10 Perkara Aku Syukuri Semasa Covid19

by - Mac 24, 2020

Alhamdullilah. Its day 7 quarantine. Maksudnya kalau semua rakyat Malaysia beri kerjasama, lagi 7 hari kita boleh keluar rumah. Macam aku cakap entri sebelum ini, walaupun aku memang stay at home mom. Tapi aku terkesan juga dengan kawalan pergerakan ini sebenarnya. 

Sebab walaupun hanya stay at home mom, tapi dalam seminggu ada 6 hari juga aku keluar rumah. 5 hari hantar dan ambil anak sekolah. Weekend pula jalan-jalan dengan family. Kiranya aku stay sepenuhnya di rumah hanya pada hari Sabtu kalau tiada kelas atau urusan lain.

Entri lepas, aku minta kawan-kawan blogger aku untuk share 10 Perkara Aku Syukuri Semasa Covid19. Sebab rata-rata di FB ramai yang mengeluh daripada bersyukur. Hopefully kawan-kawan blog tidaklah macam tu.

10 Perkara Aku Syukuri Semasa Covid19

1. Suami Awal Balik

Kami ini bukan pun kerja dengan orang. Aku kerja sendiri, laki aku ada garage sendiri. Tapi sejak 2017 aku memang dapat rasa jurang antara kami. Bukanlah gaduh ke apa. Tapi sejak ada kedai 3 tahun lepas, memang lebih banyak masa laki aku di kedai. Walaupun kadang dia mau balik awal, tapi kawan-kawan sibuk mau melepak sana. Kadang customer pun ada yang datang jam selepas office hour. 

So dengan quarantine sebab Covid19 ini. Dapatlah merasa laki di rumah. Cuma pada mulanya aku tidak biasa, itu juga salah satu sebab aku tidak update blog. Haha. Segan bila laki ada, tapi ko sibuk sama laptop. 
Rupanya dia masak sedap. Sedap dari aku.

2. Suami Urus Anak


As u know, surirumah ini boleh dikatakan 100% urusan rumah memang kita yang urus. Endak tau kalau kamu, tapi aku macam itulah. Anak, house chores yang ringan-ringan dan berat-berat, beli barang. Memang aku yang buat 99%. So bila laki aku ada ini, dapatlah aku 'lepas tangan' urusan anak. Walaupun bukanlah 100% dia bantu. Tapi syukur deh. Rupanya kalau mak-mak kurang urus anak, mak-mak kurang marah. Betulkan? haha.

3. House Chores

Hampir 7 tahun bersama ini, Alhamdulilah. Asbab covid19, laki aku dapat juga cuci tingkap. Haha. Nampakkah busynya laki aku selama ini. Kikiki. Tapi 3 tahun perkahwinan kami masih pindah randah actually. Kejap di kampung, kejap rumah parents aku, kejap rumah KK. So tidak kiralah kot. Tapi 4 tahun ini kami tinggal di KK secara tetap. Ini kali pertama laki aku lap kipas, tingkap. 

Bukan dia tidak mau bantu pun selama ini. Cuma perkataan 'nanti' tu membuatkan aku tidak tahan. So akhirnya aku kenalah buat sendiri. Tahun lepas aku pernah jatuh rahim sebab terjatuh dari tangga gara-gara lap kipas dapur. Semalam dapatlah dia merasa macam mana aku yang besar ini buat semua tu. Hopefully 1 keinsafan bagi sang suami agar janganlah ada nanti lagi bila bini dia minta tolong. Hehe. 


4. Tidak Membazir Makanan

Sebelum ini, dalam sebulan bila di kira-kira mungkin sampai 3 kg juga beras kami buang. Sebab masak banyak, tapi disebabkan laki aku tu busy. Kadang balik makan sikit, kadang makan kandang malas makan. So memang banyak nasi yang basi saja. Begitu juga dengan makanan lain. Tapi masa tempoh quarantine covid19 ini. Setiap apa yang aku masak, mesti habis.

Aku memang masak seperti biasa. Tiada istilah kenduri kendara. Aku memang kalau boleh sehari sekali saja masuk dapur. Masak untuk 1 hari terus. Sebab aku tidak suka buang masa di dapur. Asal boleh makan dan perut kenyang. Oklah. Tapi lain orang lain pendirian bukan.

5. No Outside Food

Yay. Aku rasa ramai yang macam aku. Tidak berani makan makanan luar. Alhamdullilah. Setakat ini, aku masih rajin masak. Even ada rasa malas, aku masak juga sebab aku tidak mau ada risiko lain untuk beli makanan di luar.

So selama 7 hari quarantine kami masih makan, masakkan aku. Padahal dulu, dalam seminggu mesti 3 atau 4 hari kami makan luar.

6. Jimat

Untuk cash flow aku. Aku baru berbelanja kurang dari RM 100 selama 7 hari ini. Tidak taulah laki aku, sebab dia yang beli barang dapur. Tapi dulu, belanja aku sendiri dan anak-anak untuk 7 hari memang tidak kurang dari RM 400. So memang best sangat sebenarnya quarantine ini. 

RM 100 tu pun sebab day 1 RMO aku minta COD sotong dan ikan RM 30. Lepas tu semalam beli kek untuk Yayang, dia birthday 22.3.20 hari tu. Tu pun beli kek stabak je. Minyak pun jimat.

7. Ibadah

Dulu sampai aku rasa kekok kalau berjemaah dengan laki. Sebab memang busy memanjang. Tapi since this covid19 muncul. Kami lebih banyak berjemaah. Aku pun ada masa untuk qada solat-solat yang lepas.

8. Yayang Chicken Pox

Sebenarnya dalam banyak-banyak perkara. Inilah paling aku syukuri. Yayang kena chicken pox during our RMO. Ini juga doa aku sebenarnya selepas aku dan Yadik kena Chicken Pox. Aku minta dengan Allah, biarlah Yayang kalau kena pun kena waktu cuti. Sebab masa kami quarantine Chicken Pox hari tu, dia pun cikgu terpaksa bagi cuti. Sebab takut terjangkit dengan anak-anak lain. So dia pun cuti 2 minggu. 

Aku tidak dapat bayangkan kalau dia kena Chicken Pox waktu sekolah. Nanti lagi lama dia cuti. Sudah tu kena cuti dua-dua pulak. Tapi syukur Alhamdullilah. Hari sebelum RMO dia kena Chicken Pox. Yayang ini kalau demam, sakit atau apa-apa. Memang sejenis diam saja. Tidak banyak songeh. Sama juga dengan Yadik. Alhamdullilah.

9. Peluang bersedekah

Sebenarnya ramai sangat persatuan buka peluang bersedekah waktu covid19. Tapi dalam kita beri sedekah pada badan persatuan. Sampai kita lupa beri sumbangan pada keluarga sendiri.


Semalam masa mau transfer duit sumbangan student UMS. Tiba-tiba ada 1 hati kecil cakap 'lebih afdal kalau sumbangkan kepada keluarga yang memerlukan'. Aku sentap sebenarnya, sebab aku ada 2 orang adik yang stuck di KL akibat covid19 ini. So aku cepat-cepat tukar no akaun. 

10. Keluarga Lebih Penting

Ini selalu di laung-laungkan. Tapi kali ini Allah pratikkan pada kita semua wahai hambaNYA. Dulu cakap keluarga lagi penting, tapi masih tiada masa untuk keluarga. Tapi bila Allah jadikan ia pratikal. Kita semua sedar, sebaik-baik orang luar. Keluargalah paling penting. Semoga Allah rahmati kita semua ya.

Alhamdullilah. Terima kasih semua yang tag aku dalam posting kamurang. Aku happy baca kesyukuran kamu.

hugs
blushermerah_


You May Also Like

10 ulasan

  1. Pasal jimat tu setuju sangat. Kalau keluar rumah, mesti akan keluar duit. Benda tak rancang nak beli, tetiba rasa perlu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, ada saja nak tengok ke kedai tu. Padahal ada saja stok di rumah. Sejenis perangai betul. Haha

      Padam
  2. Pasal jimat tu pun OM setuju, sebab seminggu RM50 je beli barang basah ni pun tak habis lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kan OM. Makan ala kadar. InsyaAllah jimat.

      Padam
  3. Mudah2an CP yayang cepat sembuhnya

    BalasPadam
  4. baru nampak semuanya bila berkumpul kan.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Tapi bagi yang tidak biasa duduk di rumah, agak kekok juga at first.

      Padam
  5. Insya Allah Kita semua bertabah ye...be positive..kesiannya yayang kena chicken pox syafakillah sayang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdullilah sihat sudah mama. dia kejap sangat kena. even banyak tak nangis. Alhamdullilah

      Padam