Cerita Fiksyen : Bella Part 3

part sebelumnya

Terisi kekosongan jiwa saya selama ini. 5 bulan perkenalan dengan sam buat hari-hari saya semakin ceria. Saya semakin lupa dengan kisah lama. Saya tidak mimpi lagi arwah Imran.

Saya makin pandai mengawal pergaulan. Walaupun saya dan Sam berlainan agama. Tapi dia tetap hormat saya. Belum pernah lagi ada kes sentuhan tanpa sengaja. Tidak pernah lagi jalan malam. Jarang sekali jalan berdua.

"Bel, boleh umi tanya?"

"Apa tu umi?"

"Bella ada boyfriend?"

"Ramai. Hahaha"

"Maksud umi, yang special bah"

"Tiada umi. Napa?"

"Ada orang mau merisik bah. Tapi ini mau tanya bella dulu"

"Erm.. entahlah umi. Saya belum ready bah pula"

"Bah. Fikir-fikirlah dulu. Kalau mau tinguk fb dia, ko tanya umi"

"Umi nampak di mana tu orang? Di fb? Hahaha"

"Adalah. Tapi konpom ko tida menyesal kalau kau tau"

"Hais. Nantilah umi. Mau naik gaji dulu. Hahah"

Saya belum ready bah mau ada ikatan sama siapa-siapa. Kalau kawan itu bolehlah.
.
.
Weekend!! Selalunya weekend saya ini memang di rumah dan memang sentiasa ada di rumah. Tiada way macam orang lain. Hidup single memang macam itukan?


Tapi ok sikitlah sekarang sebab Sam selalu whatsapps saya. 

"Bella, mari teman saya beli seluar"

"Mana kau mau bili?"

"Di surialah. Saya mau cari situ esprit"

"Bah. Ko naik uberkan?"

"Eya"

"Ok. Saya punlah. Malas mau drive hari ini"

"Bah. Jam 10 am saya dari rumah"

"Ok bos"

Saya cek kalender! Oo. Gaji bah pula hari ini. Patutlah dia bawa bejalan.
Saya selama kenal Sam, saya rasa Sam ini seorang yang pemboros. Tapi tidak kesahlah sebab itu duit dia, cuma tiba-tiba saya terfikir bah cara dia berbelanja tu boros sangat. Haha.


Saya besiap. Pakai jubah sajalah hari ini. Malas saya mau besiap lebih-lebih. Kalau ada maid, saya rasa saya minta tulung iron baju. Hahaha.
Jam 10.30 am baru saya keluar dari rumah. Saya dekat saja. Sam jauh. Saya terus call Sam, malas saya tengok phone lama-lama di public. Padahal saya kena brainstorm oleh Umi. Jangan tengok phone di public nanti kita tidak tau bahaya mana. 

"Hello. Ko di mana sudah?"

"Dihati mu. Hahaha. Baru turun kereta"

"Okeh. Saya tunggu sini entrance"

Dia ingat lawaklah tu. Tapi lawak jugalah. Cuma saya tidak ketawa, sudah off baru ketawa berabis. Haha.

Sepanjang kami jalan, Sam saja yang beli barang. Saya memang jenis tidak tau mau beli apa. Sebab selalu pun baju-baju saya beli kebanyakkan online dan jarang sangat beli.

"Sam. Saya p solat dulu baru kita lunch"

"Ok. Saya tunggu di secret recipe k"

"Okie. Sure"
.
.
"Sam. Hi. Sorry lambat"


"Its ok. Done?"

"Yep. Ko belum makan?"

"Mau tunggu princess. Hehehe"

"Bah kita mau makan apa?"

"Saya mau makan spaghetti saja"

"Ok. Saya tomyam thai"

Makan diam. Lepas makan baru becakap. Kita kena belajar menikmati makanan.

"Sam, ko pernah rindu late wife ko?"

"Ya. Always"

"Apa cara ko move on?"

"Actually susah saya move on. Saya pindah Sabah pun mau hirup udara sabah. Dady saya cakap, sumandak sabah lawa-lawa macam mommy saya. Heheh"

"Jadi kau jumpalah sudah sumandak kau?"

"Eya. Sumandak saya tu, p ambil cookies saya. Hahaha"

"Serius bah Sam"

"Ya, dia depan saya sekarang"

"Me?"

"Yep"

"But sam. Kau sama saya lain tau"

"Apa yang lain? Ko bukan lelakikan?"

"Erm. How to explain ya. Kau boleh terima sayakah?"

"Kenapa juga?"

"We not in same religion. And for sure kalau kita sama-sama mesti kau ikut saya"

"Bila masa saya cakap kita mau kawin? Hahaha"

Astaga ini lelaki ar. Bikin kuyak saja. 

"Ermmm" apalah saya mau cakap untuk cover malu.

"Kalau saya perlu ikut ko pun kenapalah?"

"Are u sure?"

"Ko tidak pernah ada perasaan sama saya?"

"Sikit" Haha. Naaa. Jujurkan diriku. Haha.

Saya fikir dia mau propose saya. Tapi tiada pula. Hahah. Fikir jauh sangat kau ini Bella. Sebab cara dia tanya tu macam cara dalam drama bah. Haha. Ceh. Padahal baru jak bah kenal. Aduhai. Perasaan yakmat kenapa ini Bella. Malu sendiri saya dengan perasaan saya ini.

"Bella mari makan buger"

"Kau maukah? Bah marilah"

Ngam juga mau duduk ini, penat betul sudah saya. Phone pun belum check dari tadi, nanti Umi chat apa-apa tidak tau pula. Saya terus duduk kerusi di belakang dari pandangan orang. 

"Buger apa kau mau"

"Saya mau double cheeselah. Kau?"

"Sudi kau buGELAR wife saya?"

Saya tediam. What a funny purpose. Hahaha. Saya angkat kepala dan pandang Sam untuk cari kekuatan. 

"This is for u. Saya tidak tau ko suka atau tidak" dia letak 1 kotak kecil. Entah apa dalam dia. Tapi saya ambil juga dan buka.

Cincin. Simple. Nice and make my heart shy-shy gitu.
"Erm. Saya tidak boleh bagi jawapan tau. U need to ask my umi". Sambil saya tunduk.

"Sudah tanya Umi dan ko krik-krik saya punya risikan kaan?"

"Is that u?"

"Ya. Saya tida tau macam mana mau cakap. Tapi, saya suka kau dan sayang kau"

"Erm.."

"And fyi, my name is Samsul Abdullah"

"Hah? Since?"

"Perlukah tau?"

"Ya"

Tiba-tiba ada menyanyi di belakang kami. Lepas tu ada suara sumbang dalam beberapa orang. Saya toleh. Mom, adik and fiza. Yang lain tida kenal. Hahah.

"Accept him kak. Kemon kak"

Lepas tu ada banner bertulis.
"Nabila please be my wife......"

Semua orang dalam restoran bertepukan tangan. Haiya. Can i pengsan here. Banyak surprise.

"I dont know" Sambil saya menangis.

"Saya fikir ko pun ada perasaan yang sama dengan saya"

"But... cepat sangat bah Sam"

"So? Tidak berhasillah ni?"

Saya tunduk. Restoran tu diam serta merta. Seolah-olah kami kena pause semua. Semua mata pandang saya untuk tunggu jawapan. Sebenarnya bukan saya tidak suka atau sayang sama sam. Tapi saya paling takut kalau kehilangan lagi sekali. Kehilangan itu sangat sakit, orang yang pernah rasa saja tau.

"Yes with one condition" saya pandang umi, adik, sam dan ada lelaki tua sama aunty-aunty. Maybe his daddy. Diorang pun pandang saya.

Lain lagi suara sumbang di keliling kami.

'Budu juga tidak mau terima'

'Mari bagi sayalah kalau kau tida mau'


'Terima dia'


Dan banyak lagi suara-suara keliling kami.

Sam signal mau tau. Dia mau teruskan apa saya cakap.

"Saya tidak mau tunang. Bolehkah terus kawin?". Dengan suara terketar-ketar sebab saya segan, takut dan risau dengan keputusan yang saya ambil ini.

"Really?" Sam mau datang p hug saya. Tapi cepat-cepat adik saya tarik. Baru geling-geling kepala. Hahaha.

Semua happy. Tapi, betulkah tindakan saya ini? Betulkah sam yang terbaik untuk saya. Betulkah saya yang terbaik untuk sam? Sekarang ni tidak tau, mau happy atau mau sedih.

"Congratulations bella"

"Thank you fiza"

Lepas dari sesi minta perhatian di suria, haha. Kami keluar dari sana pigi makan di Todak. Saya duduk depan Sam.

"Thank you sayang" Dia pandang tepat di mata saya.

"Untuk?" Ceh. Kena acah-acah jual mahal gais.

"Terima saya"

"Since when?"

"Since u makan my cookies tanpa henti"

"LOL. Bikin malu saja"

"Betul bah. Saya pun tekejut ko buat gitu. Tapi, bila saya rasa ko comel betul makan sambil marah-marah sebab pikir saya ambil cookies ko. Saya biarkan sajalah. Hahaha"

"Jahat o ko kan. Berabis lagi tu saya makan. Hahaha"

"Cute"

"Hahaha. Thank you. Tapi betulkah ko sayang saya? Ko tidak kasi tinggal saya? Ko jaga saya?"

"Ya. I will do my best"

Saya tinguk sedalam-dalam mata Sam. Yakinkah kau bella dengan pilihan mulut kau ini. Macam mana nanti kalau masa kau sudah nikah sama dia, kau berubah hati? Dalam sekelip mata saya dalam dunia saya sendiri.



"Betul tidak minta hantar?". Sebenarnya saya kekok mau panggil Sam apa. 


"Ya. Malam sudah. Saya naik grab saja"

"Bah. Saya pun penat sudah melayan ko punya drama tadi. Hahaha"

Kami berbabai-babai. Aik. Ucap salam begia. Dalam kereta adik yang drive. Saya cek phone.

"I love you and thank you so much sayang". Saya senyum saja baca wassap sam.

"Thank you". Itu saja saya reply. Tidak tau mau reply apa lagi.

1 month later. Kami berkursus kahwin, tapi saya tidak pergi. Sebab sudah ada sijil kurus kahwin sediakan. So Sam saja kursus.

Checklist Wedding Bella & Sam
Booking slot nikah done
Majlis di rumah done
Pakaian nikah done
Pakaian sanding done
Catering done
Door gift done
Photographer done

Saya ini memang manusia paling simple di dunia. Kalau ikutkan hati mau saja saya nikah saja betul. Mungkin juga sebab kisah lama. Dulu masa dengan Imran, macam-macam kami buat. Sebab memang mau kahwin besar-besaran. Lepas tu, barang-barang tu semua menyakitkan hati saja.

Umi, sam dan saya bincang lepas kahwin. Kami tinggal di kingfisher lepas kahwin sebab situ memang rumah saya. Tapi sam cakap kesian pula sama umi saturang. Jadi dia cakap dia pakai motor saja p kerja.

Adik pun tahun akhir tahun ini, so dia stay rumah sudah. Jadi diorang sama-samalah pigi kelas. Saya kalau boleh mau tinggal sendirian bah. Tapi sam cakap janganlah. Kesian umi 1 orang di rumah.

Jadi, atas perbincangan dan persetujuan orang-orang tercinta ini. Kami tinggal di rumah umi selepas kahwin.

Bilik? Saya pakai saja bilik saya sekarang, sebab bilik saya di atas dan paling hujung. Umi cakap mau belikan saya bedding set baru. Saya layannnn. Jadi kami pigilah membeli katil serba hitammmmm.

Bilik saya p car warna pink pastel. Strip-strip white. Prabot serba hitam. Wow. Mengancam gitu. Aummmm. Toilet saya cat black and white saja.

Im so excited actually!!! Lagi 1 weeks! Yay! Walaupun kami bukanlah becinta sangat waktu tempoh sebulan ini. Sam busy, saya busy. Weekend saja ada masa mau atur-atur progress majlis kami. Alhamdullilah, Umi banyak membantu. Kadang saya tidak tau, saya ini excited sebab mau kahwin atau sebab lain.
Today is the day!

"Aku terima....... bla bla bla"

"Sah?"

"Sah" serentak semua orang.

Ohya. Mungkin ada yang tidak tau. Wali saya papa saya. Alhamdulillah. Dia balik malaysia juga demi saya. Walaupun adik tidak layan papa, tapi saya tau adik bahagia.

Umi macam biasa. Lebih banyak diamkan diri. Semoga mereka juga disatukan semula. Kita doakan ya. 

Saya nampak makin lama sam makin dekat. Gad. Im so nervous. Jantung saya makin lama makin laju. Laju dan laju. Pengsanlah ni. Pengasan. Hahah.

"Sayang" sam hulur tangan dia. Uiiiii. Nervous giler i.

"Sayang" sekali lagi dia panggil. Fantasi saya jauh sudah. Hahaha.

"Bella. Laki kau tu" baru saya tekejut. Hahaha

"Sayang" sam hulur tangan, saya sambut baru sium tangan sawo saya. Sejuk geng tangan kami dua. Aik. Duda pun nebes kah??? Hahah.

Sam kiss dahi saya. Makinlah saya karau. Nebes. Hahah. Sarung cincin, lepas tu gambar-gambar.

Kami nikah jam 10am. Jam 12 pm waktu makan lepas makan kami masuk bilik. Sebab jam 2pm gitu ada acara lain.

Saya masuk bilik, mau p padam mekap mau solat. Nasip bukan mekap 10 inch. Hahaha.

"Sayang ready to solat?"

Serius saya tiadalah minta bah dia imamkan saya. Walaupun dia memang imam saya sudah. Tapi taulah dia baru saja convet, so i dont expect anything. Dia masih dalam proses belajar. But, siapa sangkakan. Dia mampu imamkan saya. Dengan sempurna. Alhamdulillah.

"Thank you sam"

"Em em. ada panggilan yang lagi sedapkah?"

"Mau panggil apa?"

"Abang maybe? Hubby? Husband? B? Sayang? Darling?"

"Hahaha. Erm. Saya fikir dululah"

"Bepikir lagiiii???" 

"Ok. D....." tiba-tiba saya ingat si imran. Saya tediam. Tidak tau mau cakap apa. Ya Allah ko tu isteri orang Bella.

"Yes?"

"Erm..."

"Malu-malu lagi cakap. Darlingkah?"

"Erm" actually fikiran saya di tempat lain sudah.

"Sayang. Can i hug u?"

"Hah?" Masih bah saya rasa kami ini belum kawin. Haha.

"Im yours. Heheh"

Tok tok tok.

"Bella, umi ni"

"Ya umi" saya tolak sedikit badan Sam.

"Sorry. But you need to change. Nanti lambat. Umi punya kawan mau datang jap lagi"

"Ok umi. Saya besiap"

"Ala. Belum peluk"

"Im yours. Sabar dulu kau"

"U call me cow again?"

"Ai naa. Erm. B sabar dulu ya. Saya mau besiap. B pakai baju saya mau panggil mua masuk bilik"

"Sayang pigi bilik sebelahlah. Jangan bawa orang lain masuk bilik kita. Boleh?"

"Bah. Ok b"

"Saya keluar ya?"

"Ok"

Muah. Haha. Ini pula perasaan kahwin.
Saya masuk bilik tetamu. Tempat Fiza. Baru panggil mak andam saya. Hihihi. Actually saya bukan mekap sangat pun. Just pakai eyebrow, eye shadow sikit. Siap. Tudung pun tudung shawl instant saja.

Nasip umi punya arrangements time memang santik bah semua ikut jadual. Habis sesi bergambar dalam jam 4.30 sudah. So saya pun cepat-cepat masuk bilik. Saya p solat dan tidur jap. Sakit kepala terlalu sesak orang. Terlalu banyak flash.

"Sayang bangun"

"Napa?"

"P mandi. Maghrib dan makan"

"Jam berapa sudah?"

"Jam 7pm" punya lama saya tidur. Saya pandang sam. Hensom bah juga laki saya ini.

"Yes?"

"Erm. Tedalah. Hahaha"

Majlis malam more to menari, menyanyi dan bersuai kenal dengan saya punya in law. Ramai bah pula in law saya di kk ini. Haha. Sam saja ni tidak mencari family dia.


Tepat jam 12 am. Siap sudah kami punya majlis. Punya sakit tulang belakang saya. Umi perasaan terus datang tempat saya.

"Bella napa ni?"

"Sakit sudah macam dulu umi"

"Adui. P lah ko naik atas"

"Saya tolong situ jap"

"No. Jangan bella. Naik. Umi tidak mau ko sakit"

"Sam.. bawa bella naik" suara umi tegas. Umi macam moody jak ini. Saya akun sajalah. Nanti merajuk lagi kesayangan saya kalau tidak dengar cakap dia.

"Napa sayang?"

"Erm.. sakit ulang belakang saya"

"Napa?"

"Entahlah. Mari naik atas boleh?"

"Bah. Mari"

Makin lama makin sakit belakang saya. Macam saya mau pengsan saja rasa sakitnya tu.

"B. Sakit😭"

"Mari saya angkat". Saya diam saja kena angkat. Seram sejuk badan saya. Memang sakit betul pinggang saya.

Sampai bilik saya terus limpang. Sam kasi buka tudung saya. Sama sarung tangan. Stokin.

"Sayang. Mari minum air"

"B bolehkah cari yoko-yoko saya di lemari". Mencarilah sam sana lemari.

"Sayang teda ni". Baru saya ingat. Prabot baru pula.

"B, Biarlah. Minta sama umi ubat saya jak ar". Saya tarik napas hembus napas.

Lepas tu pelan-pelan pejam mata. Baru saya tefikir sekarang. Macam mana kalau saya tidak dapat pregnant. Macam mana kalau saya tida dapat bagi anak sama sam. Makin menjadi-jadi rasa sakit belakang saya ditambah dengan perasaan serba salah.


Ulasan

  1. Kahwin dah Bella dan Sam.
    Memang susah kawan dengan orang lain agama kecuali dia memang ikhlas.

    BalasPadam
  2. Hai,jemput dengr lgu bru saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    BalasPadam
  3. Allah, baru pertama kali baca cerita ni. Cute sangat!

    BalasPadam
  4. rajinnya. so creative.
    i can't even think of a decent one haha

    BalasPadam
  5. wauu... awak ditag, jom join segmen

    BalasPadam
  6. Lama tak tulis Elly. Selamat berpuasa.

    BalasPadam
  7. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan Popular