Di Block Kawan Blog

Haha. Teringat kisah PKP lepas. Aku memang suka baca blog orang satu-satu. Lepas tu aku suka bahasakan nama orang lain dengan panggil sayang. Adalah 1 blog ini, aku ikut kisah dia. Sebab kisah dia hampir sama dengan kisah kawan baik aku.

Kehilangan suami Feb lepas, so aku ikut kisah dia sebab aku bersimpati tau. Bukan ada niat lain. Aku komen kata-kata semangat di blog dia. Tapi dengan panggilan SAYANG.

And her next entry tu aku tidak boleh komen sudah di mana-mana blog post beliau. Aku hairan jugalah. Sebab aku mau komen tu bukan tujuan mau kondem atau burukkan apa lagi dengan kata-kata negatif. 

Well u know me bah kan???

Tapi aku memang tidak dapat komen di blog dia sedangkan orang lain boleh je komen. Rupanya cari punya cari. Haha. Aku di blok dari menulis dalam ruang komen beliau. 

Opps. Aku lama juga mencari apa sebab. Tapi sebab paling besar aku sedar mungkin panggilan sayang tu.

So since dari tu aku malas juga komen-komen orang lain dalam blog. Sebab aku sebenarnya tidak tau mau panggil orang apa. For me sayang tu tidak salah. Tapi bukan semua orang samakan. Hehe.

Hopefully yang baca blog aku ini, tiadalah salah faham ya. Sebab sesiapa yang tinggalkan komen di blog aku ini. InsyaAllah aku bertandang semula ke blog uolls. 

Kot-kot terpanggil panggilan sayang, aku minta maaf. 

Siapa pernah kena macam aku?

Ulasan

  1. Baru tahu boleh tahan orang lain tulis komen.
    Saya tidak kisah Elly tulis sayang pada blog saya. Hehe.
    Saya tidak pernah kena macam Elly tapi saya pernah komen saya kena buang. Sedih juga tapi sangka baik sahajalah. Saya tiada komen lagi pada blog orang tersebut.

    BalasPadam
  2. Ada orang ngangap panggilan sayang ni 'sangat special'
    Boleh guna untuk orang2 tertentu sahaja.

    BalasPadam
  3. Bagi OM okay je nak panggil sayang, tak ada sangat pun kan. Tapi ikut atas orang tu lah...

    BalasPadam
  4. ermmm..pelik..kalau ayat sayang tu sebab dia blok tu memang sangat pelik tapi mungkin dia tak selesa dipanggil sayang jadi sebaiknya dia mesej Elly direct rather than blocking kan..

    BalasPadam
  5. panggil sayang pun salah ke. maybe panggilan tu terlalu sensitif untuk dia.

    BalasPadam
  6. Mungkin dia tak selesa atau tersalah block. takpe la awk. niat kita baik Allah je yang tahu kan.

    BalasPadam
  7. sekali je terus dia block? kalau yang panggil tu lelaki lainlah... takpelah husnuzon je dik mungkin dia salah faham... usah di pikirkan lagi

    BalasPadam
  8. Tak pernah lagi kena macam Elly.. Tapi kalau bagi saya, panggilan sayang tu tak semestinya hanya untuk pasangan bercinta saja la kan? hmmmm... biarkan sahajalah ia berlalu Elly.

    BalasPadam
  9. biarkan je Elly... itulah kan, kadang-kadang takde maksud apa-apa pun... apa salahnya kalau message atau email kat Elly kan, tanya elok-elok, tak gitu? Why not kan... nevertheless, semoga kita semua sama-sama dirahmatiNya...

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan Popular