Sinking Fund Malaysia

Actually bila taip dalam blog mengenai tajuk ini, Umi tidak jumpa ramai yang menulis this topic. Ada pun sinking fund pasal rumah kebanyakkannya. Which is di sini Umi maksudkan sinking fund lainnnn lagi.

Sebenarnya bila Umi start semula mau fokus menulis di blog, Umi tertanya-tanya mau tulis topic apa. Sebab before this Umi banyak tulis topik yang bercampurkan. Umi perasaan, bukan semua orang suka baca topic dalam blog yang a bit messy melainkan cerita pasal kehidupan. 

Hehe, Umi mau juga cerita pasal life. Cuma Umi rasa, tidak selesa. Tapi semua orang tidak sama kan. It's ok.

So here i wanna share about sinking fund. U all boleh saja search what is sinking fund. But here, Umi mau share secara ringkas apa itu sinking fund.


Sinking Fund ini Fund atau tabung yang kita kumpul sikit-sikit untuk kegunaan akan datang ataupun tabung yang kita simpan untuk membayar 1 amount barang yang besar. 

Untuk Umi sendiri, Sinking Fund ini Umi katogerikan sebagai Sinking Fund long term dan short term. Dimana ada sesetengah Sinking Fund yang Umi perlu simpan dan keluarkan setiap bulan seperti Sinking Fund Klinik.

Sinking Fund Klinik ini Umi gunakan untuk klinik anak setiap bulan, klinik kalau anak-anak demam dan klinik Umi sendiri. So caranya Umi masukkan RM 150 setiap bulan. 

Contohlah bulan January 2022 dalam ini ada RM 300, tengah bulan January 2022. Umi kena pergi klinik anak, so Umi just ambil berapa amount perlu dibayar untuk klinik anak dari Sinking Fund Klinik.

So Umi tidak perlu guna duit Umi sendiri. Sebab Umi sudah asingkan duit untuk kegunaan klinik.

Selalunya klinik anak cuma RM 130, so ada balance RM 20. RM 20 itu bawa saja ke hadapan bulan Febuary 2022. Supaya bulan demi bulan, duit Sinking Fund Klinik akan banyak dan bila ada kecemasan contohlah anak lain pula demam waktu belum ada gaji.

Kita boleh gunakan duit Sinking Fund Klinik ini untuk dapatkan rawatan anak. Tiadalah istilah terpaksa guna duit makan sebab anak sakit. 

Setiap nilai wang kita ada bahagian masing-masing. Ada kawan blog yang buat macam ini? Jom share.

Ohya, Umi mau share Umi punya Youtube mengenai Sinking Fund dan Cash Stuffing.

5 ulasan:

  1. Menarik spesifik setiap keperluan. Bagus juga ada bahagian.

    BalasPadam
  2. bagus tabungan macam ni kan. dulu mama penah buat. nak starl balik la nanti

    BalasPadam
  3. Menariknya. Thanks for sharing..bagus juga buat sinking fund begini. Sekurang2nya ada dana waktu kecemasan. Salam kenal Umi.

    BalasPadam
  4. Setuju sangat tu Elly. Kita memang kena ada 'tabungan' macam tu. Kalau Tini, biasanya Tini akan guna istilah duit tersembunyi. Ada a few spots yang dikenalpasti, akan diselitkan some portion every week or bi-weekly. Yelah kan, apabila keadaan tidak terduga tiba, at least, ada la juga sikit untuk digunakan kan.

    BalasPadam

Hi Kawan-kawan