Cerita Fiksyen : Bella Part 1 by EM

by - Mac 05, 2020

Sebenarnya Labuan ke KK tidak sampai 1 jam pun, tapi saya sempat tidur. Saya tunggu semua orang keluar terlebih dahulu baru saya berdiri keluar. Kadang hairan juga dengan manusia ini, bukan pun airport tu lari. Tapi kapal baru landing terus berdiri untuk bergegas keluar. Hairan sampai sekarang. Haha.

Tapi sekarang ini mau terkucil pula. Mungkin ini juga salah satu sebab orang bergegas keluar, sebab lepas kapal landing. Mana boleh lagi masuk toilet. Sudahlah sebelum landing pun tidak boleh ke toilet, apalagi cuaca buruk. Arghh. Kenapa lambat sangat orang keluar ini. Maswings ini bukan besar mana pun.

Dalam keadaan kelang kabut, saya berlari terus ke tandas selepas keluar dari kapal.. Pergh.. Lega.... Dan bila saya keluar dari toilet...


"Arghhhhhh" 


oh my goat. Ada lelaki dalam toilet tu. Rupanya saya tersalah masuk tandas lelaki. Istigafar Bella. Saya berlari keluar. Maluuuuu.. Why so clumsy Bella. Sekarang ini kalau ada pintu sesuka hati, saya memang guna serta merta tanpa bicara.


"Miss"
"Miss"
"Miss"

Saya jalan terus dan buat tidak endah dengan panggilan itu. Mana mungkin saya mau toleh belakang. Malu oi!


"Miss" tiba-tiba ada orang tap belakang saya.

"Yes?" dengan nafas yang sangat laju sebab malu dan penat berjalan dengan laju. bila sya toleh. Aik. Kenapa dia panggil saya. Apa dia mau? Macam kenal jak.

"Your bag miss, tetinggal dalam toilet tadi" sambil dia buat muka tahan ketawa. Hadoiii. Rasa macam mau pitam masa tu juga.

"Ya.. thank you" malunya. Tapi macam saya kenal ini lelaki. Ya betul. Lelaki yang saya makan cookies dia. Bolehkah saya pengsan di sini? Bikin malunya!!! Nooooo!

"Miss are u ok?" Sambil kena lambai-lambai depan mata.

"Saya taulah bah saya hensom. Tapi janganlah tinguk begitu. Malu"

"Hi hi hi. Thank you. Erm.. ini cookies saya" terus saya ampai di bahai kertas dia pegang. Baru saya belari keluar.

Tapiiiii. Saya lari terlalu laju sampaikan belum buka tu sliding door terus saya p langgar.

"Banggggggg!!!"

Maluunyaaaaaa. Hadoiii. Terundur bah saya sampai di belakang. Terus ramai orang kerumun. Bukan mau tenguk saja sebab simpati tapi mau ketawakan.

Sampai teduduk bah saya kesakitan. Ngam-ngam di hidung lagi kena. Adoi. Ramai betul sudah orang. Terus saya mau bangun pun malu bah.

"Oh my gosh her nose is bleeding" bilang tu pelancong. Dia p datang tempat saya. Mau p wipe hidung saya. Tapi tiba-tiba datang lelaki tadi.

"Sorry sir. Ask u wife to wipe. We cannot touch her. Betulkah?"

Saya diam dan angguk. Wife si ongputeh tu tolong tahan darah di hidung saya. Memang banyak bah. Ko just bayangkan saya terlanggar dengan kuat tu sliding door.

Masa ini kami duduk sudah di kerusi.
.
.
.
"Thank you sebab tolong tadi"

"Welcome. Kenapa kamu careless? Panik?"

"Erm. Entahlah"

"Siapa nama?"

"Bella"

"Ok. My name is Sam. Ok sudahkah? Kalau tidak saya hantar ko p klinik?"

"Ok sudah. Erm. Saya balik dulu"

"Naik apa?"

"Teksi"

"Saya hantar balik boleh?"

"its okey Sam"

"Bahaya ni naik teksi"

"Ko pula tidak bahayakah?"

"Ko nampak saya merbahayakah?"

"Nope, tapi tidak apa. Saya punya rumah dekat saja. Lagipun saya naik teksi airport"

"Bah. Ok jak"

"Assalamualaikum"

"Bye"

Hurm.. Orang bagi salam jawaplah bah. Tapi saya cakap dalam hati saja

"Bella" saya pusing.

"Ya?"

"Boleh minta number phone kamu?"

"Nextime kalau jumpa baru bagi"

"Ok. Take care"

Wah. Gentlemen juga o. Tidak memaksa.
.
.
.
"Kakak, cakap flight jam 7 pm, kenapa lewat betul sampai"

Umi saya membebel. Sebab jam 10.30pm sudah baru saya sampai rumah.

"Umi, flight delay. Lepas tu...."

Saya ceritalah kejadian salah masuk toilet, hidung bedarah sebab terlanggar sliding door airport.

Gulik-gulik di tilam umi saya ketawa. Ingatkan kena dia kesiankan saya. Tapi kena diketawakan adalah.

"Umi, boleh saya tidur?"

"Mandi dulu nak"

"Tapi saya malas sudah mandi umi"

"Wash u face first"

"Baiklah"

Umi saya single mother. Bukan bapa saya meninggal tapi diorang bercerai. Sebab? Umi cakap, bapa saya busy. Tidak bagi kasih sayang dengan dia. Jadi hari-hari diorang gaduh dan bercerai. Tapikan, both of them. Tiada pun kawin lain. Cuma my papa di Aussie. Lama sudah tidak jumpa.

Dari dulu dia memang busy. Sampailah sekarang, boleh kira dengan jari saya jumpa dia berapa kali saja. Sebagai anak saya tidak layak untuk judge. Tapi saya doakan umi dan papa bersatu semula. Amen.

Saya siap cuci muka dan sembayang, tidak pula ngantuk. Saya terus unpack bag saya. Wah ada cookies. Terus saya p buka dan makan.

Separuh saya makan, tiba-tiba teringat kejadian cookies di airport. Eh. Hilang selera saya makan bah. Saya kumur-kumur dan terus tidur.

Macam baru saja tidur, tapi bunyi sudah alarm saya. Hari ini pun saya puasa. Umi cakap, makan nasi tidak semestinya buat perut kita tahan lapar dan tidak semestinya beri tenaga. Masa sahur umi cakap kena ambil makanan yang tinggi serat dan protein.

Jadi kalau saya di rumah. Umi selalu sediakan protein shake dengan buah atau sayur. Makan nasi tapi sikit saja. Tapi betul apa umi cakap. Perut dan bertenaga sampai ke petang puasa dengan protein shake ini.

Umi saya ini walaupun umur 50 an sudah tapi masih maintain. Kalau saya bawa umi dinner, mesti diorang ingat my sister. Hahaha. Beza umur kami 20 tahun lebih.

Umi pesan lagi hidup sebagai wanita kena kuat, kena cantikk dan cergas. Makan kena jaga, senaman wajib dan paling penting supplement. Lupa bagitau tau. Umi saya ini ada Master in Nutritionist. 


Selalunya lepas solat subuh saya akan jogging dengan umi. Tapi kalau puasa saya akan buat yoga saja selama 30 minit. Bukan yoga sangat, just tarik-tarik badan untuk elak umi bebel. haha. Maaf umi.

Lagipun saya pernah terlibat dengan accident dan tangan saya masih sakit sampai sekarang. Even pergi kerja pun umi masih hantar sebab saya masih trauma bawa kereta, walaupun jarak rumah dan tempat kerja cuma 5 KM. Umi pun offer diri hantar saya setiap kali kerja. Sebab umi cakap dia akan pening kalau tidak keluar rumah sehari. Berbeza sangat dengan saya. Saya kalau setahun pun tidak keluar rumah, saya masih sanggup yang penting ada makanan. Haha.


Tapi saya bukanlah anti-social. Saya ada kawan, ramai kawan. Kawan kerja, satu U, satu sekolah. Ramai kawan! Cuma bukan rapat dengan semua orang.

Actually selepas saya accident tahun lepas, memang jauh berubah kehidupan saya. Throwback sikit.

"Umi, saya jumpa kawan terus malam ini"


Biasalah remajakan. Lepas kerja terus sambung melepak. Saya sambung lepak-lepak sama kawan-kawan kereta saya. Dengan tunang saya.

Umi selalu juga marah saya, tapi entahlah. Remaja. Lebih suka buat perkara yang orang tua halang.

"Dear, jumlah balik. Esok saya outstation di sipitang lagi tau". Saya memang penat sangat sudah masa tu. Mengantuk lagi.

"Bah ko drive ya. Saya mengantuk pula"

"Saya pun ngantuk bah"

"Please"

Saya kesian juga sama Imran sebab dia dari offshore bah tadi terus ikut lepak. Jadi saya pun drive balik rumah. Saya hantar dia balik.

Masuk di simpang perumahan imran. Tiba-tiba terbang kereta kami. Tidak tau berapa kali terbalik. Lepas tu saya tidak sedar sudah. Sampailah 12 jam saya di redzone.

Kaki dan bahu patah. Masa saya sedar tu saya masih lagi ada darah.

"Umi, mana imran?"

"Tidurlah dulu nak"

"Umi, mana imran?"

"Arwah...."

Baru umi saya cakap pasal arwah saya terus pengsan. Setiap kali saya sedar saya pengsan bila ingat imran tiada sudah.

Lagi 2 bulan kami nikah.
Throwback end

Setiap kali ingat imran mesti akan nangis. Tapi kau kena kuat bella. Mesti kuat.

"Wei. Sudah-sudahlah ko ingat dia tu. Dia tenang sudah di sana"

"Tidak sedar 1 year sudahkan dia pergi"

"Sudahlah Bella. Endak pasal-pasal aku ikut nangis"

Saya p toilet cuci muka.

*** Macam biasalah kerja hakiki saya ini dari jam 7 am sampailah 7 pm ***

"Assalamualaikum umi"

"Walaikumsalam sayang"

"Umi mari kita makan steamboat sana di kepayan"

"Boleh juga. Lagipun umi tidak sempat masak tadi"

"Hihihi. Saya belanja umi"

Kami sampai di steamboat bakar memang tidak ramai orang. Sebab weekdays. Sama jam 9 pm sudah gia. Manusia bernama Bella saja ini makan waktu-waktu ini atau ada juga? Hahaha.

"Umi saya makan laksa dulu"

Asal datang sini saya memang akan makan laksa dia. Arwah imran pun suka makan laksa.

Saya ambil mee laksa banyak-banyak. Masa mau sauk kuah. Sikit saya sama satu lelaki tu berlanggar.

"Ladies first"

"Thank you. Sekali saya p tinguk dia....."

Tekejut bah saya nampak itu lelaki
.
.
EM : guess who?


You May Also Like

18 ulasan

  1. Guess: lelaki yang dalam tandas.
    Hmm, saya pernah tinggal di Labuan.

    BalasPadam
  2. Kalau dah emergency, tak sempat tenguk tapan tanda bah

    BalasPadam
  3. adakah cerita next nya? hehe

    BalasPadam
  4. Adui seram part kereta terbang tu... saya ni jenis takut bawa kereta.. keadaan mendesak saja baru saya pegang stering kereta😅

    ~guess who...? mesti lelaki cokkies tu kan.. hehehe

    BalasPadam
  5. Alamak..pengalaman sedih tapi bila di kenang jadi manis kan..

    BalasPadam
  6. seronok baca. Terleka.
    Can't wait for the story to continue.

    BalasPadam
  7. layan baca...terasa mcm baca novel..
    pastinya cookies guy...ahhh sweet

    salam kenal dari www.iamfuzy.com / follower ke 39

    BalasPadam
    Balasan
    1. yay. esok new part. will follow u back babe

      Padam
  8. Waa berbakat la Elly Dlm bidamg penulisan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh. Bakat ada, tapi tatabahasa tidak berapa. kikiki

      Padam