.
Untuk 4 jenis lauk Kerapu Masak Halia, Mushroom Broccoli, Sup Balat Cendawan, Taugeh Bilis dan 2 air dalam RM 108. Not bad untuk restoran di tengah bandar dan restoran ini fokusnya ialah pelancong dan benefit dia ialah ada HALAL!
So ya, siapa yang datang Sabah dan teringin mau makan seafood. Bolehlah makan sini demi menjamin ke-Halal an restoran tu.
Halal bukan bermaksud Serve No Pork saja ya. Free from alcohol dan bersih.
Sekiranya posting ini memberi manfaat pada kalian, aku izinkan share dengan kawan-kawan ya.
cantiknya hiasan bunga sakura tuh....
BalasPadamyelah nampak gelap lain maacam mesti banyak pakai kicap tu kan... itu yang agak masin kot... tp nampak sedap gitu
Sana memang terkenal dengan hiasan musim yang cantik-cantik. Waktu Christmas, lagi cantik mall tu buat. Siap ada show setiap hari.
Padamlooks so good.
BalasPadamyepppp
PadamYa.. banyak kedai serve no lard, no pork sekarang kan.. Cendawan tu nampak sedap 🤤
BalasPadamCendawan tu sedap yakmat tapi masinnn.. Asal serve no pork rata-rata pekerja pakai tudung.
PadamPermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
BalasPadamKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802