Hi September

 Uikkk... Lama sangat tidak muncul di blog kan? Ada yang rindu kah?

Assalamualikum dan hai semua. Mungkin komitmen aku selepas pregnant ini lain macam. Sebelum ini 24 jam banyak benda boleh buat, tapi waktu pregnant ini aku lebih banyak tidur dan buang waktu tengok Tik Tok. Ampun!

Tapi InsyaAllah bulan ini aku akan lebih istiqomah untuk menulis. Sebab kalau tidak menulis, aku triggered untuk marah. Haha. Mungkin bagi aku menulis ini satu benda yang boleh release tension aku.

Aku tidak boleh juga cakap nothing happen bulan-bulan sebelum ini. Sebab selain tidur, aku memang banyak urus downline dan kami punya stok pun belum kembali normal. Tapi tidaklah teruk macam PKP lepas. Alhamdullilah.

Cumanya sekarang ini mana ada lagi promo Shaklee macam dulu. Dulu kan ada buy 6 free 1. Tapi sekarang, tiada promo pun boleh Out Of Stock. Alhamdullilah, ramai sudah yang faham akan nutrisi.

InsyaAllah bulan ini, aku mau lebih prodaktif. Lagipun morning sickness sudah berlalu. Alhamdullilah. Cuma kadang tidak dapat elak untuk mengantuk tu.

Target this month:

1. Tulis blog secara konsisten

2. Blog walking setiap hari

3. More productive at home

4. More positive

5. Amalan sunat

6. 50k Blog Views

Itu sajalah mau share. Banyak sebenarnya target bulan September, tapi ini saja yang saya boleh share.

Kawan-kawan doakan tau. Semoga target ini tercapai. Uolls pun share target sini.

BTW, terima kasih banyak-banyak pada semua kawan blog yang sudi singgah blog aku ini.


Ulasan

  1. Semoga tercapai hasrat bagi bulan September.
    Saya pun hendak rajin menulis dan lawat blog.

    BalasPadam
  2. kami paham makyong kadang mood dia tu lain sikit... hehehe
    semoga tercapai semua yang nak dilakukan tu

    BalasPadam
  3. Ya semoga kita akan rajin memblog di bulan September ini

    BalasPadam
  4. good luck elly.. semoga semua wish tercapat

    BalasPadam
  5. Semoga tercapai target bulan September ni. Aaminn...

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan Popular