Orang Ada OCD Elak Perkara Rumit
Siapa yang selalu singgah di
blog aku, mungkin kamu rasa sedikit lain. Hehe. Aku baru saja tukar template
blog aku sebab mau masukkan header cantik ini dari Kella. Alhamdullilah, terima kasih Kella sayang sebab
buatkan Kak Elly header yang sangat cantik ini. Naaa.. Kamurang yang mau
ada header blog yang simple dan cantik, bolehlah PM Kella di Facebook
dia.
Okey macam yang kamu tau aku paling tidak suka benda yang rumit
sebab bila keadaan rumit, OCD akan trigger. Bila OCD trigger, secara automatic
Anxiety pun akan datang. Huh, pada orang yang di luar sana bangga sangat ada
OCD aku cannot brain. Sebab bagi aku kan. OCD ini memenatkan dan
buang masa. See, sedar tapi tetap buat.
Sebenarnya aku tidak tahu aku mau tulis tajuk apa.
Macam tidak sesuai saja. Sebab aku mau cerita dengan kamu pasal aku tukar
template blog aku ini. Aku mau cerita betapa aku suka sangat hasil kerja Kella
ini. Tapi dalam masa yang sama aku mau cerita benda lain. So aku tukar 4 5 kali
tajuk entri aku kali ini.
Lepas dapat email dari Kella, aku terus buka laptop sebab mau
tukar header. Padahal esok baru waktu masuk office. Tapi memandangkan anak aku
kedua tidak sekolah hari ini. Why not aku terus buat.
Lepas aku masukkan header ini, header ini nampak kecil di template
blog aku. Bukan header ini yang kecil tapi template blog aku yang memang macam
tu. So aku pun dengan berani-beraninya tukar template baru. Lepas tu tiba-tiba
website yang aku selalu ambil templete tu kena bayar pulak!
So bermulalah try and error aku pasang dan edit template blog
sesatu. Dapat template cantik tapi button dan fungsi tidak berapa mesra alam,
dapat template simple tapi tidak cantik, dapat template cantik tapi rumit
sangat. Masa tu baru menyesal sangat tukar template blog aku. Tapi aku keep on
searching lah konon sambil mencari the perfect one dimataku! Terus kena nyanyi lagu Sufian. Haha. Yang paham tu pahamlah.
Aku start on laptop jam 2 pm
dan aku siap set up blog aku jam 6 pm. Sambil aku menangis bucu laptop dan aku
memang lupa phone aku di mana. Bila aku tengok phone ada beratus chat dan
beberapa call. Kan baru gaji so ramai customer buat payment.
Okey selepas 4 jam depan laptop
aku pun dapatlah blog yang simple dan kemas dimataku. Even template ini simple
tapi sebagai orang yang berjinak-jinak dengan IT dan coding ini memang agak
payah tau. Dari dulu sampai sekarang, asal mau set up blog aku ambil masa yang
lama. Tapi Alhamdullilah kali ini 4 jam saja! Aku pernah set up blog 22 jam
tidak tidur. Aku bangun jam 2 am, lepas solat subuh aku terus set up blog
sampai solat subuh esoknya. Eh. Lebih 24 jam. Haha.
Biarpun kamu Nampak blog
sekarang ini simple gila! Tapi ketahuilah bahawa lebih 10 kali aku tukar dan
padam template ini untuk dapat sebiji blog yang mata aku mau dan aku pastikan
benda ini simple sesimple simplenya dan kemas sekemas kemasnya. Haha.
Tapi ada cerita disebalik aku
set up blog ini. Jujurnya aku menangis tau masa set up blog ini. Sebab aku
buntu sudah macam mana mau dapat 1 blog yang perfect dimata aku. Aku mau
berhenti pun teringat-ingat pula. So at the end aku menangis sajalah bucu
laptop sambil set up blog. Anak aku pun hairan. Kenapa Umi nangis, sebab kami tidak dengar cakapkah? Aku pun tidak tau mau jawap apa sebab diorang tengah mewarna atas lantai masa tu.
Tapi macam yang kita selalu
dengar. Macam manalah kita berusaha kalau Allah tidak bagi, benda tu tidak
jadi. Template sekarang ini memang lebih 10 kali aku masukkan dalam blog. Tapi ada
saja benda yang tidak boleh setting. Sambil aku menangis dan pasang laungan
istigafar dalam youtube dan keep on saying Ya Allah Ya Allah. Last cubaan aku begitu smooth. Allah mau kau tenang
untuk buat sesuatu perkara Elly.
Ingat!
Sebaik mana pun perancangan
kita tapi Allah adalah perancang terbaik!
Masa set up blog ini, banyak
mengajar aku untuk tidak berubah fikiran dalam sekelip mata. Allah bagi tunjuk
tu agar ada pendirian yang tetap. Sebab orang tiada penderian tetap adalah
orang yang rugi.
Ya Allah berikan kami nikmat
istiqomah dan taqwa ke atas MU.
Selama ini aku selalu doa pasal
eczema aku, pasal anak, pasal kengkawan, pasal family, pasal kerjaya, pasal
kesihatan badan, taqwa, istiqomah tap lupa pasal kesihatan mental.
Ya Allah, buanglah sifat OCD
ada dalam diri aku. Agar aku ada hubungan lebih baik dengan MU ya Allah.
Amen!
lawa suda ni template nya. ngam ni. bah, moga dipermudahkan aamiin ya raabbal alaamin.. ^
BalasPadamAmin ya Rabb. Lawakan? Endak mau tukar lagi. Penat!
Padammmg chantek blog nih., kipidap .. hehe
BalasPadamAlhamdullilah. Thanks.
PadamSaya sebab tu tak sika tukar-tukar. Saya jenis sentimental, sayang sesuatu walaupun benda tu dah buruk atau kurang berfungsi.
BalasPadamSama-sama kita berusaha dan berdoa.
Maaf saya padam komen terdahulu sebab ada salah ejaan.
Endak apa bah.. Ya saya pun ada juga sifat sentimental tu. Tapi kadang kalau semak, rasa terbeban otak berfikir. hehe..
Padamcantik dan sweet je wajah baru blog ini
BalasPadamAlhamdullilah. Thank you. Itu pun lama gila nak set up.
PadamCantik template ni... tapi nak buat template yang cantik, mmg perlu kesungguhan elly.. 😊.. tgk blog saya sampai kesudah tak siap² lagi usai template.. sbb sekejap² rehat, pastu buat benda lain😅..
BalasPadamHAha.. Andang tu Mell. Kalau lagi mama-mama, memang susah mau buat sesuatu secara terus melainkan MALAM
PadamPermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
BalasPadamKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802