Di Block Kawan Blog

Haha. Teringat kisah PKP lepas. Aku memang suka baca blog orang satu-satu. Lepas tu aku suka bahasakan nama orang lain dengan panggil sayang. Adalah 1 blog ini, aku ikut kisah dia. Sebab kisah dia hampir sama dengan kisah kawan baik aku.

Kehilangan suami Feb lepas, so aku ikut kisah dia sebab aku bersimpati tau. Bukan ada niat lain. Aku komen kata-kata semangat di blog dia. Tapi dengan panggilan SAYANG.

And her next entry tu aku tidak boleh komen sudah di mana-mana blog post beliau. Aku hairan jugalah. Sebab aku mau komen tu bukan tujuan mau kondem atau burukkan apa lagi dengan kata-kata negatif. 

Well u know me bah kan???

Tapi aku memang tidak dapat komen di blog dia sedangkan orang lain boleh je komen. Rupanya cari punya cari. Haha. Aku di blok dari menulis dalam ruang komen beliau. 

Opps. Aku lama juga mencari apa sebab. Tapi sebab paling besar aku sedar mungkin panggilan sayang tu.

So since dari tu aku malas juga komen-komen orang lain dalam blog. Sebab aku sebenarnya tidak tau mau panggil orang apa. For me sayang tu tidak salah. Tapi bukan semua orang samakan. Hehe.

Hopefully yang baca blog aku ini, tiadalah salah faham ya. Sebab sesiapa yang tinggalkan komen di blog aku ini. InsyaAllah aku bertandang semula ke blog uolls. 

Kot-kot terpanggil panggilan sayang, aku minta maaf. 

Siapa pernah kena macam aku?

Blog Hamil : Week 15 HB Turun

Semalam aku sepatutnya tulis blog, tapi punya lambat urusan di klinik. Aku di panggil masuk dalam bilik nurse kejap je, tapi lupa p ambil darah before masuk bilik nurse. Kiranya aku duduk di luar tunggu hampir 45 minit tu tidak buat apa-apa.

Haha. But its ok, nama pun first time kan. Walaupun ini kali ketiga aku pregnant tapi aku pregnant tu 5 tahun lepas. Hehe. Kira macam kali pertama jugalah kan? So lepas masuk bilik nurse tu, aku baru cek air kencing dan akhir sekali ambil darah. Walhal benda ini aku boleh buat within tunggu giliran masuk bilik nurse.

Mujurlah anak-anak di kedai abah dia dan masa tunggu giliran tu bukanlah satu bebanan bagi aku. Haha. Banyak saja benda lain boleh buat selain daripada tunggu saja sana. 

So jam 10.30 am baru aku setel di klinik. Terus pecut ke kedai laki dan ambil anak-anak. Before that, kami lunch dulu di kedai sup ikan sebab lapar sangat sudah ini. Yayang pun mau ke sekolah jam 12 pm.

So lepas makan, aku dan anak-anak pecut terus balik rumah dan ambil pakaian dan beg sekolah Yayang. Barulah aku balik rumah solat dan besiap semula keluar untuk COD dan pos barang.

Masa di klinik ada ABX call aku cakap barang dia sudah letak di rumah sekian-sekian, lepas tu sent gambar. Tapi rumah tu bukan rumah aku. Itu rumah orang. Aku sempat naik darah masa di klinik sebab sesuka hati hantar barang di rumah orang.

Tapi yang peliknya aku tiada pun beli barang di mana-mana yang guna ABX. Rupanya bila sampai rumah, baru aku tau barang dari siapa. Haha. Ann kawan baik aku bagi hadiah ini. Tadaaa.
Lepas solat tu aku terus keluar rumah juga. Sebab takut tidak sempat balik before jam 4 pm. 

Sebenarnya ada 8 barang saja mau pos dan 3 barang COD, tapi memandangkan tempat tu jauh. Tepat jam 4 pm aku sampai semula di kawasan perumahan aku.

Alhamdullilah setel COD dan pos barang. Ohya kan aku mau cerita HB aku turun. Hehe. Ini memang aku yang sendiri cari nahas sebenarnya.

Masa buka buku hari tu, darah aku 10.7 saja. Aku sebenarnya tidak terkejut juga dapat 10.7 sebab aku selalu lupa makan iron vita lea dan paling penting AKU HARI-HARI MINUM COFFEE LATTE. Mana mungkin darah aku boleh naik. Sebab aku tau sangat body aku ini kalau pregnant. 

Tapi bila dapat 10.7 tu aku macam rasa secure betul. Alhamdullilah awal bulan july stok iron vita lea sudah sampai. So bolehlah aku makan tiap hari. TAPI, BOLEHNYA AKU BELI 1 KATON CAFE LATTE DARI FARM FRESH dan aku minum hari-hari tanpa gagal. HAHA.

Akibatnya semalam HB aku tinggal 10.1 lagi dan in same time aku selalu terskip Vita Lea Iron. Huisssss.

So setelah nurse tu cuci aku dan ugut aku untuk tukar ubat aku kalau aku punya HB makin turun. Aku pun remind pada diri, laki aku untuk makan Vita Lea setiap hari. Alhamdullilah hari ini aku ingat bah.

Aku pernah ada pengalaman naik HB masa pregnant Yadik dengan makan Vita Lea ini. Aku ambil 6 biji masa tu. So aku buat benda yang samalah. Tapi mau berjimat gara-gara stok sekarang ini kadang ada dan kadang tiada, aku terpaksa ambil 4 biji saja.

Kenapa aku tidak makan ubat yang klinik bagi?

1. Sebab aku sembelit teruk dengan ubat kkia bagi
2. Aku tidak suka bau ubat tu. Bau dan make me vomit on the spot gais
3. Aku yakin Vita Lea ini lebih selamat dan aku akui bahan dalam Vita Lea lebih efektif.

So itulah ceritanya gais! So lepas ambil yayang, aku terus p kedai baju murah-murah. Beli seluar Yayang dan seluar aku sendiri. Balik rumah solat asar dan aku terus masak sup ayam. Hehe. Sup ayam bepantang ini. Sangat healthy. 

By the way, aku ada buka group baru di FB. Group tu aku jadikan bahan rujukan dan share tips-tips kehamilan. Baru buka group tu. Jemputlah join ya.

Apa Itu Bosou?

Since ramai yang tanya bosou tu apa di posting ku minggu lepas. So hari ini aku mau sharelah apa tu bosou. Walaupun aku endak pandai buat, tapi i try so hard to explain to u that feel of eating bosou. 

Rasa Bosou?

1. Masam
2. Masin
3. Sedap
4. Pedas

Memang sangat sedap bila makan dengan bubur nasi panas. Aku dulu boleh makan sampai 1 kontenar sambil main game. Haha. Kawan aku cakap, bosou ini macam pekasam.

Bosou ini nasi di jeruk dengan sayur-sayur segar contoh yang aku suka makan ialah Bosou rebung. Memang sangat sedap. Sebenarnya ada bahan pengawet ini. Tapi original from plant. Bukan cuka. Tapi buah Pangi.
Ini buah Pangi. Kena belah dan keluarkan isi yang hitam tu. Aku mau try cari di pasar Menggatal nanti. Mau juga try buat bosou. Bosou ini jeruk nasi bah lebih senang mau faham.

Menurut seller aku selalu beli dulu, bosou ini di perap dalam 7-10 hari untuk dia masak. Lepas masak atau matang, boleh sudah makan begitu saja atau bagi yang tidak biasa macam aku. Aku tumis dulu bosou sama bawang dan campur lada putih.

Ini pula bosou sayur batang pisang. 

Semua jenis bosou memang bau dia boleh tahan kalau tidak biasa. Tapi kalau sudah biasa, bau itulah paling sedap sebenarnya. Haha. 

Aku dulu tidak makan bosou pun sebab bau bosou ini, tapi bila aku sudah try. Baru aku tau betapa bosou ini sedap.

Bosou ini, makanan orang Dusun. Macam aku Rungus tidak pandai buat bosou sebab kami pula makanan tradisi kami yang sama macam bosou ini ialah Sinamu. 

Kalau di KK, banyak ini bosou di jual di pasar-pasar atau tamu. Senang mau dapat. Cuma untuk yang muslim, untuk lebih yakin. Kena pilih seller. Tu sebab aku beli bosou di Kundasang. Sebab Kundasang majority penduduk Muslim. Penjual dan buat bosou pun Muslim.

Ini bukan racist ya. Tapi aku harap kawan non muslim faham kenapa kami mencari seller beragama islam. Aku pun harap penjual yang beragama islam ini, jaga kebersihan masa buat bosou.

Aku paling suka makan bosou sama nasi panas atau bubur nasi panas. Memang tak pandanglah makanan lain. Masalahnya walaupun bosou ini nasi, bolehnya nasi aku sendiri bertambah. Haha.

So itulah kisah bosou. Nextime aku boleh belajar buat bosou. hehe

Short Vacation : Kundasang Musim Hujan

Ahad lepas aku memang tidak bercadang mau ke mana-mana walaupun hati aku ini meronta-ronta mau ke Daiso. But since my kiddos ada di KK sudah, mau gerak ke sana ke sini memang aku hadkan. Jadi lepas solat Zohor, aku terus ajak anak-anak ke market beli ayam dan beberapa food untuk makan sambil tengok upin ipin.

Tanpa perancangan, lepas laki aku balik dari kedai. Dia terus ajak ke Kundasang. Masa tu mujur aku dah kemas rumah. Cuci kain saja belum. So aku pun main sumbat saja 2 pasang pakaian dan beberapa keperluan mandi serta bubur yang aku masak tadi pagi.

Jam 5 PM kami sampai di Pekan Kundasang. Hujan lebat gila. Aku sampai basah cari bosou. Keep on reading, kang aku tunjuk apa tu bosou. 

Ini View dari bilik kami. View jam 6.50 AM

Mulanya kami mau tidur di kaki Gunung Kinabalu. Tapi memandangkan hujan lebat, laki aku takut banjir. So kami tidur di kawasan Kundasang. Alhamdullilah dapat bilik memang frame view depan gunung.

Lepas check in, kami terus cari dinner. Macam biasalah di Kundasang ini, memang sayap ayam dia sedap. Walaupun aku memang tidak berapa puas hati dengan tahap kebersihan ayam tu. Haha. Tapi makan jugak!

Tiada apa mau tengok di Kundasang sekarang. Dairy Farm Desa tu pun tutup lagi. So kiranya kami ke sini untuk tidur dan tengok Gunung waktu pagi saja.

Aku memang ada bawa tudung jalan waktu packing barang tapi aku langsung tiada bawa keronasang dan pin. Masa tunggu tapau siap, aku sempat beli pin tudung di kedai berhampiran. Memandangkan dari tahun lepas aku mau beli pin tudung, so aku terus beli harga RM 10. Haha.


Inilah bosou yang aku cakap tu. Lama tidak makan, sebab kalau di KK susah mau cari penjual Muslim. Kundasang porpulasi penduduk dia kebanyakkan muslim. So since sini ramai muslim yang jual. Aku beli banyak juga
.
Ini pulak sambal tuhau. Dulu aku tidak pandai makan pun sambal tuhau ini. Tapi entah macam mana tahun 2018 aku tiba-tiba suka gila sama tuhau sampailah sekarang. Tapi macam biasa, benda ni pun susah mau cari penjual Muslim. So since banyak di jual sini. Aku beli 3 balang. Makan sikit-sikit je sebab jeruksambal tuhau ini masin giler.

Sayap ayam sedap. Haha.

Next week aku akan cek gula tau. Tapi laki aku beli sampai 6 tapau durian. Aku pun jadi orang kurang siuman terus bila nampak durian. Haha.

Yayang sibuk ambil gambar durian, yadik seperti biasa. Pembantu makan umi.


Abah dia paksa begambar. Taknak bangun sebab sejuk sangat.
My lovely skincare! Mau cerita banyak pasal skincare ini sebenarnya. Memang banyak berjasa pada kulit ku yang super sensitive!

Vitamin wajib ibu hamil. Ada vitamin C sebenarnya tapi aku tak letak sini sebab Vitamin C tu masih baju lama, sedangkan kawan dia lain sudah baju baru. Vitamin C sebotol tahan 6 bulan, tu sebab masih pakai baju lama.

Matahari jam 7.30 Am gais. Ada nur di situ. Panas dia memang tak boleh bawa bincang.

Andu bah. Besar sudah anak-anakku ini. Seluar pun singkat sudah. Tunggulah Umi beli baju baby baru beli baju kamurang juga ya nak.

Kocung kacang, jarang sangat muslim yang jual. Kira rare lah ini, so auto beli.

My new 'pet'. Harap-harap subur sentiasalah ya. Sebelum ini aku pernah saja beli bunga ros. Mati selepas sebulan. haha

Lepas beli sayur, jam 8 am juga kami balik KK. Memang tidur saja di sana. Sebab jam 2 PM laki aku ada janji dengan orang di Puspakom. Aku pun tidak sabar mau balik sebab mau memasak. Bosou+Nasi panas+Kodop.

Kodop masak sama lada putih, terung dan ikan masin. Kak Dana cakap Kodop ini cendawan kukur.

Bagus jugalah kami awal balik, sebab ada customer mau pick up barang. Vitamin untuk wanita gais!

So itulah saja aktiviti kami masa p Kundasang. Makan, stay hotel, beli sayur rare dan tengok gunung Kinabalu. Datang Kundasang ini kalau mau tidur hotel memang rugi gila. Haha. Sebab datang sini kita mau nikmati suasana sejuk dan gungun Kinabalu waktu pagi. In same time waktu malam, memang sangat best kalau ada BBQ. Aku kalau datang sini tidak masak, rasa rugi. Haha. Sebab ada saja homestay yang ada kebun sendiri. So uolls boleh petik sayur sendiri dan masak.

Selalunya end of year, aku dan family husband aku selalu stay sini dalam 2 malam 3 hari. Masak macam-macam dan panggang macam-macam. Memang tidak puas gateway kali ini sebab dapat homestay yang tiada dapur sendiri. Tapi still bersyukur sebab depan bilik ini terpampang jelas Gunung Kinabalu.

Next week, team pula ajak ke House Tree. Uolls mau tengok macam mana situasinya? hehe.

Okey, before that. Mau share bah. Kot-kot ada yang sudi mau add aku di FB. Aku aktif semula di FB. Boleh add Elly Matin. Thank you semua.












 Vitamin Caku tu masih botol lama. Haha.

Review Youth Hydrating Gel Mask

Lama tidak menulis, rindu sangat dengan kawan blog. Even Instagram pun lama sangat aku tidak update. Hehe. Ini bukan juga pembawaan pregnant actually, tapi aku teramatlah busy sampai mau on laptop untuk masuk Web Shaklee saja. Hehe. Stock sekarang yang sangat limited make me tired gitu. Haha. Sebab mau berebut sebotol Supplement Shaklee tu dalam 1 minit beribu orang beli.

Lagi pun aku lama sangat tidak ikut KPI sendiri. To Do List kelaut. So malam semalam aku try untuk keluar dari zon sibuk dan off phone. Barulah review balik KPI setiap hari. Sebenarnya selain berebut stok, banyak juga aku buang masa tengok benda lain. KIKIKIKI. Salah sendirikan?

Hari ini aku mau review sikit pasal Youth Hydrating Gel Mask. Mask ini sudah keluar tahun lepas tapi aku tidak try pun. Baru try bulan lepas. Hehe. So lepas try aku punyalah menyesal tidak try waktu baru keluar. Mujur masih ada mask ini. 

Tapi aku pakai yang Gold tu.

Mask ini aku jarang sangat mau pakai, even sheet mask aku beli awal tahun ini. 1 pun aku belum pakai. But since adik aku mencari mask untuk dia review, aku pun belilah mask ini. Tapi before dia balik Kudat, aku try 1 kali mask ini. Ya Allah the feeling using this mask kan. Sangatlah terasa tu kulit bertenaga dan energetic.

Aku pakai mask ini masa kulit aku mau tumbuh 1 butir jerawat di pipi kiri. Orang cakap, jerawat di pipi kiri ini sebab keadaan hidup yang stress dan alergik. Aku rasa both. Haha. Aku memang tengah ada alahan masa tu, kulit aku ada keradangan sikit. Mungkin kurang minum air. Stress pun ya, sebab aku punya peti ais kena defrost.

Cerita pasal jerawat tu, keesokan harinya. Memang jerawat yang mau timbul tu terus kecut serta merta. Tiada rasa sakit sudah pada kulit pipi. Kamu pahamkah tu perasaan sakit pada kulit kalau jerawat timbul? hehe.

Mask ini kena pakai 10-30 minit saja tau. Entah kenapa ada mask yang boleh bawak tidur. Sebab mask ini kegunannya untuk tarik toksin di bawah lapisan kulit muka kita keluar. Kalau sampai bawa tidur, toksin dah keluar masuk balik. Gitulah aku punya imaginasi. Haha. So uolls, lepas ini mask jangan bawak tidur ye.

Ok mari check it out the main ingredient Hydrating Gel Mask

1. Hyaluronic Acid

  • Menggalakan kulit lebih sihat dan lebih lembut
  • Bantu penyembuhan luka lebih cepat
  • Memberi soothing / menenangkan pada kulit
  • Regenerate skin cell
Itu sebab bila, pakai mask ini. Jerawat yang timbul tu, senang saja kecut. Sebab fungsi hyaluronic acid dalam Gel Mask ini bagi soothing pada kulit dan bantu penyembuhan luka lebih cepat.


2. Aloe Leaf Juice
  • Bantu atasi burn / sunburn
  • Bantu sembuhkan lebam dengan cepat
  • Tinggi hydration 
  • Kurangkan kedutan
Aloe ini ada Vitamin B1, B2, B3, B6, Folic Acid, Vitamin C dan Vitamin E. As u all know, semua vitamin yang dia ada ini memang sangat penting untuk pertumbuhan sel kulit baru dan bantu kulit anti aging. Dalam Aloe juga ada mineral penting!

3. Centella Asiatica
  • Anti-Keradangan
  • Tinggi anti-oksidan
  • Bantu cerahkan kulit
  • Tingkatkan penghasilan collagen
Centella ini kalau tengok dalam google ianya daun pegaga. As u know, daun pegaga ini sangatlah bagus untuk ubat-ubatan dan memang terkenal dengan mengatasi masalah gatal-gatal. Gatal-gatal ini termasuklah keradangan. Tu sebab orang pakai Gel Mask ini, ada keradangan pada kulit terus redah serta merta.

4. Chamomile Extracts
  • Anti bakteria
  • Menyegarkan
  • Hypoallergenic
  • Anti Gatal
Patutlah Gel Mask ini sesuai untuk orang yang ada dry skin. Sebab bila individu ada dry skin. Memang senang sangat kena gatal-gatal.