Menu 14 Hari PKP Bulan Mac

Alhamdullilah. Masih diberi peluang untuk menghirup udara segar dan oksigen free. Assalamuaikum uolls. Apa kabar? Sihatkah? Hari ini hari pertama PKP batch kedua. Haha. Macam order barang pulak ada batch-batch. Apa plan korang? Aku banyak gila plan mau buat sepanjang 14 hari ini. 
Upline Shaklee aku Master Laila bagitau aku ada potensi dalam bercakap. So she said, u buat videolah Elly. Sebab u ada bakat, u becakap masuk sangat dalam minda dan hati orang lain. 

Aku pun cakap dalam hati. Oooo. Yaka begitu. Haha. Sebab aku fikir aku ada kelebihan dalam bidang menulis saja. Kononlah. But why not give it trykan. Aku sebenarnya suka buat video. Especially masak-masak. Tapi aku kalau buat video masak, kena masak jam 9 am kot kalau mau makan jam 12 pm. 

Sedangkan tak ambil video pun aku masih perlu masak seawal 10 am. Inikan pula kena masak dengan video. I should trylah kot. Mau masak apa, endak tau lagi. Sebab sejenis memasak ikut apa ada dalam peti ais.

Okey. So ini adalah menu aku sepanjang 14 hari PKP bulan Mac. Menu simple gila tapi kawan aku tanya rumah aku kedai runcitkah semua ada. Haha. 


Orang Sabah panggil ikan ini ikan Basung. Korang panggil ikan apa. Ikan ini hampir rosak bila aku ambil dari peti ais. Sebab anak-anak keep on buka peti ais non stop sampai ikan defrost. So since dari itu, aku buat perintah kawalan membuka peti ais. Hanya umi yang boleh buka peti ais.

Aku cakap dengan laki aku. Bang beli sayur yang tidak mudah rosak. Contohnya kobis. Haha, dapat kobis aku endak tau mau masak apa. Selalu mamy aku masak kunyit, cendawan. Begitulah. Aku tumis biasa saja. Ini makan sama ikan atas tu.

Oleh sebab dengan sotong sekali defrost, esoknya aku masak sotong. Ini untuk anak-anak aku. Baru aku tau brokoli campur sotong sedap. Korang kalau dah masak sotong tu, terus masukkan brokoli dalam 1 minit dan angkat. Sedap gilak krup krup.

Aku dah cakap banyak menjadi mangsa keadaan dalam peti ais. So mau tidak mau aku masak juga sotong. Ini hari yang sama dengan lauk atas tu. Asalnya mau masak sotong sambal. Tapi memandangkan aku ada kunyit hidup, cili padi, cili merah besar yang hidup saja. So tidaklah dia merah macam sotong sambal. Jadi sotong kunyit pula. Haha.l But its so sedap! Puji diri sendiri. Haha.

Ikan sebelum PKP ini. Aku teringin sangat mau makan ikan stim, tapi ikan ini kurang sesuai mau stim sebab kulit keras sikit. So aku kononnya bakar di foil. Lepas tu tak terbakar ikan aku. End up aku ambil non stick pan dan letak minyak sikit baru letak ikan ini. Sedap!

Sotong lagi. Haha. Ini sotong baru gais! Orang jual bahan basah tu ada supply ikan dan sotong saja waktu tu. AKu pada asalnya mau masak sotong hitam, tapi macam tidak cukup hitam. So alang-alang jam 12 pm sudah, aku masukkan sayur tu terus. Lepas tu makan! Jimat masa!

Aku teringin sangat makan kari ayam. Tapi malas mau masak sebab laki aku tidak berapa suka kari ayam. Cuma kali ini aku rajin sikit! So aku masak kari ayam, aku goreng juga beberapa ketul ayam. Tapi, malam tu aku panaskan saja kari ayam ini. Yayang sampai 3 kali ambil nasi. Dia cakap umi buatlah lagi kari ayam. Yayang sukalah. Hehe. Lucky me, kari ayam ini tidak pedassss! Okey rasa impressive sangat tau!!

Ini kali kedua aku masak laksa. Petama kali aku masak tidak jadi sangat laksa tu. Sebab masa rebus ikan, tiba-tiba aku pitam. Waktu tu aku puasa kot. So kali ini walaupun aku tiada bunga kantan, aku masak saja laksa berbekalkan dau kesum. Haha. Daun kesum tu aku ambil di luar rumah. So far not bad dan macam biasa anak-anak love sangat masakkan umi diorang. Yang paling best makanan habis! Kawan aku tegur, mana ada laksa pakai serai. Haha. 

Ini namanya resepi tiba-tiba jadi. Haha. Aku pernah masak benda ini tahun 2017. Antara masakan aku paling lama dan susah mau buat tapi kejap saja habis. Haha.

Akhirnya masak juga nasik lemak. Ini pun masak sebab closing. Masak banyak terus untuk makan sehari.

Hari tu masak kepak ayam goreng sebab puasa. So tak banyak sangat kerja di dapur. Anak-anak makan ini je. 
 This is the best and sedap food. Hahah. Sardin masak timun. Tapi tak berani juga makan kerap sangat.

Eh. Gambar dah habis. Makan itu sajakah sepanjang 14 hari? Endaklah. Aku ada saja masak sup ayam, nasi kuning, pasta dan beberapa lauk lain. Tapi lighting tak lawa. So aku tak share sini gambar. Nanti masak balik, baru share. Batch kedua PKP pulak. 

Ada juga yang sindir sebenarnya bila aku post pasal makanan. Macam mana orang yang tidak mampu dan macam mana orang yang tiada makanan. Ermm. Segala jenis hukum keluar. Tapi aku diam saja. No hurt feeling. Memang betul apa diorang cakap. Tapi kena tanya pada diri sendirilah. 

Aku post gambar ini untuk apa? Adakah mau menunjuk-nunjuk. Kena tanya niat sendiri. 

Aku share gambar-gambar masakan ada banyak sebab.

1. Aku mau belajar cara ambil gambar dan editing. Hehe. Aku suka tengok gambar food yang cantik. So sudah memasak ini, ini masanya apply ilmu tu. 

2. Aku mau share yang tidak perlu banyak bahan pun kita masih boleh makan makanan yang sihat dan real food. Maksudnya masak mudah, jimat kos tapi makanan tu bagus untuk badan. Lebih kepada kesedaran. Sebab orang yang tengok sosial media ini bukanlah orang yang tidak berkemampuan. Orang yang selalunya berkemampuan dan selalu spent on crap food. Manatau dengan cara ini, boleh ubah mindset orang lain! Kan?

3. Motivasi. Gambar dan share makanan ini motivasi aku untuk masak. Ini akulah. Haha. Kenangan pernah rajin masak, sebab kadang pandai datang malas melampau-lampau.

Okey. Thay all for today. Meh share ur menu sepanjang PKP lepas. Tag me ya. Nak baca. Hehe.

Hugs
blushermerah_







Ulasan

  1. Saya masak mudah-mudah je.
    Mak yang masak lauk-pauk.
    Oklah tu Elly rajin masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak boleh, tahap kerajinan tu tak. Sehari sekali je masak.. haha

      Padam
  2. hee~ ape lagi elly ? buat lah youtube channel !! bila master cakap camtu, mesti master dah study pasal awak tu.. good luck tau !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Manatau jadi youtuber pulak. kikikiki

      Padam
  3. Lawa jugak tuh, ambil gambar flatlay orang kata.. Haa~ semoga berjaya nih Elly! ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. flatlay endak berapa jadi tu. Haha. Tapi Alhamdullilah kenyang

      Padam
  4. Wahh! meriahh menu! Bersinar-sinar mata ni sambil scroll ke bawah ngehehe ;)

    BalasPadam
  5. dah tengah malam ni rasa lapar pulak tengok makanan kat sini..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ingatkan youtube je buat kita terliurkan kak

      Padam
  6. Sedap-sedap menu Elly tu ya...
    Tadi Mrs. A plan nak buat jugaklah menu time stay at home ni tapi tak jadi-jadi jugak hahahaa... leka layan IG la pulek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Samalah tu Mrs.A. kadang leka layan sos med . tup tup dah malam.

      Padam
  7. Wau... cantik elly ambi gambar...
    ~saya tak snap gambar makanan pun sepanjang pkp... rugi..rugi😅

    BalasPadam
  8. Sedap2 menu Elly masa PKP ni. Terliur pulak. Bahan mentah banyak dah abis bechinta betul nak pergi pasar hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. menu harian jak tu. Masak apa yg ada dalam peti ais

      Padam
  9. Stay at home yer ..cuti2 pkp ni banyak idea nak memasak

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tiada bakat pun tiba-tiba ada bakat masak.. haha

      Padam
  10. alamak kite scroll sini pkul 2 pagi haa hahaha..
    lapoo da tetiba. banyak menuuuu best..

    gambar2 pun canttik =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak.. Sorry.. Tak pe, masak je. Semua menu simple.

      Padam
  11. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan Popular