Vitamin C Ubat Covid 19?

Actually 3 hari lepas, dari jam 2.30 pm sampai malam aku depan laptop. Waktu makan dan solat saja aku berdiri dari meja kerja. Haha. Sebab hari tu stock Vitamin C sampai. Order Vitamin C tak banyak mana pun, tapi demi peminat Vitamin C, aku kena dapatkan juga lebih 30 botol Vitamin C untuk hari itu. Alhamdullilah Shaklee limitkan 1 ID cuma boleh beli 4 botol saja dalam sehari. Setel beli 27 botol, aku PM sesatu leader. Takut terlepas pula diorang beli Vitamin C.

Setakat yang aku tau, kami beli 60 botol Vitamin C hari tu. Aku beli on behalf je yang lain. Sebenarnya ada lagi kawan mau 6 botol Vitamin C tapi aku tidak sempat beli sudah. 


Sehari sebelum stok Vitamin C masuk, ada kawan PM pasal Covid vs Vitamin C. Aku endak tengok segmen ini sebab kami tiada astro. Tapi menurut kawan aku cerita, doktor dalam tu cakap kajian-kajian pasal vitamin c dan covid adalah mitos. Lepas tu doktor tu cakap siapa ambil vitamin c membazir dan boleh merosakkan buah pinggang sahaja. 


Ambil saja Vitamin C dari buah dan sayur. Macam doktor tu tidak tahu orang Malaysia ini suka makan apa. Haha. Opps...

Aku malas mau ulas sebenarnya benda ini. Tapi memandangkan ramai juga orang yang tidak bertanggungjawap tulis bahawa Vitamin C adalah ubat covid 19. Aku rasa geram juga. So sini aku terangkan secara ringkas saja ya. Semoga beri manfaat pada uolls dan clearkan salah faham.

Actually aku sangat tidak setuju bila orang cakap Vitamin C ini adalah ubat Covid 19. 


Okey anak-anak. Begini..


Vitamin C ini 1 nutrisi penting sangat untuk badan. Vitamin C tidak mampu dihasilkan oleh badan manusia tau, tapi Vitamin C dalam badan kita akan berkurang setiap detik


Boleh bayangkan. Dia umpama kehidupan kita sekarang. Hari-hari makan tapi tiada kemasukkan kewangan. Begitu juga dengan Vitamin C. 


Kena suruh pula ambil Vitamin C dari pemakanan. Ia umpama kita sekarang tiada kerja, tiada gaji dan kita dibenarkan ambil duit dalam KWSP. Cukup ke tak? Tanya diri sendiri. 


Itu sebab kita perlukan support dari supplement. Supplement ini bertindak sebagai supporter. Macam yang kerajaan buat sekarang. Beri bantuan pada golongan yang tidak berkemampuan.


Begitu juga fungsi Vitamin C dalam badan. Kalau rasa doktor tidak perlu ambil Vitamin C dalam badan sebab sudah cukup dari makanan, its ok. Tapi kena ingat, bukan semua orang ada cara makan yang sama. 


Ada orang tidak makan sayur. Memang daging, ikan dan ayam itu ada vitamin c. Tapi cuba perhati semula cara masak daging, ikan dan ayam. Rasanya Vitamin C tu tak mengelupurkah kalau di masak lebih 5 minit dengan kepanasan lebih 100 darjah? Kalau kuman pun boleh mati, inikan pula Vitamin C yang sangat senang rosak dengan keradangan (panas).


Sambung cerita. So kalau bukan untuk Covid19, kenapa masih ramai yang makan Vitamin C? Sebab Vitamin C ini untuk boost imun kita. Imun kita kuat, sekurang-kurangnya ada pertahanan kena penyakit. 


Macam pagar rumah. Bayangkan ada kerbau gila di luar. Rumah A pakai pagar dawai (besi), Rumah B pakai pagar batu dan tinggi. Rasanya kalau kerbau gila tu mengila, rumah siapa yang akan di rempuh? Jawap sendiri. Hehe.


Begitu juga sistem pertahanan badan kita. Kiranya kita boost vitamin c dalam badan untuk memagar badan kita. Tapi gais, semua tu kuasa Allah. Hanya Allah yang mampu menyembuhkan dan memberikan penyakit. Tugas kita berusaha untuk tingkatkan imun kita sewaktu wabak ini. Kalau sudah usaha tapi masih kena, pasti ada hikmah disebalik kejadian.


Cumanya kesilapan kita sebagai manusia termasuk aku. Kita makan vitamin c waktu dah terkena selesama atau sakit. Sebelum kena terasa diri kebal. Sorry gais. Kalau sudah kena tu, makanlah Vitamin C dari mana pun tetap akan jadi selesma tu. Itu menurut kajian. 


Tapi makan Vitamin C Shaklee, InsyaAllah boleh cool down serta merta selesma tu. Mungkin juga yang kena  selesma tu memang imun sistem dia kuat. Kannn? 


Yang penting usaha. Allah pandang setiap usaha kita gais. Allah itu baik.


Aku harap korang faham apa yang aku sampaikan. Ingat jangan salah faham. Vitamin C bukan ubat covid 19. Tapi untuk sistem imun kita. Sistem imun tidak kuat. Selesma biasa pun boleh kena, tidak perlu tunggu covid.


Kita punya badan ini, hari-hari terdedah dengan radikal bebas atau contoh paling dekat ialah kegemaran rakyat Malaysia iaitu GULA. Selain menggemukkan gula ini boleh matikan sel baik, makan collagen dalam badan dan bermacam jenis angkara jahat si GULA ini. Okey.


Rujukan

1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19263912
2.  https://www.health.harvard.edu/cold-and-flu/can-vitamin-c-prevent-a-cold

hugs

blushermerah_

Ulasan

  1. Betul, vitamin C untuk tingkatkan imuniti badan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes. Ramai yang pertikaikan tapi orang lebih lama dari kita sudah try semua itu.

      Padam
  2. Vitamin C perlu ada dalam diet makanan kita untuk kuatkan sistem imun badan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya.. betul. simple tapi ramai tak faham.

      Padam
  3. Utk kuatkan imun sister boleh tapi utk merawat tak l kan

    BalasPadam
  4. Vitamin C bukan ubat untuk covid. Ramai kan Elly yang salah faham pasal ni.

    Betul tu Elly cakap, Vitamin C ni bagus untuk protect imun kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn. baru yang salah faham ramai yang over claimed pun ramai.

      Padam
  5. Betul tu... vitamin C boleh boost imunisasi badan...

    BalasPadam
  6. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan Popular