Pengalaman Bersalin Cesarean Buat Pertama Kali

by - Februari 07, 2020

''Mama u kena emergancy cesarean. Baby sudah berak ini" lepas tu doktor ke hulur ke hilir minta permit untuk cesarean.

"Mama tak perlu fikir lagi. Kalau u tak bagi jawapan sekarang, nanti baby kena infection". Saya tidak tahu mau buat apa. Jujur saya cakap. Tidak pernah sekali pun terfikir akan bersalin secara c-zer.


"Panggil husband patient ini" doktor arahkan lagi nurse panggil laki saya di luar bilik bersalin.



"Bapa, begini. Wife kamu perlu di bedah. Sebab baby kamu sudah berak dalam perut. Kalau tidak bedah, takut baby termakan berak sendiri dan kena infection"

Doktor sungguh-sungguh terangkan pada HG dengan logat cinanya.


"Ok doktor, buat saja apa yang terbaik" bila husband saya cakap begitu. Kami pun sama-sama sign kertas akuan. Saya memang shaking sign kertas tu. Menangis ketakutan sudah.

Kurang dari 30 minit di telanjangkan dengan memakai baju berwarna putih dan di tolak ke operation room. Laki saya di sebelah bisik macam-macam tapi satu pun tidak faham. Haha. Panik jo.

"Bang, kasi tau mami umi kena oprate" itu saja yang mampu di ungkapkan. Endak ko dapat bayangkan tu, baru saja 30 minit lepas berselfie di labor room, tiba-tiba kena tolak di operation room. Seram.

Masuk pintu pertama. Husband masih boleh masuk. Limpas saja garis biru untuk masuk pintu kedua. Husband tidak dibenarkan masuk sudah.

Sebenarnya sebelum datang hospital aku sempat attend Convo Ipar aku. Aku sempat berlari kejar diorang bergambar family. Paling teruk day before convo tu 12 jam aku dalam mall jalan-jalan bawak budak tu. Haha. So sebenarnya tips orang lama, untuk bagi bukaan mau bersalin kena jalan banyak tak boleh pakai kot atau aku yang over jalannn.

Gambar kurang dari 5 jam sebelum c-zer
Bila pintu opreation room yang kedua dibuka, suami pun diminta untuk tunggu di luar. Masa itu, aku lupa sakit mau bersalin. Padahal sudah ada 5 cm bukaan. Yang aku tau, aku takut.

Aku berusaha lap air mata. Memang takutlah. Tiba-tiba ada nurse datang "jangan risau, sekali ko kena czer. Lain kali ko mesti prefer czer"

Aku cuma senyum, senyum untuk respek apa dia cakap. Serius tidak membantu langsung untuk sedapkan hati. Masa tu banyak benda terfikir.

Antara perkara yang drive thru di fikiran aku masa tu "macam mana mau berpantang. Sudahlah gemuk. Susahlah mau sembuh ni. Macam mana mau jaga anak ni kalau berpantang. Macam mana kalau mati"

Saat itu baru terlintas hati untuk berzikir. Minta bantuan Allah. Ya Allah. Bolehkah kalau aku tidak perlu czer. Aku takut. Tolong ya Allah. Permudahkan urusan bersalin ini. Selamatkan anak ini.

Dalam lebih kurang 10 minit aku di sorong sekali lagi. Pak. Pintu di buka. Lepas tu berhenti lagi. Aku takut. Makin mengiggil.

Dalam 30 minit juga aku dalam ruang kecil itu baru dibenarkan masuk dalam OR. Sejuk. Putih dan aku tidak ingat lagi macam mana situasinya.

"This patient LSCS and bla bla bla"

Aku berusaha pejam mata. Ingat apa ilmu aku belajar 2 bulan sebelum bersalin. Walaupun aku tidak pernah sedia mental mengenai czer. Syukur juga kami ada ikut father friendly dan ada kelas mengenai czer.

Aku cuba ingat apa yang perlu di lakukan kalau mau masukkan epidural. Agar epidural itu masuk di tempat yang betul. Entah apa nama natang tu. Haha.  Any nurse or doctor here yang boleh mention apa nama tempat masukkan epidural itu.

Aku ingat ini saja waktu Father Friendly.

- Duduk 90 darjah sedikit bongkok memeluk bantal.
- Pejam mata dan berusaha untuk tidak bergerak

Aku buat sebiji apa yang pakar bisu cakap masa dalam kelas. Sambil cakap ''Ya Allah, aku takut sangat''. Aku teringat-ingat apa pakar bius tu cakap waktu kelas. Kalau ubat epidural tu salah masuk, boleh jadi bius tidak berkesan dan tinggi risiko untuk rasa sakit waktu perut di potong. Seram!

Belum pun habis takut. Nurse cakap "mama mari baring. Siap sudah". Alhamdullilah. Allah campur tangan! Allah bantu. Waktu masukkan ubat bius tu, sikit pun anak tidak mengeras. Seolah-olah faham Umi takut bergerak masa tu. Alhamdullilah.

Waktu baring, ternampak pula lampu besar bulat. Teringat cerita Korea Yong Pal. Siapa ada tengok? Waktu Yong Pal tu beranakkan seorang ibu di church. Haha! Taubat aku tengok drama macam tu bah.

Pakar bius duduk sebelah kanan. Alhamdullilah banyak juga ilmu aku dapat dalam Father Friendly tu. So gais, kamurang yang bakal bersalin. Datanglah Father Friendly tu. Manatau rezeki merasa Czer, tau jugalah sedikit sebanyak cara bersalin secara czer.

"Hi elly," aku senyum.

"Hai. Kamu pakar bisukan?"

"Eya"

"Diorang sudah start potongkah doktor"

"Belumlah. Nanti kalau diorang potong diorang cucuk dulu satu benda tajam untuk test"

"Ala. Saya takut. Bolehkah saya tidur?"

"Jangan. Kesian baby kamu kalau kamu tidur. Nanti susah doktor keluarkan baby"

"Diorang mau cucuk sudahkah? Belum 30 minit tu kan? Epidural tu efektif 30 minitkan?"

Hahaha. Pengaruh drama korea. Senyum saja tu pakar bius.

"Belum potonglah"

Ngam-ngam dia cakap belum potong. Aku pun gatal tengok lampu besar tu dan ternampak diorang potong perut. Takut!

"Doktor diorang potong sudah"

"Tak sakitkan?"

"Saya takut juga. Saya mau membacalah doktor. Bagi saya komik" adoi. That timekan aku rasa lucu juga minta begitu sama doktor. Tapi selepas dari itu, baru aku faham benda tu pengaruh epidural rupanya.

"Belum pernah ada mama mau membaca masa kena oprate. Kamu saja elly. Apa kata tinguk movie"

Aku rasa tengok movie tu tidak effektif langsung kurangkan kesakitan aku. Aku prefer membaca. Haha. Tapi Alhamdullilah. Pakar bius tu pasangkan aku surah-surah. Make me calm lah that time. Thank you Allah.

Rasa tenang kejap. Tiba-tiba macam tecabut jantung ku.

"Argh. Sakittttt. Tolonggg"

Laju pakar bius tenangkan. Dia pegang tangan.

"Elly, sikit saja lagi anak kamu keluar sudah. Lepas ini InShaAllah tidak sakit"

Dan beberapa minit kemudian menangislah anak si anak. Nurse usai baru bungkus.

"Mama, ini anak kamu. Apa jantina dia?". Aku ingat lelaki tau at first Yadik menangis. Garau!

"Perempuan"

"Mama, kamu susukan dia. Tapi 15 minit saja sebab mau keluarkan dia dari OT"

Masa susukan anak tu aku rasa tenang sangat. Walaupun aku rasa doktor tengah jahit perut aku. Aku just fokus pada anak. Kamurang pun kalau bersalin czer, jangan fikir pada kesakitan. Fokus pada anak. 

Selepas susukan Yadik selama 15 minit, aku perasaan pakar bius cucuk sesuatu dalam air drip dan masa tu aku pelan-pelan tutup mata. Walaupun tidur, aku masih rasa sebenarnya doktor tengah kerjakan perut aku.

Terima kasih pada pakar bius. Kalau tidak salah nama beliau Ridzuan, dua doktor usur pembedahan aku dan dua nurse. Alhamdullilah Allah permudahkan semuanya.

Actually cerita ini aku tulis 2018 di FB since ramai yang mau tau cerita pasal czer. Cuma tahun 2020 ini aku edit sikit penggunaan bahasa, susunan ayat agar nampak lebih matang. Hehe.
Gambar dari google
Nurse cakap kalau sudah czer, akan prefer czer. Mamy aku pun cakap, ada sesetengah orang lebih suka kena czer sebab tidak penat waktu bersalin.

Czer ini proses bersalin sangat cepat dan bius epidural separa sedar tu mengurangkan rasa sakit. Kalau yang mau senang waktu bersalin, pilih czer tapi kalau mau kurang risiko sila pilih normal.

Tapi bagi aku sama saja bersalin czer dan normal. Sebab aku bersalin anak pertama normal. Masa anak pertama tu penat sangat mau keluarkan anak. Cuma kalau ada rezeki kami ada anak lagi. Biarlah aku bersalin normal. Sebab mau bawak laki ke LR. Mau share pengalaman bersalin dengan dia. 

Sambung cerita selepas dijahit tu. Aku perasaan aku dibawa keluar dari OR. OR tu sejuk gila! Ipar aku nurse cakap suhu dalam tu -2. Mak ai! Patutlah sampai 2 blower untuk panaskan badan aku pun masih susah mau stabil suhu badan.

Walaupun hakikatnya kejap sangat dalam OR, tapi masa mau stabilkan suhu badan tu lama gila. Keluar OR 8 pm, tapi boleh keluar dari bilik untuk stabilkan suhu badan tu jam 10.30 pm sudah.

"Nurse mau blower lagi"

"Itu saja kami ada. Yang satu ada orang pakai"

"Bagi saya selimut nurse"

Masa tu mata tertutup tapi badan terasa shaking gila. Rasa macam kaki tu terangkat-angkat mengigil.

"Nurse bila saya boleh keluar?"

"Kalau BP kamu stabil"

"Sejuk nurse"

"Mama BP kau ini memang tinggikah?"

"Tidak nurse"

"180 ini mama. Bahaya ini"

Memang dulu pernah ada masalah BP waktu Yayang. Tapi masa Yadik ini aku fit bah waktu mengandung. Semua ok kecuali berat badan. Aku paniklah juga sebenarnya sebab 180 tu tinggi gila u know. 

Makin lama makin susah kawal sejuk tu. Sampai menusuk di tulang-temulang tau. Syukur anak tidak menangis, tapi aku yang menangis kesejukan. Serius aku menangis. Walaupun ada blower di bahagian kaki aku, aku terasa sejuk macam duduk ais berjam-jam.

Tidak boleh jadi ini Elly. Ko kena keluar juga dari sini walauapapun berlaku. Kau kuat Elly. Sambil aku cuba untuk kawal pernafasan, kawal minda aku dan kawal. Sambil pujuk hati. Tak ingat aku zikir apa waktu tu. Tapi Allah lah yang beri kekuatan untuk aku kawal semua tu.

"Mama, turun sudah BP ko. 140 lagi. Kalau sampai 120 kami hantar ko di wad ya"

Alhamdullilah. Sambung pujuk emosi dengan masukkan segala jenis zikir saja. Tidak mau fikir apa-apa. Just fikir Allah maha besar dan maha mengetahui. Hanya Allah yang mampu kurangkan kesejukan. Walaupun masa ini, aku belum tau sangat apa fungsi zikir. Aku keep on zikir Al-Fatihah sampai terlelap.

Tapi asal terlelap, BP akan naik sebab tidak dapat kawal emosi untuk melawan sejuk tu. Sudah sejuk, tiba-tiba badan rasa gatal sangat. Gatal yang pedas dan mengigit di kulit. Kamu fahamkah tu? haha.

"Mama ko boleh keluar sudah. Saya kasi siap surat ya"

Masa tu juga aku menangis sebab berjaya kawal emosi takut. (padahal Elly bukan kau yang kawal emosi. Allah yang kawal. Tapi masa ini aku tidak faham lagi. Yang aku faham, usaha aku semua tu. Padahal tiada yang mampu menyembuhkan atau memudaratkan selain Allah. Sekarang faham sudah)

BP di cabut, blower pemanas di cabut. Yay. Boleh keluar sudah dari dewan bedah.
Buka pintu, lepas tu ada katil menanti saya di sebelah. Aku respek gila dengan nurse. Kecil-kecil tapi kuat. Aku yang panik takut diorang tidak dapat angkat aku.

"1 2 ."

"Kamu boleh angkat sayakah? Tiada nurse lelaki?"

"Tenang mama"

Aku tenang dan pejam mata. Supaya kerja diorang smooth.

"1 2 3"

Sekelip mata saja pindah katil. Big clap hand to all nurses! Anda hebat! Anak pula nurse letak di sebelah kaki. Masa tu mau bergerak sikit pun aku tidak berani. Haha.

"Siapa family Elly Fhriscka Matin?"

"Saya"

Nampak muka laki, memang auto nangis terus. Haha. Ingatkan jodoh kita tidak panjang abang.

"Umi hebat"

Masuk dalam wad, syukur katil dekat toilet. Yadik pula nurse ambil untuk pakaikan baju. Masa ini lapar yakmat. Baru mau minum milo..

"bapa jangan dulu bagi dia minun ya. Kena puasa 6 jam"

Ku pandang sejalah milo tu. Laki ku pun serba salah letak milo. Tapi kena letak juga balik. haha

"Bah bagilah dia 1 penutup air masak". Masa ini baru tau nikmat air tu.

"Ok bapa, esok baru melawat ya. Bagi mama tidur dulu"

"Mama, tidak boleh bawa anak tidur katil ya. Nanti jam 1 baru boleh minum. Kalau ada apa-apa tekan lonceng ini saja. Jangan turun katil nanti pitam"

Aku hadam satu persatu ayat keluar dari mulut nurse tu. Satu pun tiada tinggal.

Selepas laki bali aku terus susukan Yadik. Tapi lepas susukan tu aku tidak berani letak dia di cot. So aku mau tidak mau tekan saja lonceng minta bantuan nurse.

Jam 1 am laki call suru minum. Tapi masa tu mati sudah selera mau minum milo. Sebab mengantuk saja ya. Aku minum air 2 gelas. Tapikan selepas 6 jam aku punya muka panas gila dan gatal.

Jam 4 am nurse cek BP lagi. Yadik tidur dengan lena sekali. Alhamdullilah. Peluang itu aku ambil sebaik-baiknya untuk rehatkan diri.

Masa tukar pad. Rasa serba salah sangat dengan nurse. Sebab berat 90 kg, nurse pula kecil. Ko umpama baby kecil ditukarkan lampin. Aku offer juga lap sendiri darah tu, tapi nurse tak bagi. Kena suruh rehat saja.

Elly ingat ini, sedekahlah Al-Fatihah setiap hari untuk orang-orang yang pernah membantu waktu proses bersalin Yadik hari tu. Semoga mereka semua diberikan rahmat dan berkat dalam setiap pekerjaan mereka.

1 hal i cannot brain is asal aku bersalin, mesti laki aku sakit. So dia lewat hantar makanan waktu pagi. Bini lapar ini bang. Haha. Tapi kesian juga dia. Syukurlah ada bawa bekal Protein ESP dalam bag baby. So aku terus isi air dan shake sementara tunggu makanan sampai. Alhamdullilah aku dipermudahkan mengawal kelaparan ku tu. Dalam masa yang sama, aku punya air susu pun banyak walaupun belum makan nasi sejak 2 pm semalam.

Selain tu aku juga makan 4 biji Ostematrix. Ostematrix ini sejenis kalsium dan vitamin D yang ada Magnesium. Ramai yang bagi feedback kalau lepas bersalin sesuai makan untuk elak sakit pinggang dan sembelit.

Everytime Yadik bangun aku memang susukan. 9 am dia sudah berak. Kalau bersalin normal, anak berak ini boleh keluar sudahkan. Tapi kalau czer kirim salam bosku.

Aku ada aunty yang czer dua kali bagi tips:

1. Selagi hos kencing itu belum dibuka, minum saja air banyak-banyak. Supaya badan tidak dehydrated.

2. Selagi anak tidak menangis dan ubat bius belum hilang. Sila tidur dan rehat.

Ramai saja kawan-kawan bersalin czer dalam bilik tu tidak dengar cakap nurse tidak berpuasa 6 jam selepas czer. Diorang muntah dan pitam tau.

Itu sebab kalau nurse cakap puasa 6 jam, kena puasa 6 jam. Nurse cakap baring, kena baring. Nurse tu sudah tengok orang bersalin berribu-ribu sepanjang diorang berkhidmat. So jangan memandai untuk tidak dengar cakap nurse! 

Cerita czer aku ini sebenarnya aku tulis untuk kawan aku Linda. Sebab 18 mei 2018 dia bakal melahirkan anak kembar secara czer.

Inilah anak yang tidak banyak ragam tu. Alhamdullilah.



Selepas lunch pertama aku di hospital. Aku memang rasa mau tidur saja. Orang melawat pun aku tidak hiraukan. Kawan-kawan datang, family datang. Aku tidur. Haha. Sebab ubat tu belum lagi hilang sebenarnya.

Dady aku datang melawat bawa coklat yang banyak.

"Naa. Untuk kasi pulih-pulih tenaga ko"


Selepas hampir 24 jam czer baru kaki boleh bergerak. Tapi panik jugalah at first. 

"Nurse, bila saya boleh buka ini dripping dan kencing ini. Tida tahan sudah saya mau mencuci di toilet"

"Kijap ya. Nanti saya buka"

Lepas tu kena buka pula hos tempat kencing tu. Legaa. Boleh sudah ke toilet.

Tips Ipar aku Jururawat Masyarakat;

1. Kalau kena czer jangan terlalu pasif, nanti darah tidak jalan

2. Kena gerak-gerakkan kaki

3. Kena bediri dan bangun juga

4. Kalau terlalu pasif luka lambat sembuh.

So lepas saja hos kena buka, aku berusaha ke toilet untuk mencuci. Tidak selesa bah tu hampir 24 jam baring dengan darah. Walaupun bersalin czer anak tak keluar dari jalan tu. Tapi tetap ada darah nifas tau. 

Syukur masa tu terfikir ke toilet sebelum laki balik. Tau kenapa?

Kan tiada pakai pad, kira pakai kain sarung saja ke toilet. Belum sampai pintu toilet. Ada segumpal darah jatuh di lantai. Kami panik gila. Sebab ini kali pertama aku turun katil since aku baring kena czer 24 jam lepas. Rupanya itu darah nifas kita.

Tips turun katil selepas Czer.

1. Duduk pelan-pelan dan turunkan kaki ke bawah

2. Pelan-pelan capai lantai. Pegang katil. Takut pitam dan tolonglah jangan melompat.

3. Setiap kali jalan, pegang dinding. Jangan lepas tangan. Sebab kita kehilangan banyak darah, ada potensi untuk pitam. Jalan perlahan-lahan saja. Tidak perlu aggressive. Mau laju-laju buat apakan?

Sebenarnya setiap kali bersalin aku dapat banyak pengalaman. Betullah mamy aku cakap, bersalin dan duduk dalam wad ramai-ramai lagi best sebab banyak pengalaman.

Selepas buka hos kencing, terus kerap pula mau kencing. Lepas susukan Yadik kenyang-kenyang. Baru aku pelan-pelan ke toilet. Tapi sebelum masuk toilet aku gigih cari nurse minta tengok-tengokkan. Aku bukanlah mengharap nurse tolong 100% cuma aku rasa lebih selamat aku infom nurse. So at least kalau aku dalam toilet dan dengar Yadik menangis, tidaklah aku panik.

Bila sudah buka tube kencing ini, macam balik-balik mau kencing. Hihihi. Lepas kasi susu yadik kenyang-kenyang. Saya kasi ampai dia di baby coat, baru pelan-pelan turun katil.

Sebenarnya aku mau sangat mandi. So rezeki aku juga masa tu tiada orang dalam kamar mandi. Baru buka paip, tiba-tiba jatuh 1 ketulan darah besar. Besar i mean BESAR tau. Takkan anak. Oleh kerana aku takut, aku leraikan ketulan darah tu. Memang darah!.

Alhamdullilah aku sempat lap badan dan kemas katil aku. Yadik tidur saja.

"Mama, kita jarum heparin ya"

Jarum ini untuk pecah darah. Supaya tiada darah beku yang tinggal. Setiap 12 jam perlu ambil. Kena bagi heparin dan painkiller. Sebab bius makin lama makin hilang. 

Masa ini Yadik tidak berak hitam sudah, dia berak macam biasa sudah. So maksudnya dia sudah buang balik apa dia makan. Kena thank you to ESP lah kan sebab pekat air susu.
Sebelum doc cakap kena bedah. Haha. Aku sempat update status di FB lagi masa ini.

Dibandinggkan dengan bersalin anak pertama dan kedua. Aku lebih selesan dan senang tidur bersalin anak kedua.

Anak pertama, aku langsung tidak tidur kecuali laki datang jam 5.30 am sampai 7 am. Tapi anak kedua. Sepanjang malam kami tidur. Yadik bangun masa mau nenen dan berak saja.

Hari kedua di hospital pun aku tidak tunggu sarapan pagi dari husband. Memang bancuh ESP terus sebelum makanan sampai.

Jam 8 am begitu, ada lagi kawan sebilik masuk. Operate juga. Semua dalam bilik tu kena fetal distress. Aku tekejut bila dia sampai katil saja dia bangun dan duduk makan. Tida kurang dari 15 minit dia muntah dan pening kepala.

So pada sesiapa kawan-kawan yang akan bersalin secara czer. Please lepas kena hantar dalam wad tu, teruskan puasa selama 6 jam. Sebab big potential u akan muntah dan pening bila aktif sebelum waktunya.

Anak kawan tu tidak henti-henti nangis. Sampai dia ikut nangis.

"Nurse panggil laki saya"

"Nurse urus anak saya"
Aku pun pandang saja dia. Dia pandang aku. Bukan muka riak ya. haha

"Bagus o anak ko tida nangis"
Aku senyum saja. Bukan riak. Tapi aku takut kalau anak kena tegur macam tu nanti nangis pula. Hahaah.

"Anak keberapa tu mandak?" Aku tanya dia

"Anak petama ini" terus dalam hati cakap. Oo patutlah. Kurang mahir bedung anak dan susukan anak. Sebab aku pun begitu juga dulu. Tapi tidalah sampai anak nangis saja.

Masa yadik tidur, aku pelan-pelan turun katil. Aku try cek anak dia. Sebenarnya aku takut juga buat gitu. Kang ada apa-apa ke anak dia, nanti masalah pada aku juga. Tapi endak tahan bah tengok tu anak nangis.

Ya Allah, najis anak dia masih melekat bah. Dulu nurse cakap masa yayang baru lahir "ko sental saja betul-betul mama, kalau tida bersih anak nangis tu sebab tida selesa dan gatal"

So start dari tu, aku memang bersihkan popong anak tanpa tinggalkan sedikit pun kesan. Tida juga sakit tu bilang nurse.


Alhamdulillah, lepas tukar diaper anak dia, bedung elok-elok dan susukan. Tidak nangis sudah.

Sampai aku disalah tafsir ''NURSE?''

Aku bukan nurse tapi sudah tanggungjawap kita sebagai ibu untuk belajar sedikit sebanyak ilmu penjagaan anak selepas bersalin. 9 bulan mengandung, setiap hari baca 1 artikel cara jaga anak tu bukan banyak sangat masa mau pakai. 

Bukan  mau bangga diri ya, masa aku mengandung anak pertama. Aku banyak beli buku parenting dan belajar satu persatu. Agar masa bersalin tidaklah menyusahkan diri sendiri terkial-kial belajar cara itu ini!

Aku bagitau kamu ya. Beranak czer ini memang banyak tidur. 10 AM aku tidur balik tapi tiba-tiba aku nampak lampu terang dan baju kena buka. Sekali buka mata ada 3 doktor keliling..

"Hai mama. Best tidur? Anak kamu ni behave betul"

"Ya. Dia tidak nangis. Tidak apa-apakah tu?"

"Semua mama mau aanak diorang macam kau mama"

"Ooo. Ok. Bila saya boleh keluar doktor?"

"Tengoklah macam mana esok"

Are u kidding me doc? Aku malas sudah sini. Mau balik ruma mami. Hahaha.

''Ok saya buka tape perut kamu. Baru spary ya ada sejuk sikit.''

Rupanya perut kena gam pula. Hahah. Punya bikin panik. Di suru tarik napas. Tidak sakit pun. Nasip kurang bulu di bahagian perut. Kalau ada bulu memang sakit juga ar. Hahahah.

Masa dalam wad ini, janganlah buat macam-macam benda. Ko fokus rehat dan susukan anak. Doa supaya anak bebas dari jaundice.

Doktor melawat saja aku terus serang.

"Doc Boleh saya keluar hari ini?"

"Baby dah berak?"

"Kencing dan berak sudah. Malah poo dia bukan sudah hitam"

"Ok, awak dah kencing? Berak?"

"Berak dan kencing sudah"


Lepas tu doktor check yadik.

"Ok, dia tak de kuning. U pun sangat cergas. Siap menulis lagi. So, maybe today or tomorrow boleh discharge"

"Doc, today please. Hehehe"

"Saya cek luka ye mama"

Jam 2 pm sudah boleh keluar. Alhamdullilah. 2 hari saja menjadi penghuni wad. Tapi proses siapkan surat keluar hospital tu, jam 8 baru nama kena panggil. Masa balik tu aku siap ambil painkiller sebab takut bekas jahitan. Siap terbayang perut terbuka. Haha.Padahal tidak sakit pun. Sumpah tidak sakit.
Ketat betul dia pegang jari umi tau. Dia di baby cot, umi di katil.
Masa discharge kami balik rumah KK dulu sebab esoknya mau cek kuning Yadik di Klinik Kesihatan.

Waktu bersihkan diri dalam toilet, aku pitam tau. Sebab aku tidak berani duduk. So sepanjang mandi tu aku berdiri saja,. Darah pun mengalir keluar. Bila rasa mau pitam tu aku cepat-cepat pakai towel dan panggil laki. Aku capai saja tangan laki, terus aku rasa badan aku berat gila. Mau 15 minit juga baru aku pulih dari pitam tu. 
Berpeluh dan rasa selesa sikit. Di sini baru aku rasa pentingnya pengambilan iron untuk boost HB. Jadi aku start balik ambil vita lea masa tu. Betul juga apa doktor cakap. Karbo saja tida cukup untuk menjamin kesihatan ibu berpantang czer.

Baru ingat. Masa doktor melawat hari sebelum aku keluar hospital, aku ada juga tanya doktor pasal makanan yang sesuai untuk ibu berpantang czer. Sebab taulah kita ini, ikut sangat pantang sampai tidak dapat nutrisi lengkap.

Disebabkan ada yang cakap jangan makan sayur dan buah, nanti masuk angin. Aku tanyalah doktor. Tapi konfom doktor akan fikir dari sudut sainskan. Hihihi. Even ko tanya doktor masa ko pregnant bolehkah makan nenas. Then jawapan doktor atau nurse mesti cakap "kenapa tak boleh?"

Ok ini jawapan doktor:

"Makan makanan seimbang. Protein, serat, zinc, kalsium, karbo, vitamin c dan iron, omega 3. Tidak kisah itu dari pemakanan atau makanan tambahan. Its depens on u"

"Kenapa kena ambil semua tu?"

"Sebab, serat ini bantu u tidak sembelit. Protein, vitamin c dan zinc bantu sembuhkan luka. Omega 3 untuk brain dan iron bagus untuk pulihkan darah merah u"

"Thank you doctor"

But. Even doctor sudah jamin sayur atau buah tidak memudaratkan kesihatan. Aku memang tidak berani juga makan makanan sembarang tau. Kadang, ada betulnya juga petua-petua orang lama ini.

So that, bila my nenek cina dengar cucu dia kena oprate. Dia terus bagitau my mom, jangan bagi makan ayam! Banned ayam selama sebulan. Dia bilang, ayam boleh menyebabkan luka gatal, bengkak dan susah sembuh. Sebab tu ayam banyak kena suntik. Betul jugakan apa nenek cakap.

So, selama sebulan aku makan sup ikan dan beberapa jenis sayur saja.

Serat dan iron saya ambil dari Vita Lea Iron lengkap dengan 29 jenis vitamin perlu. Kalsium ambil dari ESP dan ostematrix. Memang tidak sembelit dan rasa sedap saja badan.

Sepanjang berpantang anak kedua aku memang bertenaga. Cuma aku kuat tidur 5 hari pertama. Mungkin sebab masih lagi penat. Tapi selesa jak tidur sebab anak tidak kuat nangis.

Tiada masalah mau royan-royan sepanjang berpantang czer anak kedua. Alhamdullilah. Paling happy bila luka cept sembuh dan bertenaga saja!

Tapi, insyaAllah. Kalau Allah bagi rezeki anak lagi. Saya mau bersalin normal. Mau ajak suami sekali tengok proses bersalin.

Pada mama-mama di luar sana. Yang bakal berpantang. Bolehlah ambil set post-natal dari Shaklee. Sebab ianya lengkap dengan semua jenis nutrisi yang kita perlukan.

Memang cepat sembuh!

Kamu maukah saya sambung ni cerita, cara saya jaga luka czer?



Budak ini masuk 5 tahun dah tahun ini

Terima kasih semua.



You May Also Like

11 ulasan

  1. bila dengar orang bersalin czer je rasa takut huhu.. btw saya follow sini ye :) #18

    https://sayesyadiya.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya dulu tak nak tau pun pasal bersalin czer ini sebab takut. Bila dah rasa, barulah ada kekuatan untuk share dengan orang lain.
      Terima kasih follow saya.

      Padam
  2. Will share my czer story tp btl2 ada part yg bikin maluuu omgg��

    BalasPadam
  3. uuishhh cabaran betul kan pengorbanan ibu2 bersalin..
    besar pahala.. saiyaaa takut deduaaa saiyaaa takut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga menjadi gudang pahala pada semua ibu-ibu. Amenn

      Padam
  4. Kak Elly, ko cerita ni boleh jadikan novel dah ha. Panjang dan beremosi contentnya 👏👏

    Aiyoo, Ruby baca pun seram jugak aihh. Kak nampam doktor toreh perut ikut lampu besar ya?

    Kak Elly buat lawak ke mintak buku nak membaca? Kikiki.

    Ruby dulu pernah ceaser anak no 3. Sebab songsang. Anak no 4 normal.

    Kalau tanya nk ceaser atau normal, ku mahu normal. Hehehe.

    Anak² Ruby semuanya lekat uri. Fuhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaaann. Ruby tau selepas Kak Elly czer beberapa bulan. Ada 1 customer kena bells pasly sebab masa di toreh perut tu bius tak masuk... Since dari tu, memang takut mau czer..

      Padam
  5. Alhamdulilah.. 3 anak semua normal... ke2 sama ke3 nyaris kena bedah sebab songsang...
    ~tq share pwngalaman... berguna pengalaman² ibu bersalin utk rujukan kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdullilah Mell. Actually yang kedua ni pun sonsang at first tapi dia kena czer sebab dia sudah terberak dalam perut bukan sebab sonsang. hehe

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam