Aktiviti Seharian Waktu PKP

by - April 05, 2020

Rata-rata kawan Facebook dan Instagram aku memasak waktu PKP ini. Aku masak macam biasa. Tapi effort mau ambil gambar tu ambil masa yang lama. Haha. Lagipun kira ini kali pertama aku post gambar banyak-banyak dalam Instagram. Selalunya aku post gambar, 2 3 hari aku delete balik. Hahah. Jemputlah follow Instagram aku. Hehe.


Walaupun orang nampak kita as wanita ini selalu masak setiap hari. Aktiviti sepanjang hari aku sebenarnya cuma 10% memasak. Aku akui memang aktiviti harian aku berubah 100% since PKP ini. Mungkin sebab tanggungjawap dalam rumah sajakan. So diri ini pun jadi manja semacam.

Seperti biasa hari aku start jam 4 am. Cuma tempoh PKP fasa 1 sekali saja aku sempat berpuasa. Bukan tidak sempat hari lain, tapi kesihatan tidak mengizikan. Orang asma fahamlah tu. Hehe. 

Selalunya pagi aku setelkan urusan wajib. 

Memandangkan sekarang ini anak-anak aku lewat bangun, pagi-pagi aku ambil masa ber-me time di kebun pasu aku. Siram pokok dan belek-belek pokok. 
Terung

Lada Putih yang hampir tak hidup bulan 1 lepas. Alhamdullilah, berkat PKP. Kena jaga betul dia.

Padahal kalau hari biasa, jam 7.30 am - 10.00 am masa untuk aku blogging. Sekarang aku kena blogging waktu malam. Waktu mood anak aku tak minta macam-macam. Waktu laki aku dalam mood layan apa saja permintaan anak. 

Kalau blogging siang, aku tidak tenang sebenarnya. Sebab mau tulis, adalah tu memanggil. Walaupun anak aku bukanlah susah mau diurus. Tapi itulah, kena ada makanan juga.

Kadang juga aku tidur semula selepas siram pokok. So bila bangun tu, matahari dah naik. Masa untuk masak pula. Bila masak setel, solat zohor, dan makan. Aku ingatka PKP ini aku relex. Haha. Lepas saja makan tu, aku kena masuk kelas team aku pula jam 2 pm - 3 pm. 

Baru solat asar dan aku selalu baca tafsir waktu asar. Siapa mau baca ayat-ayat best dalam quran, aku ada letak dalam highlight Instagram aku ya. Itu untuk simpanan aku sebenarnya. Aku tulis dalam buka at first, tapi kadang lupa bah mau rujuk balik. So aku screenshot ayat best quran baru letak dalam Instagram story aku. 

Lepas itu baru aku ajar anak-anak aku. Seorang 10 minit saja. Haha. Anak-anak aku pra sekolah gais. So aku print saja kerja sekolah banyak-banyak dan pantau diorang buat latihan. Yayang tu lah ada sesi membaca 5 minit waktu pagi. Sebab dia 6 tahun sudahkan, so dia kena pandai juga membaca. 

Dalam jam 5 pm macam itu, baru aku keluar tengok tanaman aku. Top up air pasu yang kering. Sekarang ini panas sangat bah. Endak sampai 12 jam tanah dalam pasu tu sudah kering.
Kalau tidak keluar pun ini masanya aku bersantai-santai. Jarang sangat ada tea time, tapi aku selalu reply mesej orang waktu ini. Selalunya buah is the best choice mau makan masa bersantai-santai. Aku santai atas sofa jak. 

Di Sabah ini waktu solat awal. So lepas solat selalunya terus makan dan setelkan kain. Selalunya lepas setelkan kain, aku start baca tafsir quran untuk tidurkan anak-anak. Tapi sekarang diorang ini, kadang jam 11 pm pun belum tidur. Kadang jam 9 pm aku start baca, jam 10 pm pun diorang belum tidur. Geram!

Bila anak-anak tidur baru aku dapat start menulis blog. Kalau ada masa lebih, aku boleh reply komen dan blog walking. Tapi selalunya aku tidak sempat, sebab dalam masa yang sama kena setelkan order orang juga. Bila banyak benda mau buat dalam 1 masa, kualiti perkongsian memang tidak berkualiti.

Tapi walaupun PKP ini buat aku terkejar-kejar. Aku tetap suka sebab tidak perlu hantar anak ke sekolah. So aku tidak perlu keluar rumah setiap hari. Duit aku pun jimat gila! Minggu ketiga PKP aku baru habis RM 150. Berbaloi duduk rumah.

Hari ini aku period, ingat mau setelkan cerita Bella tu. Kesian pada yang follow. Tidak bersambung sudah cerita tu since aku kena Chicken Pox hari tu. InsyaAllah malam ini aku tulis balik ya.

Relex saja aktviti seharian aku, melainkan ada stock sampai dan ada barang mau pos. Selalunya barang mau pos ini, aku call ABX pick up atau call runner ambil barang di rumah. Ini bukan waktu PKP saja, bukan PKP pun aku memang call runner. Sebab bagi aku buang masa drive sebab mau hantar barang pos saja. Better bayar runner RM 15 daripada drive 7 KM dengan jammed dan anak lagi.

Semoga kita semua mendapat hikmah disebalik Covid19 PKP.

hugs
blushermerah_

You May Also Like

15 ulasan

  1. Memang jimat duit waktu PKP. Kalau tak macam-macam benda beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari ambil anak, nampak sayur cantik tepi jalan. Sudah singgah. Haha

      Padam
  2. Semoga dipermudahkan urusan sehariannya

    BalasPadam
  3. duduk rumah rasa nak beli online je barang2. sempat buat dropship. adalah jugak untung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tak pandai sangat pilih barang online. Sejenis beli barang nak belek-belek.

      Padam
  4. Kan... PKP tapi penat... saya pun sama.. hahaha

    BalasPadam
  5. PKP masa untuk ubah cara hidup..

    saya terpilih untuk kerja seperti biasa.

    bekerja seperi biasa.

    pergi ofis pun seperti biasa.

    cuma yamg luar biasa..

    ofis macam rumah pulak dah

    "stay back long hours"

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah Allah beri rahmat pada insan yang berjuang di luar rumah dan juga yang stay dalam rumah. Semoga segala urusan kerja dan kehidupan seharian dipermudahkan.

      Padam
  6. Mrs. A mula ingat PKP ni boleh tulis blog setiap hari tapi tidak juga hahhaaa..
    Stay at home kerja rumah tidak pernah habis rupanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaaannn. Tidak apa Mrs. A. Kita merancang, Allah sebaik-baik perancang dan pelaksana. Kalau tak mampu menulis setiap hari, tulis selang sehari. Yang penting, kerja seharian sebagai wife dan ibu tidak terganggu.

      Padam
  7. cantiknyaaa feed IG !! puas hati tengok kemas cemtu..
    suka suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini first time kemas macam tu. kikiki dan frist time rajin macam tu.

      Padam
  8. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam