Vitamin C Ubat Covid 19?

Actually 3 hari lepas, dari jam 2.30 pm sampai malam aku depan laptop. Waktu makan dan solat saja aku berdiri dari meja kerja. Haha. Sebab hari tu stock Vitamin C sampai. Order Vitamin C tak banyak mana pun, tapi demi peminat Vitamin C, aku kena dapatkan juga lebih 30 botol Vitamin C untuk hari itu. Alhamdullilah Shaklee limitkan 1 ID cuma boleh beli 4 botol saja dalam sehari. Setel beli 27 botol, aku PM sesatu leader. Takut terlepas pula diorang beli Vitamin C.

Setakat yang aku tau, kami beli 60 botol Vitamin C hari tu. Aku beli on behalf je yang lain. Sebenarnya ada lagi kawan mau 6 botol Vitamin C tapi aku tidak sempat beli sudah. 


Sehari sebelum stok Vitamin C masuk, ada kawan PM pasal Covid vs Vitamin C. Aku endak tengok segmen ini sebab kami tiada astro. Tapi menurut kawan aku cerita, doktor dalam tu cakap kajian-kajian pasal vitamin c dan covid adalah mitos. Lepas tu doktor tu cakap siapa ambil vitamin c membazir dan boleh merosakkan buah pinggang sahaja. 


Ambil saja Vitamin C dari buah dan sayur. Macam doktor tu tidak tahu orang Malaysia ini suka makan apa. Haha. Opps...

Aku malas mau ulas sebenarnya benda ini. Tapi memandangkan ramai juga orang yang tidak bertanggungjawap tulis bahawa Vitamin C adalah ubat covid 19. Aku rasa geram juga. So sini aku terangkan secara ringkas saja ya. Semoga beri manfaat pada uolls dan clearkan salah faham.

Actually aku sangat tidak setuju bila orang cakap Vitamin C ini adalah ubat Covid 19. 


Okey anak-anak. Begini..


Vitamin C ini 1 nutrisi penting sangat untuk badan. Vitamin C tidak mampu dihasilkan oleh badan manusia tau, tapi Vitamin C dalam badan kita akan berkurang setiap detik


Boleh bayangkan. Dia umpama kehidupan kita sekarang. Hari-hari makan tapi tiada kemasukkan kewangan. Begitu juga dengan Vitamin C. 


Kena suruh pula ambil Vitamin C dari pemakanan. Ia umpama kita sekarang tiada kerja, tiada gaji dan kita dibenarkan ambil duit dalam KWSP. Cukup ke tak? Tanya diri sendiri. 


Itu sebab kita perlukan support dari supplement. Supplement ini bertindak sebagai supporter. Macam yang kerajaan buat sekarang. Beri bantuan pada golongan yang tidak berkemampuan.


Begitu juga fungsi Vitamin C dalam badan. Kalau rasa doktor tidak perlu ambil Vitamin C dalam badan sebab sudah cukup dari makanan, its ok. Tapi kena ingat, bukan semua orang ada cara makan yang sama. 


Ada orang tidak makan sayur. Memang daging, ikan dan ayam itu ada vitamin c. Tapi cuba perhati semula cara masak daging, ikan dan ayam. Rasanya Vitamin C tu tak mengelupurkah kalau di masak lebih 5 minit dengan kepanasan lebih 100 darjah? Kalau kuman pun boleh mati, inikan pula Vitamin C yang sangat senang rosak dengan keradangan (panas).


Sambung cerita. So kalau bukan untuk Covid19, kenapa masih ramai yang makan Vitamin C? Sebab Vitamin C ini untuk boost imun kita. Imun kita kuat, sekurang-kurangnya ada pertahanan kena penyakit. 


Macam pagar rumah. Bayangkan ada kerbau gila di luar. Rumah A pakai pagar dawai (besi), Rumah B pakai pagar batu dan tinggi. Rasanya kalau kerbau gila tu mengila, rumah siapa yang akan di rempuh? Jawap sendiri. Hehe.


Begitu juga sistem pertahanan badan kita. Kiranya kita boost vitamin c dalam badan untuk memagar badan kita. Tapi gais, semua tu kuasa Allah. Hanya Allah yang mampu menyembuhkan dan memberikan penyakit. Tugas kita berusaha untuk tingkatkan imun kita sewaktu wabak ini. Kalau sudah usaha tapi masih kena, pasti ada hikmah disebalik kejadian.


Cumanya kesilapan kita sebagai manusia termasuk aku. Kita makan vitamin c waktu dah terkena selesama atau sakit. Sebelum kena terasa diri kebal. Sorry gais. Kalau sudah kena tu, makanlah Vitamin C dari mana pun tetap akan jadi selesma tu. Itu menurut kajian. 


Tapi makan Vitamin C Shaklee, InsyaAllah boleh cool down serta merta selesma tu. Mungkin juga yang kena  selesma tu memang imun sistem dia kuat. Kannn? 


Yang penting usaha. Allah pandang setiap usaha kita gais. Allah itu baik.


Aku harap korang faham apa yang aku sampaikan. Ingat jangan salah faham. Vitamin C bukan ubat covid 19. Tapi untuk sistem imun kita. Sistem imun tidak kuat. Selesma biasa pun boleh kena, tidak perlu tunggu covid.


Kita punya badan ini, hari-hari terdedah dengan radikal bebas atau contoh paling dekat ialah kegemaran rakyat Malaysia iaitu GULA. Selain menggemukkan gula ini boleh matikan sel baik, makan collagen dalam badan dan bermacam jenis angkara jahat si GULA ini. Okey.


Rujukan

1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19263912
2.  https://www.health.harvard.edu/cold-and-flu/can-vitamin-c-prevent-a-cold

hugs

blushermerah_

Tips Beli Barang Rumah Untuk Sebulan

Assalamualikum pada semua kesayanganku. Tajuk tu macam selalu saja orang ulaskan. Tapi mau juga tulis, sebab ada yang tanya.

Okey, meh cerita pasal tips tu pulak. Soalan macam di bawah. So aku share sini, manatau tiba-tiba hilang fokus. Boleh rujuk semula. Ahahaha.
Aku bukan pakar sangat bab pengurusan kewangan ini. Sebab aku memang sejenis suka beli apa saja. Tapi aku selalu kalau barang dapur, aku mau pastikan benda tu cukup. Tak sampai sebulan, at least seminggu. Sebab susah bah mau masak kalau barang endak cukup. Nanti ada alasan mau beli makanan di luar. Aku menci alasan macam tu. Sudah memang pemalas, ada alasan lagi. Berganda-ganda halangan untuk masak. Begitulah.

So since kami tinggal KK. Aku day by day perbaiki cara aku beli barang rumah. Biarlah barang itu cukup dan sebaiknya tiada pembaziran. Sebab sebelum ini, asal aku declutter. Mesti ada barang yang aku perlu buang. Contohnya gula. 

Tips Beli Barang Rumah Untuk Sebulan

Rancang apa mau masak setiap hari. Aku jenis masak ikut keperluan perut. Memang sejenis tidak grand kalau masak. Aku masak ikut apa yang senang, mudah dan semua orang makan. So aku ada jadual masak setiap hari. Haha. Isnin makan apa, Selasa apa, Rabu apa dan seterusnya. Menu ini akan ditentukan sebelum beli barang, atau aku ikut saja menu-menu aku sebelum ini. Aku tanya juga pendapat laki aku. Tapi dia akan cakap. Apa-apa saja! 

Contoh beli makanan basah untuk mingguan

Menu Ayam Goreng
- Seminggu makan 2 kali Ayam Goreng
- 1 orang 3 ketul. So 3x4=12 ketul. 12 ketul x 2 =24 ketul digoreng.

Nanti sampai kedai, bolehlah kira siap-siap. Aku jarang kira kilo. Selalu kira ketul. Supaya semua ayam atau ikan ada kawan. Haha. Sayur pun aku buat benda yang sama. Cuma sayur aku beli setiap 3 hari. Sebab sayur ada saja orang jual tepi jalan. Ikan tu kena beli di Pasar Menggatal baru fresh.

Aku juga tidak beli makanan proses food seperti sosej, nugget. Kami cuma ada ikan basah, ikan kering, ayam, sometimes daging. I dont spent on crap food. Tapi ada masanya teringin mau makan. Aku beli tapi tidak simpan stok. Makan untuk hari itu juga dan selalunya aku beli waktu ramai orang di rumah. So benda tu tidak perlu ada dalam peti ais.

Lagipun anak aku bising kalau aku beli sosej. Diorang cakap. Umi cakap tidak sihat, kenapa beli. Tidak boleh makan ini. Haha. So aku tidak beli. Tapi itulah, diorang suru aku buat sosej dan nugget sendiri. 



Contoh beli barang kering

Barang kering ini macam kopi, milo, susu, garam, sabun mandi, sabun cuci kain dan sebagainya. Makanan yang boleh simpan lama. Barang macam ini aku ada list. List tu aku simpan dalam phone. Mana barang habis, aku akan X kan. Kalau masih ada aku akan tick. So sebelum jalan, aku kena cek satu-satu barang apa yang habis.

Ada 3 katogeri. Haha. check it out.


1. Barang Dapur. Ada lebih 20 list sebenarnya. Tapi i capture yang ini saja. Tulis siap-siap. Sebelum jalan, pastikan cek dulu apa barang habis. So tiada istilah beli barang double dan beli barang cukup-cukup untuk sebulan. List barang aku ini nampak saja banyak, tapi nanti genap sebulan. Bukan juga semua kena beli. Contoh garam, 1 peket himalaya salt tu sampai 6 bulan. Haha.


2. Barang mandian ini, aku tidak masukkan skincare aku. Sebab skincare aku, aku beli sendiri. Banyak jenis sabunkan, sebab laki aku mau brand lain. Aku tidak suka brand dia tu sebab kering kulit. Dia tidak suka sabun aku sebab kulit rasa berminyak. Akhirnya kami decide untuk beli sabun masing-masing. Pad pun banyak. Tapi selalunya pad aku beli terus 1 pek besar yang ada 3 pek kecil dalam tu. So 1 kali beli habis dalam 3 bulanlah.

3. Barang basah. List yang kita kena update setiap hujung minggu. Sama macam list lain. Pastikan barang yang ada balance tu memang untuk 1 hari saja, baru beli barang lain.


So itu sajalah tips aku beli barang rumah. Kami peruntukkan sebulan RM 800 untuk makanan harian dan keperluan harian kami. Itu sebab kena list barang, sebab kalau tak list. Nanti over budget.

Dengan cara ini, dapatlah elakkan pembaziran dan terlebih bajet. Yolah kitew bukan petik duit macam petik daun gais. Hehe. 

Jajan tu aku beli juga, tapi jarang. Cuma laki aku suka beli. Hurmmm. Berkali tegur, tapi beli juga. Keropok aku selalu beli yang main goreng tu. Hehe. Jarang beli yang memang keropok di kedai. Kalau beli pun waktu memang teringin. Selalunya jajan anak-anak ialah biskut, roti dan buah.

Simple saja. Tapi ada orang, tidak buat sebab malas dan rasa tidak perlu. Ikutlah, kalau macam kami. Bukan makan gaji, so kena kira baik-baik.

Tapi sebenarnya list bebaik macam tu pun kalau tidak dapat air yang bersih, susah jugakan. Dulu kami tiada penapis air, setiap 3 hari laki aku kena beli 1 kotak air. Itupun kena catu air. Lepas beli penapis. Alhamdullilah, minumlah sebanyak mana. Tetap bayar RM 90 sebulan.

Aku beli penapis air sini Coway Sabah. In case u gais berminat mau dapatkan penapis air, boleh saja contact dia. Kawan aku juga tu. Nama dia Yani. Klik link terus masuk ke wasap dia. 

Okey gais, kalau kamu ada tips lain Beli Barang Rumah. Boleh share di ruang komen atau buat entri. Jangan lupa tag aku ya

hugs
blushermerah_


Hikmah Disebalik Perintah Kawal Pergerakan

Perintah Kawal Pergerakkan dilanjutkan lagi sehingga 14 April 2020. Alhamdullilah. Dari kita mengeluh boring di rumah, better ambil peluang ini untuk dekatkan dengan Allah. Syukur sangat-sangat. Especially yang memang selama ini terlalu sibuk sampai tidak terjaga ibadah-ibadah kita.

This the time Allah bagi ke kita untuk memuja dan menyembah DIA. Allah yang izinkan semua ini berlaku. Thank you Allah. Thank you so much Allah. Gais, semakin meningkat kes kematian disebabkan oleh covid19 di Malaysia. Tiba-tiba ada rasa cemburu dikalangan yang pergi dengan penyakit ini.

Kenapa cemburu?

Bila mereka tahu, mereka di sahkan positif covid19. Sebenarnya this the time Allah bagi signal untuk serah seluruh jiwa dan hidup. Maksud aku kan, diorang ada persediaan. Contohnya aku yang masih selamat ini. Memang solat memang beribadah. Tapi lalai dan masih melakukan dosa. Sedihnya. Tapi bagi insan yang Allah pilih kena covid19, mereka sudah ready. Anything can happen. So what important thing is, hanya Allah.

Aku ada dengar ceramah hari tu. Ustaz Wadi cakap ujian ini rahmat bagi yang bertaqwa tapi musihab bagi yang tidak bertaqwa. Tepuk dada tanya selera. Adakah selama ini kau bertaqwa EM. Adakah kita manusia yang bertaqwa gais? Kalau azan sudah dilaungkan tapi kita masih asyik buat kerja, masih asyik layan phone. Adakah kita ini tergolong dikalangan orang bertaqwa. Mari menangis sama-sama.

Aku takut sangat! Aku takut tempoh yang Allah beri cuti ini, aku tidak dapat tingkatkan ketaqwaan aku padaNYA. Aku tidak mau cuti ini menjadi sia-sia. Ya Allah, izinkanlah aku tingkatkan ketaqwaan terhadap MU. Izin keluarga dan sahabat-sahabat ku juga Ya Allah. 

Bagi yang belum boleh terima lanjutan PKP ini, marilah bersyukur sama. Allah akan tambah nikmat bagi hambaNYA yang bersyukur. 

Aku faham, ramai yang ada kekangan kewangan. Bukan kamu saja. Kami pun. Tapi percayalah Allah masih ada. Bukanlah wang ringgit yang menghidupkan kita, tapi hanya Allah. Hanya Allah yang mampu membuka mata kita. Marilah sama-sama tingkatkan ketaqwaan kita pada Allah.

Aku rasa ini adalah entri aku yang paling sedih. Doakan aku ya kawan-kawan, agar aku tidak sia-siakan peluang yang Allah beri ini. Begitu juga dengan kalian. Marilah sama-sama kita mensyukuri dan bergantung 100% pada Allah. Dari segi kesihatan diri, kesihatan kewangan dan kesihatan alam kita.

Allah sayang kita. Covid ini adalah rahmat Allah bagi yang bertaqwa. Mari paksa diri kita tingkatkan ketaqwaan. Sama-sama juga doakan kawan-kawan mualaf aku agar mereka juga diberikan hidayah setiap hari. Agar sama-sama kami dapat tingkatkan keimanan kami pada Allah. 

hugs
blushermerah_

10 Perkara Aku Syukuri Semasa Covid19

Alhamdullilah. Its day 7 quarantine. Maksudnya kalau semua rakyat Malaysia beri kerjasama, lagi 7 hari kita boleh keluar rumah. Macam aku cakap entri sebelum ini, walaupun aku memang stay at home mom. Tapi aku terkesan juga dengan kawalan pergerakan ini sebenarnya. 

Sebab walaupun hanya stay at home mom, tapi dalam seminggu ada 6 hari juga aku keluar rumah. 5 hari hantar dan ambil anak sekolah. Weekend pula jalan-jalan dengan family. Kiranya aku stay sepenuhnya di rumah hanya pada hari Sabtu kalau tiada kelas atau urusan lain.
Entri lepas, aku minta kawan-kawan blogger aku untuk share 10 Perkara Aku Syukuri Semasa Covid19. Sebab rata-rata di FB ramai yang mengeluh daripada bersyukur. Hopefully kawan-kawan blog tidaklah macam tu.

10 Perkara Aku Syukuri Semasa Covid19

1. Suami Awal Balik

Kami ini bukan pun kerja dengan orang. Aku kerja sendiri, laki aku ada garage sendiri. Tapi sejak 2017 aku memang dapat rasa jurang antara kami. Bukanlah gaduh ke apa. Tapi sejak ada kedai 3 tahun lepas, memang lebih banyak masa laki aku di kedai. Walaupun kadang dia mau balik awal, tapi kawan-kawan sibuk mau melepak sana. Kadang customer pun ada yang datang jam selepas office hour. 

So dengan quarantine sebab Covid19 ini. Dapatlah merasa laki di rumah. Cuma pada mulanya aku tidak biasa, itu juga salah satu sebab aku tidak update blog. Haha. Segan bila laki ada, tapi ko sibuk sama laptop. 
Rupanya dia masak sedap. Sedap dari aku.

2. Suami Urus Anak


As u know, surirumah ini boleh dikatakan 100% urusan rumah memang kita yang urus. Endak tau kalau kamu, tapi aku macam itulah. Anak, house chores yang ringan-ringan dan berat-berat, beli barang. Memang aku yang buat 99%. So bila laki aku ada ini, dapatlah aku 'lepas tangan' urusan anak. Walaupun bukanlah 100% dia bantu. Tapi syukur deh. Rupanya kalau mak-mak kurang urus anak, mak-mak kurang marah. Betulkan? haha.

3. House Chores

Hampir 7 tahun bersama ini, Alhamdulilah. Asbab covid19, laki aku dapat juga cuci tingkap. Haha. Nampakkah busynya laki aku selama ini. Kikiki. Tapi 3 tahun perkahwinan kami masih pindah randah actually. Kejap di kampung, kejap rumah parents aku, kejap rumah KK. So tidak kiralah kot. Tapi 4 tahun ini kami tinggal di KK secara tetap. Ini kali pertama laki aku lap kipas, tingkap. 

Bukan dia tidak mau bantu pun selama ini. Cuma perkataan 'nanti' tu membuatkan aku tidak tahan. So akhirnya aku kenalah buat sendiri. Tahun lepas aku pernah jatuh rahim sebab terjatuh dari tangga gara-gara lap kipas dapur. Semalam dapatlah dia merasa macam mana aku yang besar ini buat semua tu. Hopefully 1 keinsafan bagi sang suami agar janganlah ada nanti lagi bila bini dia minta tolong. Hehe. 


4. Tidak Membazir Makanan

Sebelum ini, dalam sebulan bila di kira-kira mungkin sampai 3 kg juga beras kami buang. Sebab masak banyak, tapi disebabkan laki aku tu busy. Kadang balik makan sikit, kadang makan kandang malas makan. So memang banyak nasi yang basi saja. Begitu juga dengan makanan lain. Tapi masa tempoh quarantine covid19 ini. Setiap apa yang aku masak, mesti habis.

Aku memang masak seperti biasa. Tiada istilah kenduri kendara. Aku memang kalau boleh sehari sekali saja masuk dapur. Masak untuk 1 hari terus. Sebab aku tidak suka buang masa di dapur. Asal boleh makan dan perut kenyang. Oklah. Tapi lain orang lain pendirian bukan.

5. No Outside Food

Yay. Aku rasa ramai yang macam aku. Tidak berani makan makanan luar. Alhamdullilah. Setakat ini, aku masih rajin masak. Even ada rasa malas, aku masak juga sebab aku tidak mau ada risiko lain untuk beli makanan di luar.

So selama 7 hari quarantine kami masih makan, masakkan aku. Padahal dulu, dalam seminggu mesti 3 atau 4 hari kami makan luar.

6. Jimat

Untuk cash flow aku. Aku baru berbelanja kurang dari RM 100 selama 7 hari ini. Tidak taulah laki aku, sebab dia yang beli barang dapur. Tapi dulu, belanja aku sendiri dan anak-anak untuk 7 hari memang tidak kurang dari RM 400. So memang best sangat sebenarnya quarantine ini. 

RM 100 tu pun sebab day 1 RMO aku minta COD sotong dan ikan RM 30. Lepas tu semalam beli kek untuk Yayang, dia birthday 22.3.20 hari tu. Tu pun beli kek stabak je. Minyak pun jimat.

7. Ibadah

Dulu sampai aku rasa kekok kalau berjemaah dengan laki. Sebab memang busy memanjang. Tapi since this covid19 muncul. Kami lebih banyak berjemaah. Aku pun ada masa untuk qada solat-solat yang lepas.

8. Yayang Chicken Pox

Sebenarnya dalam banyak-banyak perkara. Inilah paling aku syukuri. Yayang kena chicken pox during our RMO. Ini juga doa aku sebenarnya selepas aku dan Yadik kena Chicken Pox. Aku minta dengan Allah, biarlah Yayang kalau kena pun kena waktu cuti. Sebab masa kami quarantine Chicken Pox hari tu, dia pun cikgu terpaksa bagi cuti. Sebab takut terjangkit dengan anak-anak lain. So dia pun cuti 2 minggu. 

Aku tidak dapat bayangkan kalau dia kena Chicken Pox waktu sekolah. Nanti lagi lama dia cuti. Sudah tu kena cuti dua-dua pulak. Tapi syukur Alhamdullilah. Hari sebelum RMO dia kena Chicken Pox. Yayang ini kalau demam, sakit atau apa-apa. Memang sejenis diam saja. Tidak banyak songeh. Sama juga dengan Yadik. Alhamdullilah.

9. Peluang bersedekah

Sebenarnya ramai sangat persatuan buka peluang bersedekah waktu covid19. Tapi dalam kita beri sedekah pada badan persatuan. Sampai kita lupa beri sumbangan pada keluarga sendiri.


Semalam masa mau transfer duit sumbangan student UMS. Tiba-tiba ada 1 hati kecil cakap 'lebih afdal kalau sumbangkan kepada keluarga yang memerlukan'. Aku sentap sebenarnya, sebab aku ada 2 orang adik yang stuck di KL akibat covid19 ini. So aku cepat-cepat tukar no akaun. 

10. Keluarga Lebih Penting

Ini selalu di laung-laungkan. Tapi kali ini Allah pratikkan pada kita semua wahai hambaNYA. Dulu cakap keluarga lagi penting, tapi masih tiada masa untuk keluarga. Tapi bila Allah jadikan ia pratikal. Kita semua sedar, sebaik-baik orang luar. Keluargalah paling penting. Semoga Allah rahmati kita semua ya.

Alhamdullilah. Terima kasih semua yang tag aku dalam posting kamurang. Aku happy baca kesyukuran kamu.

hugs
blushermerah_


Apa Stay At Home Bagi Surirumah? RMO Malaysia

Hah. Baru aku munculkan diri selepas 4 hari tidak buka blog. Sebenarnya pada mulanya aku fikir surirumah macam aku bila diperintah untuk kawal pergerakan, its easy. Rupanya tak easy sangat. Aku pun boleh tahan juga mau stabilkan emosi terutamanya dari segi house chores. 


Banyak gila to do list aku untuk 18 hari ini. Tapi baru semalam aku start bersihkan dan kemas dapur. Itupun aku masih rasa ada habuk. Kiranya hari ini mau kemas lagi dapur tu. Macam mau cuci lantainya, tapi tiada air pula. 

Rupanya surirumah pun hilang akal juga mau buat apa kalau duduk di rumah saja. Macam aku kan, aku fikir bila RMO ini aku boleh tulis blog sebanyak mungkin. Sebab banyak gila mau share. Tapi tidak dapat, sebab jadual tu lain dari biasa.

Even surirumah dan bekerja dari rumah aku  tetap ada jadual kerja juga. Hari biasa aku hantar anak ke sekolah. Lepas hantar anak, terus menulis, coaching dan submit order. Tapi masa RMO ini, aku macam tiada masa untuk menghadap laptop. Padahal bukan ada kerja pun. Aku siap view habis status kawan aku.

Haha. Siapa surirumah fahamlah tu. Lagipun aku macam tidak pandai buat kerja bila laki aku pun stay rumah. Segan mau menghadap kerja ada laki. Serba salah pun ya. Tu aku terfikir, kawan-kawan lain yang sama-sama kerja dari rumah. Macam mana diorang agihkan masa. 

So selama 5 hari RMO ini, termasuk hari ini. Performance paling baik ialah cuci toilet dan dapur. Padahal hari biasa, aku buat saja benda tu. Pelik. Ohya, semalam juga aku start workout sudah. Semoga istiqomahlah ya.

Aku guna tally counter untuk squat. Sambil squat, sambil-sambil bezikir terus.
Ohya, kononnya masa RMO ini aku mau naik rank PUBGM sampai ke ACE. Tapi sama juga, even aku menghadap phone. Tiada juga aku push rank, sebab line slow. Entahlah sampai atau tidak ACE, sebab aku buka ID baru.

Semoga kita semua dalam lindungan Allah. Selain house chores dan kerja-kerja lain, marilah sama-sama menghafal beberapa surah waktu RMO ini. Covid19 banyak bagi pengajaran sebenarnya sama kita. Cuma kita saja yang tidak sedar. So di peluang ini, mari sama-sama syukuri nikmat dan hadiah dari Allah ini.

Bolehkah esok, kita sama-sama share 10 perkara kita syukuri semasa covid19 ini. 

1. Title : 10 Perkara Aku Syukuri Semasa Covid19
2. Tag aku dalam posting itu
3. Nanti share di ruang komen esok ya.

Kadang kita merungut, padahal apa yang berlaku ini penuh dengan hikmah dari Allah. So mari sama-sama bersyukur. U gais share, supaya orang lain yang tengah ada energy negatif, boleh dapat 1 energy positif. 

hugs
blushermerah_












Khasiat Bawang Putih

Cakap pasal bawang putih, teringat pula pasal bawang putih dalam game Plant vs Zombie tu. Kalau letak bawang putih di depan trail sebelum masuk rumah. Boleh mati zombie termakan bawang. Disitu kita sudah nampak, betapa powernya bawang putihkan.


Ramai sebenarnya tau bawang putih ini power, tapi ramai juga yang tidak tahan makan bawang putih mentah. Kalau orang Korea, macam makanan ruji diorang sudah bawang putih tu. Aku pernah juga try makan garlic raw, tapi memang i cannot. Kecualilah yang sudah di sangai. Hehe.

Actually bawang putih ini kecil-kecil pun lengkap dengan Vitamin dan Minerals. Jarang makanan ada keduanya sekali Vitamin dan Minerals. Hehe. 

Bawang putih ada Vitamin B6, Vitamin C dan Vitamin B1. Mineral pula ada Magnesium, Cooper dan Selenium. Kalau korang search, benefit Vitamin dan Mineral yang ada dalam bawang putih ini memang tinggi dengan anti oksidan. Bukan calang-calang tau makcik bawang putih ini.

Bawang putih ini selain terkenal bahan masakan penyedap rasa ia juga terkenal sebagai herba digunakan untuk tingkatkan imun sistem waktu zaman purba. Ramai juga yang jadika bawang putih sebagai antibiotik pada zaman dahulu sampailah sekarang.

Aku pernah sakit gigi, orang suggest cincang bawang putih then letak tempat yang sakit. Memang berkesan. Tapi taubat aku berapa hari bau bawang putih tu. Bila tau ada supplement bawang putih, memang aku terus grab.

Sebenarnya Shaklee ada Garlic Complex. First time makan, not bad lah. Aku suka makan waktu aku dekat-dekat mau period. Sebab waktu mau-mau period, penghadaman endak berapa baik. So ambil garlic ini rasa ok saja sistem penghadaman. Tiadalah kembung memanjang. Selain itu, jerawat jarang mai kalau makan garlic ini. Mungkin sebab dia ada sifat anti kulat.

Uncle aku dulu teruk gila jerawat batu dia. Tunang dia bagi supplement bawang putih. Lepas jumpa uncle aku tu balik, memang halus muka dia. So sampai sekarang uncle aku makan supplement bawang putih. 

Banyak sebenarnya kisah Garlic Complex Shaklee ini. Aku cerita kisah based orang cerita sama akulah ya.

Kisah 1 

Ini cerita master Shaklee aku. Master Laurah. Cerita ini tahun 2015 kalau tidak silap, dia cakap 1 keluarga diorang sakit. Sampai imun sudah sama ubat demam. Maksudnya ubat demam pun tidak jalan sudah. Lepas habis kesan ubat demam, datang balik itu demam. So dia pun trylah makan Garlic Complex 4 biji. Alhamdullilah, lepas berpeluh dengan sangat banyak. Kebah terus demam diorang. So for since dari itu, asal demam. Aku memang cari garlic. 

Kisah 2

Ini pula kisah customer aku yang ada tekanan darah tinggi. Sebenarnya dia ambil set kurus. Tapi disebabkan tekanan darah dia tinggi, aku suggest dia tambah garlic. Sebab macam yang kamu tau, garlic ini bagus untuk tekanan darah tinggi. Memang tidak sangka juga, lepas beberapa hari tekanan darah kembali normal.

Sebenarnya banyak lagi kisah sideline lain pasal garlic ini kalau cari dalam group. Tapi aku share kisah customer aku dan diri sendiri saja. Aku kurang dapat customer yang mau garlic, sebab tidak tau benefit garlic. Garlic ini kalau ada keputihan teruk pun boleh ambil, sebab ia bertindak sebagai anti kulat. Naaa. Mau try boleh klik link contact di atas. 

Hugs 
blushermerah_





Tips Legakan Tonsel Dalam Masa 3 Jam.

Lepas beli barang semalam, aku memang rasa tidak selesa pada tekak. Memang dapat di duga, jam 11.30 pm macam tu aku sakit tekak. Masa ini aku minum air banyak pun tak jalan. Memang aku risau sebab siangnya tu aku 2 jam juga dalam supermarket beli barang.

Orang kecoh buat stock barang untuk lock down kononnya, tapi aku tengah bulan memang waktu untuk top up barang kering. Cuma kali ini aku beli waktu siang, sebab elak bersesak waktu malam. Alhamdullilah, anak tinggal di garage laki. So aku tidak perlu sakit kepala fikir pasal diorang waktu beli barang. Aku tiada virus pun paranoid bila anak sentuh barang di market, inikan pula ada virus.

Aku ada jugalah terkesan sedikit bila orang kecoh suru stock barang. Tapi aku beli barang yang aku rasa betul-betul cepat habis dan perlu saja. Contohnya beras dan minyak. Aku memang tidak berapa suka masuk market, kalau peti ais besar, memang aku borong juga segala jenis ikan dan bahan basah lain. Tapi endak apalah, untuk barang basah ini ada juga kedai yang buat COD. Alhamdullilah Allah permudahkan.

Tips Legakan Tonsel 

1. Nasihat aku kalau korang ada tonsel, tolonglah jangan minum air sejuk. Apa lagi makan makanan manis seperti airkrim. Ya tekak akan rasa lega tapi tidak sembuh. Memang tekak sentiasa bengkak kalau minum air sejuk. Aku sudah pernah rasa.

2. Rasa sakit tekak saja terus minum air panas. Bukanlah bah air yang mengelegak. Tapi bukan juga air suam. Air suam tidak cukup legakan tonsel uolls. Aku guna sukatan air ini untuk legakan tonsel aku dalam masa 3 jam saja. Aku guna penapis coway. Botol ini 800 ml. aku isi 300 ml air suam dan 500 ml air panas. Ini tekak aku boleh terima. Korang boleh saja kurangkan air panas tu kalau rasa panas sangat 500 ml air panas.

Aku minum air panas ini waktu subuh jam 5 lebih. 2 botol jugalah aku minum. Ada ok sikit tekak.


3. Lepas solat subuh aku terus telan Vitamin C 2 biji, Vitamin B 2 biji dan Zinc complex 1 biji. Vitamin C tu melawan tonsel itu untuk merebak dan elak keradangan, kira macam cooling down. Vitamin B pula bertindak untuk beri tenang tekak tu, tekak tengah keradangan. Zinc pula enzim penting yang perlu ada dalam setiap badan kita untuk tingkatkan antibodi badan dan zinc ini aku memang ambil untuk percepatkan penyembuhan. 

4. Jam 6 am aku tidur semula. Alhamdullilah jam 8.30 am aku bangun, tiada sudah rasa macam tertelan duri di tekak tu. Bangun tu aku minum juga air panas macam sukatan di atas. Lepas breakfast aku ambil lagi Vitamin tu.

5. Doa! Terima kasih pada Allah sebab datangkan tonsel. Sebab tanpa tonsel itu, mana mungkin aku minum air suam. Walhal air suam itu lebih banyak khasiat dari air sejuk dan air manis. Minta kesembuhan dari Allah. Hanya Allah mampu sembuhkan kita. Tips-tips ini semua ilham dari Allah. Allah yang gerakkan hati untuk minum air panas, Allah yang gerakkan hati untuk makan vitamin banyak tu. Semuanya dari Allah. Alhamdullilah. Thank you Allah. Banyak buah dalam peti ais, tapi Allah gerakkan hati untuk capai vitamin dan air suam. Sebab Allah tau, itulah remedy terbaik dan cepat agar hambanya cepat sembuh. Malu rasanya bermalas-malasan bila sakit sikit sudah minta Allah sembuhkan. 

Gais out there, stay safe and stay at home. Tiada keperluan untuk keluar, pleaselah duduk rumah saja. Duduk rumah, marilah sama-sama tingkatkan ibadah kita. Kawan suggest untuk baca quraan 1 juzu sehari. Ada yang cadangkan untuk qada solat dan bermacam lagi ibadah yang dicadangkan. Alhamdullilah. 

Aku doakan semua yang singgah sini dan seluruh hamba Allah, sentiasa dalam lindungan Allah.

Hugs
blushermerah_







Hand Sanitize Habis? Guna Tips Ini.

Kecoh gila baru-baru ini ada seseorang share how to diy hand sanitize using Dettol. At first aku tengok macam mau teriak sama orang yang share benda tu. Haha. Entahlah, mungkin aku saja yang rasa diy tu adalah diy paling failed di dunia. Aku pernah guna Dettol untuk rendam kain lap yang ada minyak. Dalam masa 24 jam, kain lap aku bertukar warna jadi cerah dan serta merta tiada minyak. Jadi ko rasa kalau 20% kepekatan dettol dan guna untuk cuci tangan, tangan jadi apa? 

Fikirlah sendiri netizen. Aku kadang geram dan sakit hati sama rakyat yang suka ikut benda-benda yang nonsense. Tiba-tiba panik tanpa sebab. Banyak bah juga DIY hand sanitize boleh buat. Tapi using dettol is not the best way babe. I cannot brain gais.

Itu belum lagi hand sanitize yang tiba-tiba muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak gilak orang jual. Ada yang cakap dari oversea. Ko rasa dari oversea dari mana? So kalau nampak benda-benda gitu, sila skip saja. Jangan membazir duit.

Lagipun banyak lagi kedai yang jual hand sanitize di luar tu. Hand cleanser dan segala hand pencuci ada. Kalau tiada hand sanitize, beli saja tisu basah. Hand sanitize bukanlah 1 keperluan sampai kena panik mau beli banyak-banyak dan kena diy dari bahan yang agak bahaya kena skin direct.
Ada banyak, tapi aku jumpa ini saja. Mungkin yang lain dalam beg anak atau kereta. Aku sebenarnya bukan peminat cherry tapi sebab laki aku suka japan, dia beli juga benda tu. So dialah pakai nanti tu.
Aku bab hand sanitize ini aku tidak panik, sebab aku memang kumpul benda ini sejak azali lagi. So ada saja sanitize comel, aku beli. Padahal aku bukan guna sangat pun, sebab aku lebih percaya air dan sabun. Hehe. Bagi aku hand sanitize ini cuma perhiasan, pewangi tangan dan kegunaan waktu betul-betul tempat tu tiada air. Aku selalu guna hand sanitize ini untuk phone dan barang-barang yang kena letak di tempat awam.

Bagi yang tiada hand sanitizer boleh buat macam ini.


Tips bagi yang tiada hand sanitize

1. Beli spray botol macam ini. Selalunya ada di mr.diy, eco shop, watson. Kalau mau mahal p beli di Sephora. Haha. 

2. Isi air kosong. Aku tambah 1 titik Basic H

3. Letak dalam bag.

Aku selalu buat macam ini, setiap kali keluar pegi mana-mana. Aku pastikan aku ada tisu basah dan botol kecil ini. Sebelum makan, lap tangan guna tisu basah, spray tangan guna air Basic H atau kosong. Lepas tu lap dengan tisu kering. Benda ini tidaklah mampu membunuh kuman 100%, tapi bagi aku. Aku lebih yakin bila cuci macam ini. Kalau ada air paip, better bediri dan p cuci tangan. 

Antara hand sanitize dan spray air ini. Aku pilih spray air. Haha. 

Kalau ada hand sanitize pun, lepas guna hand sanitize. Aku mesti akan bilas tangan dengan air. Sebab bagi aku hand sanitize ini bahan kimia yang bagus membunuh kuman dan juga diri aku. Haha. Tu sebab lepas pakai hand sanitize terus bilas pakai air. Tapi itu aku saja kot yang fikir.

So korang yang tiada hand sanitize, jangan panik. P beli botol spray kecil dan isi air. 


Favorite aku Dazzling Diamond dari Bath and Body Works. Sebab kalau pakai tu, tangan ada diamond. Haha.
So ya, jangan panik-panik. Lagipun cuti sekolah jugakan. Duduk di rumah sajalah. Tidak perlu fikir mau bejalan so tidak perlu juga fikir mau beli hand sanitize. Di rumah lagi best sebab tangan kotor pun, dari diri sendiri juga. Paip pun dekat mau cuci tangan.

Sebenarnya kumpul hand sanitize ini bukan aku saja, adik-adik aku pun.





Ini adik aku Bella punya
Aku cakap ikan, diorang cakap mermaid. Haha. Aku nampak macam ikan!

Ini Aying punya

Aku sampai PM kawan aku yang kerja area Imago. If dia masuk Imago aku mau kirim baju hand cleansing ini.

Masih banyak kot jual di BBW

Laki aku yang p beli. Ngam-ngam dia lalu kawasan tu. So aku minta tolonglah singgah beli benda ni. Tapi flavor ini bukan aku yang heart. Ini dia yang suka sebab ada Japanese tu saja!
Okey sampai sini saja hari ini. 

Hugs
blushermerah_

Pengalaman Terkena Chicken Pox atau Cacar Waktu Dewasa

Sepatutnya hari ini adalah hari ke 14 aku buat Cabaran Skincare Rutin 30 Hari. Tapi 5 March 2020 aku dan Yadik kena cacar. So untuk berskincare rutin memang tidak larat. Jangankan skincare rutin, mau minum air pun aku tidak larat. 

Simptom pertama

Day 1
Minggu lepas dalam hari Selasa macam tu, aku tiba-tiba sakit pinggang teramat. Mana mungkin aku sakit pinggang sampai macam tu, sebab memang sejak aku konsisten makan Kalsium aku tidak pernah sudah diserang sakit sendi macam hari tu. Tapi aku cuma sifatkan itu sakit sebab mungkin aku period dan masuk angin, kebetulan hari Isnin tu aku cuci rambut.

Day 2
So aku buat kerja macam biasa. Ambil dan hantar anak aku ke sekolah. Selain tu buat juga kerja-kerja rumah sikit. Hari Rabu pula aku lewat bangun sebab sendi aku ngilu gila, especially bahagian pinggang. Sampaikan Yadik tidak sekolah sebab aku memang tidak larat mau hantar dia. Tapi jam 10 am tu aku bangkit juga mop rumah dan kemas toilet. Lepas tu Yadik mau mandi sama-sama. So kami mandi sama-sama. Aku siap basah rambut sebab rasa lemas sangat. Panas tapi tidak berpeluh. 

Malam tu dalam jam 1 am, laki aku sampai dari kampung. Dia cakap Yadik kena cacar. Aku keluar dan jenguk dia di bilik. Ya memang Yadik kena cacar, sebab keluar 1 badan dan di muka. So elak kakak dia kena, Yadik tidur dengan aku. Laki aku pula tidur dengan si kakak.

Day 3
Khamis pula aku ada appointment bertangas dan berurut. Awal aku mandi sebab panas sangat aku rasa walaupun pasang aircond. Kan hari tu aku cakap mau berurut sebab macam masuk angin. Aku fikir lepas bertangas dan berurut aku oklah. Tapi makin aku rasa sakit-sakit badan dan makin panas aku rasa. Tapi aku paksa diri juga masak untuk lunch. Sebab Yadik tu mana boleh makan makanan berminyak. Lepas masak tu aku rasa membahang sangat kepala aku. Panas sangat. So sampai saja 2 jam dari di urut, aku terus mandi dan basuh kepala.

Ohya, sebelum laki aku ke kedai. Dia sempat belikan kami kelapa. Aku minum banyak gila sebab haus. Tekak aku kering lain macam.

Lepas laki balik dari kedai, kami terus ke klinik. Mula-mula aku booking di kids specialist, tapi jam 7 pm pun aku masih lemas. So end up aku decide mau ke Klinik 1 Malaysia saja. Sebab masa tu aku pun suspect aku kena cacar. Sampai Klinik 1 Malaysia tu, nurse cakap boleh juga datang di Klinik Kesihatan Menggatal (menerima pesakit luar sampai jam 9 PM). So kami terus direct ke sana, sebab sana ada doktor.

Bila doktor cek, aku memang di sahkan cacar. Ubat macam biasalah kena bagi. Ubat tahan gatal, painkiller dan ubah sapu tu. Bila doktor cakap air-air kecil di kaki aku tu cacar, aku suspek aku yang jangkit Yadik. Sebab waktu aku mandi dengan dia hari Rabu tu. Memang aku ada sudah biji-biji cacar tu tapi kecil. Tapi doktor cakap memang kalau dewasa lambat keluar dan lambat sembuh.  

Sah Chicken Pox 

Day 1 (Khamis)
Bila aku disahkan Chicken Pox, automatik lemah badan. Haha. Walaupun masa day 1 ini belum keluar banyak. Tapi aku terasa panas sangat-sangat sampai susah bernafas. Aku fikir aku asma tau. Sebab aku rasa susah bernafas.

Day 2 (Jumaat)
Aku bangun aku dapat rasa sudah ada biji-biji cacar tu di tangan, kaki dan muka. Muka aku panas sangat. Memang masa ini aku tidak mampu sudah mau masak kecuali bubur. Sebab bila aku bediri, heart beat aku jadi laju sampai aku boleh rasa jantung aku berdegup. Selera makan aku terus mati. Aku tidak dapat makan sebab ada tonsel di bahagian tekak dan ada beberapa ulser di bahagian mulut. Gusi dan gigi semua ikut sakit tau.

Day 3 (Sabtu)
Sabtu aku masih tidak dapat makan. Aku timbang, aku hilang 5 kg. Haha. Best gila. Tapi aku masih demam masa ini dan aku rasa kulit aku muka makin mengerutu. Aku tengok cermin, memang aku mau menangis tengok muka aku. Punyalah teruk. Masa tu aku baru tau perasaan orang yang ada jerawat batu. Memang sangat sakit.
Aku rasa dalam banyak-banyak hari, memang day 3 ini agak mencabar sikit. Aku request tidur di ruang tamu. Tapi masa tu aku memang tidak tahan gatal. Pasang aircond sejuk, pasang kipas saja. Panas dan pedih pula cacar tu. Aku hampir menangis tau malam tu, sebab gatal. Mujurlah husband tolong lumur Calamine Lotion.

Dalam masa yang sama heart beat aku laju sangat sebab demam. Alhamdullilah, berjaya juga aku tidur dengan lena dalam jam 5 am.

Day 4 (Ahad)
Aku rasa getting better. Aku berjaya syampu rambut aku. Tapi masih tidak dapat buat apa-apa sebab aku rasa penat dan lemah. Kan lama tidak makan. Aku makan buah saja untuk alas perut sebenarnya.
Ahad aku punya biji cacar tu sudah bertukar menjadi nanah. Bila bertukar jadi nanah, perasaan tu ada ok sikit dari awal-awal. Walaupun aku demam, aku boleh layan Netfliex sudah masa ini. Boleh buat order online dan aku dapat tengok phone lama-lama. Tapi aku masih demam. Aku stop ambil ubat dan start ambil supplement.

Day 5 (Isnin)
Alhamdullilah. Walaupun masih tidak mampu masak tapi aku berjaya mandi wajib dan solat atas kerusi. Sebab bila solat biasa, aku pitam. So aku solat atas kerusi saja. Ohya, salah satu sebab juga kaki aku pun ada cacar. So mau berdiri lama-lama memang sakit. 

Day 6 (Selasa)
Yay! Aku sihat sudah! Walau dengan keadaan muka yang teruk, badan memang masih bengkak-bengkak, kaki masih bengkak oleh cacar. Tapi aku berjaya cuci semua cadar dan sarung bantal di rumah. Aku berjaya mop ruang tamu dan aku masak. Anak-anak aku makan banyak gila. Sebab sepanjang aku sakit, memang kami Food Panda sajalah. 

Day 7 (Rabu)
A fresh day for me. Walaupun tidak sihat sangat, tapi banyak sudah aktiviti harian aku mampu buat. Cuma mau menulis aku masih tidak dapat. Sebab sakit kepala teramat dan malam day 7 ini aku di serang migrain. Tapi aku memang tidak berani ambil painkiller sudah. So aku cuma banyakkan minum air.

Day 8 (Khamis)
Migrain aku masih teruk sebenarnya. Kalau dengar bunyi kuat pun aku rasa bergegar kepala aku. Day 8 ini juga ada technician dari TM dan Maxis datang rumah. Sebab cable wifi kami kena gigit tikus. Syukur husband aku balik juga tengahari tu. So aku duduk bilik saja sampai tertidur. Lepas aku bangun tu, alhamdullilah. Ok sudah migrain.

Day 9 (Jumaat)
Hari pertama aku keluar rumah. Haha. Ini pun sebab aku mau ambil homework anak-anak di sekolah diorang dan ada barang rumah nak beli. Kulit aku sudah ok sikit. Alhamdullilah.


Chicken pox ini 1 hadiah Allah yang tidak ternilai bagi aku. Sebab sepanjang kami kena quarantine, dunia sibuk dengan virus Corona tu. Macam-macam kes berlaku. Tapi alhamdullilah kami di rumah saja. Sebab Isnin sebelum aku tidak sihat tu, sebenarnya Jumaat minggu tu aku mau jalan-jalan di Mall. Alhamdullilah aku kena cacar, tiadalah aku berjalan tanpa hala tuju. Kadang kita tidak sedar, Allah beri ujian sebab Allah mau jaga kita dari sesuatu perkara yang lebih buruk. 

Alhamdullilah. Terima kasih Allah atas pengalaman ini. 

Hugs
blushermerah_

Segemen Bloglist April hingga June 2020

Ikut segmen bloglist lagi. Hehe. Pertama kali aku ikut segmen bulan 2 dan aku dapat masuk bloglist masa tu. Alhamdullilah. so kali ini aku ikut lagi, manatau rezeki akukan?

Kamurang pun ikutlah pada siapa yang belum ikut. Boleh klik gambar ini, nanti akan masuk dalam link segmen.



Blog aku ini bukanlah blog yang infomatif sangat. Ianya cuma blog lifestyle aku yang suka dengan skincare. Aku juga suka cerita benda yang aku suka buat. Aku target bulan ini aku ada 30 posting at least. Tapi memandangkan 7 hari aku cuti menulis sebab kena chicken pox. So begitulah.

Aku juga ada masalah OCD yang tidak begitu teruk, tapi sometimes menganggu hidup aku sebagai seorang manusia. Haha. 

So ya. Marilah join segmen ini. 

Youth Skincare Ada Fragrance?

Beberapa minggu lepas ada kawan Shaklee dalam 1 group tanya soalan berkenaan Fragrance dalam Youth Skincare. What? Sebenarnya sebelum ini aku pernah ditanya soalan yang sama, tapi aku tiadalah tengok kotak tu betul-betul. Sila baca perlahan-lahan dan sampai habis ya.

Kawan tu sent voice downline dia. Lebih kurang macam ini soalan dan kenyataan.
   si A suggest pada si B untuk guna Youth. So si B pun bacalah kandungan yang ada dalam toner Youth Skincare. So si B terbaca perkataan Fragrance dalam kotak toner Youth. So si B pun cakap yang Youth ini tidak bagus sebab ada Fragrance depan kawan-kawan si B.

Untuk pengetahuan semua, Youth tu memang dijamin 100% Beyond Organic dan dijamin bebas dari 2500 bahan kimia terlarang (tapi Malaysia declare 1500 saja, sebab KKM cakap lagi 1000 tu pass. Funny right). Tapi jangan risau sebab kandungannya tetap bebas 2500 bahan kimia terlarang. Cuma packaging Malaysia dan US tidak sama dari segi printing ingredients sebab macam yang aku cakap. Malaysia mau declare 1500 saja bahan kimia yang tidak berbahaya.

Aku pun tengoklah bahan yang kononnya ada Fragrance. Korang tau aku jumpa apa? Ya aku jumpa Fragrance. Tapi seperti aku pesan, kena baca posting ini sampai habis tau.

Ini antara jawapan aku pada si A dalam group Shaklee kami.

1. Shaklee memang declare product Youth 100% Beyond Organic dan bebas 2500 dari bahan kimia berbahaya.

2. Kandungan Fragrance dalam Toner ini adalah tangga ke-17. Which is mengikut hukum kandungan skincare atau makeup, kandungan terbanyak dalam sesuatu skincare berada di 5 peringkat teratas. Macam yang kamu tengok kandungan peringkat teratas ialah air. Rujuk gambar di atas. So kalau dilihat peringkat Fragrance ini, memang ada 0.001% saja kot.

3. Mungkin si B belajar baca skincare tapi hanya pada peringkat awal. 

4. Boleh jadi fragrance dalam toner ini dari fragrance semulajadi seperti wangian tumbuhan, sebab Youth ini dihasilkan dari buah-buah yang sangat tinggi anti-oksidant. Salah satunya ialah Muscadine Grapes.

Tapi sebenarnya aku masih tidak berpuas hati dengan jawapan aku. So hari tu aku tanya Pakar Nutrisi Shaklee. Bila dapat jawapan, tiba-tiba aku nampak lagi perkataan Alcohol.

Jadi ini adalah jawapan Pakar Nutrisi.

Soalan :Fragrance dalam Youth Fragrance dari apa?

Jawapan : Fragrance dalam Youth product ialah Fragrance Natural (tiada bahan sintetik). Ia nya a blend of natural essential oils. Dari Citrus based essential oils dan sudah tested and shown to be hypoallergenic.

Hypoallergenic ini maksudnya tidak menyebabkan orang yang pakai produk tu akan ada kesan alergik seperti gatal-gatal dan sama waktu dengannya.

Walaupun ramai guru skincare yang cakap jangan ada essential oil dalam skincare. Tapi essential oil dalam skincare Youth ini sangat sikit amountnya. Ianya cukup unutk bantu purifying sahaja. So tidak akan memudaratkan skin si pemakai.

Soalan : Alcohol dalam Youth itu alcohol dari apa?

Jawapan : Alkohol dalam Youth sangat sediki dan ianya cuma carry over ingredient sahaja. In fact di US ianya dia di daftar sebagai free alcohol sebab alcohol itu bukanlah dari bahan yang dibawa masuk ke dalam produk tapi alkohol dalam youth ini dari bahan tumbuhan yang ada dalam produk Youth.

Dapat jawapan macam inikan, aku terfikir macam mana produk skincare yang ada di pasaran Malaysia boleh lulus free from alcohol tapi ada tulisan ethanol which is nama samaran alkohol.

Nampaklah skincare kita ini masih di level bawah-bawah. So ini adalah kajian aku pasal Youth Toner. FYI Youth toner ini juga antara product yang aku heart sepanjang zaman.

Sebab aku ada dry skin yang sangat teruk dan Youth Toner ini yang bantu aku untuk buang kulit kering.

Nextime cerita lagi pasal dia ini.

Hugs,
blushermerah_

Hi Kawan-kawan