5 Self Care Idea

by - April 12, 2020

Aku translate juga self care ini tapi macam endak kena konsep pula bila BI to BM. Al maklumlah, ku noob sikit bahasa asing ini. Haha. Jadi hari ini aku mau share 15 Self Care aku pernah konsisten buat.

Apa maksud Self Care?

Self Care ini paling simple faham ialah kita buat sesuatu rutin tu untuk stay motivated. Macam aku dulu, jenis yang sangatlah negatif. Mungkin sebab aku seorang Safety, so mau stay positif tu memang susah. Sebab skop kerja yang selalu berfikir kalau itu berlaku, kalau ini berlaku. So mau berfikir secara positif itu susah. 

Kerja aku dulukan. Contohlah hari ini di site ada 1 erection, aku mesti kena buat sop macam mana kalau benda tu jatuh, macam mana kalau tali putus. Kena buat apa. Kiranya aku kena fikir benda tu sudah berlaku untuk elak perkara tu berlaku. Haha. Dulu masa kerja aku memang boleh dikatakan setiap pagi marah, kadang sampai ke malam pun aku dalam keadaan mood marah, takut dan tidak selamat.

5 Self Care Idea 

1. Cukup Tidur

Ramai tidak tahu, tidur yang sangat berkualiti bila kita tidur bawah jam 12 am. Sebab sebenarnya, kita tidak perlu pun tidur sampai jam 7 am. Kita just kena pilih jam tidur yang betul. Kita perlu 8 jam tidur kan? Sebenarnya jam 12 am kebawah setiap 1 jam kita tidur bersamaan dengan 3 jam. So kalau mau tidur 8 jam kita cuma perlu tidur 4 jam saja untuk dapatkan 8 jam tidur. So jam 2 am dah boleh bangun. Tidur cukup baru minda dan jasad kita high with positive vibration.

2. Mandi

Since aku ada anak, aku rasa mandi ini bukan sudah 1 keperluan aku. Sebab terkejar-kejar. Sampai anak sudah besar pun aku mandi tidak lebih 5 minit. Selalu mau cepat. Tapi tahun lepas aku masuk 1 kelas. Guru cakap air ini bagus, ada memory. Air juga reflect diri kita. So sebaiknya dalam sehari tu ambil masa 30 minit untuk mandi dan fikir perkara positif dalam kamar mandi. Lagipun air ini buat badan kita lebih tenang, mungkin ada yang naik angin waktu PKP ini sebab jadi cikgu pada anak-anak. Bolehlah kerap mandi. Kiranya mandi ini Me Time kita. Sebab dalam kamar mandi saja kita dengan diri kita. Tiada gadget dan tiada anak-anak.

3. Flight Mode

Guru cakap pastikan dalam 24 jam itu, paling banyak pun 8 jam saja kita online. Tapi mampukah? Hehe. Macam aku, aku start flight mode jam 9 pm. Sebenarnya dulu aku tidak berani pun tinggal phone lama-lama. Tapi flight mode ini ajar aku untuk percaya kepada Allah 100%. Aku selalu niat macam ini. ''Ya Allah, sekiranya ada customer aku masa flight mode. Jagakan mereka untuk aku''. Hanya Allah boleh beri rezeki dan boleh tarik balik rezeki. So kita online waktu tu kalau Allah cakap this is not for u. Memang urusan jual beli tidak akan berlaku.


4. Tulis Journal Kesyukuran

Dulu orang suru tulis, aku tidak tulis. For me, apa ingat tidak tulis aku tidak bersyukur. Tapi rupanya bila aku cuba untuk tulis kesyukuran aku setiap hari. Its make me better. Sesuatu perkara tu betul-betul sampai di hati. Jadi sekarang aku ambil masa waktu pagi untuk tulis kesyukuran aku. 

5. Tanam Pokok

Ini pun guru aku yang suggest. Tanam pokok. Back to nature. Bila stress boleh pandang pokok, kalau pandang pokok. Mata, minda dan body kita akan reset dari stress itu. Jadi memandangkan aku ini tidak suka buat benda tiada hasil, itu sebab aku prefer tanam sayur dari bunga. 
Aku buat banyak lagi tapi share 5 lah dulu ya. Hehe. 5 Perkara ini yang aku buat most day. Korang trylah buat salah satu self care ini. Nanti boleh share aku, bagi jak link di ruang komen. So aku tidak terlepas pandang.

hugs
blushermerah_

You May Also Like

20 ulasan

  1. Selalu berangan dan fikir apa yang saya syukuri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann.. Bila kita berangan benda baik-baik, yang datang juga baik-baik.

      Padam
  2. I did all of it except number 5. I love gardening but only when I'm back in my hometown.

    BalasPadam
  3. orang cakap bila stress pandang benda warna hijau, terus tengok pokok..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sebab orang tinggal di kampung less stress.

      Padam
  4. Balasan
    1. Wak lagi best. Ada kebun dan haiwan ternakan.

      Padam
  5. Tq Elly krna self care walaupun time pkp ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena buat. kalau tak itu yang jadi merungut memanjang tu.

      Padam
  6. Setiap kali bangun pagi, saya akan cuba senyum walaupun susah pagi2 nak senyum..tapi saya cuba juga utk senyum automatik saya ceria.

    BalasPadam
  7. Sekarang ni pun tengah usaha memastikan cukup tidur. Bila dah ngadap game susah nak tidur pastu stress datang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Tidur kena cukup untuk elak stress dan kulit break out.

      Padam
  8. Mrs. A time PKP ni selal aje tidur lambat buat apa pun tak tahu huhuhu...
    Mandi tu memang terapi bagi Mrs. A memang jenis mandi lama pun.
    Okay tulis jurnal kesyukuran ni tak pernah lagi boleh try later.
    Flight mode selalu heheheee... berkebun ikut mood.

    BalasPadam
  9. kena ada rutin self care kita kan. rasa macam kita pamper diri sendiri =)

    BalasPadam
  10. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam