Blog Hamil : Week 15 HB Turun

Semalam aku sepatutnya tulis blog, tapi punya lambat urusan di klinik. Aku di panggil masuk dalam bilik nurse kejap je, tapi lupa p ambil darah before masuk bilik nurse. Kiranya aku duduk di luar tunggu hampir 45 minit tu tidak buat apa-apa.

Haha. But its ok, nama pun first time kan. Walaupun ini kali ketiga aku pregnant tapi aku pregnant tu 5 tahun lepas. Hehe. Kira macam kali pertama jugalah kan? So lepas masuk bilik nurse tu, aku baru cek air kencing dan akhir sekali ambil darah. Walhal benda ini aku boleh buat within tunggu giliran masuk bilik nurse.

Mujurlah anak-anak di kedai abah dia dan masa tunggu giliran tu bukanlah satu bebanan bagi aku. Haha. Banyak saja benda lain boleh buat selain daripada tunggu saja sana. 

So jam 10.30 am baru aku setel di klinik. Terus pecut ke kedai laki dan ambil anak-anak. Before that, kami lunch dulu di kedai sup ikan sebab lapar sangat sudah ini. Yayang pun mau ke sekolah jam 12 pm.

So lepas makan, aku dan anak-anak pecut terus balik rumah dan ambil pakaian dan beg sekolah Yayang. Barulah aku balik rumah solat dan besiap semula keluar untuk COD dan pos barang.

Masa di klinik ada ABX call aku cakap barang dia sudah letak di rumah sekian-sekian, lepas tu sent gambar. Tapi rumah tu bukan rumah aku. Itu rumah orang. Aku sempat naik darah masa di klinik sebab sesuka hati hantar barang di rumah orang.

Tapi yang peliknya aku tiada pun beli barang di mana-mana yang guna ABX. Rupanya bila sampai rumah, baru aku tau barang dari siapa. Haha. Ann kawan baik aku bagi hadiah ini. Tadaaa.
Lepas solat tu aku terus keluar rumah juga. Sebab takut tidak sempat balik before jam 4 pm. 

Sebenarnya ada 8 barang saja mau pos dan 3 barang COD, tapi memandangkan tempat tu jauh. Tepat jam 4 pm aku sampai semula di kawasan perumahan aku.

Alhamdullilah setel COD dan pos barang. Ohya kan aku mau cerita HB aku turun. Hehe. Ini memang aku yang sendiri cari nahas sebenarnya.

Masa buka buku hari tu, darah aku 10.7 saja. Aku sebenarnya tidak terkejut juga dapat 10.7 sebab aku selalu lupa makan iron vita lea dan paling penting AKU HARI-HARI MINUM COFFEE LATTE. Mana mungkin darah aku boleh naik. Sebab aku tau sangat body aku ini kalau pregnant. 

Tapi bila dapat 10.7 tu aku macam rasa secure betul. Alhamdullilah awal bulan july stok iron vita lea sudah sampai. So bolehlah aku makan tiap hari. TAPI, BOLEHNYA AKU BELI 1 KATON CAFE LATTE DARI FARM FRESH dan aku minum hari-hari tanpa gagal. HAHA.

Akibatnya semalam HB aku tinggal 10.1 lagi dan in same time aku selalu terskip Vita Lea Iron. Huisssss.

So setelah nurse tu cuci aku dan ugut aku untuk tukar ubat aku kalau aku punya HB makin turun. Aku pun remind pada diri, laki aku untuk makan Vita Lea setiap hari. Alhamdullilah hari ini aku ingat bah.

Aku pernah ada pengalaman naik HB masa pregnant Yadik dengan makan Vita Lea ini. Aku ambil 6 biji masa tu. So aku buat benda yang samalah. Tapi mau berjimat gara-gara stok sekarang ini kadang ada dan kadang tiada, aku terpaksa ambil 4 biji saja.

Kenapa aku tidak makan ubat yang klinik bagi?

1. Sebab aku sembelit teruk dengan ubat kkia bagi
2. Aku tidak suka bau ubat tu. Bau dan make me vomit on the spot gais
3. Aku yakin Vita Lea ini lebih selamat dan aku akui bahan dalam Vita Lea lebih efektif.

So itulah ceritanya gais! So lepas ambil yayang, aku terus p kedai baju murah-murah. Beli seluar Yayang dan seluar aku sendiri. Balik rumah solat asar dan aku terus masak sup ayam. Hehe. Sup ayam bepantang ini. Sangat healthy. 

By the way, aku ada buka group baru di FB. Group tu aku jadikan bahan rujukan dan share tips-tips kehamilan. Baru buka group tu. Jemputlah join ya.

Ulasan

  1. Amboi tekanandarah semakin turun. Minum kopi makin kurangkan tekanan darah ya?
    Takut juga sebab hari-hari minum dan kadang-kadang sehari 2 kali minum.

    BalasPadam
  2. huish.. minum kupi tu hari-hari indak pening ka? Moga baik-baik aja ni. Ngandung tu tiap kali serupa orang baru. Haha walaupun kali keberapa.

    BalasPadam
  3. semoga dipermudahkan urusan kehamilan kali ni.. strong mum dan semoga mommy dan baby sihat selalu

    BalasPadam
  4. tergoda tengok makanan apa tu nampak menarik merah dia tu....
    apa pun jaga diri ye makyong

    BalasPadam
  5. semoga dipermudahkanNya buat elly, kak ana follow sini #59

    BalasPadam
  6. take care elly, kena makan supplement utk naikkan HB tu

    BalasPadam
  7. moga Elly dan kandungan sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan...

    BalasPadam
  8. Semoga sentiasa sihat Elly... Ubat KKIA memang buat sembelit dan punca muntah... hahaha

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan Popular