Sale Cecah RM 15k Waktu PKP

by - April 03, 2020

Sebenarnya bulan Feb lepas bila aku share sale cecah RM 10k tanpa aku sedar. Aku memang betul-betul endak sangka dapat sale macam tu. Sebab memang slow sikit buat COD, posting dan follow up customer atau downline. Allah datangkan kawan-kawan, customer, downline yang mau boost kesihatan. 

Mungkin juga Feb lepas sale Vitamin C. Waktu wabak ini, ramai sangat yang perlukan Vitamin C as imun booster. Bulan lepas tiada sale vitamin C pun jadi top sale team aku juga. 

Closing bulan lepas juga antara closing paling sengit juga tahun ini. Haha. Aku teringat kisah 4 tahun lepas. Aku hampir naik leader Jan 2016, tapi sebab ada masalah bank masa tu. Payment untuk Vivix 7 botol tidak lepas. So aku memang melepas naik Supervisor masa tu. 

Alhamdullilah Feb 2016 rezeki naik Supervisor. Sama macam kes downline aku bulan lepas. Lagi RM 2700 layak naik Supervisor tapi belum rezeki. Tidak apa darling. InsyaAllah bulan ini naik Supervisor sebelum hari closing. Amin.

Alhamdullilah, closing bulan lepas. Team sale cecah RM 15.7K. Tu maksudnya team aku grow up. Susah mau percaya sebenarnya sebab aku tiada buat target pun awal bulan untuk dapat sale RM 15.7K. Tapi rezeki Allah tu luas. 

Kawan-kawan blog, doakan downline aku ini dimurahkan rezeki ya. Terngiang-ngiang di telinga bila dia cakap ''mau duit lebih, mau bagi dengan parents''. Aku faham sangat perasaan. Titipkan doa untuk Fify, semoga bulan ini. Dia berjaya untuk lepasi rank Supervisor.

Bila ingat sebelum aku resign kerja, mamy aku kecewa juga. Sebab bukan senang mau dapat kerja bagus macam tu dengan gaji agak lumayan. Kiranya gaji aku tu tidak setanding pun dengan kelulusan aku ada. Tapi rezeki sudahkan. Bila aku mau resign tu, mamy aku sedih.

Tapi dalam dia rasa sedih, aku faham wang ringgit yang aku dapat tu. Bukanlah dia mau. Sebab selama aku bekerja pun, dia tidak ambil pun duit yang aku bagi. Dia ambil bila aku belikan barang. Contoh vitamin, bag. Tapi duit memang dia tak ambil. So maksudnya mamy aku mau aku terus bekerja untuk kepentingan aku.

Cuma bila aku join Shaklee ini, aku lebih banyak belajar mengenai memberi dan aku lebih tenang walaupun selama join Shaklee, belum pernah lagi bonus aku capai gaji aku masa kerja. But im happy with this. Boleh jaga anak dan boleh memberi. Itu sudah cukup. Daripada dulu, gaji hampir 5 angkah tapi tiada masa untuk suami dan anak-anak.

Ini juga perkara yang aku syukuri. Walaupun begitu ramai orang merungut kehilangan kerja waktu PKP ini, tapi Allah hantar rezeki untuk kami. Orang mencari produk kesihatan itu asbab untuk bisnes kami. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas rezeki ini. Semoga dengan rezeki ini, kami boleh memberi dan membantu lebih ramai orang yang memerlukan. InysAllah Amin.

hugs
blushermerah_






You May Also Like

11 ulasan

  1. semoga dipermudahkan urusan. nurin buat dropship je. ramai kawan2 buat shaklee ni sbg bisnes sampingan.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Rezeki itu Allah yang beri.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah. semoga terus diberikan rezeki yang tak disangka.

    BalasPadam
  4. Eh! Mrs. A pulak yang rasa seronok orang lain dapat 15k hehehee...
    Semoga terus maju jaya Elly dan team.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mrs. A
      Alhamdullilah. Jarang update sale, sebab takut ada sifat riak. cuma sale kali ini, memang team yang grow up. Allah hebat bagi Elly team yang hebat.

      Padam
  5. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam