Tips Beli Barang Rumah Untuk Sebulan

by - Mac 28, 2020

Assalamualikum pada semua kesayanganku. Tajuk tu macam selalu saja orang ulaskan. Tapi mau juga tulis, sebab ada yang tanya.

Okey, meh cerita pasal tips tu pulak. Soalan macam di bawah. So aku share sini, manatau tiba-tiba hilang fokus. Boleh rujuk semula. Ahahaha.
Aku bukan pakar sangat bab pengurusan kewangan ini. Sebab aku memang sejenis suka beli apa saja. Tapi aku selalu kalau barang dapur, aku mau pastikan benda tu cukup. Tak sampai sebulan, at least seminggu. Sebab susah bah mau masak kalau barang endak cukup. Nanti ada alasan mau beli makanan di luar. Aku menci alasan macam tu. Sudah memang pemalas, ada alasan lagi. Berganda-ganda halangan untuk masak. Begitulah.

So since kami tinggal KK. Aku day by day perbaiki cara aku beli barang rumah. Biarlah barang itu cukup dan sebaiknya tiada pembaziran. Sebab sebelum ini, asal aku declutter. Mesti ada barang yang aku perlu buang. Contohnya gula. 

Tips Beli Barang Rumah Untuk Sebulan

Rancang apa mau masak setiap hari. Aku jenis masak ikut keperluan perut. Memang sejenis tidak grand kalau masak. Aku masak ikut apa yang senang, mudah dan semua orang makan. So aku ada jadual masak setiap hari. Haha. Isnin makan apa, Selasa apa, Rabu apa dan seterusnya. Menu ini akan ditentukan sebelum beli barang, atau aku ikut saja menu-menu aku sebelum ini. Aku tanya juga pendapat laki aku. Tapi dia akan cakap. Apa-apa saja! 

Contoh beli makanan basah untuk mingguan

Menu Ayam Goreng
- Seminggu makan 2 kali Ayam Goreng
- 1 orang 3 ketul. So 3x4=12 ketul. 12 ketul x 2 =24 ketul digoreng.

Nanti sampai kedai, bolehlah kira siap-siap. Aku jarang kira kilo. Selalu kira ketul. Supaya semua ayam atau ikan ada kawan. Haha. Sayur pun aku buat benda yang sama. Cuma sayur aku beli setiap 3 hari. Sebab sayur ada saja orang jual tepi jalan. Ikan tu kena beli di Pasar Menggatal baru fresh.

Aku juga tidak beli makanan proses food seperti sosej, nugget. Kami cuma ada ikan basah, ikan kering, ayam, sometimes daging. I dont spent on crap food. Tapi ada masanya teringin mau makan. Aku beli tapi tidak simpan stok. Makan untuk hari itu juga dan selalunya aku beli waktu ramai orang di rumah. So benda tu tidak perlu ada dalam peti ais.

Lagipun anak aku bising kalau aku beli sosej. Diorang cakap. Umi cakap tidak sihat, kenapa beli. Tidak boleh makan ini. Haha. So aku tidak beli. Tapi itulah, diorang suru aku buat sosej dan nugget sendiri. 



Contoh beli barang kering

Barang kering ini macam kopi, milo, susu, garam, sabun mandi, sabun cuci kain dan sebagainya. Makanan yang boleh simpan lama. Barang macam ini aku ada list. List tu aku simpan dalam phone. Mana barang habis, aku akan X kan. Kalau masih ada aku akan tick. So sebelum jalan, aku kena cek satu-satu barang apa yang habis.

Ada 3 katogeri. Haha. check it out.


1. Barang Dapur. Ada lebih 20 list sebenarnya. Tapi i capture yang ini saja. Tulis siap-siap. Sebelum jalan, pastikan cek dulu apa barang habis. So tiada istilah beli barang double dan beli barang cukup-cukup untuk sebulan. List barang aku ini nampak saja banyak, tapi nanti genap sebulan. Bukan juga semua kena beli. Contoh garam, 1 peket himalaya salt tu sampai 6 bulan. Haha.


2. Barang mandian ini, aku tidak masukkan skincare aku. Sebab skincare aku, aku beli sendiri. Banyak jenis sabunkan, sebab laki aku mau brand lain. Aku tidak suka brand dia tu sebab kering kulit. Dia tidak suka sabun aku sebab kulit rasa berminyak. Akhirnya kami decide untuk beli sabun masing-masing. Pad pun banyak. Tapi selalunya pad aku beli terus 1 pek besar yang ada 3 pek kecil dalam tu. So 1 kali beli habis dalam 3 bulanlah.

3. Barang basah. List yang kita kena update setiap hujung minggu. Sama macam list lain. Pastikan barang yang ada balance tu memang untuk 1 hari saja, baru beli barang lain.


So itu sajalah tips aku beli barang rumah. Kami peruntukkan sebulan RM 800 untuk makanan harian dan keperluan harian kami. Itu sebab kena list barang, sebab kalau tak list. Nanti over budget.

Dengan cara ini, dapatlah elakkan pembaziran dan terlebih bajet. Yolah kitew bukan petik duit macam petik daun gais. Hehe. 

Jajan tu aku beli juga, tapi jarang. Cuma laki aku suka beli. Hurmmm. Berkali tegur, tapi beli juga. Keropok aku selalu beli yang main goreng tu. Hehe. Jarang beli yang memang keropok di kedai. Kalau beli pun waktu memang teringin. Selalunya jajan anak-anak ialah biskut, roti dan buah.

Simple saja. Tapi ada orang, tidak buat sebab malas dan rasa tidak perlu. Ikutlah, kalau macam kami. Bukan makan gaji, so kena kira baik-baik.

Tapi sebenarnya list bebaik macam tu pun kalau tidak dapat air yang bersih, susah jugakan. Dulu kami tiada penapis air, setiap 3 hari laki aku kena beli 1 kotak air. Itupun kena catu air. Lepas beli penapis. Alhamdullilah, minumlah sebanyak mana. Tetap bayar RM 90 sebulan.

Aku beli penapis air sini Coway Sabah. In case u gais berminat mau dapatkan penapis air, boleh saja contact dia. Kawan aku juga tu. Nama dia Yani. Klik link terus masuk ke wasap dia. 

Okey gais, kalau kamu ada tips lain Beli Barang Rumah. Boleh share di ruang komen atau buat entri. Jangan lupa tag aku ya

hugs
blushermerah_


You May Also Like

19 ulasan

  1. Apa beza kicap pekat dengan kicap Maggi tu? Ok tu rancang. Sabun pun ada beza suami isteri :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. yang kicap pekat tu ada 1 brand kicap sabahan. kicap maggie tu yang kuning tutupnya.

      Padam
  2. wow..bagusnya.. lengkap senarai tu! hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab kalau tak buat cam ni. beli entah apa2. haha

      Padam
  3. wahh tips yang bagus ni, in shaa Allah nanti nak guna tips macam ni.

    BalasPadam
  4. bagusnya. I've never plan on what to buy every time I needed to buy things.
    Simply because I'm not really good at it but still I tried and am getting better at it.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun take time juga untuk study pasal groceries yang tepat dan list yang tepat. hehe

      Padam
  5. Bagusnyaa... telita ba kau ly . Bagus begitu... i idol u la ly

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala.. i idol u juga. Ko buatlah. everyone can buat..

      Padam
  6. Akak selalu beli barang dapur untuk tempoh seminggu kecuali bahan kering yg boleh tahan untuk sebulan... sebelum ni duduk bertiga je masak pun sehari sekali memang ayam sekor tahan 3kali masak... tapi sejak pkp nih ayam sekor 2kLi masak dh abis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. I feel u kak. Kita tiba-tiba rajin masak dan rajin makan.

      Padam
  7. Wah.. betul² teliti... kalau saya pula, jenis berbelanja yg akan pastikan ada stok 1 bulan kedepan. So incase tiba² duit lari ketmpt lain,cth: kereta breakdown.. bekalan mkn masi ada.. hahaha... barang basah mmg kena topup 2-3 minggu sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah macam tu dulu, tapi macam tidak cukup. So sekarang ini kami asingkan terus duit dapur. cukup tidak cukup kena bijak berbelanja, sebab endak mau kacau duit bahagian lain.

      Padam
  8. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam