Cerita Fiksyen : Bella Part 2 by EM

"Excuse me?"

"Imran is that u?"

Saya tekejut bah. Dari atas pigi bawah saya tengok lelaki depan saya ini. Sebiji macam imran.

"B. Kenapa lama sangat?"

Saya tengok perempuan yang datang.

"B kenapa lama sangat?"

"Siap sudah" diorang tinggalkan saya. Itu lelaki sempat tengok saya lagi. Cepat-cepat saya pigi tempat umi.

"Umi. Umi.. saya nampak imran tadi umi" sambil saya menangis.

"Astagfirullah Bel. Jangan macam itu bah nak"

"Saya betul nampak dia" sambil saya cari itu lelaki.

"Serupalah tu. Makanlah. Umi mau ambil makanan"

Saya langsung tidak tenang. Saya mau tau juga tu orang. Memang dia imran. Tidak mungkin saya lupa. Suara pun sama. Kalau serupa. Mustahil suara pun samakan?

Ini kali pertama saya makan steamboat tidak berselera macam biasa. Sebab lelaki yang saya baru jumpa tadi asyik rolling dalam fikiran saya.

Walaupun sampai rumah saya masih tefikir-fikir pasal kejadian tadi.

Selepas kejadian saya dan imran accident saya tidak pernah jumpa family dia. Saya tidak pernah ziarah kuburan dia. 

"Nabila sayang"

"Imran. Imran. Ko pigi mana?"

"Saya sini juga ini"

"Di mana?"

"Di hatimu. Hahahaha"

"Imran. Imran...."

Huh. Berpeluh-peluh saya. Mimpi rupanya. Kenapa balik-balik mimpi macam ini.
Saya keluar cari makanan di dapur. Lapar. Tapi tiada makananan. Umi jarang simpan lebihan makanan. Mau tidak mau makan buah saja.

Hari ini walaupun saya malas mau kerja sebab masih mengantuk akibat kejadian semalam. Tapi saya kena awal juga masuk kerja untuk elak jammed. No wonder zaman sekarang lagi ramai orang berkerja dari rumah dari masuk office.

"Morning Fiza"

"Ui Bel, awal ko"

"Awal jalan, awallah sampai. Hehe"

"Napa ko ni macam tida cukup tidur?"

"Fiza. Semalam saya jumpa imran"

"Mulau kopio. Macam mana?"

"Jumpa face to face dan dalam mimpi"

"Gila"

"Masa dia meninggal, kamu ada datangkah?"

"Ada"

"Ko tau kubur dia?"

"Tau"

"Mari pigi esok"

"Bah-bah"

Saya rasa saya mau pusing saja tu jam biar cepat masa bergerak. Tapi Bella ko fikir ko Tuhan? 

"Assalamualaikum"

"Walaikumsalam kak"

"Dik ada ibu?"

"Ibu suria?"

"Ya ya"

"Saya panggil ya kak"

Saya tunggu luar pagar. Saya nampak ibu imran keluar. Dia nampak saya dari jauh.

"Kenapa datang sini nabila?" Dengan suara yang sangat lantang dan kasar.

"Ibu. Saya mau minta maaf"

"Kenapa?"

"Ibu saya jumpa imran"

"Keluar kau dari kawasan rumah aku sekarang nabila"

"Ibu...."

"Aku haramkan kau pijak kawasan rumah aku!"

Tapi saya berkeras juga berdiri di pagar.

''Jangan sampai aku sebat kau, baru kau balik''

Saya masuk kereta sambil menangis.

"Napa bell?"

"Jom jalan fiza"

Saya menangis. Kenapa sebelum ini saya tidak jumpa parents arwah.

"Bell.. let it go"

"Huh. Kenapa sakit sangat ni"

Tok tok tok.

"Nabila. Ya nabilakan?"

"Eya. Kak irma?"

"Eya. Napa sini?"

"Saya jumpa ibu tadi"

"Napa tidak masuk?"

