Short Vacation : Kundasang Musim Hujan
Ahad lepas aku memang tidak bercadang mau ke mana-mana walaupun hati aku ini meronta-ronta mau ke Daiso. But since my kiddos ada di KK sudah, mau gerak ke sana ke sini memang aku hadkan. Jadi lepas solat Zohor, aku terus ajak anak-anak ke market beli ayam dan beberapa food untuk makan sambil tengok upin ipin.
Tanpa perancangan, lepas laki aku balik dari kedai. Dia terus ajak ke Kundasang. Masa tu mujur aku dah kemas rumah. Cuci kain saja belum. So aku pun main sumbat saja 2 pasang pakaian dan beberapa keperluan mandi serta bubur yang aku masak tadi pagi.
Jam 5 PM kami sampai di Pekan Kundasang. Hujan lebat gila. Aku sampai basah cari bosou. Keep on reading, kang aku tunjuk apa tu bosou.
Mulanya kami mau tidur di kaki Gunung Kinabalu. Tapi memandangkan hujan lebat, laki aku takut banjir. So kami tidur di kawasan Kundasang. Alhamdullilah dapat bilik memang frame view depan gunung.
Lepas check in, kami terus cari dinner. Macam biasalah di Kundasang ini, memang sayap ayam dia sedap. Walaupun aku memang tidak berapa puas hati dengan tahap kebersihan ayam tu. Haha. Tapi makan jugak!
Tiada apa mau tengok di Kundasang sekarang. Dairy Farm Desa tu pun tutup lagi. So kiranya kami ke sini untuk tidur dan tengok Gunung waktu pagi saja.
.
![]() |
Next week aku akan cek gula tau. Tapi laki aku beli sampai 6 tapau durian. Aku pun jadi orang kurang siuman terus bila nampak durian. Haha. |
![]() |
Yayang sibuk ambil gambar durian, yadik seperti biasa. Pembantu makan umi. |
![]() |
My lovely skincare! Mau cerita banyak pasal skincare ini sebenarnya. Memang banyak berjasa pada kulit ku yang super sensitive! |
Kocung kacang, jarang sangat muslim yang jual. Kira rare lah ini, so auto beli.
My new 'pet'. Harap-harap subur sentiasalah ya. Sebelum ini aku pernah saja beli bunga ros. Mati selepas sebulan. haha
Lepas beli sayur, jam 8 am juga kami balik KK. Memang tidur saja di sana. Sebab jam 2 PM laki aku ada janji dengan orang di Puspakom. Aku pun tidak sabar mau balik sebab mau memasak. Bosou+Nasi panas+Kodop.
So itulah saja aktiviti kami masa p Kundasang. Makan, stay hotel, beli sayur rare dan tengok gunung Kinabalu. Datang Kundasang ini kalau mau tidur hotel memang rugi gila. Haha. Sebab datang sini kita mau nikmati suasana sejuk dan gungun Kinabalu waktu pagi. In same time waktu malam, memang sangat best kalau ada BBQ. Aku kalau datang sini tidak masak, rasa rugi. Haha. Sebab ada saja homestay yang ada kebun sendiri. So uolls boleh petik sayur sendiri dan masak.
Selalunya end of year, aku dan family husband aku selalu stay sini dalam 2 malam 3 hari. Masak macam-macam dan panggang macam-macam. Memang tidak puas gateway kali ini sebab dapat homestay yang tiada dapur sendiri. Tapi still bersyukur sebab depan bilik ini terpampang jelas Gunung Kinabalu.
Next week, team pula ajak ke House Tree. Uolls mau tengok macam mana situasinya? hehe.
Okey, before that. Mau share bah. Kot-kot ada yang sudi mau add aku di FB. Aku aktif semula di FB. Boleh add Elly Matin. Thank you semua.
Vitamin Caku tu masih botol lama. Haha.
bila lah nak sampai kundasang nih... best nya cantik betul tempatnya, lapaar akak tengok semua makanan tu dik oi... dulu akak pernah makan serunding tuhau, sedap rasanya berempah tapi rasa dia tu layan jugak...
BalasPadambau dia tu bikin rindukan kak. haha
PadamMasih tidak tahu bosou itu apa.
BalasPadamSaya pun cuba sustainable vitamin C Shaklee. Ingat boleh hisap tetapi rasa pelik terus telan.
sebab ia original dari ekstak jagung. lepas tu ada bioflavonoid tu yg asam.. Tiada gula. hehehe
PadamBosou tu nasi ke? macam bubur lambuk je. heheh
BalasPadamikan tu dia rebus ke?
kawan cakap macam pekasam. haha
Padamteringin nak pergi kundasang tapi belum sampai lagi ke sabah.
BalasPadam1 fine day babe
Padamteliur tinguk kodop masak lada putih. punyaaa sedap tu.
BalasPadamkan kaella. Kakak pun baru-baruan pandai makan.
PadamSeronoknya g Kundasang. Kami last g sana 2018
BalasPadammai lagi han
Padammenyelerakan bosou sama nasi panas tu sis :)
BalasPadamkan. makan sama nasi atau bubur panas..
Padamlama mama memendam rasa nak dtg sini tapi takmau la dtg musim ujan rugi plak nanti. apapun view mmg cantik sgt
BalasPadam