Cerita Fiksyen : Bella Part 3

part sebelumnya

Terisi kekosongan jiwa saya selama ini. 5 bulan perkenalan dengan sam buat hari-hari saya semakin ceria. Saya semakin lupa dengan kisah lama. Saya tidak mimpi lagi arwah Imran.

Saya makin pandai mengawal pergaulan. Walaupun saya dan Sam berlainan agama. Tapi dia tetap hormat saya. Belum pernah lagi ada kes sentuhan tanpa sengaja. Tidak pernah lagi jalan malam. Jarang sekali jalan berdua.

"Bel, boleh umi tanya?"

"Apa tu umi?"

"Bella ada boyfriend?"

"Ramai. Hahaha"

"Maksud umi, yang special bah"

"Tiada umi. Napa?"

"Ada orang mau merisik bah. Tapi ini mau tanya bella dulu"

"Erm.. entahlah umi. Saya belum ready bah pula"

"Bah. Fikir-fikirlah dulu. Kalau mau tinguk fb dia, ko tanya umi"

"Umi nampak di mana tu orang? Di fb? Hahaha"

"Adalah. Tapi konpom ko tida menyesal kalau kau tau"

"Hais. Nantilah umi. Mau naik gaji dulu. Hahah"

Saya belum ready bah mau ada ikatan sama siapa-siapa. Kalau kawan itu bolehlah.
.
.
Weekend!! Selalunya weekend saya ini memang di rumah dan memang sentiasa ada di rumah. Tiada way macam orang lain. Hidup single memang macam itukan?


Tapi ok sikitlah sekarang sebab Sam selalu whatsapps saya. 

"Bella, mari teman saya beli seluar"

"Mana kau mau bili?"

"Di surialah. Saya mau cari situ esprit"

"Bah. Ko naik uberkan?"

"Eya"

"Ok. Saya punlah. Malas mau drive hari ini"

"Bah. Jam 10 am saya dari rumah"

"Ok bos"

Saya cek kalender! Oo. Gaji bah pula hari ini. Patutlah dia bawa bejalan.
Saya selama kenal Sam, saya rasa Sam ini seorang yang pemboros. Tapi tidak kesahlah sebab itu duit dia, cuma tiba-tiba saya terfikir bah cara dia berbelanja tu boros sangat. Haha.


Saya besiap. Pakai jubah sajalah hari ini. Malas saya mau besiap lebih-lebih. Kalau ada maid, saya rasa saya minta tulung iron baju. Hahaha.
Jam 10.30 am baru saya keluar dari rumah. Saya dekat saja. Sam jauh. Saya terus call Sam, malas saya tengok phone lama-lama di public. Padahal saya kena brainstorm oleh Umi. Jangan tengok phone di public nanti kita tidak tau bahaya mana. 

"Hello. Ko di mana sudah?"

"Dihati mu. Hahaha. Baru turun kereta"

"Okeh. Saya tunggu sini entrance"

Dia ingat lawaklah tu. Tapi lawak jugalah. Cuma saya tidak ketawa, sudah off baru ketawa berabis. Haha.

Sepanjang kami jalan, Sam saja yang beli barang. Saya memang jenis tidak tau mau beli apa. Sebab selalu pun baju-baju saya beli kebanyakkan online dan jarang sangat beli.

"Sam. Saya p solat dulu baru kita lunch"

"Ok. Saya tunggu di secret recipe k"

"Okie. Sure"
.
.
"Sam. Hi. Sorry lambat"


"Its ok. Done?"

"Yep. Ko belum makan?"

"Mau tunggu princess. Hehehe"

"Bah kita mau makan apa?"

"Saya mau makan spaghetti saja"

"Ok. Saya tomyam thai"

Makan diam. Lepas makan baru becakap. Kita kena belajar menikmati makanan.

"Sam, ko pernah rindu late wife ko?"

"Ya. Always"

"Apa cara ko move on?"

"Actually susah saya move on. Saya pindah Sabah pun mau hirup udara sabah. Dady saya cakap, sumandak sabah lawa-lawa macam mommy saya. Heheh"

"Jadi kau jumpalah sudah sumandak kau?"

"Eya. Sumandak saya tu, p ambil cookies saya. Hahaha"

"Serius bah Sam"

"Ya, dia depan saya sekarang"

"Me?"

"Yep"

"But sam. Kau sama saya lain tau"

"Apa yang lain? Ko bukan lelakikan?"

"Erm. How to explain ya. Kau boleh terima sayakah?"

"Kenapa juga?"

"We not in same religion. And for sure kalau kita sama-sama mesti kau ikut saya"

"Bila masa saya cakap kita mau kawin? Hahaha"

Astaga ini lelaki ar. Bikin kuyak saja. 

"Ermmm" apalah saya mau cakap untuk cover malu.

"Kalau saya perlu ikut ko pun kenapalah?"

"Are u sure?"

"Ko tidak pernah ada perasaan sama saya?"

"Sikit" Haha. Naaa. Jujurkan diriku. Haha.

Saya fikir dia mau propose saya. Tapi tiada pula. Hahah. Fikir jauh sangat kau ini Bella. Sebab cara dia tanya tu macam cara dalam drama bah. Haha. Ceh. Padahal baru jak bah kenal. Aduhai. Perasaan yakmat kenapa ini Bella. Malu sendiri saya dengan perasaan saya ini.

"Bella mari makan buger"

"Kau maukah? Bah marilah"

Ngam juga mau duduk ini, penat betul sudah saya. Phone pun belum check dari tadi, nanti Umi chat apa-apa tidak tau pula. Saya terus duduk kerusi di belakang dari pandangan orang. 

"Buger apa kau mau"

"Saya mau double cheeselah. Kau?"

"Sudi kau buGELAR wife saya?"

Saya tediam. What a funny purpose. Hahaha. Saya angkat kepala dan pandang Sam untuk cari kekuatan. 

"This is for u. Saya tidak tau ko suka atau tidak" dia letak 1 kotak kecil. Entah apa dalam dia. Tapi saya ambil juga dan buka.

Cincin. Simple. Nice and make my heart shy-shy gitu.
"Erm. Saya tidak boleh bagi jawapan tau. U need to ask my umi". Sambil saya tunduk.

"Sudah tanya Umi dan ko krik-krik saya punya risikan kaan?"

"Is that u?"

"Ya. Saya tida tau macam mana mau cakap. Tapi, saya suka kau dan sayang kau"

"Erm.."

"And fyi, my name is Samsul Abdullah"

"Hah? Since?"

"Perlukah tau?"

"Ya"

Tiba-tiba ada menyanyi di belakang kami. Lepas tu ada suara sumbang dalam beberapa orang. Saya toleh. Mom, adik and fiza. Yang lain tida kenal. Hahah.

"Accept him kak. Kemon kak"

Lepas tu ada banner bertulis.
"Nabila please be my wife......"

Semua orang dalam restoran bertepukan tangan. Haiya. Can i pengsan here. Banyak surprise.

"I dont know" Sambil saya menangis.

"Saya fikir ko pun ada perasaan yang sama dengan saya"

"But... cepat sangat bah Sam"

"So? Tidak berhasillah ni?"

Saya tunduk. Restoran tu diam serta merta. Seolah-olah kami kena pause semua. Semua mata pandang saya untuk tunggu jawapan. Sebenarnya bukan saya tidak suka atau sayang sama sam. Tapi saya paling takut kalau kehilangan lagi sekali. Kehilangan itu sangat sakit, orang yang pernah rasa saja tau.

"Yes with one condition" saya pandang umi, adik, sam dan ada lelaki tua sama aunty-aunty. Maybe his daddy. Diorang pun pandang saya.

Lain lagi suara sumbang di keliling kami.

'Budu juga tidak mau terima'

'Mari bagi sayalah kalau kau tida mau'


'Terima dia'


Dan banyak lagi suara-suara keliling kami.

Sam signal mau tau. Dia mau teruskan apa saya cakap.

"Saya tidak mau tunang. Bolehkah terus kawin?". Dengan suara terketar-ketar sebab saya segan, takut dan risau dengan keputusan yang saya ambil ini.

"Really?" Sam mau datang p hug saya. Tapi cepat-cepat adik saya tarik. Baru geling-geling kepala. Hahaha.

Semua happy. Tapi, betulkah tindakan saya ini? Betulkah sam yang terbaik untuk saya. Betulkah saya yang terbaik untuk sam? Sekarang ni tidak tau, mau happy atau mau sedih.

"Congratulations bella"

"Thank you fiza"

Lepas dari sesi minta perhatian di suria, haha. Kami keluar dari sana pigi makan di Todak. Saya duduk depan Sam.

"Thank you sayang" Dia pandang tepat di mata saya.

"Untuk?" Ceh. Kena acah-acah jual mahal gais.

"Terima saya"

"Since when?"

"Since u makan my cookies tanpa henti"

"LOL. Bikin malu saja"

"Betul bah. Saya pun tekejut ko buat gitu. Tapi, bila saya rasa ko comel betul makan sambil marah-marah sebab pikir saya ambil cookies ko. Saya biarkan sajalah. Hahaha"

"Jahat o ko kan. Berabis lagi tu saya makan. Hahaha"

"Cute"

"Hahaha. Thank you. Tapi betulkah ko sayang saya? Ko tidak kasi tinggal saya? Ko jaga saya?"

"Ya. I will do my best"

Saya tinguk sedalam-dalam mata Sam. Yakinkah kau bella dengan pilihan mulut kau ini. Macam mana nanti kalau masa kau sudah nikah sama dia, kau berubah hati? Dalam sekelip mata saya dalam dunia saya sendiri.



"Betul tidak minta hantar?". Sebenarnya saya kekok mau panggil Sam apa. 


"Ya. Malam sudah. Saya naik grab saja"

"Bah. Saya pun penat sudah melayan ko punya drama tadi. Hahaha"

Kami berbabai-babai. Aik. Ucap salam begia. Dalam kereta adik yang drive. Saya cek phone.

"I love you and thank you so much sayang". Saya senyum saja baca wassap sam.

"Thank you". Itu saja saya reply. Tidak tau mau reply apa lagi.

1 month later. Kami berkursus kahwin, tapi saya tidak pergi. Sebab sudah ada sijil kurus kahwin sediakan. So Sam saja kursus.

Checklist Wedding Bella & Sam
Booking slot nikah done
Majlis di rumah done
Pakaian nikah done
Pakaian sanding done
Catering done
Door gift done
Photographer done

Saya ini memang manusia paling simple di dunia. Kalau ikutkan hati mau saja saya nikah saja betul. Mungkin juga sebab kisah lama. Dulu masa dengan Imran, macam-macam kami buat. Sebab memang mau kahwin besar-besaran. Lepas tu, barang-barang tu semua menyakitkan hati saja.

Umi, sam dan saya bincang lepas kahwin. Kami tinggal di kingfisher lepas kahwin sebab situ memang rumah saya. Tapi sam cakap kesian pula sama umi saturang. Jadi dia cakap dia pakai motor saja p kerja.

Adik pun tahun akhir tahun ini, so dia stay rumah sudah. Jadi diorang sama-samalah pigi kelas. Saya kalau boleh mau tinggal sendirian bah. Tapi sam cakap janganlah. Kesian umi 1 orang di rumah.

Jadi, atas perbincangan dan persetujuan orang-orang tercinta ini. Kami tinggal di rumah umi selepas kahwin.

Bilik? Saya pakai saja bilik saya sekarang, sebab bilik saya di atas dan paling hujung. Umi cakap mau belikan saya bedding set baru. Saya layannnn. Jadi kami pigilah membeli katil serba hitammmmm.

Bilik saya p car warna pink pastel. Strip-strip white. Prabot serba hitam. Wow. Mengancam gitu. Aummmm. Toilet saya cat black and white saja.

Im so excited actually!!! Lagi 1 weeks! Yay! Walaupun kami bukanlah becinta sangat waktu tempoh sebulan ini. Sam busy, saya busy. Weekend saja ada masa mau atur-atur progress majlis kami. Alhamdullilah, Umi banyak membantu. Kadang saya tidak tau, saya ini excited sebab mau kahwin atau sebab lain.
Today is the day!

"Aku terima....... bla bla bla"

"Sah?"

"Sah" serentak semua orang.

Ohya. Mungkin ada yang tidak tau. Wali saya papa saya. Alhamdulillah. Dia balik malaysia juga demi saya. Walaupun adik tidak layan papa, tapi saya tau adik bahagia.

Umi macam biasa. Lebih banyak diamkan diri. Semoga mereka juga disatukan semula. Kita doakan ya. 

Saya nampak makin lama sam makin dekat. Gad. Im so nervous. Jantung saya makin lama makin laju. Laju dan laju. Pengsanlah ni. Pengasan. Hahah.

"Sayang" sam hulur tangan dia. Uiiiii. Nervous giler i.

"Sayang" sekali lagi dia panggil. Fantasi saya jauh sudah. Hahaha.

"Bella. Laki kau tu" baru saya tekejut. Hahaha

"Sayang" sam hulur tangan, saya sambut baru sium tangan sawo saya. Sejuk geng tangan kami dua. Aik. Duda pun nebes kah??? Hahah.

Sam kiss dahi saya. Makinlah saya karau. Nebes. Hahah. Sarung cincin, lepas tu gambar-gambar.

Kami nikah jam 10am. Jam 12 pm waktu makan lepas makan kami masuk bilik. Sebab jam 2pm gitu ada acara lain.

Saya masuk bilik, mau p padam mekap mau solat. Nasip bukan mekap 10 inch. Hahaha.

"Sayang ready to solat?"

Serius saya tiadalah minta bah dia imamkan saya. Walaupun dia memang imam saya sudah. Tapi taulah dia baru saja convet, so i dont expect anything. Dia masih dalam proses belajar. But, siapa sangkakan. Dia mampu imamkan saya. Dengan sempurna. Alhamdulillah.

"Thank you sam"

"Em em. ada panggilan yang lagi sedapkah?"

"Mau panggil apa?"

"Abang maybe? Hubby? Husband? B? Sayang? Darling?"

"Hahaha. Erm. Saya fikir dululah"

"Bepikir lagiiii???" 

"Ok. D....." tiba-tiba saya ingat si imran. Saya tediam. Tidak tau mau cakap apa. Ya Allah ko tu isteri orang Bella.

"Yes?"

"Erm..."

"Malu-malu lagi cakap. Darlingkah?"

"Erm" actually fikiran saya di tempat lain sudah.

"Sayang. Can i hug u?"

"Hah?" Masih bah saya rasa kami ini belum kawin. Haha.

"Im yours. Heheh"

Tok tok tok.

"Bella, umi ni"

"Ya umi" saya tolak sedikit badan Sam.

"Sorry. But you need to change. Nanti lambat. Umi punya kawan mau datang jap lagi"

"Ok umi. Saya besiap"

"Ala. Belum peluk"

"Im yours. Sabar dulu kau"

"U call me cow again?"

"Ai naa. Erm. B sabar dulu ya. Saya mau besiap. B pakai baju saya mau panggil mua masuk bilik"

"Sayang pigi bilik sebelahlah. Jangan bawa orang lain masuk bilik kita. Boleh?"

"Bah. Ok b"

"Saya keluar ya?"

"Ok"

Muah. Haha. Ini pula perasaan kahwin.
Saya masuk bilik tetamu. Tempat Fiza. Baru panggil mak andam saya. Hihihi. Actually saya bukan mekap sangat pun. Just pakai eyebrow, eye shadow sikit. Siap. Tudung pun tudung shawl instant saja.

Nasip umi punya arrangements time memang santik bah semua ikut jadual. Habis sesi bergambar dalam jam 4.30 sudah. So saya pun cepat-cepat masuk bilik. Saya p solat dan tidur jap. Sakit kepala terlalu sesak orang. Terlalu banyak flash.

"Sayang bangun"

"Napa?"

"P mandi. Maghrib dan makan"

"Jam berapa sudah?"

"Jam 7pm" punya lama saya tidur. Saya pandang sam. Hensom bah juga laki saya ini.

"Yes?"

"Erm. Tedalah. Hahaha"

Majlis malam more to menari, menyanyi dan bersuai kenal dengan saya punya in law. Ramai bah pula in law saya di kk ini. Haha. Sam saja ni tidak mencari family dia.


Tepat jam 12 am. Siap sudah kami punya majlis. Punya sakit tulang belakang saya. Umi perasaan terus datang tempat saya.

"Bella napa ni?"

"Sakit sudah macam dulu umi"

"Adui. P lah ko naik atas"

"Saya tolong situ jap"

"No. Jangan bella. Naik. Umi tidak mau ko sakit"

"Sam.. bawa bella naik" suara umi tegas. Umi macam moody jak ini. Saya akun sajalah. Nanti merajuk lagi kesayangan saya kalau tidak dengar cakap dia.

"Napa sayang?"

"Erm.. sakit ulang belakang saya"

"Napa?"

"Entahlah. Mari naik atas boleh?"

"Bah. Mari"

Makin lama makin sakit belakang saya. Macam saya mau pengsan saja rasa sakitnya tu.

"B. Sakit😭"

"Mari saya angkat". Saya diam saja kena angkat. Seram sejuk badan saya. Memang sakit betul pinggang saya.

Sampai bilik saya terus limpang. Sam kasi buka tudung saya. Sama sarung tangan. Stokin.

"Sayang. Mari minum air"

"B bolehkah cari yoko-yoko saya di lemari". Mencarilah sam sana lemari.

"Sayang teda ni". Baru saya ingat. Prabot baru pula.

"B, Biarlah. Minta sama umi ubat saya jak ar". Saya tarik napas hembus napas.

Lepas tu pelan-pelan pejam mata. Baru saya tefikir sekarang. Macam mana kalau saya tidak dapat pregnant. Macam mana kalau saya tida dapat bagi anak sama sam. Makin menjadi-jadi rasa sakit belakang saya ditambah dengan perasaan serba salah.


5 Self Care Idea

Aku translate juga self care ini tapi macam endak kena konsep pula bila BI to BM. Al maklumlah, ku noob sikit bahasa asing ini. Haha. Jadi hari ini aku mau share 15 Self Care aku pernah konsisten buat.
Apa maksud Self Care?

Self Care ini paling simple faham ialah kita buat sesuatu rutin tu untuk stay motivated. Macam aku dulu, jenis yang sangatlah negatif. Mungkin sebab aku seorang Safety, so mau stay positif tu memang susah. Sebab skop kerja yang selalu berfikir kalau itu berlaku, kalau ini berlaku. So mau berfikir secara positif itu susah. 

Kerja aku dulukan. Contohlah hari ini di site ada 1 erection, aku mesti kena buat sop macam mana kalau benda tu jatuh, macam mana kalau tali putus. Kena buat apa. Kiranya aku kena fikir benda tu sudah berlaku untuk elak perkara tu berlaku. Haha. Dulu masa kerja aku memang boleh dikatakan setiap pagi marah, kadang sampai ke malam pun aku dalam keadaan mood marah, takut dan tidak selamat.

5 Self Care Idea 

1. Cukup Tidur

Ramai tidak tahu, tidur yang sangat berkualiti bila kita tidur bawah jam 12 am. Sebab sebenarnya, kita tidak perlu pun tidur sampai jam 7 am. Kita just kena pilih jam tidur yang betul. Kita perlu 8 jam tidur kan? Sebenarnya jam 12 am kebawah setiap 1 jam kita tidur bersamaan dengan 3 jam. So kalau mau tidur 8 jam kita cuma perlu tidur 4 jam saja untuk dapatkan 8 jam tidur. So jam 2 am dah boleh bangun. Tidur cukup baru minda dan jasad kita high with positive vibration.

2. Mandi

Since aku ada anak, aku rasa mandi ini bukan sudah 1 keperluan aku. Sebab terkejar-kejar. Sampai anak sudah besar pun aku mandi tidak lebih 5 minit. Selalu mau cepat. Tapi tahun lepas aku masuk 1 kelas. Guru cakap air ini bagus, ada memory. Air juga reflect diri kita. So sebaiknya dalam sehari tu ambil masa 30 minit untuk mandi dan fikir perkara positif dalam kamar mandi. Lagipun air ini buat badan kita lebih tenang, mungkin ada yang naik angin waktu PKP ini sebab jadi cikgu pada anak-anak. Bolehlah kerap mandi. Kiranya mandi ini Me Time kita. Sebab dalam kamar mandi saja kita dengan diri kita. Tiada gadget dan tiada anak-anak.

3. Flight Mode

Guru cakap pastikan dalam 24 jam itu, paling banyak pun 8 jam saja kita online. Tapi mampukah? Hehe. Macam aku, aku start flight mode jam 9 pm. Sebenarnya dulu aku tidak berani pun tinggal phone lama-lama. Tapi flight mode ini ajar aku untuk percaya kepada Allah 100%. Aku selalu niat macam ini. ''Ya Allah, sekiranya ada customer aku masa flight mode. Jagakan mereka untuk aku''. Hanya Allah boleh beri rezeki dan boleh tarik balik rezeki. So kita online waktu tu kalau Allah cakap this is not for u. Memang urusan jual beli tidak akan berlaku.


4. Tulis Journal Kesyukuran

Dulu orang suru tulis, aku tidak tulis. For me, apa ingat tidak tulis aku tidak bersyukur. Tapi rupanya bila aku cuba untuk tulis kesyukuran aku setiap hari. Its make me better. Sesuatu perkara tu betul-betul sampai di hati. Jadi sekarang aku ambil masa waktu pagi untuk tulis kesyukuran aku. 

5. Tanam Pokok

Ini pun guru aku yang suggest. Tanam pokok. Back to nature. Bila stress boleh pandang pokok, kalau pandang pokok. Mata, minda dan body kita akan reset dari stress itu. Jadi memandangkan aku ini tidak suka buat benda tiada hasil, itu sebab aku prefer tanam sayur dari bunga. 
Aku buat banyak lagi tapi share 5 lah dulu ya. Hehe. 5 Perkara ini yang aku buat most day. Korang trylah buat salah satu self care ini. Nanti boleh share aku, bagi jak link di ruang komen. So aku tidak terlepas pandang.

hugs
blushermerah_

Review Cleansing Water Sephora | Recommended To Sensitive Skin

Aku jarang blogwalking sekarang. Aku bukan busy pun, tapi aku tengah main game dan aim untuk naik Ace sebelum habis PKP. Tapi memandangkan kalau main random aku dapat pro player aku cepat je mati, kalau main dengan team pun suka bar-bar. Akibatnya aku too soon. 2 hari lepas main random dapat BTR Luxxy. Aku perasaan lepas mati dan yang sadisnya aku keluar sebelum habis game diorang. Menyesal juga sebab itu antara pro player aku suka. Haha. Tadi pula 1 game dengan BTR Riski. Dia shot aku sampai mati. Haha, ku rela di bunuh oleh pro player. Kahkahkah. 

Sebelum beli Cleansing Water ini aku memang mau beli cleansing water Garnier. Tapi entah macam mana gatal masuk Sephora dan test Cleansing Water Sephora ini best juga. 

Cleansing Water ini RM 75 kalau tidak silap. Ada 3 size sebenarnya, mula-mula mau pilih paling kecil supaya boleh masuk dalam travel makeup. Tapi macam tidak cukup pulak. So aku decide beli yang besar terus. 

Experience bila ko pakai Cleansing Water ini, kulit akan rasa moist dan tidak rasa pedih even ada kulit sensitif macam aku. Adalah gatal tu, tapi tidak teruk dan kulit tidak burn macam makeup remover atau cleansing water lain. Kiranya ini adalah Cleansing Water pertama aku try yang tidak pedih.

Okey. Apa beza Cleansing Water dan Makeup Remover?

Cleansing Water - Untuk mencuci kotoran muka contohnya krim, habuk dan apa saja atas muka kita sebelum kita cuci muka guna pecuci muka untuk dapat kesan dan penyerapan lebih efektif. So makeup light-light boleh guna Cleansing Water sebelum cuci muka guna sabun. Di rumah pun aku pakai cleansing water untuk pastikan kulit betul-betul bersih dari krim.

Makeup Remover - Gunanya untuk bersihkan kulit kita dari makeup. Ada orang walaupun pakai makeup remover, lepas tu pakai cleansing water baru cuci guna sabun.

Cleansing Water atau Makeup Remover ini ada banyak jenis. Ada yang minyak, air dan jenis susu. Brand Sephora pun ada 3 jenis. Minyak, air dan susu. Tapi aku ambil air ini sebab di botol tertulis suitable for sensitive skin dan ada Calendula Extract. 
Walaupun kandungan ekstrak bunga Calendula ini tidaklah banyak mana sebab kandungan paling bawah. Tapi untuk pengetahuan semua kegunaan minyak bunga ini menjadi altenatif eczema treatment pada zaman dahulu. Sifat Calendula ini anti-inflammation. So bagus untuk cooling our skin. 

Cumanya aku tidak berapa suka Cleansing Water ini ada perfume, tapi normallah kot. Aku tengok pun mostly Cleansing Water atau Makeup Remover ada perfume. Cuma masa aku pakai cleansing water ini, aku tidak percaya ada perfume. Sebab sangat soft di kulit aku.

Kadang kulit kita kalau kusam, kering atau berjerawat. Cuba tengok cara cuci muka. Betulkah cara kita cuci muka. Ada yang pakai bedak kompek, apa bah namanya ini. Ermmm. Compact Powder. Haha. Ada yang pakai Compact Powder dan terus cuci muka guna pencuci muka tanpa bersihkan terlebih dahulu kotoran di atas kulit. Kulit rasa bersihkan? Tapi cuba ambil kapas, basahkan sikit dan wipe di kulit lepas cuci muka. Aku boleh jamin, kapas tu berubah warna.

Bila kulit tidak bersih, pakai toner, pakai macam-macam skincare. Tidak sampai terkena pada permukaan kulit, macam mana mau meresap? So lepas ini kalau pun tidak beli Cleansing Water, kamu boleh basahkan kapas terlebih dahulu dan wipe muka sampai hilang tu kotoran di kapas baru p wash your face using cleanser.

Ada saja cleanser yang tidak perlu pakai cleansing water. Sebab memang ada double cleansing sudah. Tapi aku prefer guna Cleansing Water terlebih dahulu baru guna cleanser.
Kena pusing kiri atau kanan untuk unlock baru boleh tekan.
Tak perlu tuang-tuang. Tekan je.

Berbaloi jugalah RM 75 untuk 400 ml. Ini aku beli bulan Feb tahun ini, tapi belum sampai 1 inch habis. Aku kerap juga pakai walaupun buka setiap hari. Tapi jimatlah. 

So pada yang ada dry dan sensitive skin macam aku, trylah Cleansing Water Sephora ini. Memang highly recommended. Mau guna ID aku pun boleh saja. 

hugs
blushermerah_

Meal Shake Shaklee

Semalam cek Google Photo, jumpa banyak gambar dan video anak-anak dengan Meal Shake. Bila check dalam Facebook, rupanya ramai juga mama-mama beli Meal Shake dengan aku dulu sebab anak sembelit. Kes sama dengan Yayang lah tu.
Aku suka sangat Meal Shake ini sebab bermacam resepi boleh buat. Lagipun sarapan paling lengkap dan senang untuk anak-anak. Cek resepi sini Resepi Meal Shake Strawberry
Gambar lama
Dulu Yayang pernah sembelit teruk sangat, sampai dia tidak mampu duduk sebab sakit perut. Lepas tu lama dia tidak dapat p toilet. As mom, aku memang risau. Risau sampai sama-sama kami menangis tepi toilet. Macam-macam juga aku bagi masa tu. Pisang, betik semua tu aku try. Tapi memang tidak efektif di perut Yayang. Sampailah kami bagi Meal Shake.

Apa Meal Shake ini sebenarnya?

Meal Shake ini sejenis minuman yang lengkap dengan serat dan protein. Macam yang kita tau, protein ini membantu membina dan memperbaiki tisu dalam badan.

Meal Shake ini serbuk, 1 tong Meal Shake boleh guna sampai 16 servings. Tapi anak-anak aku sehari 1 sudu saja, campur dengan susu diorang. So cukuplah sebulan.

Ada yang tanya, bolehkah orang alergik dengan susu kambing dan lembu minum Meal Shake?

Boleh gais. Sebab Meal Shake ini dari kacang soya dan kacang soya ini pula dari kacang soya yang tidak diubah secara genetik. Bahan yang dipakai bahan yang beyond organic.

Dalam Meal Shake ini ada 24 jenis Vitamin dan Mineral penting dan paling best ialah transfat dan lemak-lemak yang tidak baik, tiada dalam Meal Shake.

Kenapa anak ada sembelit bila minum Meal Shake, pembuangan lebih lancar?

Sebab dalam Meal Shake ada Dietary Fibre atau yang kita lebih faham ialah Serat. Manusia sangat perlukan serat ini. Menurut https://kidshealth.org/ kanak-kanak umur 5 tahun keatas perlu ambil 10-15g fiber setiap hari. Tapi anak-anak kita makankah sayur?

Bayangkan brokoli tu cuma ada 0.8 gram fiber saja untuk 31 gram brokoli. Anak aku pemakan sayur juga, tapi kalau mau dapatkan 10g fiber dalam brokoli kena makan 400g brokoli. Kau gase anak-anak kita mampu makan 400g brokoli. Anak aku tak, setakat 2 3 ketul tu diorang boleh saja makan. Tapi kalau sampai 400g brokoli orang tua macam aku pun tak makan banyak tu.

So that why ada anak-anak kita terkena sembelit, sebab diorang tidak cukup fiber dalam badan. Oleh itu, dengan ambil Meal Shake ini sudah cover 30% keperluan fiber si anak. Lagi 70% boleh ambil dari makanan harian seperti sayur dan buah yang diorang makan. 


Meal Shake juga ada mineral penting, iaitu sodium. Penting sodium ini untuk badan kita, tapi tidak bemaksud kita perlu feed anak kita dengan makanan yang masin-masin. Sebab overdose sodium pun boleh memburukkan keadaan. 
Actually anak-anak umur macam diorang Yayang hanya perlukan 1.2g sodium. Which is sangat baiklah dalam Meal shake sebab cuma ada 0.08g sodium.

Selain itu ada vitamin A, B, C, E, D, Kalsium dan lengkap dengan iron. No wonderlah ada customer bagi anak minum Meal Shake hari tu, Hemoglobin anak naik. Yelah, Vitamin-Vitamin dalam Meal Shake semuanya bagus untuk peredaran darah.

Betulkah Meal Shake meningkatkan selera makan?

Sebenarnya ramai yang ada anak overweight takut bagi anak diorang makan Meal Shake sebab takut tambah gemuk. Meal Shake lengkap dengan 24 jenis Vitamin dan Mineral. Vitamin dan Mineral tu bagi balance keperluan badan anak kita. Mana yang kurang nutrisi, Vitamin yang ada dalam Meal Shake akan bekerja. 

So itu sebab anak yang tiada selera makan, boleh ada selera makan selepas ambil Meal Shake dan anak yang overweight akan ada weight management yang baik selepas ambil Meal Shake.
Bulan ini sempena puasa bakal tiba, Shaklee buat promo Meal Shake. 

Beli 2 botol dapat 10% diskaun. Aku paham ada yang mau try dulu, mau sebotol boleh jak. Chat aku jak ya CHAT SINI

hugs
blushermerah_

Pencarian Bloglist 2020 by MK

Sejak aku serius berblog ini, aku jadikan blog walking 1 kerja juga. Haha. Kira aku masukkan dalam jadual harian akulah. Aku kena buat perkara ini setiap hari. Dulu aku tidak suka blog walking. Tapi sebenarnya mau twist benda kita tidak suka tu bukan susah pun. 

So 1st April aku jalan-jalan di blog. Terjumpa Pencarian Bloglist ini di blog Mell dan OM. So aku pun join. Mana tau ada rezeki masuk dalam bloglist MK.

Yang mau ikut, klik link di bawah ya. Hi MK, aku follower kamu yang ke 456 dan follower IG ke 3947. Salam kenal dari Sabah.




Aktiviti Seharian Waktu PKP

Rata-rata kawan Facebook dan Instagram aku memasak waktu PKP ini. Aku masak macam biasa. Tapi effort mau ambil gambar tu ambil masa yang lama. Haha. Lagipun kira ini kali pertama aku post gambar banyak-banyak dalam Instagram. Selalunya aku post gambar, 2 3 hari aku delete balik. Hahah. Jemputlah follow Instagram aku. Hehe.

Walaupun orang nampak kita as wanita ini selalu masak setiap hari. Aktiviti sepanjang hari aku sebenarnya cuma 10% memasak. Aku akui memang aktiviti harian aku berubah 100% since PKP ini. Mungkin sebab tanggungjawap dalam rumah sajakan. So diri ini pun jadi manja semacam.

Seperti biasa hari aku start jam 4 am. Cuma tempoh PKP fasa 1 sekali saja aku sempat berpuasa. Bukan tidak sempat hari lain, tapi kesihatan tidak mengizikan. Orang asma fahamlah tu. Hehe. 

Selalunya pagi aku setelkan urusan wajib. 

Memandangkan sekarang ini anak-anak aku lewat bangun, pagi-pagi aku ambil masa ber-me time di kebun pasu aku. Siram pokok dan belek-belek pokok. 
Terung

Lada Putih yang hampir tak hidup bulan 1 lepas. Alhamdullilah, berkat PKP. Kena jaga betul dia.

Padahal kalau hari biasa, jam 7.30 am - 10.00 am masa untuk aku blogging. Sekarang aku kena blogging waktu malam. Waktu mood anak aku tak minta macam-macam. Waktu laki aku dalam mood layan apa saja permintaan anak. 

Kalau blogging siang, aku tidak tenang sebenarnya. Sebab mau tulis, adalah tu memanggil. Walaupun anak aku bukanlah susah mau diurus. Tapi itulah, kena ada makanan juga.

Kadang juga aku tidur semula selepas siram pokok. So bila bangun tu, matahari dah naik. Masa untuk masak pula. Bila masak setel, solat zohor, dan makan. Aku ingatka PKP ini aku relex. Haha. Lepas saja makan tu, aku kena masuk kelas team aku pula jam 2 pm - 3 pm. 

Baru solat asar dan aku selalu baca tafsir waktu asar. Siapa mau baca ayat-ayat best dalam quran, aku ada letak dalam highlight Instagram aku ya. Itu untuk simpanan aku sebenarnya. Aku tulis dalam buka at first, tapi kadang lupa bah mau rujuk balik. So aku screenshot ayat best quran baru letak dalam Instagram story aku. 

Lepas itu baru aku ajar anak-anak aku. Seorang 10 minit saja. Haha. Anak-anak aku pra sekolah gais. So aku print saja kerja sekolah banyak-banyak dan pantau diorang buat latihan. Yayang tu lah ada sesi membaca 5 minit waktu pagi. Sebab dia 6 tahun sudahkan, so dia kena pandai juga membaca. 

Dalam jam 5 pm macam itu, baru aku keluar tengok tanaman aku. Top up air pasu yang kering. Sekarang ini panas sangat bah. Endak sampai 12 jam tanah dalam pasu tu sudah kering.
Kalau tidak keluar pun ini masanya aku bersantai-santai. Jarang sangat ada tea time, tapi aku selalu reply mesej orang waktu ini. Selalunya buah is the best choice mau makan masa bersantai-santai. Aku santai atas sofa jak. 

Di Sabah ini waktu solat awal. So lepas solat selalunya terus makan dan setelkan kain. Selalunya lepas setelkan kain, aku start baca tafsir quran untuk tidurkan anak-anak. Tapi sekarang diorang ini, kadang jam 11 pm pun belum tidur. Kadang jam 9 pm aku start baca, jam 10 pm pun diorang belum tidur. Geram!

Bila anak-anak tidur baru aku dapat start menulis blog. Kalau ada masa lebih, aku boleh reply komen dan blog walking. Tapi selalunya aku tidak sempat, sebab dalam masa yang sama kena setelkan order orang juga. Bila banyak benda mau buat dalam 1 masa, kualiti perkongsian memang tidak berkualiti.

Tapi walaupun PKP ini buat aku terkejar-kejar. Aku tetap suka sebab tidak perlu hantar anak ke sekolah. So aku tidak perlu keluar rumah setiap hari. Duit aku pun jimat gila! Minggu ketiga PKP aku baru habis RM 150. Berbaloi duduk rumah.

Hari ini aku period, ingat mau setelkan cerita Bella tu. Kesian pada yang follow. Tidak bersambung sudah cerita tu since aku kena Chicken Pox hari tu. InsyaAllah malam ini aku tulis balik ya.

Relex saja aktviti seharian aku, melainkan ada stock sampai dan ada barang mau pos. Selalunya barang mau pos ini, aku call ABX pick up atau call runner ambil barang di rumah. Ini bukan waktu PKP saja, bukan PKP pun aku memang call runner. Sebab bagi aku buang masa drive sebab mau hantar barang pos saja. Better bayar runner RM 15 daripada drive 7 KM dengan jammed dan anak lagi.

Semoga kita semua mendapat hikmah disebalik Covid19 PKP.

hugs
blushermerah_

Hi Kawan-kawan