Blog Hamil : Saringan GDM di Klinik Kerajaan

Bulan July lepas aku kena cek gula. Normal untuk mama hamil sekarang. Berat melebihi 80kg ataupun umur 25 tahun keatas wajib cek gula kerana ada risiko untuk terkena GDM. Kencing manis waktu hamil.

Sebenarnya ini adalah pengalaman kedua aku cek gula. Masa Yadik dulu kena sekali, bila bacaan gula normal. Alhamdullilah sekali tu saja test GDM. Kali kedua pula pregnancy yang ketiga inilah. Tapi kali ini aku wajib membuat saringan 2 kali. Haha. Tak leh lepas, umur dah lanjut gais.

So aku bagi tips lepas terkena GDM waktu hamil. Hehe. Sebab nurse cakap kadar ibu hamil kena GDM lebih tinggi dari yang tidak kena. Ipar aku nurse dia Kuala Selangor. Dia cakap sana, boleh dikatakan semua yang mengandung ada GDM.

Tips aku ni biasa-biasa saja. Tips ini pun aku dapat dalam google juga waktu pregnant Yadik. Hehe. Cuma minum air gula kali ini aku mau muntah. Haha. Rasa melilit di tekak aku gula tu. 

Tapi lepas tu ok sudah. Aku sempat balik rumah kejap dan ambil barang yang boleh di pos. Lepas tu siap jalan-jalan masuk Mr.Diy. Selepas 2 jam baru aku balik Klinik. Alhamdullilah bertenaga walaupun tidak makan dari jam 10 pm.

Tips Minum Air Gula Sewaktu Hamil 

1. Puasa ikut saranana Nurse dan Doktor. Doktor selalu cakap puasa start jam 10 pm. So u gais pun kena puasa jam itu tau. Jangan curi-curi makan pula.

2. Waktu puasa tu boleh saja minum air masak. Tapi aku suggest uolls minum air mineral atau air mati. Bukan driniking water. Sebab aku pernah baca kandungan yang ada dalam drinking water especially brand drinking water di Sabah ini. Memang ada kandungan gula. Haha. No wonder sedap! Alhamdullilah penapis rumah kami ini mineral water. So aku minum tanpa prejudis. 

3. Datang awal. Datang 15 minit awal. Sebab air gula tu lebih senang masuk dalam tekak waktu airnya masih panas. Aku mengalami 2 situasi di mana masa Yadik aku orang pertama minum air gula waktu tu. Air tu panas. Memang 1 go aku teguk. Tapi kali ini aku datang awal cuma surat aku tu tercicir so doktor kena buat baru, jadi aku orang ke 10. Air tu sudah sejuk. Tekak aku geli terima gula tu. Haha.

4. Ada orang rasa tidak percaya mampukah tidak berpuasa begitu lama waktu hamil. Sebab masa hamil ini hormon dan craving lain macam kan? Haha. Aku punya last meal jam 9.30 pm, makan ringan saja dan terus bancuh ESP. Alhamdullilah sampai esoknya tidak rasa lapar.

Itu saja tips aku. Tiada tips lain kot. Sebab setiap kali aku cek gula memang dipermudahkan. So aku mau juga share tips bebas GDM tu tapi entahlah ini tips atau apa. Haha. I try to share ye gais. Nanti semua tu sudah siap, nurse just cakap nanti klinik call kalau ada masalah. Alhamdullilah aku sampai klinik bulan 8 pun tiada kena call. Bila baca bacaan gula memang normal.


Tips Bebas GDM

Part paling penting kena jaga waktu hamil ialah pemakanan. Aku pernah pregnant dengan berat 104 kg dan aku tau azabnya tu memang tidak ingin ku ulangi lagi walau hanya sekecil zarah. Tapi sebenarnya awal kehamilan aku tidak jaga makan pun. Aku masih lagi makan makanan tidak sihat. Paling teruk aku makan durian setiap hari dan minggu dalam kuantiti yang banyak. Haha.

Walaupun seminggu sebelum cek gula tu aku masih makan manis, tapi tidaklah teruk sebelum tu dan bila aku dapat keputusan gula yang bagus. Aku memang sangat happy. 

Tapi aku percaya insulin aku dalam keadaan baik. Kan sebelum pregnant aku sudah berusaha untuk jaga makan dan detox. Memang on Vivix juga masa tidak pregnant. Vivix ini bagus untuk stabilkan glucose dalam darah.


Sebab kalau insulin tidak berfungsi dengan betul memang GDM senang triggered waktu hamil. Dia umpama kalau sebelum ini kereta tu sudah rosak, tiba-tiba terlebih beban. Kereta akan bertambah rosak. Tapi kalau kereta yang bagus, terlebih beban pun masih stabil cuma kena servis saja. Begitu juga penerimaan badan kita.

So kesihatan sebelum hamil pun kena jaga. Sebab yang effect tu pada badan kita. Bukan badan orang lain. Hehe. Lagipun banyak risiko ibu hamil ada GDM.

Selain itu aku memang ambil Vitamin Shaklee sejak dulu. Dalam kajian landmark study. Shaklee boleh mengurangkan penurunan kesihatan terutamanya penyakit kronik.

Air juga kena cukup waktu hamil ini. Aku sejak pregnant aku lebihkan 500 ml air dari pengambilan hari biasa. Sebab kalau dehydrated bukan saja masalah susah flush toksin. Tapi boleh menyebabkan migrain, stress, keputihan dan takut kita tidak cukup oksigen. Hurm, next time lah aku cerita pasal air.

Untuk hari ini, Alhamdullilah. Bebas GDM waktu hamil. Doakan tau untuk saringan kedua pun masih bebas GDM. 

Ulasan

  1. Alhamdulillah, vitamin Shaklee memang membantu ibu hamil :)

    BalasPadam
  2. Semoga bebas GDM untuk saringan kedua.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, mudahan bebas GDM utk saringan kedua.

    aien dulu, walau sudah 27-28 ngandung, alhamdulillah teda ni kenak hehhe

    BalasPadam
  4. Saya kesemua pregnancy ada kencing manis, sampai kena injek insulin 4 kali sehari..huhu
    serik rasa nak mengandung lagi

    BalasPadam
  5. semoga di permudahkan dalam kehamilan kali ini dik...

    BalasPadam
  6. Tak tahan masa minum air gula.mmmmmmmm

    BalasPadam
  7. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.dewapk.name menghadirkan 9 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.dewapk.name
    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel / XL ( Online 24 Jam )

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan Popular