Pageviews Cecah 10K Pertama

by - Mac 11, 2020

Alhamdullilah, setelah 7 hari aku tidak buka laptop atau lebih tepat 7 hari aku tidak buka blog aku even email aku. Ada yang tertanya-tanyakah aku hilang ke mana?

Actually posting terakhir aku itu pun aku sempat tulis hari sebelum aku post. Patutlah aku macam tidak sihat sepanjang minggu lepas, rupanya red alert untuk aku kena chicken pox. 

Aku kena chicken pox rabu tapi tidak sedar sebab ada 2 3 biji saja keluar. So ya, alhamdullilah. Aku sudah sihat selepas 7 hari tidur dan tidur saja. Hehe. 2 hari lepas sudah ok sebenarnya, tapi lepas sakit tu rumah pula menanti di urus. 

Hari ini baru ada kesempatan untuk tengok blog. Nampak pageview sudah cecah 10000. Wah. Terima kasih kawan-kawan singgah blog ku.



At first sepanjang bulan ini aku selalu baca blog kawan lain pageviews cecah ratus-ratus ribu dan ada yang sudah dapat juta-juta pageviews. So sebenarnya aku malu juga mau show off dengan kamu. Tapi aku pasti, semua yang berjaya dapat ratusan ribu pageview bermula dari pageview 1, 10, 100, 1000, 10000.

So aku pun sharelah pageview 10k yang pertama aku untuk dijadikan kenangan dimasa akan datang. Mana tau, tahun depan aku dapat 10J pertama pula. Kaaan. Haha. Tapi ikut kiraan aku dalam masa 6 bulan aku dapat pageview 10k, mungkin lagi 6 bulan baru dapat 20k. Kikiki.

Actually pageview ini bukanlah penting sangat pada aku pada mulanya. Tapi tidak tau macam mana aku boleh jumpa gadget ini dan letak di atas blog aku dan bila ia meningkat, ia membakar semangat aku untuk menulis dan menulis setiap hari. Alhamdullilah. Thank you gais.

Sini aku merakamkan kegembiraan yang tidak terkira untuk pageview 5 angka yang pertama aku. Sangat happy u know. Walaupun muka dan badan masih berbekas oleh chicken pox, itu bukanlah penyebab untuk aku tidak happy dan seolah-olah ada rama-rama di perut. 

Dulu-dulu aku pernah bercita-cita menjadi blogger. Sebab bila aku baca magazine, aku selalu inspired pada blogger yang berjaya dan sampai masuk magazine. Aku pun teringin mendapat title as blogger. Bukan sebab nama atau popularity. Tapi bagi aku blogger ini ada standard sendiri yang aku kelaskan di tingkat teratas especially kalau ko seorang wanita yang berkerja dari rumah.

Aku memandang wanita yang berkerja dari rumah ini, adalah pekerjaan yang ada standard tinggi dan pandangan aku ini bukanlah pandangan waktu aku bekerja dari rumah tapi pandangan aku ini waktu aku masih study. 

Ramai yang tau, aku berkerja dari rumah dan kedai online aku boleh dikatakan 100% dalam media social. Sejak aku berblog, aku memang jarang update media social dan sebenarnya aku tidak tahu sejauh mana blog boleh beri income pada aku, tapi aku suka apa aku buat sekarang. 

So ya, itu saja untuk hari ini. InsyaAllah aku akan cerita pasal pengalaman kena chicken pox. 

Hugs
blushemerah_

You May Also Like

15 ulasan