"Ibu halau saya"

"Kaka mau story sama ko boleh?"

Lepas saya suru fiza balik. Saya masuk kereta kak irma. Kami pusing-pusing saja di kawasan perumahan diorang.

Kak irma cakap masa kami accident, imran terkeluar dari kereta. Meninggal di tempat kejadian. Diorang tiada buat suda posmotem sebab ibu tidak mau.

Muka imran teruk sampai kami susah mau cam. Baju dan ic saja bikin cam sama dia. Ibu tidak boleh terima kenyataan imran pergi. Jadi ibu salahkan ko 100%.

"Kak siapa langgar kami?"

"Tiada orang langgar kamu nabila. Ikut report polis kamu telanggar divider sampai masuk parit"

"Tidak kak. Memang ada orang langgar kami"

"Tidak apalah. Memang itu sudah takdir adik kakak. Sekarang ni, ko kena teruskan hidup ko"

"Actually saya jumpa imran kemarin"

"Mustahil"

"Eya kak. Rupa dia, suara dia"

"Jangan fikir sangat. Kakak hantar ko balik"

Saya diam. Jadi siapa saya jumpa tu.
Saya sampai di rumah, saya rasa penat sangat. Sakit kepala macam mula-mula accident. Saya terus mandi dan tidur. Sebab kalau berlanjutan sakit kepala, memang susah saya mau kerja.

"Bella, teman umi pigi sepanggar"

Entah jam berapa Umi kejut saya.

"Buat apa umi?"

"Ada penyewa baru rumah sana. Mau sign agreement"

"Bah. Tapi saya siap kejap ya Umi"

Inikan minggu, tiada alasan tidak mau teman umi.
Saya sampai di rumah sepanggar. Sinilah rumah tempat saya tinggal dulu masa study. Tempat saya jumpa dengan imran pertama kali. Situ di parking, kami berebut parking. Hahah. I miss u imran.

Tok tok tok.

"Umi sampai sudah penyewa tu"

"Eya. Pakai stokin mu bella"

"Ok umi"

Saya buka pintu.

"Hi..."

"Hi.." macam kenal saja ini urang. Mana ya saya jumpa.

"Hi bella. Remember me?"

"Sam?"

"Ingat pun"

"Kamu penyewa baru rumah my mom?"

"Ya. Can i"

"Ar. Masuk-masuk"

Siap sign agreement kami terus balik.

"Bella. U forget something"

"Apa tu?"

"Number phone?"

"Hah?"

"U promise me kan? Last time kita jumpa"

"Hahaha. Erm. Bah. Ini untuk kegunaan emergancy saja ya"

"Thank you sweetie"
Rupanya Sam itu pensyarah di U area sepanggar. Hihihi. Saya p curi-curi baca borang agreement dia. Best juga borang umi saya ini.

Ada pekerjaan, umur, email, fb. Telampau tiada kerja, habis saya stalk dia. Umi cakap penting ada fb penyewa sekarang. Buat hal terus tanya di group Sabahan. Koh umi saya pinter banget ni.

Habislah muka hensom kena viral kalau buat hal di rumah sewa umi. Hahaha. Jatuh saham.

Fiza calling

"Apa?"

"Boleh ko datang perdana park sekarang?"

"Ish. Malas saya. Baru balik dari sepanggar"

"Saya nampak imran"

"Ok saya datang"

Laju saya besiap. Pakai tudung masuk saja. Pakai kasut baru jalan. Saya masuk balik rumah.

"Umi saya jalan jap. Kijap saja"

"Bah"

Ambil grab dan terus ke Perdana Park.

"Fiza mana kau?"

"Sini secret recipe"

Saya belari pigi secret recipe. Saya nampak fiza duduk di meja paling corner sambil angkat menu tinggi-tinggi.

"Mana?"

"Tengok jam 9"

"Mana"

"Baju biru"

Ya. Dia. Imran. Mau menitis air mata saya. Dia pegang tangan dengan perempuan hari tu. Diorang jalan. Saya ikut.

Saya kejar. Sampai di kereta. Walaupun masa tu fiza tarik tangan saya. Tapi saya berusaha juga kejar.

"Imran!!"

"Imran!!"

"Why u keep calling me imran?"

"Siapa nama kau?"

"Kurang ajarnya kau ini"

"Sorry, u look like my late...."

"Hi. Excuse me. Kamu siapa?"

"Sorry. Nama saya bella. Ur husband, boyfriend or what ever. Dia sebiji macam saya punya bekas tunang"

"Ooo. Saya rasa kamu salah orang ini sis"

"But..."

"Sorry sis, kami bukan orang kk. Kami bercuti saja sini. Sorry ya"

Diorang start engine dan jalan. Saya teduduk di parking.

"Bel. Itu bukan imran. Sedarlah bel. Dia tiada sudah"

"Sakit dada saya. Sakit"

"Bel. Jangan macam itu bah"

"Saya mau balik fiza. Hantar saya"

Saya rasa macam kena hempap batu saja di dada bila ingat balik.
.
.
Saya sampai rumah rasa lemas betul badan. Macam jadi pekak saya rasa. Saya tidak dengar apa-apa dan saya rasa tempat saya berpijak ini tidak rata.

"Fiza, tolong submit EL saya esok. Saya malas kerja"

"Baik"

Saya cuti sampai seminggu. Mau keluar rumah pun saya malas.
Umi membebel dari bangun sampai saya tidur pun saya buat tidak tau saja.
Setelah seminggu baru saya cek phone.
Saya cek fiza. Bos. Supervisor.
Kerja kerja kerja!
Ada satu contact number yang tidak kena save.

"Hi bella" sunday 9pm

"Hi bella. Its me sam" monday 7am

"Hi bella. Hihihi. Ada tempat makan tomyam yang sedap kat sini?" Wednesday

"Hi bella. Are u ok?" Sunday

Huh. Punya banyak juga dia pm saya.
Saya mau call atau wassp ya. Erm. Endak sengaja tertekan call. Makin saya tekan button merah. Makin tidak dapat pula.

"Hello bella" saya dengar dia becakap sudah.

"Bella"

"Bell"

"Hi sam. Hihihi. Saya tertekan"

"Apasal kau tertekan?"

"Endak bah. Saya ter-tekan call"

"Ooo. Bukan memang kau mau call saya kah?"

"Hahaha. Tidak"

"Baiklah"

"Erm. Sorry, saya kurang sihat selama seminggu. So saya tidak dapat reply ko"

"Its ok. Saya tahan lapar juga selama seminggu tidak makan sebab tunggu puteri situ reply"

"LOL. Jangan buat lawak bulikah?"

"Tak. Saya makan nasi with sup saja di sini. Sebab hari tu makan tomyam. Cair sangat"

"Oo. Jadi kau sudah makankah?"

"Boleh bawa saya makn tomyam"

Mana mau bawa ini kusai pigi makan ar. Kalau mau ambil dia d sepanggar. Baru bawa p penampang. Memang tidak sempatlah ni.

"Kau di mana sam?"

"Saya dekat 1B ni cari whiteboard"

"Lol. Adakah sana?"

"Entahlah. Saya tanya jak setiap kedai"

"Ish ko ni. Memang tidak pernah datang kk kah?"

"Pernah tapi bukan sini"

"Jadi?"

"Tawau, sandakan"

"Owh. Itu bukan kk sayang oi"

"U call me sayang?"

"Ish tedalah. Ok. Saya belikan ko tomyam. Ko pandaikah jalan pigi kk?"

"grab bolehkah?"

"Ok. Boleh"

''Ok. Kongsi loksai''

"Kenapa kau skema betul ini?"

"Saya pensyarah bahasa. Hihihi"

"Ooo. Bah. Nanti saya bagi kau alamat ya. Mana kau perlu turun"



"Umi.. o umi.."

"Napa? Sihatkah sudah?"

"Sihat. Alhamdulillah"

"Alhamdulillah. Napa?"

"Umi. Ingatkah penyewa umi tu"

"Which one sayang?"

"Sam. Sepanggar. Pensyarah"

"Ingat. Napa?"

"Dia minta tolong bawa makan tomyam sedap. Kalau saya tunggu dia di wan-wan memang tidak sempat sudah. Lepas tu, kalau saya p rumah dia tidak bagus juga"

"Jadiiiii"

"Bolehkah umi kasi kawan kami makan di tanjung aru"

"Napa bawa umi?"

"Saya segan begia umi"

"Mana konon tempat mau makan di tanjung aru?"

"Entah. Hahahhaha"

"Ko ajaklah dia datang rumah. Lagipun umi ada masak makanan kegemaran kau tu"

"Bolehkah umi?"

"Boleh. Adik balik juga hari ini. Jap lagi sampai"

"Bah saya sent dialah alamat kita ar"

"Ok nak. P kau mandi. Grooming sikit. Mana tau dia bakal menantu umi"

"Hahah umi ini"
.
.
Saya masuk bilik. Saya tinguk muka saya. Punya cengkung. Macam mayat bah. Saya p mandi. Touch up sikit.

Incoming call.

"Hi bella saya sampai sudah". Dug dap pula tiba-tiba jantung saya ini. Hahah

"Bah. Kijap kau. Saya buka pagar"

Saya keluar dari bilik. Belari pigi luar.

"Bellaaaa. Stokin ko mana?"

"Baik umi" kenapalah saya ni careless. Ingat bella. Bukan kepala saja aurat. Kaki pun aurat.

Saya buka pagar.

"Hi sam. Masuklah. Ada umi saya di rumah"

"Besarnya rumah. Umi kau kerja apa?"

"WAHM. Hihihi"

Saya mau tutup pagar

"Kakakkkkkkkk..."

Saya toleh.

"Adikkkk" saya lari pigi tempat dia baru p peluk dia.

"Rinduuuu. Napa kurus?"

"Diet. Hahahah"

"Napa lama tidak balik?"

"Busy bah. Hihihi"

"Macam jauh sangatkan rumah dari kolej"

"Hihihi"

"Aik. Mr Sam?"

"Kenal?"

"My new lecturer"

"Hahah. Bah. Kawan kakak ni. Penyewa baru umi"

"Welcome to my home mr sam. Mari masuk"

Pit pit.

"Eh. Masuklah kamu. Saya mau ambil barang sama runner"

Saya p minta runner jak beli bah tomyam tadi. Saya beli 5 set. Mana tau c sam lepas gian. Hahahha.

"Tomyam sudah sampaiiii"

Saya nampak durang di dapur sudah. Tiba-tiba azan.

"Bah. Ngam juga adik sama sam ada. Boleh jadi imam kami"

"Umi. Mr sam tu non muslim"

"Aik. Sorry sam. Ala aunty tidak tau pula"

Ooo. Patutlah masa saya p bagi salam dia tidak jawap.

"Bah, kami solat dulu ya sam. Ko makanlah dulu" bilang umi.
.
.
After solat kami makan

"Bella, adui. Sedap betul tomyam ni"

"Bah kau makan banyak sikit"

"Eya sam. Ini antara tomyam paling sedap di kk. Sama pula fav ko sama si adik"

"Bah. Kamu bawalah ada 2 bungkus lagi sana. Satu adik satu untuk sam"

Saya berabis makan laksa. Macam seminggu sudah saya tidak makan. Lapar betul.

"Umi bolehkah hantar adik balik nanti"

"Boleh bah nak"

"Lagipun adik mau beli kasut baru situ suria"

"Bah. Boleh. Lepas maghrib kita gerak"

Saya diam saja. Malas saya mau sampuk diorang dua.
Yang saya tau sekarang ni makan. 4x sudah tambah. Tiada sudah kawan saya makan. Semua diorang di luar sudah.

Punya kenyang.

Lepas saya makan, p kemas dapur baru pigi luar.
Saya dengar adik cerita sama umi.

"Kenapa kakak tu umi?"

"Datang balik dia punya depression"

"Berapa lama kali ini?"

"Seminggu. Janganlah ko bising. Ok sudah dia tu"

"Umiii"

"Kenyang sudah nak?"

"Eya. Sedap umi masak"

"Banyak tu. Terus adik bawa ar. Sam pun bawa. Umi p packing dulu"

"Ok umi. Ba kakak ceritalah dulu sama mr sam. Saya mau bergulik-gulik dulu di katil. Hihihi. Rindu bah"

"Bah"

Lama kami berdiam diri. Tida tau maku cakap apa.

"So, amacam di sabah?"

"So far ok je"

"Ko bukan orang sabah meh?"

"My late mom orang sabah. Dady saya orang perak"

"Jadi hari tu ko dari labuan buat apa?"

"Saya transit saja sana dari perak"

"Ooo. Erm. Sorry pasal hari tu"

"Pasal apa?"

"U cookies"

"Hahaha"

"Bikin malukan. Adui. Betul-betul saya tidak sedar bah sam"

"Tidak apa. Saya suka sharing"

"Yaka. Untunglah"

"Untung apa tu?"

"Hahaha. Tiadalah"

"Sam ko sudah kawin?"

"Tiada calon. Mau jadi calon saya?"

"Astaga. Ko ini. Saya tanya saja begia"

"Begia tu apa?"

"Hahahaha. Malas saya becakap sama ko"

"Apasal?"

"Tiadalah"

"Saya belum kawin, pernah berkahwin sebenarnya. Tapi, jodoh pendek"

"Maksud ko?"

"Dia meninggal sudah. 3 tahun lepas"

"Sorry"

"Its ok. Dia meninggal masa kasi lahir anak kami. But, both tidak dapat di selamatkan"

Punya besar ujian dia. Tapi macam tiada masalah. Yang saya ini ujian sekecil semut sudah susah mau hidup.

"God Bless Them"

"Thank you"
Saya nampak dia sedih. Terus tidak tau mau buat apa. Saya rasa serba salah sama diri saya. Sebab saya ratapi orang yang sudah tiada. Saya umpama hidup tanpa nyawa. Menyusahkan umi saja. Padahal ada orang lebih besar ujian dia.

"How about u?"

"Me?"

"Nextime saya cerita. Saya tidak ready mau share"

"Take ur time"
.
.
Kami pigi suria, adik cari kasut. Lepas tu dia cari CDM bank in duit bisnes dia. Apa bisnes adik saya? Hihihi. Jual rilod.

"Sam ko tidak mau beli apa-apa di sini?"

"Tiada"

Kami menuju ke sepanggar. Hantar adik di kolej dia. Baru hantar sam di rumah dia.

"Thank you umi, sebab layan saya macam anak umi. And thank you for let me call u umi"

"No problem anak. Nanti ini makanan kasi masuk dalam fridge suapaya tida bangas"

"Bangas?"

"Basi. Nanti mau makan baru ko panaskan"

Adui mau ketawa saya o. Hahah.

"Thank you bella. Take care"

Saya angguk saja.
Macam geli pula perut saya. Hahah. So refreshing bah becakap sama sam ini.

EM
Thank you for reading. 

Begia- Kata sambung ayat seperti doh dalam slang KL

pigi - pergi

mulau kopio - gila ko ini

kusai - lelaki


bangas - basi

Ulasan

  1. Seram pula bila baca mlm2 Ni.. takut nak.baca sampai habis haha

    BalasPadam
  2. seronok baca.... nanti jangan lupa sambung tau.. walaupun lidah akak berbelit membaca tulisan sabahan tapi seronok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Thank you kak. InsyaAllah sambung sampai habisss.

      Padam
  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan Popular