Pengalaman Terkena Chicken Pox atau Cacar Waktu Dewasa

Sepatutnya hari ini adalah hari ke 14 aku buat Cabaran Skincare Rutin 30 Hari. Tapi 5 March 2020 aku dan Yadik kena cacar. So untuk berskincare rutin memang tidak larat. Jangankan skincare rutin, mau minum air pun aku tidak larat. 

Simptom pertama

Day 1
Minggu lepas dalam hari Selasa macam tu, aku tiba-tiba sakit pinggang teramat. Mana mungkin aku sakit pinggang sampai macam tu, sebab memang sejak aku konsisten makan Kalsium aku tidak pernah sudah diserang sakit sendi macam hari tu. Tapi aku cuma sifatkan itu sakit sebab mungkin aku period dan masuk angin, kebetulan hari Isnin tu aku cuci rambut.

Day 2
So aku buat kerja macam biasa. Ambil dan hantar anak aku ke sekolah. Selain tu buat juga kerja-kerja rumah sikit. Hari Rabu pula aku lewat bangun sebab sendi aku ngilu gila, especially bahagian pinggang. Sampaikan Yadik tidak sekolah sebab aku memang tidak larat mau hantar dia. Tapi jam 10 am tu aku bangkit juga mop rumah dan kemas toilet. Lepas tu Yadik mau mandi sama-sama. So kami mandi sama-sama. Aku siap basah rambut sebab rasa lemas sangat. Panas tapi tidak berpeluh. 

Malam tu dalam jam 1 am, laki aku sampai dari kampung. Dia cakap Yadik kena cacar. Aku keluar dan jenguk dia di bilik. Ya memang Yadik kena cacar, sebab keluar 1 badan dan di muka. So elak kakak dia kena, Yadik tidur dengan aku. Laki aku pula tidur dengan si kakak.

Day 3
Khamis pula aku ada appointment bertangas dan berurut. Awal aku mandi sebab panas sangat aku rasa walaupun pasang aircond. Kan hari tu aku cakap mau berurut sebab macam masuk angin. Aku fikir lepas bertangas dan berurut aku oklah. Tapi makin aku rasa sakit-sakit badan dan makin panas aku rasa. Tapi aku paksa diri juga masak untuk lunch. Sebab Yadik tu mana boleh makan makanan berminyak. Lepas masak tu aku rasa membahang sangat kepala aku. Panas sangat. So sampai saja 2 jam dari di urut, aku terus mandi dan basuh kepala.

Ohya, sebelum laki aku ke kedai. Dia sempat belikan kami kelapa. Aku minum banyak gila sebab haus. Tekak aku kering lain macam.

Lepas laki balik dari kedai, kami terus ke klinik. Mula-mula aku booking di kids specialist, tapi jam 7 pm pun aku masih lemas. So end up aku decide mau ke Klinik 1 Malaysia saja. Sebab masa tu aku pun suspect aku kena cacar. Sampai Klinik 1 Malaysia tu, nurse cakap boleh juga datang di Klinik Kesihatan Menggatal (menerima pesakit luar sampai jam 9 PM). So kami terus direct ke sana, sebab sana ada doktor.

Bila doktor cek, aku memang di sahkan cacar. Ubat macam biasalah kena bagi. Ubat tahan gatal, painkiller dan ubah sapu tu. Bila doktor cakap air-air kecil di kaki aku tu cacar, aku suspek aku yang jangkit Yadik. Sebab waktu aku mandi dengan dia hari Rabu tu. Memang aku ada sudah biji-biji cacar tu tapi kecil. Tapi doktor cakap memang kalau dewasa lambat keluar dan lambat sembuh.  

Sah Chicken Pox 

Day 1 (Khamis)
Bila aku disahkan Chicken Pox, automatik lemah badan. Haha. Walaupun masa day 1 ini belum keluar banyak. Tapi aku terasa panas sangat-sangat sampai susah bernafas. Aku fikir aku asma tau. Sebab aku rasa susah bernafas.

Day 2 (Jumaat)
Aku bangun aku dapat rasa sudah ada biji-biji cacar tu di tangan, kaki dan muka. Muka aku panas sangat. Memang masa ini aku tidak mampu sudah mau masak kecuali bubur. Sebab bila aku bediri, heart beat aku jadi laju sampai aku boleh rasa jantung aku berdegup. Selera makan aku terus mati. Aku tidak dapat makan sebab ada tonsel di bahagian tekak dan ada beberapa ulser di bahagian mulut. Gusi dan gigi semua ikut sakit tau.

Day 3 (Sabtu)
Sabtu aku masih tidak dapat makan. Aku timbang, aku hilang 5 kg. Haha. Best gila. Tapi aku masih demam masa ini dan aku rasa kulit aku muka makin mengerutu. Aku tengok cermin, memang aku mau menangis tengok muka aku. Punyalah teruk. Masa tu aku baru tau perasaan orang yang ada jerawat batu. Memang sangat sakit.
Aku rasa dalam banyak-banyak hari, memang day 3 ini agak mencabar sikit. Aku request tidur di ruang tamu. Tapi masa tu aku memang tidak tahan gatal. Pasang aircond sejuk, pasang kipas saja. Panas dan pedih pula cacar tu. Aku hampir menangis tau malam tu, sebab gatal. Mujurlah husband tolong lumur Calamine Lotion.

Dalam masa yang sama heart beat aku laju sangat sebab demam. Alhamdullilah, berjaya juga aku tidur dengan lena dalam jam 5 am.

Day 4 (Ahad)
Aku rasa getting better. Aku berjaya syampu rambut aku. Tapi masih tidak dapat buat apa-apa sebab aku rasa penat dan lemah. Kan lama tidak makan. Aku makan buah saja untuk alas perut sebenarnya.
Ahad aku punya biji cacar tu sudah bertukar menjadi nanah. Bila bertukar jadi nanah, perasaan tu ada ok sikit dari awal-awal. Walaupun aku demam, aku boleh layan Netfliex sudah masa ini. Boleh buat order online dan aku dapat tengok phone lama-lama. Tapi aku masih demam. Aku stop ambil ubat dan start ambil supplement.

Day 5 (Isnin)
Alhamdullilah. Walaupun masih tidak mampu masak tapi aku berjaya mandi wajib dan solat atas kerusi. Sebab bila solat biasa, aku pitam. So aku solat atas kerusi saja. Ohya, salah satu sebab juga kaki aku pun ada cacar. So mau berdiri lama-lama memang sakit. 

Day 6 (Selasa)
Yay! Aku sihat sudah! Walau dengan keadaan muka yang teruk, badan memang masih bengkak-bengkak, kaki masih bengkak oleh cacar. Tapi aku berjaya cuci semua cadar dan sarung bantal di rumah. Aku berjaya mop ruang tamu dan aku masak. Anak-anak aku makan banyak gila. Sebab sepanjang aku sakit, memang kami Food Panda sajalah. 

Day 7 (Rabu)
A fresh day for me. Walaupun tidak sihat sangat, tapi banyak sudah aktiviti harian aku mampu buat. Cuma mau menulis aku masih tidak dapat. Sebab sakit kepala teramat dan malam day 7 ini aku di serang migrain. Tapi aku memang tidak berani ambil painkiller sudah. So aku cuma banyakkan minum air.

Day 8 (Khamis)
Migrain aku masih teruk sebenarnya. Kalau dengar bunyi kuat pun aku rasa bergegar kepala aku. Day 8 ini juga ada technician dari TM dan Maxis datang rumah. Sebab cable wifi kami kena gigit tikus. Syukur husband aku balik juga tengahari tu. So aku duduk bilik saja sampai tertidur. Lepas aku bangun tu, alhamdullilah. Ok sudah migrain.

Day 9 (Jumaat)
Hari pertama aku keluar rumah. Haha. Ini pun sebab aku mau ambil homework anak-anak di sekolah diorang dan ada barang rumah nak beli. Kulit aku sudah ok sikit. Alhamdullilah.


Chicken pox ini 1 hadiah Allah yang tidak ternilai bagi aku. Sebab sepanjang kami kena quarantine, dunia sibuk dengan virus Corona tu. Macam-macam kes berlaku. Tapi alhamdullilah kami di rumah saja. Sebab Isnin sebelum aku tidak sihat tu, sebenarnya Jumaat minggu tu aku mau jalan-jalan di Mall. Alhamdullilah aku kena cacar, tiadalah aku berjalan tanpa hala tuju. Kadang kita tidak sedar, Allah beri ujian sebab Allah mau jaga kita dari sesuatu perkara yang lebih buruk. 

Alhamdullilah. Terima kasih Allah atas pengalaman ini. 

Hugs
blushermerah_

Ulasan

  1. Alhamdulillah dah sihat semula.

    BalasPadam
  2. moga cepat sembuh seperti sediakala buat yadik dan elly ya... moga parut tu cepat hilang...
    akak yg dah tua ni pun tak pernah kene chiken pox tau, risau jugak 2 tahun lepas masa aiyan kene kot akak terkena jugak tapi nasib selamat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius kak. Tapi klu dah dewasa kena, huh. Sangatlah sakit.

      Padam
  3. Semoga cepat sihat & cepat hilang semua parut2 chicken pox. Take Care!

    BalasPadam
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan Popular