SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI

Ada yang tercari-cari aku? Hehe, agak lambat update hari ini. Schedule post aku habis. Haha. Tadi pagi tiba-tiba masuk angin dan susah mau berdiri, mungkin sebab pasang air-cond semalaman. Alhamdullilah sekarang dah ok. So tadi pagi aku terus booking untuk berurut dan bertangas esok. 

Hari ini just mau join SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 4 pemenang bertuah dicari.
Syarat-syaratnya :



Nanti siapa yang nak join tu bolehlah klik gambar banner tu. Aku dah letak link sana.

Soalan paling excited aku mau jawap ini. Apa yang best berlaku pada first month of 2020. Dalam banyak-banyak bulan, aku suka sangat bulan January. Sebab bagi aku January ini bulan dimana kita akan buat kick start untuk semua perkara. Itu bagi aku dan ramai bah yang setuju. Hehe.

Aku kalau mau merancang memang aku akan start bulan January. Haha. Aku mau buat sesuatu mesti kena January ataupun at least hari isnin. 

5 Perkara Best Berlaku January

1. January bulan aku di lahirkan. Alhamdullilah. Aku dilahirkan pada 16 Jan 1990. So maksudnya Jan 2020 aku sudah genap 30 tahun dalam masa yang sama, adik daddy aku. Which is my aunty, pun birthday hari yang sama. Eh. Aku sudah renew lesenkah ya. 

2. January bulan daddy aku dilahirkan. So mummy aku memang akan celebrate birthday kami sama-sama. Kalau bukan 12 Jan, mammy akan sambut pada 16 Jan. Dalam masa yang sama uncle aku, adik kepada daddy aku pun birthday hari yang sama. Bestkan orang dulu-dulu, tidak merancang pun masih dapat tarikh yang sama. Rezeki diorang.


3. January ini adalah bulan dimana laki aku benarkan aku shopping ikut suka hati aku. Haha. Aku boleh beli kasut baru, beg baru, wallet baru dan apa saja yang baru. Tapi kereta dan rumah belum lulus. Benda kecil-kecil saja. Actually kasut, beg dan wallet tu bukan setiap tahun juga aku beli. Sebab kasut aku paling cepat pun rosak 2 tahun.

Begitu juga dengan barang lain. So tahun ini aku cuma beli kasut baru dan laki aku belikan wallet. Itupun aku sebenarnya masih ada wallet, tapi memandangkan ngam-ngam dia di Japan. So dia belilah kot.

4. Adik-adik aku yang study di seberang akan balik cuti sem. So bulan 1 bukanlah bulan aku kena diet. Boleh dikatakan setiap minggu adik aku datang rumah atau aku yang balik rumah mammy aku. So kerja makan-makan ini berakhir bila adik-adik aku masing-masing habis cuti.

5. Semangat membuak-buak menulis blog setelah stop begitu lama. Lama juga aku stop tulis blog. Tapi Jan 2020 ini aku jadikan sebagai kick start aku untuk menulis semula dengan lebih matang dan bermanfaat. InsyaAllah.

Aku pernah bermimpi untuk menjadi penulis, tapi tidak kesampaian. Aku pernah menulis di blog pada tahun 2012, tapi cita-cita tu terkubur begitu saja. InsyaAllah tahun ini, aku lebih fokus berblog dari media sosial lain. Sebab bagi aku, media social terlalu banyak mengambil masa 24 jam aku.

Okey. Banyak lagi perkara best berlaku pada January 2020 dan January yang lepas. Tapi inilah yang paling best. 

Thank You OM sebab anjurkan giveaway ini. Kiranya selain segmen, inilah giveaway pertama aku join tahun ini. Almaklumlah, baru mau berjinak semula dengan blog.

Alhamdullilah dah follow juga Instagram OM, Instagram saya blushermerah_








Ulasan

  1. Sama saya lahir bulan Januari iaitu 9 Januari.
    Seronok baca jawapan Elly.
    Good luck ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita baby january. Yuhu... Thank you so much kak Na. Tulis ikut suka saja tu. hehe.. Akak jomlah ikut.

      Padam
  2. sama dengan ruby juga. ayah dengan ruby pun kongsi bulan kelahiran yang sama. ouh elly muda lagi. ku lagi tua.hehehe.

    elly ni pemenang youth stars tu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ku muda dari akak, tapi akak lagi nampak muda dari aku kak. Hehe. Sama kita baby January. Ye, Youth Star. Hehe

      Padam
  3. Meriahnya birthday ramai-ramai dan yg balik rumah pun ramai juga. Jamuan macam-macam dah serupa hari raya šŸ˜†

    BalasPadam
  4. Good luck ye mama pun Ada join

    BalasPadam
  5. goodluck..

    saya join juga..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Singgah dari GA yang sama :)

    https://akukaudansesuatu.blogspot.com/2020/03/sunshine-giveaway-by-ombakbergigi.html

    BalasPadam
  7. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan Popular